Monday 4 March 2013

Rumah di laluan talian elektrik penghantaran TNB




Rumah anda atau sesiapa sahaja berada di laluan talian elektrik?
Rumah anda atau sesiapa sahaja berada betul-betul di laluan talian elektrik?
Anda lalu di bawah laluan talian elektrik?  
Adakah ianya selamat? Adakah rumah ini dibenarkan pembinaannya? Mari kita baca apa kata si polan dan sipolan....

Gambar sekadar hiasan: Talian servis......biasa ditemui di hadapan/belakang rumah
(ini bukan talian penghantaran tauu...)

Mula-mula kita baca ringakasan  petikan akhbar sekitar tahun 2010:

Pendedahan kepada radiasi gelombang elektromagnetik (EMF) di bawah tahap 1000 milliGauss (mG) tidak membawa kesan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia, Naib Presiden TNB (Penghantaran) Rozimi Remeli berkata seseorang itu berkemungkinan mengalami kesan sampingan sekiranya terdedah EMF secara berterusan 24 jam pada kadar melebihi 1000 mG.

Persepsi yang mengatakan bahawa sinaran EMF boleh menyebabkan penyakit seperti kanser adalah disebabkan kurang pemahaman mengenai EMF.

Menurutnya kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sekiranya seseorang itu sentiasa terdedah kepada radiasi atau sinaran EMF melebih 1000mG, kemungkinan orang itu terdedah kepada kesan sampingan. Bagaimanapun di bawah 1000 mG adalah selamat.

Talian penghantaran....yang ni Voltan Tinggi (HV - High Voltage)

Alat-alat yang menghasilkan medan elektromagnetik adalah seperti telefon bimbit, televisyen, komputer, talian kabel elektrik, pencawang elektrik, mesin fotostat, ketuhar gelombang mikro dan banyak peralatan elektrik lain. (Kebanyakan peralatan ini berada lebih hampir pada kita berbanding talian elektrik)

Kebanyakan peralatan elektrik dalam rumah menghasilkan sinaran EMF yang tinggi seperti ketuhar dan telefon bimbit tetapi ia tetap tidak memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Ketuhar gelombang mikro di rumah menghasilkan 400 mG. Manakalakabel pemancar TNB hanya menghasilkan kira-kira 15 mG EMF dan oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang sekiranya rumah mereka terletak di bawah kabel pemancar TNB.

Kemudian, kita baca apa kata mereka yang pernah terlibat dengan kerja-kerja TNB dan yang sewaktu dengannya...

Kata seorang pelukis pelan dan seorang kontrektor, TNB tidak membenarkan apa-apa binaan di bawah laluan talian (rentis) TNB, kerana direzabkan untuk laluan rentis TNB. Perlu ada lagi 20’ dari kabel yang last sekali untuk buffer zone. Tanah-tanah berhampiran pun tak dibenarkan dibina sebarang binaan kecuali untuk tanaman @ pertanian. Walaubagaimanapun, hanya tanaman tertentu yang dibenarkan kerana perlu ada ketinggian tertentu untuk ‘clearance’. Contohnya untuk buat kerja dibawah transmission line 275kv perlu ada clearance 7 meter. Kalau kurang adalah lebih mudah untuk kena renjatan

Jadi..anda boleh fikirkan apa yang anda pelajari kali ini....selamat berilmu....

7 comments:

  1. salam tuan ,untuk pengetahuan terdapat perbezaan atara talian penghantaran dan talian servis/kabel di bahagian pembahagian,.Talian 275kv itu sebenarnya adalah talian penghantaran voltan tinggi,memang perlu clearance yang besar ,kerana terdapat aruhan elektrik yang terlalu tinggi.Bagaimanapun talian servis seperti gambar di atas cuma membawa voltan 415v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam encik k.0.

      Terima kasih atas keprihatinan anda. Sememangnya benar kata-kata anda. Gambar yang saya letak tu memang sekadar bawa 415 sahaja. Saya tiada gambar lain pada masa saya buat post ini....nanti ada gambar baru saya tukar...

      Delete
  2. salam... bagaimana pula dengan pencawang elektrik. bolehkah kita membina rumah sebelah pencawang elektrik atau berapakah buffer diperlukan

    ReplyDelete
  3. salam... bagaimana pula dengan pencawang elektrik. bolehkah kita membina rumah sebelah pencawang elektrik atau berapakah buffer diperlukan

    ReplyDelete
  4. Bagaimana taman perumahan sekarang byk yg dibina dikawasan ini.. mcm boleh approve

    ReplyDelete
  5. Bagaimana pula jika sempadan tanah berada dibawah kabel paling tepi..boleh kah Kita membina pagar?

    ReplyDelete
  6. Ada ke yg boleh yakinkan saya tahap bahaya utk mmbeli rmah berdekatan pencawang TNb.. bukan di bawah,tp berhampiran

    ReplyDelete