Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, 23 August 2018

Aidiladha 2018...

Aidiladha kali ini aku sambut di Bandar Baru Bangi...

Solat sunat Aidiladha kat Masjid Al Umm... masjid baru di BBB... dan antara perjuangan Arwah Tuan Guru dahulu ingatkan jam 8 rupenye jam 8.30am..

Selesai sarapan... pi tolong jap ibadah korban di Surau Ehsan Seksyen 2.. Tahun ini 7 ekor lembu ditumbangkan. 5 dari kariah ini dan 2 dari Taman Anggerik.. Alhamdulillah!!








Wednesday, 28 September 2016

Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu

Perut sudah lapar... badan sudah penat... kerja sudah selesai... mari kita cari makan tengahari. Akupun menuju ke kawasan Pantai Batu Burok untuk mencari jika ada gerai atau kedai yang boleh aku singgahi...

Alhamdulillah... aku ternampak sebuah gerai tepi jalan yang kelihatan agak ramai pelanggannya. Akupun mencari parking yang bersesuaian. Alhamdulillah dapat tempat redup bawah pokok.

Tak banyak cerita ambil nasi, lauk, sayur, air....kira semua RM6.80

Tengah menjamu selera tu terpandang bangunan yang ada disebelah.... Mesjid rupenye!!

Cantik sangat la ni... Zohor pun dah dekat. Maka selesai makan dan bayar akupun melangkah memasuki perkarangan Masjid berkenaan.

Pandangan sisi masjid

Masjid ini bernama Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu. Ataupun juga dikenali sebagai Masjid Ladang. Pasal apa orang panggil Masjid Ladang? Sebab sebenarnya ia terletak di Kampung Ladang.

Sejarah ringkasnya ia mula dibina pada tahun 1981 dan siap pada 1984. Ia dibuka secara rasmi pada September 1984 oleh Almarhun Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Lokasi pertama...cari tandas.... Tandas OK, memuaskan, boleh pakai tapi takdelah sampai tahap boleh baring dalam tu..

Masjid ini memang indah dan agak unik rekaannya. Sebelum memasuki dewan solat utama, ada kaunter khas untuk pengawal yang bertugas. Terdapat mesin derma Bank Islam yang mana pengguna hanya menggunakan kad ATM untuk menderma....canggih!

Tiba-tiba mata terpandang pada satu sudut...."makanan percuma". Owh... ada pihak tertentu yang menyediakan makan secara percuma. Patutlah tadi di tepi masjid tu ramai yang kelihatan sedang makan nasi bungkus.

Makanan percuma!

Memasuki ruang solat utama... Memang besar ruang solat ini. Aku menjangkakan satu saf boleh memuatkan tidak kurang 50 jemaah. Ditepi-tepi masjid ada ruang-ruang yang agak unik. Terdapat juga Maktabah ataupun perpustakaan di dalam masjid ini. 

Mata tiba-tiba tertarik dengan satu paparan di dinding hadapan ruang solat. Ada "countdown" untuk waktu iqamah...Umak ai...canggih canggih canggih.

Nampak tu tengah countdown??

Solat macam biasalah....takdelah dengar bacaan imam sebab solat Zohor kan....

Habis solat...memang hebat cara bersalaman orang kat sini...salam erat dan mata bertentang mata! Ini barulah ada roh nye ketika bersalam !!

Alhamdulillah.... semoga masjid ini terus menjadi pusat penyebaran syiar Islam

Friday, 9 September 2016

Pemandangan Awan Ganjil di Kuantan 8 September 2016

Semalam....petang hari 8 September 2016 hujan turun disekitar kuantan dengan sesetengah kawasan agak lebat.

Rupa-rupanya...ada kejadian awan yang agak aneh bila dipandang di awan... Berikut adalah antara gambar-gambar yang dierolehi...

Dari atas jejantas Permatang Badak 




Allah Maha Mengetahui...

Tuesday, 27 October 2015

Karpet Baru Masjid Tanjung Api Kuantan

Alhamdulillah... Nampak gayanya jemaah Solat Jumaat di Masjid Tanjung Api minggu ini nanti pasti rasa kagum dan teruja dengan nikmat karpet baru ni.

Karpet lama telah ditukarkan dengan yang baharu! Karpet baharu ni dipasang dengan tambahan 1 lapisan macam span (kaler merah dalam gambar). Jadi apabila jemaah pijak carpet tu nanti ada rasa macam kaki tu tenggelam sikit..ibarat karpet tebal..

Best! Double jempoll!

Wednesday, 14 May 2014

Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam & Pembinaan Peradaban


Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-57 telahpun bermula malam tadi bertempat di Dewan jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Majlis tilawah tahun ini yang bertemakan `Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' menyaksikan 30 peserta mengambil bahagian, iaitu masing-masing 14 qari dan 14 qariah serta dua johan pada edisi sebelumnya. 

Bersempena itu juga, hari ini telah berlangsung "Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam & Pembinaan Peradaban" di MS Garden Hotel Kuantan Pahang. Program dianjurkan dan deigerakkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang,  PERKIM dan IKIM. 
Seminar ni disiarkan secara 'live'... streaming pada portal IKIM.fm. 

Pengisian disampaikan oleh orang-orang besar dari Radio IKIM.fm. Antaranya ialah Ketua Pengarah IKIM - Y.Bhg. Datuk Nik Mustapha bin Nik Hassan, Timbalan Ketua Pengarah IKIM - YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin, Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik IKIM - En. Md. Asham bin Ahmad dan Dr. Mohd. Zaidi Ismail, pakar Epistemologi dan Falsafah Minda dari Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar IKIM.

En. Md. Asham, Dr. Mohd. Zaidi, Moderator dan Prof. Datin Dr. Azizan

 Moderator

 En. Md. Asham

 Prof. Datin Dr. Azizan
 
Program telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang

Dalam program ni ada dapat sarapan yang siap 'tapau' macam dalam gambar ni. Tiba-tiba terasa macam naik pesawat Air Asia satu ketika dahulu...hehee


Sekian...

Thursday, 12 December 2013

Hukum Mandi Bogel & Berwuduk Bogel

"Ustaz..saya ada soalan..apa hukumnya jika kita mandi bogel..dan kita ambil wuduk bogel.."

Itu adalah soalan seorang pemanggil dalam satu rancangan radio IKIM pagi tadi siaran 12 Disember 2013. Jadi apa jawab Ustaz tu...

"Jika kita mandi bogel..ataupun berwuduk tanpa pakaian maka hukumnya adalah MAKRUH. Kalau mandi wajib..sah mandi tu..kalau berwuduk..tetap sah wuduk tu..cuma makruh la hukumnya...Tapi kalau kita mandi bogel tu ada orang lain yang nampak (takdok dinding..open area) maka HARAM la pulak hukumnya..."

Pss...Ustaz zaman sekolah aku dulu cakap.."takdok orang tengok pun kurang-kurang malu la pada kepala paip tu...."

Tuesday, 12 November 2013

Hati & 7 Saliran

Hati? Ada orang suka makan hati. Kalau makan hati masak kicap, hati goreng memang la sedap. Tapi kalau makan hati sebab kecewa...yang tu memang tak sedap.

Hati...kenapa dalam bahasa arab hati itu disebut kalbu (kolbu)? Kerana, kolbu itu membawa maksud berubah-ubah, berbolak balik. Hati manusia boleh berubah-ubah.

Hati adalah perkara yang menjadi perkara utama pada diri seseorang. Kalau hati itu rosak, kotor...maka keseluruhan tubuh manusia itu adalah 'kotor'

Hati itu ibarat sebuah telaga yang mempunyai 7 saliran. Bayangkan jika 6 saliran membawa air yang jernih dan bersih manakala 1 lagi membawa air yag kotor...Apa kana terjadi pada air yang ditakung di dalam telaga (hati) itu? Pastinya pembaca sekalian tahu ia akan menjadi kotor...

Saliran yang dimaksudkan di sini ialah punca yang membentuk kepada kebersihan, kesucian hati manusia. Jika saliran ini melakukan kebaikan maka ibaratnya adalah air yang bersih. Apa 7 saliran itu?

1. Mata
2. Telinga
3. Lidah
4. Perut
5. Faraj/Kemaluan
6. 2 tangan
7. 2 kaki

Sumber: Diolah semula dari siaran tazkirah pagi IKIM.fm

Sunday, 4 August 2013

Hamba SEKS

"10 minit aje...10 minit aje" kata kata pemberi tazkirah pagi tadi. 10 minit suda cukup untuk kita memahami. Kalau panjang-panjang nanti mula hilang fokus. Itupun ada yang dari awal memang sudah tidak fokus. Tak percaya? tengok waktu Khutbah Jumaat...Khutbah tidak panjang tapi ada segelintir yang sudah 'mula faham' walaupun Khatib belum mula baca khutbah..

Baiklah, kita adalah HAMBA SEKS! Uishhh...jika anda rasa tazkirah ini akan mengganggu sensitiviti anda, atau akan menjadi 'harassment' silalah beralih ke post lain..Jika anda ingin menimba pengetahuan..silalah...

Ape bendenya nih? SEKS....rata-rata semua orang tau...rata-rata semua orang suka padanya. Sebab?? Yang menyeronokkan itu memang kesukaan manusia...

Manusia adalah hamba SEKS...sebenarnya SEKS di sini membawa maksud yang lain...iaitu Suka/Selalu Engkar Kepada SuruhanNya. Percaya atau tidak sebilangan besar manusia adalah Hamba yang Suka/Selalu Engkar Kepada SuruhanNya.

Kita lihat situasi hari ini. Banyak kejadian jenayah dan perkaya yang tidak elok berlaku...Kecurian, pergaduhan, pembunuhan, anak rompak ayah, cucu pukul nenek dan sebagainya. Tidak wajar untuk kita menyalahkan pentadbir sepenuhnya dalam hal ini. Kerana ianya berbalik kepada individu itu sendiri. Jika baik individu itu maka InsyaAllah baiklah ia...

Namun jika individu itu selalu engkar pada perintah-perintah Allah...bagaimana untuk dia membuat kebaikan, menuju ke jalan Allah...

Allah kata janga membazir...Tapi kita gi bazar..gi pasar beli berbagai..Hujungnya tak habis..

Allah kata tutuplah aurat...Ya, dah buat tapi bukan sekadar tutup...malah siap pakej 'balut'

Allah kata dirikanlah solat...Tapi ita hanya kerjakan solat..

Sekian....Wassalam....

Friday, 17 May 2013

Doa Buat Guru-Guru : Hadiah Terbaik

Hari guru ramai orang nak beri ucapan dan beri hadiah pada guru. Hari lain tiada ucapan mahupun hadiah buat guru. Namun kita masih boleh beri hadiah yang teristimewa buat guru-guru kita setiap hari tanpa runsing kita akan jadi bengkrap! Hadiah itu adalah...DOA.

Doa yang aku sertakan di bawah ini adalah doa yang aku pelajari ketika menuntut di sekolah rendah, di Sekolah Kebangsaan Parit 6. Sudah hampir 25 tahun berlalu tapi masih aku ingat dan ku baca. Moga kalian dapat mempraktikkannya juga buat guru-guru kalian


Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunilah dosa kedua ibu-bapa kami,
Guru-guru kami,
Dan diri kami,

Ya Rahman,
Jadikanlah kami orang yang mematuhi segala suruhan Mu,
Dan menjauhi segala larangan Mu,

Dorongkanlah ya Allah,
Yang memperkenankan segala permintaan,

Selamatkanlah kedua ibu-bapa kami,

Guru-guru kami,
Dan diri kami,

Dan tunjukkanlah kepada kami,
Supaya mempelajari ilmu-ilmu yang Kau Redhai,
Sepertimana Kau membimbing Rasulullah S.A.W


Anda boleh modified mana yang rasa macam tak sesuai...
Selamat beramal....

Friday, 27 July 2012

Aku, Kau Berbeza....Aku, Kau Istimewa


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung  dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh  bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa  anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum  baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak  lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak  menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang  tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.  Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya  ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini  wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh  membantu.Haram  bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih  lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi  lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak  dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan  semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang  daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa  yangditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya  yang dianugerah oleh Allah  SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak  tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA  

Auratnya lebih  susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu  keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki (seorang saksi lelaki menyamai dgn lebih seorang saksi perempuan). Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan  melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada  isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang  dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada  lelaki.

Pernahkah  kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal  harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok  dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah  bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada  suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari  bapanya.Bukankah ibu  adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka  kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu  diserahkan kepada  suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu  menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu  bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia  didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi  ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya  diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan  dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak  perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula,  tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya,  anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu  Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat  sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat  suaminya dan  menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah  tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya  kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang  fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya  ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita  adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi  ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka  dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan  keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak  masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah  kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika  kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga  dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab  nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan  segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu,  anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri  memberikan alasan untuk membela diri "

Monday, 23 July 2012

Ramadhan Dua Zaman


Salam Ramadhan buat pembaca kalian. Ramadhan muncul lagi..Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk mengharungi Ramadhan kali ini. Semoga diberi peluang untuk sampai kepenghujungnya. Ramadhan..datangnya dinanti, perginya ditangisi...Sejauh manakah kita bersetuju dengan ungkapan ini? Hanya diri kita sendiri yang dapat mengukurnya..

Ramadhan..bukan jutaan, bahkan lebih dari ber-billion "jongkong emas" disediakan untuk diperolehi dengan cara yang mudah..Satu pelaburan yang tidak ada tolok bandingnya. Maka..marilah kita bersama-sama merebut peluang yang diberikan ini..

Bila ramadhan menjelma...aku pasti akan teringat lagu "Ramadhan Dua Zaman"...satu lagu yang mempunyai kenangan di zaman aku duduk asrama dulu....Hayatilah bait-bait lagu ini...Siapakah kita?

Ramadhan Dua Zaman
Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur
Mereka berlumba mengejar ma’rifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak bermaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga


Tuesday, 17 July 2012

Doa Penjaga Harta dan Ahli Keluarga

Apa kata kita cuba amalkan doa ini...Ikhtiar kita untuk bila-bila masa....Doa ketika mengunci kereta, ataupun meninggalkan rumah seperti nak balik kampong..cuti raya dan sebagainya...juga untuk ahli keluarga kita... Kita hanya berusaha dan merancang, hanya Allah yang menentukan


Dipetik dari Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit (Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, 2008)

Monday, 16 July 2012

Maghrib: Bulan Puasa dan Bukan Bulan Puasa

Cuba kita tgk gambar ini...agak2 apalah maksudnya ye? Adakah anda seperti ini? Renung-renung...tenung-tenung...hitung-hitung...mana tau kena seketul kat dahi

Friday, 6 July 2012

Jadual Berbuka / Imsak Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah 2012

Atas permintaan ramai....kembali dengan jadual berbuka, imsak, dgn solat2 lain jga bagi kawasan Kuantan dan yang sewaktu dengannya (Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah)....psss....jgn kedekut...kongsi ngn kawan2


Jadual Berbuka/Imsak Kuala Lumpur/Putrajaya 1433H/2012M

Assalamu'alaikum.... Hampir dua minggu lagi, seluruh umat Islamdi seluruh dunia akan menyambut Ramadhan..melalui ibadah pasa di bulan Ramadhan...mari kita "refresh" ilmu kita :-)

Niat puasa (hari)





Niat berbuka puasa




Jadual berbuka / imsak


Tuesday, 14 February 2012

Bila Ilmu Islam Semakin Berkurang

Salah satu tanda akhir zaman adalah ilmu Islam makin berkurang. Adakah kerana kepesatan Sains dan Teknologi telah menenggelamkannya? Tidak ! Berkurangnya ia kerana ilmu itu sendiri telah diangkat. Menurut Abu Hasan Ali An Nadwi, seorang yang berasal dari negara India mengatakan bahawasanya terdapat empat (4) faktor kenapa ilmu Islam itu telah diangkat.

1. Matinya para Ulama' tetapi tiada pengganti. Umat hari ini tihak ambil peduli jika masih adanya Ulama' atau tidak.

2. Manusia hari ini tidak minat untuk belajar agama. Umat hari ini lebih gemar berhibur, bermegah, bermewah dan melakukan perkara yang sia-sia.

3. Alim Ulama' yang masih tinggal tidak amanah dengan ilmu yang dimiliki, suka berdiam diri serta tidak membela agama.

4. Pihak pemerintah dan pihak penguasa menyekat perkembangan ilmu Islam. Banyak peraturan dan prosedur yang perlu diikuti untuk mengembangkan ilmu Islam.

Tuesday, 2 August 2011

Sejarah Takbir Raya

Ramadhan menjelma lagi...ku harap rakan-rakan sekalian dapat melaksanakan ibadah puasa sebaik yang mungin..puasa, satu ibadah yang bermula dengan 'markah penuh' kemudian bergantung kepada kita untuk mengekalkan atau mengurangkannya...sebab itu ada orang berkata puasa hanya sekadar lapar dan dahaga..

Baiklah, bila ramadhan berakhir maka Syawal akan menjelma. umat Islam akan bertakbir bagi menyambut kejayaan mengharungi Ramadhan dan meraikan kehadiran Syawal. Namun tahukah anda sejarah takbir raya? mari kita soroti petikan ini....

Ianya bermula pada awal Hijrah. Yaitu pada peperangan Badar.
Abu Lahab merupakan seteru dalam peperangan dan telah dipenggal kepalanya.
Lalu kepala Abu Lahab dibawa ke penghadapan Rasulullah s.a.w.
Apabila melihat akan kepala Abu Lahab Rasulullah pun melafazkan kata-kata takbir yang seperti takbir hari raya yang dilafazkan sekarang.
Lalu sahabat pun bertanya kepada Rasulallah : “ Ya Rasulullah, adakah kepala itu mendengar akan apa yang kau katakan padanya”
Jawab Rasulallah : ”Ya, dia mendengar tetapi tidak dapat membalas kata-kata”



Sumber :Oleh Tn Haji Mohd Ali Sarbini (Imam Masjid Tuanku Mizan) dalam Rancangan Gema Takbir TV1

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12533.0


sekiranya rakan-rakan ada sumber lain sila perbetulkan saya...sekadar berkongsi ilmu.







Thursday, 9 June 2011

Bercinta jangan sekadar merancang hingga ke jinjang pelamin..rancanglah hingga ke kain lampin

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera..

Setiap manusia yang inginkan perkahwinan. Perkahwinan bukan sekadar perbuatan dalam meralisasikan ungkapan percintaan. Namun jauh melewati cabang-cabang yang berbagai. 

Masa berlalu begitu pantas. Bermula dengan  kehidupan sebagai seorang lelaki dan perempuan..mengikat tali pertunangan..diijabkabul manjadi suami dan isteri..dengan rezeki yang dikurniakan-Nya bertukar menjadi ayah dan ibu..anak satu..anak dua..anak tiga..dan seterusnya..Begitulah kehidupan sebuah rumahtangga yang diimpikan setiap insan.

Kehadiran anak-anak dalam keluarga mengubah rutin harian..tidur kurang..tekanan perasaan..perhatian pada pasangan terjejas..si ibu melihat ayah dalam konteks mengurus keperluan rumah...si ayah melihat si ibu dalam konteks menguruskan anak. Namun, kadang-kadang kita terlupa..di dalam rumahtagga bukan hanya ada sekadar ayah dan ibu. Bahkan ada insan yang bernama suami dan isteri..

Perubahan hidup sedikit demi sedikit berlaku dalam alam perkahwinan..Kepada Allah dipohonkan kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi semuanya. Biarpun penat dengan tugasan harian, mulut mengomel dengan karenah anak-anak...namun jauh di sudut hati terpalit kegembiraan tatkala menyuapkan makan..memandikan..memakaikan baju...itulah hakikatnya..

Kepada  anak muda yang gatal bercinta dicelah cita-cita ..tamparlah pipi masing-masing agar celik dan melihat ke depan. Jika menolak zina pun menjadi kepayahan, halaulah dirimu daripada cinta dan perkahwinan..kerana penghujungnya akan merengek meminta ihsan..

Jika  mahu bercinta jangan sekadar merancang hingga ke jinjang pelamin, rancanglah hingga ke kain lampin. Kerana perkahwinan bukanlah urusan kegembiraan semata, tetapi kombinasi suka dan duka. Namun dalam suka ada duka dan dalam duka ada suka. 

Itulah nikmat perkahwina. Medan memberi yang paling mulia. Memberi perlu dengan kasih sayang. Tanpanya, memberi adalah beban dan benci...

Sekian..

*memetik sebahagian kandungan dari buku Aku Terima Nikahnya tulisan Hasrizal Abdul Jamil

Tuesday, 7 June 2011

Modal murah....Hasil lebat


Apa dia modal? Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (Dewan Bahasa dan Pustaka;2008), modal adalah wang atau harta benda yang digunakan sebagai dasar atau asas untuk berniaga atau untuk menghasilkan sesuatu yang menambah kekayaan dan lain-lain.

Dalam ekonomi, modal, barangan modal, atau modal sebenar adalah faktor pengeluaran yang digunakan bagi menghasilkan barangan atau perkhidmatan. Dalam kewangan dan perakaunan, modal pada umumnya merujuk kepada kekayaan kewangan yang disimpan, terutama yang digunakan bagi memulakan atau mengekalkan sesuatu perniagaan.

Apa pula modal murah hasil lebat? Itu bahasa aku aje yang tulis. Aku tertarik dengan pernyataan sahabat aku En. Ahmad Hafidz.. "signboard to RM10 je..tapi boleh dapat hasil RM ribu-ribu". Nampak hebat kan? Sekarang berbagai cara untuk berniaga..ramai orang jual barang secara online...tak perlu kedai maka tak perlu sewa kedai, tak perlu lesen..opsss...hehee...ye ke? dan macam-macam lagi yang boleh diabaikan..jadi..modalnye makin kurang la...

Kalau penceramah, orang kata jual air liur...ye ke? kalau dia letak dalam botol agak2 ada ke orang nak beli? Pasti tiada....Tapi bila diterjemahkan dalam bentuk kata-kata maka ramai orang yang ingin mendengar..dan ramai juga yang dengar...nah...untung kan?

Yang menariknya..tidak ramai orang yang mengaplikasikan perihal ini dalam ibadah harian..Contohnya, dalam ibadah solat, ramai orang solat sendirian walaupun kat surau dan ada pak imam kat depan...apesal? mufarrakah ke? tak laa....sebab nak cepat. Kalau ikut imam lambat. Kalaulah kita sedar fadilat 27 kali ganda tu aku rasa mesti penuh macam awal-awal Ramadhan ataupun Jumaat.....Harapnya kalau tak dapat jemaah kat Masjid ataupun Surau, boleh jemaah kat rumah bersama ahli keluarga yang lain..mudah je kan modalnye??

Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". 
(Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Satu lagi..kalaulah kesedaran berkenaan kelebihan solat dibarisan hadapan itu ada, pasti tidak tumbul masalah siapa nak isi saf depan bila ada kekosongan...biasa kita lihat terutamanya waktu Jumaat ramai yang baik hati memberi laluan kepada orang lain untuk saf hadapan...sila..sila......Berapa besar pahalanya solat di saf hadapan? Hanya Allah yang tahu...

Jabir bin Samurah melaporkan,” Rasulullah datang kepada kami dan berkata ,’Bolehkah saudara sekalian berbaris seperti mana malaikat berbaris di sisi Tuhan.’ Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah,bagaimanakah cara malaikat itu berbaris di sisi Tuhannya?. Rasulullah menerangkan, ‘Mereka memenuhi barisan hadapan.Mereka juga berdiri serapat-rapatnya sesama mereka.”
(Hadis riwayat Muslim)

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w bersabda,” Apabila manusia tahu betapa besarnya pahala orang yang melaungkan azan dan bersembahyang di barisan pertama, pasti mereka berebut-rebut dengan mengadakan undian apabila terpaksa melakukan begitu.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pendek kata..kalau kita pandai mengatur langkah..pasti modal boleh dikurangkan..keuntungan dilipatkan..

Friday, 3 June 2011

Kadar hujan...ketahuilah

Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.

Fakta yang diberikan di dalam Al Qur’an mengenai hujan adalah bahwa hujan diturunkan ke bumi dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam Surat Az Zukhruf ayat 11 yang bermaksud;

"Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur)."

Ibn Khatir melaporkan kenyataan Abdullah Bin Abbas dan Abdullah Bin Masud yang berkata, "Hujan yang turun pada suatu tahun tidak akan melebihi kadar hujan yang turun pada tahun-tahun yang lain."

Kadar dalam hujan ini sekali lagi telah disokong melalui penelitian moden kerana pusingan hidrologi dunia menunjukkan kadar hujan yang turun setiap tahun adalah sama. Perkara ini juga disebut di dalam Wikipedia Encylopedia yang bersumberkan NASA dan United States Geological Survey. Pakar-pakar mengganggarkan air hujan yang turun dari langit ke bumi mencecah 513 trilion ton setiap tahun tanpa sebarang perubahan.


Sumber:
1. Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains; Dr. Danial Zainal Abidin; PTS 2010.

2. http://www.keajaibanalquran.com/earth_rain.html