Wednesday 29 August 2012

Cara Buat Muffin Sedap & Lazat


Macamana nak buat muffin? Mari kita pelajari cara yang mudah ini...ibu-ibu bapak-bapak kakak-kakak abang-abang adik-adik semua boleh cuba...sonang eh


Bahan: 

1 kilogram tepung mufin
350 gram telur ayam
225 gram air
280 mililiter minyak jagung


 Ambil tepung...tepung muffin tu letak dalam bekas

 Telur...tambahkan telur ayam ke dalam tepung tadi

 Air....pastu tambahkaan air pula

 Putar....putar semua campuran tadi sehingga kembang

 Minyak Jagung....tambahkan minyak jagung, putar lagi sampai sebati

Masuk Bekas....dah siap tu masukkan dalam bekasnya (cup), 
bakar pada suhu 180 darjah selama 10-15 minit

Perut....dah siap..sedia untuk dipindahkana ke dalam perut :-)

@HMetro

Tengok juga: Petua Muffin Gebu

Petua Buat Muffin Gebu



SELAIN biskut, kek cawan dan mufin kini menjadi antara manisan yang dihidangkan kepada tetamu ketika majlis rumah terbuka. Selain nampak comel, mufin memberi kelainan kepada kek atau makanan yang sedia terhidang di meja.
Teknik asas membuat mufin juga mudah. Hanya campurkan bahan di dalam bekas kemudian diputar sehingga sebati. Tanpa menggunakan mentega, mufin yang lembut dengan tekstur yang halus mampu diperoleh.

Menurut pemilik My Mum's Bakery, Siti Saleha Idris, resipi mufin coklat yang tidak meng–gunakan mentega diperoleh turun temurun daripada ibunya.

“Biasanya mufin menggunakan mentega, susu atau dadih sebagai bahan utama, tetapi sebenarnya tanpa mentega, mufin yang lembut, halus dan gebu mampu diperoleh dengan hanya menggunakan bahan asas. Apa yang penting adalah teknik memutar menerusi satu arah supaya dapat menghasilkan adunan sekata,” katanya.

Selain itu, pastikan adunan mufin tidak dikacau melebihi 15 saat. Adunan yang terlalu dikacau akan membuatkan mufin liat, mendap dan tidak sedap.

“Adunan yang bergumpal dan tidak rata memang biasa sewaktu membuat mufin. Jadi pastikan bahan sebati dan lembut selepas dikacau,” katanya yang turut menerima tempahan kek cawan, mufin dan kek untuk majlis perkahwinan dan hari jadi.

Untuk mendapatkan mufin yang diinginkan, Siti Saleha menasihatkan agar menggunakan tepung mufin yang dijual di pasar raya. Elak menggunakan tepung kek atau pastri kerana ia akan membuatkan mufin terlalu lembut dan bentuknya akan berubah.

Isian cawan mufin pula haruslah sebanyak tiga suku penuh untuk adunan ringan bagi membolehkan tepung naik ketika dibakar. Gunakan sudu, senduk kayu ataupun sudu ais krim untuk mengisikan adunan ke dalam cawan agar kemas dan tidak comot.

Paling penting untuk mendapatkan mufin yang segar dan gebu, pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dulu sebelum dibakar. @HMetro

EPL Giant War !!!!



Beberapa hari lagi tamatnya musim perpindahan pemain, kuasa besar Liga Perdana Inggeris pastinya tercari-cari siapa yang harus dibeli pada saat akhir.

Arsenal
PERBELANJAAN 40 JUTA (RM196.8 juta)

Dua perlawanan tanpa sebarang jaringan menunjukkan masalah dihadapi Arsenal dan tidak ramai penyerang berbakat yang tinggal selain Jermain Defoe. Lukas Podolski dan Olivier Giroud pastinya menyumbang jaringan buat Gunners sebaik menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris tetapi Arsenal tidak boleh menghadapi permulaan sukar sekali lagi selepas terpaksa mengejar pesaing mereka sepanjang musim lalu.

Arsenal Wenger mungkin perlu cuba mendapatkan Defoe yang kini tidak lagi betah di Spurs dan kini bercadang untuk berpindah. Defoe dilihat sebagai pengganti terbaik Robin van Persie.


Berita baiknya, Arsenal dilihat lebih mantap di bahagian pertahanan sejak Steve Bould menjadi orang nombor dua Wenger dan keadaan mereka sepatutnya lebih baik sebaik Laurent Koscielny kembali bergandingan dengan Thomas Vermaelen.

Bagaimanapun, mereka mungkin memerlukan seorang lagi pemain tengah selepas menjual Alex Song kepada Barcelona dan pemain Newcastle, Yohan Cabaye mungkin layak mengisi kekosongan itu.


Chelsea 

PERBELANJAAN 80 JUTA (RM393.5 juta)


Juara Eropah itu bermula cemerlang musim ini dan kelihatan begitu mantap tetapi masih kekurangan pilihan pemain untuk mengisi posisi penyerang. Masalah yang dialami Roberto Di Matteo adalah akhirnya dia berjaya memastikan Fernando Torres melakukan tugas itu dan tidak mahu merosakkan dengan membawa masuk seseorang yang boleh meruntuhkan keyakinan pemain Sepanyol itu.

Begitupun, selagi Torres tahu dia seorang pemain utama, ia bukan satu masalah.

Mereka mempunyai Daniel Sturridge tetapi Chelsea memerlukan seorang peneraju yang tegap di bahagian serangan untuk menggantikan Didier Drogba supaya mereka boleh membawa bola naik ke kubu lawan dan memastikan ia akan terus berada di situ.

Pemain Athletic Bilbao, Fernando Llorente mampu menggalas tugas itu. Dia besar, kuat dan tahu bagaimana membawa bola ke gawang. Dia mungkin akan ke Juventus tetapi Chelsea mempunyai wang yang banyak untuk mendapatkannya.

John Terry juga mula mengalami kecederaan dan mungkin Chelsea perlu memikirkan untuk mendapatkan bek tengah yang baru.


Liverpool

PERBELANJAAN 27.8 JUTA (RM136.8 juta)


Brendan Rodgers jelas sekali tidak menyukai Andy Carroll jadi beliau perlu mendapatkan penyerang lain yang boleh meringankan beban yang digalas Luis Suarez.

Suarez adalah penyerang bertaraf dunia yang suatu hari nanti akan berada setaraf Gianfranco Zola, Dennis Bergkamp atau pun Eric Cantona. Bagaimanapun kekuatannya adalah kebolehan kreatifnya dan bukannya seorang penjaring gol sejati.

Apa yang diperlukan Liverpool adalah seorang Robbie Fowler yang muda untuk digandingkan dengan Suarez.

Ini adalah kerana Liverpool tidak lagi berada dalam Liga Juara-Juara dan tidak mempunyai sumber kewangan sebanyak pesaing mereka dan pastinya ketinggalan dalam perlumbaan sekiranya ada penyerang utama untuk dibeli.

Bagaimanapun dengan adanya Joe Allen, Steven Gerrard dan Nuri Sahin di bahagian tengah, Liverpool boleh melakukan lebih baik daripada apa yang dijangka memandangkan beberapa pemain muda juga kini mula menunjukkan kehebatan mereka.

Raheem Sterling misalnya meraih penampilan pertama Liga Perdana Inggeris sewaktu menentang Manchester City hujung minggu lalu tetapi dia baru berusia 17 tahun dan tidak boleh bermain setiap minggu. Liverpool perlu mendapatkan seorang pemain lain yang mampu mengucar-kacirkan pertahanan lawan.


Manchester City

PERBELANJAAN 15 JUTA (RM73.8 juta)


Kata orang anda tidak boleh berdiam diri dalam bola sepak dan juara liga juga masih perlu memperbaiki kedudukan mereka. Roberto Mancini mempertikaikan mengenai kekurangan aktiviti perpindahan pemain di City biarpun skuadnya begitu mengagumkan.

Begitupun Van Persie yang sebelum ini diintai City, memilih musuh ketat mereka, United untuk menyambung kariernya dan jika wang menjadi pilihan sudah tentu dia akan ke Stadium Etihad.

Begitupun, mereka mempunyai limpahan pemain hebat dan pengambilan Scott Sinclair dari Swansea minggu ini dilihat pelik memandangkan jika pemain sayap England, Adam Johnson gagal merebut tempat daripada David Silva dan Samir Nasri, apa pula peluang Sinclair?

Satu ruang untuk diperbaiki skuad City adalah di bahagian pertahanan. Vincent Kompany dan Joleon Lescott adalah gandingan pertahanan terhebat tetapi Kolo Toure kini tidak lagi menjadi pilihan utama.


Manchester United

PERBELANJAAN 46 JUTA (RM226.4 juta)


Apabila anda menurunkan Michael Carrick di posisi bek tengah, jelas sekali di mana sasaran Alex Ferguson di dalam musim perpindahan ini.

Rio Ferdinand, Jonny Evans dan Chris Smalling mengalami kecederaan dan United memerlukan seorang pertahanan tengah untuk membantu Nemanja Vidic.

Pemain Portugal, Bruno Alves yang ketika ini bermain di Zenit St Petersburg mungkin boleh dipertimbangkan. Dia adalah seorang pertahanan yang bertubuh besar dan tegap dan mempunyai banyak pengalaman di peringkat antarabangsa, menarik perhatian sewaktu Euro baru-baru ini.

Zenit belum tentu akan menjual Alves tetapi pertahanan dengan kualiti itulah yang perlu dicari United.

Mereka juga perlu mendapatkan pemain tengah kerana dua bintang veteran mereka, Scholes dan Ryan Giggs tidak mampu bertahan selama-lamanya.

Shinji Kagawa bermula cemerlang sejak tiba dari Borrusia Dortmund tetapi dia perlukan bantuan di bahagian tengah. Mereka sudah pun membelanjakan lebih 40 juta dan banyak yang belum terjawab mengenai status kewangan mereka dan mungkinkah mereka akan membuat beberapa lagi pembelian minggu ini.


Tottenham

PERBELANJAAN 21.7 JUTA (RM106.8 juta)


Apa yang berlaku di White Hart Lane sekarang ini sukar difahami dan mungkin kita perlu biarkan semuanya tenang untuk beberapa minggu sebelum membuat kesimpulan mengenai pengurus baru mereka, Andre Villas-Boas.

Penjualan Luka Modric ke Real Madrid tidak dapat dielakkan dan Spurs tidak boleh disalahkan kerana menjual pemain Croatia yang mahu meninggalkan kelab itu. Begitupun tindakan mereka terlalu lewat untuk mencari pengganti pemain tengah itu yang dilihat penting dalam gaya bola sepak Tottenham.

Apa yang lebih pelik adalah keinginan untuk menjual Defoe dan pertahanan Michael Dawson. Beberapa minggu lalu, Dawson diberitahu akan menjadi kapten kelab itu selepas persaraan Ledley King dan tiba-tiba dia tidak lagi dikehendaki.

Ada desas-desus mengenai Spurs mengambil Ricardo Carvalho sebagai sebahagian daripada perjanjian mereka di Real. Mengenai Defoe pula, apa lagu yang perlu dibuktikannya di White Hart Lane selepas menjaringkan 100 gol Liga Perdana Inggeris dan dilihat sempurna untuk digandingkan dengan Emmanuel Adebayor di bahagian serangan.

Villas-Boas dikatakan mahu mendapatkan pemain tengah menyerang, Shakhtar Donetsk, Willian, dan rakan senegaranya dari Brazil, Leandro Damiao tetapi adakah mereka menjaringkan gol sebanyak Defoe?





@HMetro

Monday 27 August 2012

Apa Cer....Pengsan Sebab Makan Udang



Kuala Terengganu: Tersalah makan punca penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee pengsan ketika perlawanan kedua Kumpulan B Piala Malaysia menentang Tentera di Stadium Selayang malam kelmarin. 

Pada perlawanan yang menyaksikan Tentera menang 2-1 hasil jaringan pemain import, Marlon Alex James itu, Sharbinee tiba-tiba meluru keluar dari kawasannya di pertengahan babak kedua dan rebah. Dia kemudian digantikan dengan Muhd Saifuddin pada minit ke-64. Pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh, berkata Sharbinee tiba-tiba pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana keracunan makanan. “Dia pengsan kerana mengalami keracunan makanan selepas makan udang berlebihan sebelum permainan,” katanya.

From hero to zero



Martin Skrtel, scorer of Liverpool's opening goal, gifted Premier League champions Manchester City their second equaliser, and a point, in an absorbing 2-2 draw at Anfield on Sunday.


The Liverpool defender had performed superbly until the 80th minute when, under pressure from Edin Dzeko, he inexplicably played the ball back directly to Carlos Tevez, who rounded Liverpool goalkeeper Pepe Reina and slotted in his 100th goal in English football to share the points.

But the consolation for Liverpool manager Brendan Rodgers, still searching for his first league victory since taking charge of the Reds, was that this was a much improved display following last week's 3-1 loss to West Bromwich Albion.

Skrtel opened the scoring with a powerful and unstoppable header from a perfectly-delivered right-wing Steven Gerrard corner in the 34th minute, a goal which was thoroughly deserved given the enterprising manner in which Rodgers's team had undertaken their daunting meeting with the champions.

Yaya Toure pulled City level in the 63rd minute but it took the home team just three more to regain the lead through a magnificently-struck Luis Suarez free-kick after Jack Rodwell had been harshly judged to have handled as he blocked a Gerrard shot.

It was a dangerous position, some 22 yards from goal, and Suarez, who had looked low on confidence to that point, needed no second invitation to curl a superb strike around the City wall and beyond England goalkeeper Joe Hart into the bottom right-hand corner.

Anfield had an air of the big occasion about it for Rodgers's home league bow, not least of all because the manager handed a full debut to teenage winger Raheem Stering, an almost cult figure with the Liverpool faithful.

It was easy to see why, in the 18th minute, when the 17-year-old planted the perfect left-wing cross onto the toe of Fabio Borini who volleyed wide from four yards.The miss might have proved costly as City launched a counter-attack with Tevez taking James Milner's through pass and succeeding in rounding Reina.

The Argentine forward was forced wide but then saw his cross-shot almost put in by Martin Kelly whose attempted headed clearance struck the post and was gathered by a grateful Reina. It was a fast-paced opening with Liverpool's game plan upset after just four minutes when Lucas limped off with pulled leg muscle to be replaced by Jonjo Shelvey.

But as Liverpool gained momentum, City were forced onto the back foot and into conceding the opening goal. In the second half Mario Balotelli, performing admirable but unfamiliar defensive duties, inadvertently played his team into trouble when the ball deflected off him into the path of Suarez but the Liverpool forward crossed into an empty area.

City manager Roberto Mancini threw on Rodwell and Dzeko in an attempt to breathe life into s fading performance and the tactic paid instant dividends with Yaya Toure's equaliser. Tevez broke down the right and his cross was dealt with unconvincingly by Reina, a half-hearted punch which rebounded off Martin Kelly and into the path of the alert Toure who converted from six yards.

City only remained level for three minutes before conceding a second goal although Skrtel's moment of indecision helped make things all square again.

Thereafter, Skrtel tried to make amends with an 18-yard shot which cleared the City bar while Dzeko twice came close as City attempted to win a league game by a 3-2 scoreline for the fourth consecutive match.
Liverpool substitute striker Andy Carroll might have secured the three points in the other direction in the closing minutes, however, as he rose to meet a Suarez cross and saw his header cleared off the line by Vincent Kompany.

Wednesday 22 August 2012

Guru, anak lelaki cedera diserang samseng


KUALA TERENGGANU: Dua beranak cedera di muka, kepala dan badan selepas diserang dan dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di Jalan Sultan Mahmud di sini, lewat tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, guru yang berusia 46 tahun tersebut bersama isteri dan tiga anak mereka dalam perjalanan dari Chendering ke Kuala Terengganu. Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk, kereta yang dinaiki keluarga guru itu dihimpit sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima lelaki, dengan seorang daripada mereka menunjukkan isyarat lucah.

"Guru berkenaan tidak mengendahkan kelima-lima lelaki tersebut dan meneruskan perjalanan. Namun ketika sampai di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Jalan Sultan Mahmud, kenderaannya dihalang sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara yang dinaiki tiga lelaki, memaksanya berhenti," katanya pada sidang media, di sini hari ini. Manoharan berkata, Perodua Myvi itu yang mengekori turut berhenti di sisi
kereta guru berkenaan sebelum suspek bertindak membuka pintu kereta dan menarik anak lelaki guru tersebut yang berusia 20 tahun.

Kumpulan lapan lelaki itu kemudian memukul dan menendang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam tersebut menyebabkan si ayah cuba membantu namun turut dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.
Isteri mangsa juga turut ditolak kumpulan lelaki tersebut, katanya.

"Mangsa tidak tahu punca sebenar dia dan anaknya dipukul sedemikian rupa dan polis masih menyiasat motif serangan sama ada perselisihan faham atau sebaliknya.

"Kita telah mengenal pasti pemilik kereta Perodua Myvi dan gerakan memburu suspek bersama rakan-rakannya yang berumur lingkungan 28 tahun ke atas itu sedang giat dijalankan," katanya.

Beliau juga meminta suspek yang terlibat dalam insiden pergaduhan itu supaya tampil menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bagi membantu siasatan. - BERNAMA@BH

Tuesday 21 August 2012

Lepas bunuh anak, nak terjun bumbung pula




ZHANJIANG - Seorang wanita yang membunuh anak saudaranya diselamatkan oleh beberapa saudara, rakannya dan anggota penyelamat selepas dia mahu membunuh diri dengan terjun dari bumbung sebuah bangunan di wilayah Guangdong, China pada 14 Ogos lalu, lapor agensi berita Reuters semalam.

Wanita itu, Sheng Fi mengancam untuk terjun selepas dia mencampakkan seorang anak saudara lelakinya yang berusia empat tahun dari bangunan setinggi sembilan tingkat itu. Fi melakukan perbuatan tersebut selepas dia bertengkar dengan ibu anak saudaranya itu. Bagaimanapun, beberapa rakan, saudara dan anggota penyelamat sempat menarik kaki wanita tersebut bagi mengelaknya terjatuh.

"Dia mengaku mencampakkan anak saudara lelakinya dari bumbung yang sama.
"Wanita itu akan mati tetapi dia akan ditembak skuad penembak kerana melakukan pembunuhan," kata seorang jurucakap polis kepada media tempatan. - Agensi

Sunday 19 August 2012

Aidilfitri....Dulu & Kini...Akuilah...



Ketupat dan rendang masih dijadikan hidangan utama, namun hari pertama Syawal yang sangat istimewa buat semua umat Islam sudah banyak berubah mengikut peredaran masa. Meskipun terdapat kelainan, ia tidak bermakna hubungan silaturrahim antara sanak-saudara dan sahabat-handai sudah kian renggang serta matinya sesebuah tradisi dan budaya masyarakat Islam di Malaysia. Sebaliknya, ia membuahkan bukti evolusi tradisi dan budaya itu.

LOKASI


Dulu: Kehijauan dusun, sawah padi dan pokok kelapa yang memberikan kedamaian hati membuatkan kampung sebuah tempat yang sering diingati dan dirindui rakyat Malaysia. Dianggap sebagai rumah kedua, kampung menjadi destinasi wajib menjelang raya untuk mereka bertemu datuk, nenek dan saudara-mara tersayang.


Kini: Perkembangan teknologi dan kenaikan taraf hidup telah membuatkan ramai berpindah ke kawasan bandar. Walaupun hubungan masih kekal utuh, namun nikmat beraya di bandar tidak mungkin boleh disamakan dengan kawasan desa. Pada zaman ini juga, melancong di luar negara ketika Hari Raya seakan-akan sudah menjadi ikutan orang ramai.

LAGU RAYA



Dulu: Muzik ghazal dan lagu asli Melayu seperti lagu-lagu P. Ramlee sering berkumandang di radio. Tidak dilupakan juga legenda Allahyarham Sudirman dengan lagu klasik "Balik Kampung" beliau yang sehingga kini masih dinanyikan ramai.


Kini: Muzik juga tidak lari daripada evolusi budaya yang sedang berlaku. Kini, pelbagai jenis muzik diperkenalkan di tanah air seperti rap, pop, dan indie yang mana genre tersebut diselitkan dengan lagu tema Hari Raya.

KAD UCAPAN HARI RAYA


Dulu: Ucapan 'Selamat Hari Raya' sering ditutur melalui kad kertas yang diberi kepada rakan-rakan di sekolah atau di tempat kerja. Ditambah lagi dengan jemputan ke rumah terbuka. Jika kita imbas kembali, kad-kad itulah yang akan menghiasi dinding dan meja di rumah semasa Hari Raya.


Kini: Dengan adanya teknologi yang canggih, kini, ucapan 'Selamat Hari Raya' dan jemputan ke rumah terbuka dibuat melalui kad visual yang diletakkan di laman Facebook sahaja. Untuk memudahkan kerja, kawan-kawan hanya akan di-'tagged' di kad visual tersebut sahaja. Selain penggunaan internet, aplikasi Whatsapp, BlackBerry Messenger (BBM), dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) di telefon mobil juga digunakan sebagai medium.

DUIT RAYA


Dulu: Kalau dari segi hal kewangan, memang segalanya lebih mudah dan juga murah pada zaman dahulu. Syiling 50 sen atau RM1 pun sudah dikira banyak untuk kanak-kanak pada zaman itu.


Kini: Jangankan RM1, RM50 pun tidak dikira cukup untuk kebanyakan orang. Kini, hanya wang kertas yang digunakan sebagai duit raya. Dan disebabkan peredaran masa yang mana semua harga sudah naik, maka duit raya pun terpaksa dinaikkan.

HIBURAN


Dulu:
Meriam buluh dan pelbagai mercun yang dibuat sendiri oleh kanak-kanak inovatif pasti didengari di seluruh kawasan perumahan. Memang menyeronokkan, tetapi boleh mebawa nahas.


Kini: Kes-kes cedera parah dan maut yang sering berlaku akibat mercun telah menyebabkan penggunaannya lebih terhad berbanding dulu. Lebih-lebih pula, kanak-kanak sekarang lebih gemar berada di rumah bermain permainan video sahaja.

PAKAIAN




Dulu:
Seperti dalam filem 60-an, baju kurung, kebaya, dan selendang yang berpotongan ringkas sering digayakan golongan wanita.


Sekarang: Pelbagai fesyen baju kurung dan kebaya moden yang direka dengan pelbagai potongan serta mencampurkan pelbagai elemen budaya luar sudah menjadi ikutan orang ramai. Google sahaja 'baju kurung moden' dan anda boleh dapati perbezaan ketara berbanding baju kurung tradisional. Golongan lelaki pula masih tidak lekang daripada baju Melayu yang masih kekal serupa sehingga kini.


KUIH RAYA




Dulu:
Selain lemang, ketupat, dan rendang, manisan seperti tart nanas, agar-agar, dan kuih bahulu waijb dihidangkan sebagai pencuci mulut.


Kini: Disebabkan banyak pendedahan kepada budaya luar, ramai juga yang gemar menghidang kuih Barat seperti macaroon, kek cawan, kek pelangi dan pelbagai lagi. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan Hari Raya lebih menarik dengan adanya pelbagai jenis juadah menarik yang terhidang di depan mata, selain dapat meningkatkan kreativiti memasak. 


Inspired by Ramadhan@Yahoo

Wednesday 15 August 2012

Gempa sederhana landa Pulau Bonin di Pasifik

Gambar sekadar hiasan


Gempa bumi merupakan satu malapetaka yang amat digeruni manusia. Ianya mampu memusnahkan apa sahaja dalam sekelip mata. Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Pulau Bonin di Kepulauan Pasifik pada 8.06 malam tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 801 kilometer di tenggara Yokosuka, Jepun dan 3,660 kilometer timur laut Sandakan, Sabah. Bagaimanapun, tidak ada ancaman tsunami dilaporkan. — BERNAMA

Sambutan di malam raya....di suatu tempat yang tidak dikenalpasti...agak-agak berapa panyak la kos diorang nih...ni memang main perang nih




Monday 13 August 2012

Yahoo..Hutang PTPTN Lupus




Yahooooooo...Aku yahoo bagi otg yang berkenaan la...memang berita baik bagi mereka ayang mempunyai PTPTN...Seramai 17,441 siswazah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan berjumlah RM486.9 juta berikutan kejayaan mereka memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said (gambar kecil) berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 13,011 peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman melibatkan peruntukan sebanyak RM370.7 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.

Menurutnya, jumlah itu meningkat kepada 17,441 graduan selepas mengambil kira 4,430 lagi peminjam yang lulus dengan ijazah sarjana kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 membabitkan nilai pinjaman RM116.2 juta.

"Peminjam yang lulus dengan kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 itu dulu tidak mendapat pengecualian tersebut, namun kerajaan baru-baru ini telah bersetuju melupuskan pinjaman mereka".

Moral: Belajar rajin-rajin dapat 1st class...

Sunday 12 August 2012

Diskaun Tol dan Had Laju Raya 2012



Pengguna lebuh raya yang pulang menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing berpeluang menikmati diskaun tol sehingga 37.5 peratus bermula 18 sehingga 21 Ogos ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, kadar diskaun itu diberikan menerusi kerjasama dengan 24 konsesi lebuh raya yang turut memberikan rebat dari 10 peratus untuk kenderaan kelas pertama.

Shaziman berkata, pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik di lebuh raya kendalian Plus Berhad boleh menikmati rebat tol 30 peratus bermula 15, 16, 22 dan 23 Ogos ini.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga memberi diskaun 30 peratus bermula 18 sehingga 21 Ogos ini. Diskaun dan rebat diberikan pada pengguna sempena Hari Kemerdekaan hujung bulan ini.

Menurutnya, dalam usaha mengurangkan kemalangan turut mengurangkan kadar had laju di Jalan Persekutuan daripada 90 kilometer sejam kepada 80 kilometer sejam. Peraturan itu bermula dari 12 sehingga 26 Ogos ini. Bagaimanapun, had kelajuan di lebuh raya dikekalkan..

Budak enam tahun kena belasah sebab rempeyek







KUALA LUMPUR: Berang kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan Aidilfitri dirosakkan, seorang ibu membelasah anak sulungnya berusia enam tahun hingga lebam di badan serta berdarah hidung dan mulut.
Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun berada di rumah bersama ibu mereka manakala bapa mereka keluar bekerja sebagai pemandu bas.
Sumber polis berkata, sejurus pulang ke rumah bapa mangsa mendukung anak lelakinya itu sebelum terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu menangis kesakitan.

Saturday 11 August 2012

"Gua berani kerat ANU la kalau Pandalela menang pingat malam ni"


Bila Pandalela Rinong menang pingat, tiba-tiba nama Johari Pain menjadi glamer! Tumpang glamer tuu...! Tapi sebab ape ha? Haa...Johari Pain jadi glamer sebab statusnya di fb yang berbunyi "Gua berani kerat kote la kalau Pandalela menang pingat malam ni". Gile punya statement. Agak-agak dah kerat ke belom ha si Johari ni sebab Pandalela dah menang.




Haishhh...Kerana pulut santan binasa kerana mulut pulut habis..eh..kerana statement badan binasa...Dia cakap dia dah mintak maaf pasal kenyataannya tapi xde sape nk ambik port statement maaf dia...hahaa..Tu la, aritu taip statement tak pikir pun...


Jawatan Kosong



JAWATAN KOSONG bagi yg berminat.. boleh PM SAYA

KELAYAKAN :
1. SPM / SPMV / STAM
2. DIPLOMA DALAM APA-APA LAPANGAN
(LEBIH BERPELUANG)

KELEBIHAN :
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM2900
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad
pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 10 SEPTEMBER 2012 di Jabatan
Pertahanan Awam.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan
kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran
jawatan.

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN :
LAMPIRAN SILA KE BAWAH.

Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
5.SURIA PERKASA HITAM (Cawangan Jepun)

 
Berminat????

Jom Tengok Anak Bulan (18 Ogos), Pilih Lokasi Anda



Ramadhan makin ke hujung, Raya dah hampir dekat. Maka anak bulan kena la tengok. Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.

Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab. "Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.

Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). - BERNAMA

Kematian Syaleza Jaafar : Suami dihadapkah ke mahkamah


PETALING JAYA – Kematian eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar yang mayatnya ditemui tergantung pada kipas siling bulan lalu bakal terungkai apabila suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh wanita itu.

Eksekutif teknologi maklumat di sebuah syarikat gas dan cari gali minyak, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hadir berpakaian baju T belang ungu dan berseluar panjang kelabu. Turut hadir di mahkamah ialah ibu dan adik-beradik tertuduh.
Sepanjang pertuduhan Norazman Bashah kelihatan sugul manakala seorang ahli keluarga tertuduh dilihat menangis.

Friday 10 August 2012

Kakitangan Awam Curi Tulang?



Putrajaya: Ramai kakitangan awam dikesan ponteng kerja dengan membeli-belah ketika waktu bekerja pada bulan Ramadan sekarang. Selain kompleks beli-belah dan pasar raya, mereka mengunjungi bazar Ramadan berhampiran pejabat, dipercayai untuk persiapan Aidilfitri dan membeli juadah berbuka puasa.

Perbuatan itu dikesan menerusi pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas sering menerima aduan orang ramai mengenai sikap kakitangan awam tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di tempat awam.

Perlu patuh waktu bertugas Dalam surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA, Datuk Farida Mohd Ali kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan menyatakan walaupun jumlah pegawai awam yang berbuat demikian makin berkurangan, ketua jabatan perlu mengingatkan pegawai supaya mematuhi waktu bertugas.

Surat itu menyatakan kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Baru-baru ini, JPA melakukan pemantauan terhadap pematuhan waktu bekerja penjawat awam di sekitar premis perniagaan, pasar raya dan pusat beli-belah yang berhampiran pejabat kerajaan dan mendapati masih ada segelintir penjawat awam tidak mematuhi perkara ini,” katanya. Surat bertarikh 30 Julai dengan tajuk perkara Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam, disiarkan dalam laman web rasmi JPA semalam, ditandatangani oleh Farida.

Sehubungan itu, JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, setiap pegawai atau anggota penjawat awam perlu mematuhi peraturan dan tidak mengambil kesempatan untuk pulang lebih awal daripada masa ditetapkan.

“CUEPACS difahamkan sepanjang Ramadan ini, segelintir jabatan membenarkan penjawat awam pulang pada jam 4.30 petang bagi membolehkan mereka membuat persiapan berbuka puasa,” katanya.

Pandalela menang Gangsa Olimpil 2012

Foto:London2012.com

PANDELELA Rinong (kanan) memperagakan pingat gangsa yang dimenangi pada final 10 meter platform individu wanita di Sukan Olimpik London bersama pemenang emas, Chen Ruolin (tengah) dari China dan pemenang pingat perak, Brittany Broben dari Australia.

Jauh sungguh markah dengan emas tu...

Thursday 9 August 2012

Apa pebelaan Syaleza?


Planet Bumi : 10 Ogos merupakan hari terakhir tempoh reman ke atas suami Syaleza. Mangsa dipercayai telah mati dijerut di kediamannya. Kertas laporan lengkap akan diserahkan kepada Hakim bagi menentukan sama ada tempoh reman akan dilanjutkan lagi atau suami mangsa akan dibebaskan.

Menurut sumber, dipercayai seramai 27 orang telah dipanggil bagi membantu siasatan. Apa yang diharapkan, semoga mangsa mendapat pengadilan yang sewajarnya....

Kita tunggu perkembangannya nanti

Kelab Hungary tewaskan Harimau Malaya 2-0



KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan tumpas 0-2 kepada kelab Hungary, Gyirmot Gyor FC dalam perlawanan persahabatan di Budapest, Hungary awal pagi tadi.

Pasukan negara yang dikenali sebagai Harimau Malaya kini sedang mengadakan latihan di Vienna, Austria dari 4 hingga 16 Ogos sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki pada November ini.
Kelab Hungary itu yang dibimbing bekas pemain kebangsaan Hungary, János Csank membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi pemain tengah Norbert Tóth sebelum penyerang Magasföldi József menyumbat masuk gol kedua pada masa kecederaan (minit ke-92), menurut kelab itu seperti dipetik dalam laman web mereka http://www.gyirmotfc.hu.

Anak buah Datuk K. Rajagobal itu akan menentang sebuah lagi kelab Hungary, TSV Hartberg empat hari lagi sebelum menamatkan Jelajah Eropah berdepan kelab Austria, Szombathely Haladas FC pada 14 Ogos.

Skuad Harimau Malaya yang juga juara bertahan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010, telah diundi bersama naib juara edisi lepas, Indonesia dan juara tiga kali, Singapura dalam Kumpulan B.

Rumah ADUN Ajil Hangus Terbakar

Rumah ADUN yang sedang terbakar

HULU TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid (gambar kecil) kerugian lebih RM100,000 apabila banglo miliknya hangus terbakar sebaik pulang daripada berbuka puasa dan bertarawih dalam kejadian di Kampung Baru 23 di sini kelmarin
.
Kejadian pukul 10.15 malam itu mengakibatkan banglo satu tingkat yang mempunyai lima buah bilik itu musnah hampir keseluruhannya mengakibatkan semua barangan berharga terbakar.

Menurut Rosol, ketika kejadian, beliau dan semua ahli keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di rumah kakaknya di Kampung Baung yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.
Katanya, beliau hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya, Datin Halipah Ahmad yang tiba terlebih dulu di kediamannya itu.

Indahnya dapat beraya bersama yang disayang...


Ipoh: Sepasang suami isteri menangis teresak-esak selepas dilepas dan dibebaskan daripada hukuman penjara, sekali gus dapat menyambut Aidilfitri tidak lama lagi bersama tiga anak mereka.

Mohamad Azli Ismail, 29, dan Mona Zaitun Sabri, 31, juga menadah tangan tanda syukur sebaik Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Zainal Adzam Abd Ghani, semalam membacakan keputusan mengetepikan hukuman dikenakan ke atas mereka sebelum ini oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan berkaitan dadah.
Pasangan berasal dari Chenderiang, Tapah itu turut berpelukan sesama sendiri serta bersama ahli keluarga lain.

Memang gembira, sukar nak cakap kerana memang tak sangka akan bebas selepas lebih setahun dipenjarakan. Saya lega dapat menyambut Aidilfitri bersama suami dan tiga anak, kata Mona ketika ditemui di luar mahkamah.

Mereka mempunyai tiga anak, yang bongsu berusia 10 bulan dilahirkan ketika Mona di dalam penjara, manakala dua lagi, lelaki berusia sembilan tahun dan perempuan berusia tujuh tahun.

Pada 21 Oktober lalu, Mahkamah Sesyen Teluk Intan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan ke atas Azli, manakala Mona dipenjarakan enam tahun selepas didapati bersalah bersama-sama memiliki ganja seberat 276.19 gram di rumah No 22, Persiaran Mewah 2, Taman Mewah, Tapah, kira-kira jam 6.45 petang 17 Februari 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pasangan itu bagaimanapun membuat rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Monday 6 August 2012

Staf dakwa nampak hantu dalam pesawat AirAsia

CHONG yang melompat keluar dari pesawat
kini masih dirawat di Hospital Miri.


MIRI - Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.
Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.
"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.
"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.
Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.
Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. - KOSMO

Rumah penyanyi Alleycats terbakar di Pulau Pinang




GEORGETOWN: Tingkat atas rumah dua tingkat penyanyi Alleycats, mendiang Datuk A. Loganathan di Jalan Azyze Tanjung Bungah di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Balu mendiang, Datin Susan Loganathan, 56, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, beliau dan adik lelakinya sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan dan melihat kepulan asap di tingkat atas kediamannya.
"Saya hanya tinggal berdua dengan adik saya, Kevin Jonathan Boudville, 46, dan sebaik sahaja melihat asap itu itu kami segera mencapai dokumen penting dan terus keluar dari rumah," katanya kepada pemberita.

Beliau yang mengalami kecederaan ringan pada tangan dan sedikit rambutnya terbakar, berkata tingkat atas kediamannya yang menempatkan koleksi piring hitam nyanyian mendiang suaminya sejak tahun 1980-an dan pelbagai barangan berharga seperti barang kemas serta wang tunai hangus dijilat api.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana kenangan bersama suaminya seperti gambar kenangan, trofi dan pelbagai anugerah mendiang yang diletak di tingkat bawah tidak terjejas.

Abang mendiang, Datuk A. David yang turut melawat lokasi kejadian berkata kali terakhir beliau berkunjung ke rumah adiknya pada tahun lepas.

"Sudah 12 tahun mereka menyewa di sini dan rumah itu menyimpan pelbagai kenangan berharga adik saya," katanya sebak.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bagan, Jermal, A. Ravi, berkata sebanyak 29 anggota bomba dan enam jentera dihantar ke tempat kejadian sejurus menerima laporan pada jam 11.18 pagi.

"Bomba turut menyelamatkan tiga ekor anjing yang terperangkap dalam kebakaran dan api merebak sedikit ke rumah jiran namun dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh 15 minit," katanya.

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Sunday 5 August 2012

Tempoh Reman Suami Syaleza Dilanjut 5 Hari Lagi




Mahkamah Majestrit Petaling Jaya, Selangor jam 10 pagi tadi telah mengarahkan supaya tempoh reman suami kakitangan TV9 (Syaleza Jaffar) yang ditemui mati di rumahnya, Norazman Bashah, 31 tahun, disambung 5 hari lagi sehingga 10 Ogos bagi memberikan peluang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan lebih terperinci terhadap suspek

Pada awalnya Arwah dilaporkan oleh suaminya menggantung diri di kipas rumah di Damansara Damai bagi membunuh diri. Bagaimanapun  hasil bedah siasat lengkap dilakukan doktor pakar di Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kesan jerutan di leher dan lebam di tubuhnya.

Sehubungan itu suami Syaleza ditahan oleh polis kira-kira 2 jam setelah jenazah isterinya dikebumikan di Labis, Johor.

Kemudiannya kertas siasatan akan diserahkan oleh pihak Polis kepada Timbalan Pendakwa Raya. Andai terdapat bukti kukuh suspek terbabit dalam kes pembunuhan, dia akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mahkamah. Jika tiada bukti yang diperolehi, suspek akan dibebaskan setelah tempoh reman berakhir.

5 Cedera, 3 Kereta, 1 Motosikal

Salah sebuah kereta yang terlibat - BERNAMA


KUALA LUMPUR — Lima orang cedera apabila tiga buah kereta dan sebuah motosikal terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak di sini, hari ini. Menurut saksi kemalangan, kejadian itu berlaku berhampiran Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 10 pagi ini apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara yang dinaiki dua orang lelaki yang sedang menghala ke Bulatan Pahang terbabas lalu memasuki arah bertentangan.

Menurut pemandu sebuah daripada kereta yang terbabit dalam kemalangan itu, Tam Sui Chim, 51, kereta Perodua Kembara itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan dua lagi kereta yang cuba mengelak terbabit dalam kemalangan. Penunggang motosikal yang berada di belakang kereta itu hilang kawalan lalu melanggar belakang kenderaan itu.— BERNAMA

Saturday 4 August 2012

Final Olympic 2012: Chong Wei vs Lin Dan




LONDON: Pencarian pingat emas pertama Malaysia dari temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik, mungkin berakhir esok (Ahad) selepas Datuk Lee Chong Wei menempah tiket ke acara akhir badminton perseorangan lelaki.

Chong Wei akan menghadapi musuh tradisi, Lin Dan dari China selepas pemain Malaysia itu menundukkan seorang lagi pemain dari Tembok Besar, Chen Long 21-12, 21-10 dalam masa 54 minit pada pertemuan separuh akhir malam tadi.

Sementara Lin Dan yang akan mempertahankan pingat emas dari edisi Beijing 2008, menjinakkan pemain Korea Selatan Lee Hyun Il, 21-12, 21-10 dalam masa 39 minit dalam satu lagi persaingan separuh akhir.

Pertemuan epik kedua-dua pemain handalan dunia pada final Ahad ini yang akan berlangsung di Arena Wembley pastinya mengulangi persaingan mereka di final di Beijing, empat tahun lalu. Pada pertemuan berkenaan, Chong Wei tewas 12-21, 8-21 kepada Lin Dan yang ketika itu bermain di laman sendiri.

Malaysia Boleh !!!


Wednesday 1 August 2012

Suami, isteri hamil maut dirempuh bas sekolah



KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.
Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, mereka dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu.

Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kita masih menyiasat...bagaimana bas itu hilang kawalan. Mungkin ia berpunca daripada kegagalan sistem brek," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, dua saksi yang ditemui di lokasi kejadian menyifatkan kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.

Saiful Azhar Ismail, 39, berkata beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan suami isteri itu.

"Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta Mercedes, lalu menghentam motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas," katanya.

Khairi Azwan, 29, pula berkata kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.

"Saya turut membantu mangsa yang cedera dan sempat membawa keluar pelajar-pelahar sekolah dari bas berkenaan.

"Saya lihat pemandu bas yang merempuh kenderaan itu hanya mengalami kecederaan di lutut," katanya yang ketika itu dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan.

Dalam pada itu, bapa Siti Noor Edayu, Roslan Jalil, 53, berkata kehilangan anaknya adalah sesuatu yang di luar jangkaan ketika mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.

"Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku ke atas anak saya. Namun, saya terima takdir ini dan reda beliau sudah tiada," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HKL.

Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki berusia dua tahun. - BERNAMA

Jika ingin melihat video berita kejadian sila klik sini TV3

Lima lelaki baju sedondon rompak kedai emas kurang 40 saat

KLANG: Lima lelaki berpakaian sedondon berwarna kuning berjalur merah dan berjaket hitam serta bertopi keledar tutup muka penuh mengambil masa kurang 40 saat untuk merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya besar di Jalan Kebun di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop berkata dalam kejadian kira-kira 11.50 pagi itu, kumpulan lelaki bersenjatakan tukul besi, parang dan sejenis alat dipercayai pistol meluru masuk ke dalam kedai emas itu lalu memecahkan cermin pameran barangan kemas.

"Ketika kejadian, terdapat seorang pekerja dan pelanggan di dalam premis itu yang sedang berurus niaga. Empat daripada lelaki berkenaan memecahkan cermin pameran manakala seorang lagi mengambil beberapa barangan kemas dianggarkan bernilai RM10,000," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja bernombor pendaftaran CBG 5610 yang merupakan kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Seksyen 15, Shah Alam semalam.


Mohamad berkata kumpulan penjenayah itu yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 30-an dipercayai melarikan diri ke arah Kampung Jawa.

"Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kumpulan penjenayah terbabit masuk dari arah pintu tepi pasar raya berkenaan dan menuju ke kedai emas itu serta melarikan diri mengikut laluan sama.

"Kita juga percaya kumpulan ini baru terbabit dengan aktiviti jenayah berdasarkan cara rompakan mereka serta gagal melarikan barang kemas dalam jumlah yang banyak," katanya.

Beliau berkata kedai emas itu tidak mempunyai pengawal keselamatan.

Mohamad menasihatkan pemilik kedai emas memasang CCTV pada tempat strategik bagi memudahkan kamera berkenaan merakam penjenayah sekiranya berlaku kejadian samun atau rompak.

"Jangan letak (CCTV) terlalu tinggi kerana kamera tidak boleh rakam penjenayah dengan jelas. Pada masa sama, semua pemilik (kedai) diminta lebih berhati-hati terutamanya menjelang musim perayaan," katanya. - Bernama

Kanak-kanak setahun maut dilanggar kereta bapa saudara

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut dilanggar kereta bapa saudaranya yang sedang mengundur di perkarangan rumahnya di Kampung Sungai Miang, Pekan, malam tadi.
Nur Izzati Abdul Kadir dari Kampung Cenderawasih Fasa 2, Sungai Miang, mati akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata kanak-kanak itu dikatakan keluar dari rumah tanpa disedari ibunya yang ketika itu meninggalkannya untuk membancuh susu di dapur.

"Kejadian pada pukul 10.15 malam itu disedari jiran mereka sebelum menjerit memaklumkan kepada bapa saudara kanak-kanak itu yang berusia 24 tahun," katanya.


Beliau berkata kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Pekan sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan dia disahkan mati di HTAA ketika menerima rawatan. - Bernama

Pembunuhan Berkumpulan Di sarawak:Perlukan CSI?


Mungkin ini pasukan penyiasat yang dimaksudkan

Polis Sarawak telah membentuk pasukan petugas khas untuk menyiasat kaitan tiga kes pembunuhan yang berlaku di negeri ini sejak tujuh bulan lalu, kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata pasukan itu akan bermesyuarat hari ini untuk meneliti semua bukti bagi menentukan sama ada kes-kes berkenaan yang kesemua mangsanya ditembak secara serangan kumpulan, mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di sini hari ini, beliau berkata kes terbaru melibatkan ahli perniagaan berumur 48 tahun yang ditembak dua das secara dekat semasa dia berada di dalam keretanya di Miri, semalam.

Kes pertama berlaku pada Januari lalu apabila seorang lagi ahli perniagaan berumur 41 tahun, Lau Leh Ing ditembak mati ketika berjalan ke pejabatnya di Sibu, sementara kes kedua melibatkan seorang lelaki berumur 30 tahun, Ang Soon Heng yang ditembak di kepala ketika bersarapan di sebuah kedai di sini juga Januari lalu.


"Walaupun kes berlaku secara berasingan, kita tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan ... berdasarkan latar belakang mangsa dan cara pembunuhan dilakukan," katanya.

Acryl Sani berkata siasatan akan turut meliputi peribadi dan pengibatan perniagaan mangsa.

"Kita akan memanggil saksi, bukan sahaja yang berada di tempat kejadian tetapi mereka yang mungkin mendengar atau mempunyai maklumat yang membolehkan kita mengenal pasti pelaku, agar tampil membantu kita," katanya.

Mengenai kebimbangan orang awam mengenai aspek keselamatan di negeri ini, beliau berkata mereka tidak perlu merasa panik kerana penjenayah yang terbabit dilihat hanya mempunyai sasaran tertentu dan tidak menyerang secara rambang.

"Ia bukan seperti di Amerika Syarikat (kes tembak secara rambang di Colorado) yang suspek menembak secara rambang atau bertujuan tertentu. Di sini mereka (penjenayah) lebih spesifik, tidak menyasar kepada orang awam," katanya. - Bernama

Arsenal's 2012 Tour


Arsenal's 2012 Tour telah sampai ke penghujungnya. Msing-masing telah pulang ke destinasi masing-masing, disamping ada juga yang meneruskan langkah ke perlawanan Olimpik. Keputusan perlawanan yang diperolehi, The Gunners menang 2-1 ke atas Malaysia di Bukit Jalil, tewas 0-2 kepada Manchester City di Beijing dan seri 2-2 kepada FC Kitchee di Hong Kong.

Daripada keputusan berkenaan, setiap perlawanan gawang Arsenal yang akan bolos terlebih dahulu. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, memang wujud kelemahan besar dibahagian pertahanan. Jika keadaan ini berterusan, peluang untuk bersaing dikelompok teratas memang agak samar.