Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Monday, 4 March 2019

Kupon Parking MPK pun naik harga ye?

Lama dah aku tak beli kupon parking seharian.. biasa beli sebuku untuk yang sejam..

Baru-baru ni beli sekeping kat kedai atau ejen kupon.. Dulu-dulu harganya RM3.50 untuk sehari. Tapi sekarang RM 3.70.... naik 20 sen.

Dulu... RM3.50 termasuk GST 6%.... Sekarang tiada GST tapi diganti dengan CP 6%...Cukai Perkhidmatan barangkali kan??



So betul la ye tiada GST... ganti zaman SST harga tak naik?.Hahahahaaaa....

So 20 sen tadi tu kira cukai macamana ek? Kalau kira 6%... tak berubah la kan sbb GST 6% dan CP pun 6%... Ataupun 20 sen tu komisen ejen kupon?

Saturday, 2 March 2019

Big Bad Wolf Pahang 2019

Big Bad Wolf Pahang 2019... macam seram je bunyi... Untuk pertama kalinya.. Big Bad Wolf (BBW) menerjah ke Pantai Timur... memang langkah kanan lah terutamanya kaki buku dan kipas susah mati buku.. selalunya BBW ni berlangsung di Serdang...

Kali ini BBW diadakan di Universiti Malaysia Pahang Gambang. Bermula 28 Febuari sehingga 10 Mac 2019...dari jam 10 pagi sampai la 12 tengah malam.

Hah! Sesiapa yang tak pergi lagi mari lah ramai-ramai pergi wehhhh. Harga buku memang tak masuk dek akal. Diskaun kaw-kaw 75%-95%. Buku harga RM40 kat kedai...kat sini hanya RM10...hah.

Tapi aku bagitau lah..yang aku nampak buku dari oversea lah yang banyak harga diskaun kaw-kaw tak masuk akal ni macam buku Superman..HarryPotter..errr macam-macam lagi la...

Kalau buku macam Ujang..harga tak jauh sangat contoh RM10 biase...so ni dapat la RM7 senaskah.

Bagi yang bawa anak-anak kecil...sila hati-hati kalau hilang dari pandangan memang menangis lah kau sebab memang ramai giler orang.

Ada troli dan bakul beroda disediakan...so anda boleh shopping banyak-banyak. Serius aku ada nampak satu akak tu beli 'Batman Can' setengah troli kau! Satu tu harga RM20....hahahaa...agak nya setengah troli tu berapa lah.

Cuma ada beberapa rungutan... antaranya susunan kat sini macam tak berapa nak teratur (tak macam sebelum sebelum ni kat Serdang)... dan yang paling ramai merungut tike nak bayar alahaiiiiii... bapak panjang giler (kate orang Pahang). Nak bayar beratur dari tengah dewan..konar L..konar L..straight..konar kiri... ada pulak zig-zag...pastu jemm kt kaunter pulak...aku rasa aku nk bayo lebeh 30 minit la kot dari mula beratur sampai setel...hahaaa...gigih kan?

Opsss...kalau shopping hari Sabtu kena cas 20 sen beg plastik....heheee


 Buku agama

 Buku masakan

 MOY... Ujang

 Superman soft & hard cover

 Children book area

 Ramai sungguh orang

 Tengah beratur nak bayar

Hahaa..nampak beratur panjang

Dah la...tengok je tak puas..so pi la wehhhh beli buku..hahaa..memang banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih...


Tuesday, 19 February 2019

Supermoon 2019

Malam ni balik dari mesjid tengok langit terang lain macam... Indah, terpesona tengok bulan. Rupa-rupanya ada fenomena "supermoon" malam ni. Alhamdulillah dapat tengok keindahan ini... malam ini adalah 15 Rabiulakhir...lagi 2 bulan setengah nak masuk Ramadhan..puasa..




Pemandangan supermoon dari Kuantan Pahang 19 Febuari 2019... Kamera tak power mana...hihii

Friday, 1 February 2019

Cukai Pintu MPK Naik!

Baru-baru ni pergi bayar cukai pintu kat Majlis Perbandaran Kuantan Pahang.. bil baru tak dapat jadi kena cetak dulu bil di kaunter ambil no 4.

Sekali dah dapat bil tu diaaaaa... baru aku perasan yg cukai pintu MPK untuk tahun 2019 dah naik. Takde angin ribut ke ape ke desas-desus ke tiba-tiba dah naik.


 Kadarnya daripada 4.5% naik kepada 5.5%. Atau dalam RM dari RM178.20 kepada RM217.80 setahun. Untuk sepenggal RM89.10 kepada RM108.90. Woww.. Banyak kan naik?


Nasib baik ada bawak duit lebeh sikit.. kalau cukup-cukup RM90 bawak tadi memang balik je la....

Aku dah bagitau ye... jangan terkejut pulak kalau gi bayar nanti...

Aku yang dah kene...

Friday, 11 November 2016

Pahang Bike Week 2016

Pahang Bike Week on 4 to 6 November 2016 at Taman Gelora Kuantan Pahang. In front of Kolej Yayasan Pahang.

Let the picture tell the story....Enjoy it


 The making of.......

 Completed gateway

Can-Am Spyder


 Exhaust sound test

 BMW Motorrad

 Biker helmets

CMC Italjet 125

Indiana...Victory


 Mr Rabbit

 Special guest - Tengku Amir


 Merc 6.3 ?










Done!


Coming soon...... 
Terengganu International Bike Meet 2016 
@ Kuala Terengganu, Terengganu 25 - 27 November 2016
Open to all bike type and cc

Wednesday, 19 October 2016

Membaiki mesin basuh rosak

Cerita lama...just baru kongsi di sini....

Dalam era moden ini, antara perkara yang membawa masalah besar adalah apabila mesin basuh rosak. Apatah lagi jika saiz ahli keluarga adalah besar. Perkara ini berlaku baru-baru ini di rumah ku. Isteri memberitahu bahawasanya mesin basuh tidak hidup langsung. Maka aku pun menggunakan kepakaran serta ilmu yang ada untuk mengenalpasti apakah masalahnya. 

Sob..sob...tiada denyutan nadi langsung

Setelah dicongak darab bahagi tolak campur, serta bantuan dari sahabatku pomen yang otai Mr Fairul Azizi....maka kesakitannya telah dikenalpasti. Soheh bahawasanya sakit mesin basuh Samsung Fully Automatic 7.0kg WA91U3 yang tidak boleh hidup langsung ini adalah PCB nya rosak.

Maka pergilah mencari spare-part yang berkenaan di kedai yang berkenaan....

Sesambil itu, baju yang telah dihimpun dibawa berkelah di kedai dobi layan diri...kihkihkih...

Kemain seronok tentera-tentera aku...

Ok, spare-part yang ditempah khas sudah sampai...yelah, kalau kat KL mudah sikit nak cari spare-part macamni. This is Kuantan....up to 300km to KL...kehkehkeh.

Spare-part dah ada....pasang...godek-godek..YES !!!!! Hidup !!! Alhamdulllah !!!

Tu diaaaa....dah ada lampu

Actually selain dari PCB board nye, aku juga telah menggantikan water inlet valve, kepala paip dan salur paip nya sekali... Untuk masukan yang lebih lancar berbanding yang lama...macam iklan pulak.

Mesin ini sebenarnya dah berumur lebih sembilan tahun....see.....

Selepas kisah ini menular dari tingkap ke tingkap...banyak jugalah soalan-soalan yang aku hadap, dan masalah-masalah mesin basuh yang selesaikan....ade kederat aku bikin lah...hehee

Oklah...adios amigos brabus....

Monday, 17 October 2016

Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia (YDPA)



Senarai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Malaysia dahulu sehingga sekarang


Yang di-Pertuan Agong
Nama Yang di-Pertuan Agong
Negeri
Tempoh
Pertama
Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Negeri Sembilan
31.08.1957 - 01.04.1960
Kedua
Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Selangor
14.04.1960 - 01.09.1960
Ketiga
Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Perlis
21.09.1960 - 20.09.1965
Keempat
Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Terengganu
21.09.1965 - 20.09.1970
Kelima
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Kedah
21.09.1970 - 20.09.1975
Keenam
Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Kelantan
21.09.1975 - 29.03.1979
Ketujuh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah
Pahang
26.04.1979 - 25.04.1984
Kelapan
Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Johor
26.04.1984 - 25.04.1989
Kesembilan
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Perak
26.04.1989 - 25.04.1994
Kesepuluh
Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri Sembilan
26.04.1994 - 25.04.1999
Kesebelas
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Selangor
26.04.1999 - 21.11.2001
Kedua Belas
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Perlis
13.12.2001 - 12.12.2006
Ketiga Belas
Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Terengganu
13.12.2006 - 12.12.2011
Keempat Belas
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Kedah
13.12.2011 - 12.12.2016
Kelima belas
Sultan Muhammad V
Kelantan
13.12.2016 -



Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri boleh (tetapi tidak semestinya) menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:
  1. Negeri Sembilan
  2. Selangor
  3. Perlis
  4. Terengganu
  5. Kedah
  6. Kelantan
  7. Pahang
  8. Johor
  9. Perak