Saturday 15 March 2014

Bagaimana Rampasan Kapal Terbang Berlaku ...

Sudah hampir 200 jam selepas kehilangan misteri pasawat 777-200 MH370 berlalu... namun masih belum menemui jawapan yang sebenar. Pelbagai andaian berlegar di sana-sini. Andaian awal terkuat adalah pesawat meletup dan terhempas disuatu tempat yang tidak diketahui. Namun, melalui petunjuk terkini, andaian bahawa pesawat dirampas pula mula kuat mendapat perhatian ramai.

Datuk Kapten Nik Huzlan

Tadi, sempat menonton wawancara bersama bekas ketua juruterbang MAS iaitu Datuk Kapten Nik Huzlan. Beliau menjawab soalan pengacara berkenaan andaian pesawat dirampas. Jawapan yang diberikan adalah berdasarkan sejarah, prosedur siasatan dan bukannya menuduh sesiapa dalam hal ini. Pasti yang menjadi 'tertuduh' adalah mereka yang berada di dalam kapal berkenaan: penumpang-krew-pilot

Jika benar ianya dirampas...

Ianya pasti bukan dilakukan oleh seorang manusia sahaja. Pasti ia secara berkumpulan. Individu ini pasti pakar dalam jadual penerbangan, kaedah penerbangan, tatacara penerbangan, pakar radar, mengetahui selok belok pesawat 777-200 milik MAS, mempunyai kebolehan seperti komando, mempunyai keupayaan untuk memasuki kawasan kokpit. Secara teknikalnya adalah sangat sukar untuk orang awam memasuki kokpit kerana prosedur keselamatan yang ketat...

Untuk memasuki kawasan kokpit, hanya individu tertentu dibenarkan, itupun setelah dibenarkan oleh pilot. Secara logiknya, hanya peramugara-peramugari yang boleh memasuki ruangan kokpit. Dipintu memasuki kokpit adanya kamera pengawasan. Jadi pilot boleh mengetahui siapa yang nak masuk, lepastu kena bercakap/berkomunikasi pulak. Pintunya pula hanya muat-muat seorang je nak lalu...

Namun, jika ada pilot bertauliah lain yang 'off-duty' dan menaiki pesawat berkenaan sebagai penumpang, kebiasaannya individu ini akan diberi peluang berada di dalam kawasan kokpit juga...

Namun...apa-apa pun bila nak masuk kokpit mesti dapat kebenaran orang yang ada di dalam kokpit dulu...

Andian bahawa pilot dan co-pilot yang melakukan rampasan... agak mustahil tetapi kebarangkalian itu ada. Agak mustahil pilot dan co-pilot berpakat untuk melakukannya. Jika pilot melakukan kesilapan pasti co-pilot akan menegur. Namun pernah berlaku dalam beberapa kejadian seperti di Jepun satu ketika dahulu di mana co-pilot tidak menegur kesilapan yang dilakukan oleh pilot (atas dasar co-pilot hormat pilot...pilot sentiasa betul). Akibatnya....hancur berkecai....

Akhirnya...andainya benar ianya dirampas...apakah motifnya? Tiada ugutan... tiada tuntutan... atau apa-apa setakat ini...

Didoakan agar pesawat MH370 ini dapat ditemui bersama penumpang dan krew-krewnya... Semoga kalian selamat... amin...



No comments:

Post a Comment