Thursday 23 July 2015

Ramly Halal Mart Sendirian Berhad

Orang raya ke rumah sedara mara..rakan-rakan..tapi habis raya singgah pulak beraya ke Ramly Halal Mart Sendirian Berhad..kat Cheras... Kat Bandar Baru Bangi pun ada jugak


 Cafe Ramly nak makan kat sini pun boleh

 Cakkk...malu pulok cik yang jaga kaunter ni



 Kambing perap..kambing potong kiub..semua ada


 Hah...beza harga kalau anda ahli dan bukan ahli. Ada yang beza dalam 20 sen je..sampai la yang beringit-ringgit bezanya

 Kalau nak buat kad ahli Ramly sila bawa perkara di atas ye

Topi..air mineral..apron Ramly pun ado....



Sekian!! Hehehee

Sunday 19 July 2015

Raya 2015: Laluan Kuantan - Sungai Besar

Dari Kuantan ke Sungai Besar..ambil masa 4.5 - 5 jam la jugak. Jalan clear.. Siap lalu jalan alternatif lagi...'Jalan Khir Toyo'
Tapi laluan KL ke pantai timur macam biaselah...tetap jemmmm

Bangi Parking Berbayar

Wowww...bermula 1 Ogos 2015 ni tempat meletak kenderaan di sekitar Bandar Baru Bangi akan mula dikenakan bayaran. No more free parking !
Bayaran dikenakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bermula Isnin sehingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang dengan kadar RM0.50/jam (50 sen sejam)
Nampak gaya...dikala rakyat makin dihimpit masalah ekonomi...parking free pun dah jadi berbayar
Jadi apa beza nya kerajaan yang itu dengan yang ini ye dari segi menaikkan harga sesuatu barang atau perkhidmatan ye?
Mungkin....tak nak bayar parking naik basikal kot...

Thursday 16 July 2015

Raya 2015: Esok nak raya wehh

Esok raye wehh kalau ikut kalender kuda mahupun unta. Rutin macam biasa, pagi-pagi buta dah start enjin pergi market beli apa-apa yang patut. Tu diaaaa...ramainya orang bersesak nak beli ayam..daging..daun ketupat dan macam-macm lagi la..

Baik di market..jalan tepi stadium nak ke market..jalan lps simpang  4 LPN..semua penuh sesak dengan orang nak beli ayam..daging..daun ketupat ! Raya mungkin tak lengkap kot kalau tak ada ayam kot.

Harga ayam tahun ni kaler pink RM7.70 sekilo. Upah potong RM1 seekor. Selamat Hari Raya korang semua yg beragama Islam....Maaf Zaher & Baten