Wednesday 30 May 2012

EURO 2012



Musim liga dah tenang...kembali bergelora dengan EURO pulak !!! Lagi 9 hari saja lagi kaki-kaki bola, kaki-kaki bangku, jurulatih tak bertauliah, pengadil tambahan sendirian berhad akan bersengkang mata dan mengerah tenaga bagi memastikan tidak terlepas aksi-aksi menarik.

Tidak ketinggalan pemilik-pemilik kedai makan merancakkan promosi bagi menarik pelanggan..Tuan kedai baju dan cenderahati berlumba-lumba mempamerkan barangan "official"....yeahhh...

Lagi 9 hari...player berdegup..spy-spy team bol pun dahpasang strategi..aim mana-mana player yang nak di ajak masuk team musim depan...

Sama-sama kita saksikannya  nanti...

Pembukaan Poland vs Greece dan Russia vs Czech Republic

Untuk jadual penuh, sila klik kat sini : Jadual EURO 2012

Tuesday 15 May 2012

Surat Dari Arsène Wenger


Hahahaaaa....hari ni aku dapar surat dari prof ni...mcm tak percaya je kan???


Wenger: 'We're proud to qualify for Champions League'

Dear Arsenal supporter,

So the 2011/12 season has come to its conclusion. In the end we finished with 70 points in the Premier League, which is respectable and means we qualify for the Champions League for the 15th consecutive year. We are very proud of that, especially this season, having started where we did.

We had problems getting over the line and you could see that again at West Brom on Sunday. When we were 1-0 up we were nervous. When we were 2-1 down we got back to our game again and in the end we just hung on. We defended crosses with resilience but as long as we could not manage a fourth goal I was nervous. And Kieran Gibbs deserves huge credit for that late challenge on Billy Jones.

Overall, I am very proud of this season because we were not only tested on the football front - which we are used to - but also on our mental solidity. However we did not show any weakness, we kept united and, in the end, came back. It is a good lesson for everybody at the Club.

In addition, reaching the Champions League was a great present for Pat Rice, who retired after the West Brom game following 44 years of loyal service as a player, coach and assistant manager.

It was very emotional for him and for me too, because he has always been my assistant throughout my time here. Pat has many qualities of the 'Old Guard'. That means he is a fighter and, although he doesn't talk too much, when he talks, he talks!

I'd like to thank Pat for his service to Arsenal Football Club and all the supporters who have followed the Club with such passion over the course of the campaign.

I hope you have a great summer and I look forward to seeing you all at the start of next season.

Thanks for your support.

Arsene Wenger's signature
Arsène Wenger

Monday 14 May 2012

Manchester City Menakluki Tahta Liga Inggeris


 (image:http://www.soccerticketsonline.com)

Setelah 44 tahun berkecimpung dalam arena bola sepak Liga Inggeris (atau lebih glamer dengan nama BPL atau EPL) akhirnya Manchester City berjaya memenangi kejuaraan liga buat pertama kalinya. Kejayaan ini hadir setelah MC memenangi perlawanan terakhir semalam yang berlangsung penuh dramatik dengan Sergio Aguero menjadi bintang pujaan ramai apabila rembatan terakhirnya beberapa detik sebelum wisel penamat dibunyikan berjaya menerjang ke dalam gawang QPR. Untuk makluman, Aguero adalah menantu kepada bintang lagenda bolasepak Argentina yang popular dengan jolokan "Hand of God"...iaitu Maradona...Nampaknya Aguero dapat nama "Golden kick" la pula. Berikut aksi Aguero memberikan golden goal...








MC ketinggalan 2-1 sehingga minit ke 90 menyaksikan kesugulan penyokong-penyokong nya menyelubungi stadium. Nun jauh di satu kawasan, penyokong-penyokong Manchester United mula berpesta dengan keputusan yang diperolehi. MU menang 2-0 dan MC dah "tewas". Namun bagaikan satu magik tercipta, masa kecederaan merubah segalanya. Piala yang seakan terus disimpan oleh MU terus berpindah hak milik. itulah akibat bola itu bulat..MU sekadar naib juara

(image: http://blogs.bettor.com)


Tempat ketiga berjaya dikekalkan oleh skuad The Gunners. Gunners bertungkus lumus menahan defisit 1 gol untuk memastikan mereka menang dengan 3-2 ke atas West Bromwich Albion (WBA)

Spurs pula terpaksa berpuas hati ditangga ke empat walaupun berjaya menumbangkan Fulham 2-0. untuk slot ke Champion League, Spurs terpaksa menunggu keputusan perlawanana akhir antara Bayern Munich dan Chelsea. Andai Chelsea berjaya menjadi juara, maka tiadalah slot bagi Spurs walaupun Chelsea sekadar menduduki tangga ke-6 dalam liga....peraturan....

Tamat sudah saingan liga perdana Inggeris musim ini.....bye...

Saturday 5 May 2012

Real Madrid's 32 La Liga titles


Rise up your hand Real Madrid Fans !!!! Real Madrid's 32 La Liga titles

Yeehaaa !!!! Semalam Real Madrid dah menengelamkan Athletic Bilbao 3-0 sekaligus mengesahkan mahkota kejuaraan La Liga buat kali ke-32 kemas dalam dakapan. Berbaki dua lagi perlawanan dengan kelebihan 7 mata ke atas pencabar terdekat, Barcelona tidak mampu lagi mengatasi jumlah mata RM. Tambahan dua minggu lepas Barca telah mengangkat bendera putih kepada RM dalam perebutan mahkota kejuaraan.

Kejayaan ini sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan pasukan RM dan penyokong amnya setelah kegagalan dalam saingan Champion League tempohari. Setelah empat tahun barulah RM dapat merangkul kembali piala kejuaraan La-Liga. Mengimbas perlawanan semalam, ayam tambatan Ronaldo sekali lagi gagal memastikan bola menerjah jaring apabila tendangan penaltinya lemah dan mudah di selamatkan penjaga gol lawan..namun Ronaldo berjaya juga menebus kesilapannya dengan memberikan gol yang ke tiga...

Satu fakta menarik..Jose Mourinho yang mencecah usia 49 tahun menempa sejarah apabila berjaya membawa 4 pasukan berbeza menjadi juara bagi 4 liga tempatan yang berbeza. Satu pencapaian yang memberangsangkan. Tamat perlawanan semalam beliau menuding 7 jari ke langit menandakan kejuaraan liga yang ke tujuh buat beliau sebagai seorang jurulatih. 2 kejuaraan bersama Porto di Portugal, 2 kejuaraan bersama Chelsea di England, 2 kejuaraan bersama Inter Milan di Itali dan terkini kejuaraan bersama Real Madrid di Sepanyol....adakah bersama RM akan menajadi 2 juga???






                                          (Picture source: http://www.realmadrid.com)

Thursday 3 May 2012

Malaysia FA Cup 2012

Semangat sukan 1 Malaysia !!!

Piala FA 2012 bakal menjadi sejarah baru apabila pasukan berstatus kelab memahat mana sebagai pasukan yang layak ke perlawana akhir. Pasukan Sime Darby bakal berentap dengan naib juara tahaun lalu iaitu pasukan Kelantan Darul Naim. Sime Darby FC ditubuhkan pada Januari 2010 dan bermula dengan liga FAM.

Sime Darby mengecewakan juara tahun lalu iaitu Terengganu dengan agreget 2-1. Perlawanan pertama menyaksikan Sime Darby menundukkan Skuad Penyu di gelanggang lawan 2-1..perlawanan timbal balik semalam menyaksikan Penyu diikat 0-0...Penyu menangis meratapi pemergian pialanya...

Di utara sana, Skuad Kenari melayan kunjungan Skuad Kijang...Kenari bermula garang dan mendahului 2-0 pada babak pertama..Namun, keghairahan Kenari yang bagaikan sudah melangkah sebelah kaki ke final disentap oleh 2 jaringan Kijang yang mana menyaksikan Kijang melompat ke perlawanan akhir dengan agreget 3-3...Kenari patah sayapnya...

Apapun, Kijang pastinya mahu merampas piala yang tidak di menangi tahun lepas. Manakala Sime Darby pastinya mahu melakar sejarah sebagai kelab pertama berjaya merangkul piala FA..