Showing posts with label nahas. Show all posts
Showing posts with label nahas. Show all posts

Monday, 19 September 2016

Kemalangan Alza dan Perdana di Sekinchan Selangor 19 September 2016

Tarikh/Hari : 19 September 2016 / Isnin pagi

Lokasi : Jalan Klang - Teluk Intan, Taliair 4, Sekinchan Selangor (berhampiran premis Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)

Kenderaan : Proton Perdana & Perodua Alza

Mangsa :

Alza: Pemandu - Mohd Faizuri Ibrahim (33) meninggal dunia.

Perdana: 

Pemandu Anuwar Daud (33) cedera
Isteri Norazila Kamarudzaman (28) cedera, 
Anak no. 1 & 2 kritikal
Anak no. 3 cedera
Anak no. 4 Nur Qaireen Khalisya Mohamad Anuwar (Bayi meninggal)

Takziah untuk mereka yang kehilangan ahli keluarga. 

Sinopsis pendek: Pemandu Alza hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan. Waktu itu hujan agak lebat

Al-Fatehah buat Arwah Cikgu Faizuri SMK Dato Haron Tanjung Karang dan bayi kepada En Anuwar JPS

















 Pemandu Alza - berbaju biru

Pemandu Perdana yang cedera


Sumber gambar: Whatsapp, FB I Love Sungai Besar, Bomba & Penyelamat Sekinchan, Amy Black Sepet, Alang Gsr, Koo Tan Bo

Thursday, 12 November 2015

Tanah Runtuh KM 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK)

Semalam petang berlaku banjir kilat dan tanah runtuh di kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) berhampiran kawasan Hutan Lipur Lentang.







Laluan kenderaan dari kedua-dua arah telahpun ditutup akibat terhalang dari banjir dan tanah runtuh yang berlaku

Bagi mereka yang masih perlu melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur atau ke Pantai Timur... anda dihasihatkan untuk mengikuti jalan dalam / laluan alternatif

Pengguna dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur (dan sebaliknya)

1. LPT1 - Kelauar Plaza Tol Karak masuk ke Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur

2. Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur

3. Kuantan - Muadzam Shah - Kuala Pilah - LEKAS - Kuantan (ni jalan aku waktu banjir tahun lepas..)

Pengguna yang sudah terlepas ke Plaza Tol Bentong:

1. Buat pusingan U sebelum/dekat Plaza Tol Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur

Pengguna dari Kuala Lumpur yang sudah terlepassampai Lentang:

1. Buat pusingan U dekat Hentian Rehat Lentang - KL - Seremban - Bahau - Pelangai - Karak - LPT1


Saturday, 15 March 2014

Bagaimana Rampasan Kapal Terbang Berlaku ...

Sudah hampir 200 jam selepas kehilangan misteri pasawat 777-200 MH370 berlalu... namun masih belum menemui jawapan yang sebenar. Pelbagai andaian berlegar di sana-sini. Andaian awal terkuat adalah pesawat meletup dan terhempas disuatu tempat yang tidak diketahui. Namun, melalui petunjuk terkini, andaian bahawa pesawat dirampas pula mula kuat mendapat perhatian ramai.

Datuk Kapten Nik Huzlan

Tadi, sempat menonton wawancara bersama bekas ketua juruterbang MAS iaitu Datuk Kapten Nik Huzlan. Beliau menjawab soalan pengacara berkenaan andaian pesawat dirampas. Jawapan yang diberikan adalah berdasarkan sejarah, prosedur siasatan dan bukannya menuduh sesiapa dalam hal ini. Pasti yang menjadi 'tertuduh' adalah mereka yang berada di dalam kapal berkenaan: penumpang-krew-pilot

Jika benar ianya dirampas...

Ianya pasti bukan dilakukan oleh seorang manusia sahaja. Pasti ia secara berkumpulan. Individu ini pasti pakar dalam jadual penerbangan, kaedah penerbangan, tatacara penerbangan, pakar radar, mengetahui selok belok pesawat 777-200 milik MAS, mempunyai kebolehan seperti komando, mempunyai keupayaan untuk memasuki kawasan kokpit. Secara teknikalnya adalah sangat sukar untuk orang awam memasuki kokpit kerana prosedur keselamatan yang ketat...

Untuk memasuki kawasan kokpit, hanya individu tertentu dibenarkan, itupun setelah dibenarkan oleh pilot. Secara logiknya, hanya peramugara-peramugari yang boleh memasuki ruangan kokpit. Dipintu memasuki kokpit adanya kamera pengawasan. Jadi pilot boleh mengetahui siapa yang nak masuk, lepastu kena bercakap/berkomunikasi pulak. Pintunya pula hanya muat-muat seorang je nak lalu...

Namun, jika ada pilot bertauliah lain yang 'off-duty' dan menaiki pesawat berkenaan sebagai penumpang, kebiasaannya individu ini akan diberi peluang berada di dalam kawasan kokpit juga...

Namun...apa-apa pun bila nak masuk kokpit mesti dapat kebenaran orang yang ada di dalam kokpit dulu...

Andian bahawa pilot dan co-pilot yang melakukan rampasan... agak mustahil tetapi kebarangkalian itu ada. Agak mustahil pilot dan co-pilot berpakat untuk melakukannya. Jika pilot melakukan kesilapan pasti co-pilot akan menegur. Namun pernah berlaku dalam beberapa kejadian seperti di Jepun satu ketika dahulu di mana co-pilot tidak menegur kesilapan yang dilakukan oleh pilot (atas dasar co-pilot hormat pilot...pilot sentiasa betul). Akibatnya....hancur berkecai....

Akhirnya...andainya benar ianya dirampas...apakah motifnya? Tiada ugutan... tiada tuntutan... atau apa-apa setakat ini...

Didoakan agar pesawat MH370 ini dapat ditemui bersama penumpang dan krew-krewnya... Semoga kalian selamat... amin...