Showing posts with label IKIP. Show all posts
Showing posts with label IKIP. Show all posts

Tuesday, 27 October 2015

Karpet Baru Masjid Tanjung Api Kuantan

Alhamdulillah... Nampak gayanya jemaah Solat Jumaat di Masjid Tanjung Api minggu ini nanti pasti rasa kagum dan teruja dengan nikmat karpet baru ni.

Karpet lama telah ditukarkan dengan yang baharu! Karpet baharu ni dipasang dengan tambahan 1 lapisan macam span (kaler merah dalam gambar). Jadi apabila jemaah pijak carpet tu nanti ada rasa macam kaki tu tenggelam sikit..ibarat karpet tebal..

Best! Double jempoll!

Thursday, 13 August 2015

Sambutan Raya @ IKIP 2015

Mood Raya masih ada....walau dah hujung-hujung Syawal 1436H

Saja nak kongsi beberapa shoot waktu Jamuan Hari Raya IKIP Group of Colleges yang dah berlangsung pada hari Jumaat 7 Ogos 2015 di bangunan Asrama IKIP Tanjung Lumpur







Sekian...

Friday, 21 November 2014

Transformasi Taman Gelora Kuantan

Minggu lepas naik satu 'pondok' berdinding zink kilang biru dan selonggok kayu 1x2. Emmm... projek apa la kat Taman Gelora ni ye?

Setelah sembang sembang dengan Taukey kedai berhampiran maka dapatlah sudah jawapannya.

Yaaa.... Taman Gelora berhadapan  Kolej Antarabangsa IKIP ini akan dibangunkan semula !!! Dijangkakan projek yang telah pun bermula ini akan selesai dalam masa 1 tahun. Jadi, buat peminat-peminat Pak Din Nasi Ayam, Pak Lah Rojak, Mee Kari, Karipap Panas....pasti akan terkulat-kulat bila datang 1 tahun selepas ini...kikii

Mengikut pelannya, kawasan parkir depan IKIP ni akan dibangunkan satu penempatan peniaga, ala-ala macam RnR style la. Siapa akan meniaga kat sini? Pastilah barisan peniaga seperti Pak Din, Pak Lah dan deretan Mee Kari yang akan dipindahkan ke sini. Tiada peniaga baru katanya.

Tapak lama kedai Pak Din Nasi Ayam dan Pak Lah Rojak akan diruntuhkan dan dimajukan sebagai medan letak kereta (parkir), tambahan kepada ruang parkir sedia ada kat sebelah pantai tu. Kemudian satu laluan kenderaan akan dibina dalam kawasan jogging tu. Maksudnya kenderaan akan masuk dari arah IKIP, lepas tu parkir kt tepi pantai dan keluar melalui laluan baru nanti...macam jalan sehala la...

Pasar malam (hari Ahad) juga dikatakan akan dipindahkan ke kawasan parkir berkenaan apabila tiba masanya nanti

 Gerai mee kari, karipap panas, air kelapa sekarang

 Gerai Nasi Ayam Pak Din, Rojak Pak Lah... akan jadi parkir kenderaan

 Gerai tempat lepak aku selama kerja kat sini

 Tempat bersenam 

Tempat parkir depan IKIP yang akan dijadikan kawasan kedai makan 



 Tiang untuk pagar kawasan pembangunan

Bahagian depan, pagar dah naik...


Update....minggu seterusnya.....

Ehhh...parkir atau taman permainan tu yang akan dibuat kedai?? Sebabnya pagar tu macam memagar taman permainan dannn.... pagi-pagi Isnin yang hujan peniaga deretan mee kari pindah gerai ke atas kawasan parkir tu..... emmmmm...

Gerai mee kari n de geng sudah atas parkir 

Pagar memagari kawasan permainan...


1 tahun lagi laaaaa tengok hasilnya....


Wednesday, 9 April 2014

'Bunga Sakura' di Kuantan

Semalam sempat tengok berita tv di TV9. Ada dikisahkan berkenaan sejenis pokok yang dipanggil pokok Tecoma yang mengeluarkan bunga seperti bunga sakura pada musim tertentu. Aku panggil 'pokok bunga sakura' je pokok tu. Di dalam berita tu dikatakan pokok dan bunga tu boleh ditemui di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh ditemui bunga sakura ni. Contohnya di Kuantan Pahang ni. Kalau di laluan Kuantan-Gambang disekitar batu 8 hingga batu 10 memang banyak jumpa pokok bunga sakura ni.

Kalau datang ke Taman Gelora berhadapan dengan IKIP International College ada banyak juga pokok ni. Memang sekarang adalah musim berbunga dan musim bunganya luruh

Memang cantik....ada warna merah/pink dan putih.... tapi kalau bab nak sapu bunga tu alahaiii....banyak nye...mesti penat...

Nah... tengok la beberapa shoot bunga sakura di Jalan Kuantan-Gambang




Amacam? Best?

Monday, 31 March 2014

Pembentangan Projek Pelajar (Rekabentuk Komponen) @IKIP

Pagi tadi berlangsungnya pembentangan projek pelajar bagi matapelajaran Rekabentuk Komponen di Lab 6 Kolej Antarabangsa IKIP Kuantan Pahang. Projek ini diselia oleh En. Fadzley. Berikut adalah antara hasil kerja pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang berkenaan.

 Mesin angkat pasu

Mesin rumput basikal 

Mesin angkat barang 

 Mesin pembuka buluh lemang

 2 in 1, sofa + katil double decker

Antara juri.. Pensyarah UTM, Dekan Engineering, Ketua Jabatan Mekanikal, 
Pensyarah Mekanikal dan Elektrikal


Syabbas kalian !!