Arwah ni merupakan pakcik aku. Memang cukup terkejut aku bila mendapat berita ini. Tak disangka-sangka. Baru je aku sembang-sembang dengan ayah aku pasal bila pak ngah aku ni nak balik kampung.... rupa-rupanya waktu aku sembang-sembang tu dia dah tiada pun lagi...
Gambar kenangan ketika Hari Raya tahun 2012
di Kampung Parit 5 Timur Sungai Besar Selangor
bersama adik-beradik yang lain dan nenek
Arwah ni banyak bagi nasihat dan semangat pada anak-anak saudara dia untuk menjadi orang yang berjaya.
Dialah juga 'tekong' utama ketika aku nak kahwin dahulu...
Perasaan aku dah macam ahli keluarga MH370... nak pulak kat TV kejap-kejap ada bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.....emmm...menyentuh sungguh....
Habis penuh kawasan kediaman arwah di sana dengan orang ramai dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) termasuklah orang-orang besar, penjawat-penjawat besar dalam UMS petang tadi.
Pada ketika aku menaip ni, mayat arwah ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu sementara menunggu ahli keluarga dan post morterm....
Pak Ngah....I will never forget you!!
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan ahli Syurga...
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment