Meskipun bersaiz kecil, khasiat dan kebaikan bawang memang patut dipuji. Kebanyakan pakar perubatan mendapati bawang merah mampu mengurangkan risiko penyakit antaranya kanser. Menurut Dr Barry Sears dalam bukunya yang bertajuk The Top 100 Zone Foods, individu yang kerap memakan bawang setiap hari mampu menurunkan kadar kolesterol.

Pengkaji dari India pula mendapati semakin banyak kita makan bawang merah, semakin rendah kadar gula di dalam darah. Beberapa penyelidikan lain juga mengatakan bahawa kandungan flavonoid di dalam bawang dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis. Hal ini kerana flavonoid mempunyai unsur-unsur antikanser, antibakteria,antiviral, antialahan dan antibengkak.

Bagi Irwin Golman, seorang profesor di Universiti Winconsin, menikmati bawang merah setiap hari boleh membantu pertumbuhan tisu dan mengurangkan risiko osteoporosis sebanyak 20%. Kandungan prostaglandin A-1 merupakan agen kuat membantu merawat masalah tekanan emosi dan manakala kandungan sulfur pula membantu kulit kelihatan muda.

Jadi jejaka-jejaka Maskulin sekalian, ketahuilah bahawa dalam pemakanan harian kita juga mengandungi khasiat yang mungkin tidak kita sedari sebelum ini. Lepas ini, jangan lagi kita asingkan bawang yang tersembunyi di dalam lauk. Nikmati khasiatnya dan selamat membawang!

sumber : maskulin.karangkraf.com