Monday 31 March 2014

Perginya Tokoh Sastera Prof. Dato Sahlan Bin Mat Saman

Innalillahiwainnailaihirojiun..... itu ungkapan yang terkeluar dari mulut aku apabila menerima berita pemergian Prof. Dato Dr. Sahlan Bin Mat Saman. Beliau memang cukup terkenal dalam dunia sastera negara Malaysia. Satu kehilangan besar bagi penggiat sastera negara. Dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau ke Universiti Brunei Darussalam dan mengakhiri karier di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Keratan akhbar Harian Metro 1 April 2014 m/s:16

Arwah ni merupakan pakcik aku. Memang cukup terkejut aku bila mendapat berita ini. Tak disangka-sangka. Baru je aku sembang-sembang dengan ayah aku pasal bila pak ngah aku ni nak balik kampung.... rupa-rupanya waktu aku sembang-sembang tu dia dah tiada pun lagi...

Gambar kenangan ketika Hari Raya tahun 2012 
di Kampung Parit 5 Timur Sungai Besar Selangor 
bersama adik-beradik yang lain dan nenek

Arwah ni banyak bagi nasihat dan semangat pada anak-anak saudara dia untuk menjadi orang yang berjaya.
Dialah juga 'tekong' utama ketika aku nak kahwin dahulu...

Perasaan aku dah macam ahli keluarga MH370... nak pulak kat TV kejap-kejap ada bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.....emmm...menyentuh sungguh....

Habis penuh kawasan kediaman arwah di sana dengan orang ramai dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) termasuklah orang-orang besar, penjawat-penjawat besar dalam UMS petang tadi.

Siaran akhbar Berita Harian 3 April 2014

Pada ketika aku menaip ni, mayat arwah ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu sementara menunggu ahli keluarga dan post morterm....

Pak Ngah....I will never forget you!!

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan ahli Syurga...

Al-Fatihah

Pembentangan Projek Pelajar (Rekabentuk Komponen) @IKIP

Pagi tadi berlangsungnya pembentangan projek pelajar bagi matapelajaran Rekabentuk Komponen di Lab 6 Kolej Antarabangsa IKIP Kuantan Pahang. Projek ini diselia oleh En. Fadzley. Berikut adalah antara hasil kerja pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang berkenaan.

 Mesin angkat pasu

Mesin rumput basikal 

Mesin angkat barang 

 Mesin pembuka buluh lemang

 2 in 1, sofa + katil double decker

Antara juri.. Pensyarah UTM, Dekan Engineering, Ketua Jabatan Mekanikal, 
Pensyarah Mekanikal dan Elektrikal


Syabbas kalian !!

Thursday 27 March 2014

Kenali Kotak Hitam ... Misi Mencari Kotak Hitam

#Masih Berharap MH370 Selamat#

Namanya kotak hitam... tapi warnanya bukanlah hitam. Ianya berwarna agak oren/merah. Ini kerana agar mudah dilihat atau ditemui jika terlibat dalam kemalangan. Kotak hitam ini telah direka untuk tahan kepada kepanasan..hentakan..letupan bom dan sebagainya..pendek kata adalah mustahil ianya akan berkecai mahupun hancur dimakan ikan...

Contoh kotak hitam - Gambar internet

Kotak hitam berfungsi untuk merakam data penerbangan dan beroperasi menggunakan bateri. Pada rekabentuk lama, bateri ini akan bertahan selama 30 hari. Selepas tragedi Air France, telah direkabentuk bateri kotak hitam yang mampu bertahan selama 90 hari. Namun, tidak semua syarikat penerbangan dan pesawat menukar kepada bateri ini termasuklah pesawat MH370.

Sudah 20 hari berlalu tragedi kehilangan MH370. Ini bermakna tinggal 10 hari lagi bateri kotak hitam MH370 akan berfungsi. Apakah akan berlaku? Apakah data di dalamnya akan hilang?

Selepas bateri habis, isyarat tidak akan dapat dihantar oleh kotak hitam berkenaan. Manakala data di dalamnya juga tidak akan hilang.

Macam ni la...macam telefon bimbit kita.. Bila baterinya habis kita tak dapat buat panggilan dan tak dapat dihubungi. Tapi, data dalam telefon masih ada kan? Tak hilang kan?

Persoalannya...bagaimana nak cari apabila dah tak ada signal dari kotak hitam?

Ada dua kaedah. Pertama menggunakan 'Unmanned Underwater Vehicle' (UUV) ataupun ada juga yang panggil 'Underwater Drone' dan yang kedua menggunakan Magnetic Detector.

Contoh UUV - Gambar internet

UUV ni ada 2 jenis iaitu 'remotely operated underwater vehicles' (ROVs), yang dikawal oleh manusia, dan 'autonomous underwater vehicles' (AUVs), yang beroperasi bergantung kepada 'input' yang manusia berikan...arahan la tu..

Antara 'keluarga' UUV - Gambar internet

Setakat ini perjalanan MH370 disahkan berhenti (ended) di Lautan Hindi. Jika serpihan ditemui ataupun kotak hitam ditemui...dan disahkan bahawa adalah milik MH370, barulah aku rasa akan diumumkan bahawa MH370 terhempas (crashed) di Lautan Hindi.....

Yang pasti...memang sukar untuk mencari kotak hitam ini... bak kata pakar radar semalam...kita bukan cari dalam 'swimming pool' yang airnya jernih dan rata....

#Masih Berharap MH370 Selamat#

Wednesday 26 March 2014

Demonstrasi Bra dan Seluar Dalam


Demostrasi Bra dan Seluar Dalam di over the sea laa.... Apesal? Ape kes? Apakah mereka ini tak puas hati? Atau sedang meraikan kejayaan sesuatu? Siapa paham apa yang ditulis tu?






















Menurut mereka yang paham...katanya diorang ni demonstrasi sebab tak puas hati dengan penutupaan kilang pakaian dalam wanita berjenama Triumph di Philipina nih...

Kalau kilang tu tutup maka mereka ni semua hilang punca pendapatan la...

Kalau kilang gula tutup agak-agak ada tak gula berterbangan gak

Saturday 22 March 2014

IKIP Cyber Games 2014 (ICG 2014) : PES 13, DOTA 2 & CS:Source

22 & 23 Mac 2014 berlangsungnya IKIP Cyber Games 2014 (ICG 2014) bertempat di Kolej Antarabangsa IKIP Taman Gelora Kuantan Pahang.

Permainan (game) yang dipertandingkan adalah Pro Evolution Soccer (PES 2013), Counter Strike : Source dan DOTA 2.

Penyertaan kali ini dibuka kepada luar (selain pelajar IKIP). Nampaknya sambutan dari pihak luar memang cukup memberangsangkan!

Moh kita tengok se demi se kepingan gambor berikut....

 Banner pertandingan

 Pendaftaran peserta

 Antara peserta yang dah sampai..waktu perasmian

 Peserta sewaktu perasmian

 Peserta...team mana lupe dah tadi...

IKIP Counter Striker player

PES player....PES sedang berlangsung..khusuk

 PES lagi

 Penonton PES

Gamer...kepenatan

 Gamer & leader... bincang strategi kot

 Gamer DOTA 2

 DOTA 2

 DOTA 2

 DOTA 2

 Counter Strike .... IKIP players sedang berperang

 Counter Strike .... Shahputra players sedang berperang

 Counter Strike .... Pelajar Teknik Kuantan players sedang berperang

 Counter Strike .... IKIP players sedang tunggu giliran

Macam ni la...padat dengan gamers dan peminat!!!


Ponat dah ! Esok final game....phewww!!

Moh la wehhhh!!!

Thursday 20 March 2014

SMK Mat Kilau : IKIP @ SPM 2013 Result Day



20 Mac 2013..jam 10 pagi..detik yang ditunggu-tunggu oleh semua calon-calom SPM 2013. Inilah detik pahit manis yang akan ditempuhi. Keputusan SPM 2013 diumumkan.....

Tahun ini aku berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau Kuantan Pahang. Sekolah ini dekat sahaja dengan rumah aku... Sebelah dengan Indera Sempurna dan bertentangan dengan Indera Pura.

Lebih kurang jam 10 pagi Tuan Pengetua sekolah, En. Razlan Bin Ngah sampai ke sekolah membawa keputusan yang ditunggu-tunggu... Setelah dilakukan analisa sana-sini... Lebih kurng jam 11 pagi majlis pun bermula.


Tuan Pengetua mengumumkan analisa demi analisa berkenaan keputusan yang diperolehi. Ada keluhan, ada jeritan kegembiraan dan ada juga tepukan dari para pelajar dan ibu-bapa ketika analisa dibacakan...


Secara keseluruhannya, calon SPM adalah 154 orang. 2 orang mendapat 7A dan 5 pelajar mendapat 6A. Anak Cik Din jiran aku satu ketika dulu pun dapat 6A. Tahniah ye Cik Din dan anaknya....

Tahniah dan syabbas kepada semua pelajar dan pihak sekolah.... Apapun keputusan yang anda perolehi... anda akan membuka lembaran perjalanan yang baru...

Saturday 15 March 2014

Bagaimana Rampasan Kapal Terbang Berlaku ...

Sudah hampir 200 jam selepas kehilangan misteri pasawat 777-200 MH370 berlalu... namun masih belum menemui jawapan yang sebenar. Pelbagai andaian berlegar di sana-sini. Andaian awal terkuat adalah pesawat meletup dan terhempas disuatu tempat yang tidak diketahui. Namun, melalui petunjuk terkini, andaian bahawa pesawat dirampas pula mula kuat mendapat perhatian ramai.

Datuk Kapten Nik Huzlan

Tadi, sempat menonton wawancara bersama bekas ketua juruterbang MAS iaitu Datuk Kapten Nik Huzlan. Beliau menjawab soalan pengacara berkenaan andaian pesawat dirampas. Jawapan yang diberikan adalah berdasarkan sejarah, prosedur siasatan dan bukannya menuduh sesiapa dalam hal ini. Pasti yang menjadi 'tertuduh' adalah mereka yang berada di dalam kapal berkenaan: penumpang-krew-pilot

Jika benar ianya dirampas...

Ianya pasti bukan dilakukan oleh seorang manusia sahaja. Pasti ia secara berkumpulan. Individu ini pasti pakar dalam jadual penerbangan, kaedah penerbangan, tatacara penerbangan, pakar radar, mengetahui selok belok pesawat 777-200 milik MAS, mempunyai kebolehan seperti komando, mempunyai keupayaan untuk memasuki kawasan kokpit. Secara teknikalnya adalah sangat sukar untuk orang awam memasuki kokpit kerana prosedur keselamatan yang ketat...

Untuk memasuki kawasan kokpit, hanya individu tertentu dibenarkan, itupun setelah dibenarkan oleh pilot. Secara logiknya, hanya peramugara-peramugari yang boleh memasuki ruangan kokpit. Dipintu memasuki kokpit adanya kamera pengawasan. Jadi pilot boleh mengetahui siapa yang nak masuk, lepastu kena bercakap/berkomunikasi pulak. Pintunya pula hanya muat-muat seorang je nak lalu...

Namun, jika ada pilot bertauliah lain yang 'off-duty' dan menaiki pesawat berkenaan sebagai penumpang, kebiasaannya individu ini akan diberi peluang berada di dalam kawasan kokpit juga...

Namun...apa-apa pun bila nak masuk kokpit mesti dapat kebenaran orang yang ada di dalam kokpit dulu...

Andian bahawa pilot dan co-pilot yang melakukan rampasan... agak mustahil tetapi kebarangkalian itu ada. Agak mustahil pilot dan co-pilot berpakat untuk melakukannya. Jika pilot melakukan kesilapan pasti co-pilot akan menegur. Namun pernah berlaku dalam beberapa kejadian seperti di Jepun satu ketika dahulu di mana co-pilot tidak menegur kesilapan yang dilakukan oleh pilot (atas dasar co-pilot hormat pilot...pilot sentiasa betul). Akibatnya....hancur berkecai....

Akhirnya...andainya benar ianya dirampas...apakah motifnya? Tiada ugutan... tiada tuntutan... atau apa-apa setakat ini...

Didoakan agar pesawat MH370 ini dapat ditemui bersama penumpang dan krew-krewnya... Semoga kalian selamat... amin...



Thursday 6 March 2014

Apa yang tak kena dengan berita orang pertama terjun jambatan kedua Puau Pinang ni?

Orang pertama terjun jambatan kedua Pulau Pinang pulak.... nampaknya everything dan everybody nak jadi 1st di jambatan ni....

Ok.. tapi cuba baca berita yang dipaparkan di laman web astroawani.com (Astro Awani). Cuba perhati apa yang tak kena??

Print screen dari web astroawani.com 6/3/14 jam 12.05am

Dapat? Tak dapat? Kalau tak dapat baca sekali lagi....

Pssss...

500 meter atau 500 km? Kalau 500 km tu... kalau wujud Keluang Man, Superman, Ultraman atau Iron Man sekalipun tak sempat nak selamatkan orang tu... Jauh tu 500 km

Kalau blogger mcm aku ni salah taip memang aku tak berapa heran.. sebab akulah taip akulah baca akulah yang approve. Kalau syarikat besau-besau ni tak kan takde yang semak sebelum publish... Alahaii...

Kaedah menghilangkan jerawat dan jeragat

Cerita kedai kopi.. cerita kedai kopi.. tiada hakim tiada saksi cerita sensasi sesuka hati.. Wakakaa... Cerita kedai kopi memang banyak 'faedahnya'... Topiknya apabila ada yang kena jerawat giler dan macamner nak ilangkan jeragat... jerawat dan jeragat adalah berbeza.. Tapi adik beradik la

Kaedah menghilangkan jerawat mahupun jeragat menurut pakar-pakar kedai kopi:

0. Sila berdoa pada Allah supaya disembuhkan
1 . Gunakan timun.. potong-potong sental kat muka
2. Gi kedai beli krim pencuci muka.. cuci la
3. Jangan makan kacang.. telur.. ayam.. yang gatal
4. Guna tomato, aloe vera pun bleh.. macam langkah nombor 1
5. Kalau bujang sila kahwin cepat.. ilang la jerawat tu
6. Kalau tak menjadi.. langkah kedua terakhir.. sental muka dengan spender/seluar dalam. Jangan guna yang berlubang nanti makin banyak pulak.. mitos atau realiti ni?
7. Tak jadi jugak.... sila buat pembedahan wajah

Sekian... hasil siasatan di kedai kopi malam hari....chowww...selamat mencuba mana-mana yang patut. Kalau menjadi nasib korang baik. Kalau tak jadi nasib korang tak baik...

Tuesday 4 March 2014

Kebenaran Ikan kelah, Patin buah, Udang galah = RM1500 @ Temerloh

Ada satu geng bikers gi makan kat restoren bernama Restoren IMA di Jalan Sudirman 2 Temerloh. Antara menu istimewa adalah ikan patin buah, ikan kelah dan udang galah. Bila bayar harganya hampir RM1500 untuk 8 orang makan. Wowwwww!!!! Sekali dengar memang mahal. Tapi cuba kita selidiki dahulu sebelum kita kata memang mahal.

Ikan patin buah...memang nahal... Ikan kelah merah very rare dari Ulu Tembeling (bukan setiap masa boleh dapat ikan ni)... memang mahal..... Udang galah... memang mahal woooo.

Asalnya ada seorang dari geng biker diketuai oleh  Mr Wong Kah Keen yang upload gambar resit. Tapi tiba-tiba jadi keluar macam-macam cerita dari resit itu


Padahal orang yang membayarnya rileks aje... Takde lah pulak komen mahal ke hape ke..


Akhirnyaa terpaksalah taukeh kedai  (fb Haris Harley) memberi penjelasan. Tiada isu...kedua-dua pihak dah setuju harga.....


So, janganlah main serkap