Showing posts with label Liga Super. Show all posts
Showing posts with label Liga Super. Show all posts

Wednesday, 25 February 2015

AFC CUP 2015 RESULT : YADANARBON VS PAHANG (2-3)


AFC CUP 2015 - GROUP G

YADANARBON (MYA) vs PAHANG (MAS)

FULL TIME RESULT

YADANARBON [2] - [3] PAHANG


Tuesday, 24 February 2015

AFC CUP 2015 : JOHOR DARUL TA'ZIM vs EAST BENGAL FC (4-1)



AFC CUP 2015 - GROUP F

JOHOR DARUL TA'ZIM vs EAST BENGAL FC

FULL TIME RESULT

JDT [4] - [1] EAST BENGAL



Tuesday, 28 May 2013

Perlawanan Pahang - Johor Darul Takzim Dibatalkan !!! Peminat Kecewa. Tiket Lebih? Siapa Baling Batu?

Pehhhhh...memang panas sungguh. Sepanas cuaca siang hari tadi di Kuantan. Sepanas hati penyokong yang melalui jalan Gambang - Kuantan menempuh kesesakan dekat-dekat Tokong Cina sebab ada lori kemalangan, jemm gila babas...Yang dari Kuantan dah bederet dari Batu 10 sampai e Tokong tu...

Rupenye kepanasan ini berlarutan ke perlawanan bola sepak antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim.

Mula-mula perlawanan mula lewat...gara-gara penyokong dah 'melimpah ruah' sampai bersila kat atas trek dan padang. Guanne nok main bola kalau penyokong dah atas padang?? Tiket lebih kot? Bangku ada 10 tiket jual 15 kot. Udahnya pihak keselamatan kena la paksa rela penonton nih pulang ke bangku penonton.

Penontoh yang melimpah. 
Gambar dari Johor Darul Takzim Cyber Fan Club

Tapi panas tetap berlarutan.....dan lagi..dan lagiii....polis dah kabo perlawanan boleh terus...tapi JDT takmau teruskan...

Udahnya...sampai 10.15 gitu tak mau main gak, maka keluarlah keputusan 'PERLAWANAN DIBATALKAN'. Pehhhh...mendidih hati datang jauh-jauh (yg jauh la...) pastu batal

Bila dah batal....kecoh laaa kat Stadium Darul Makmur. Penyokong JDT pun masuk padang la sebab tidak berpuas hati perlawanan ditunda.

Dalam masa yang sama, ada pulak penyokong yang meluru ke padang nih dah dapat kecederaan pulak sebab kena balingan objek (katanya batu) daripada tempat duduk penonton. Apapun abang-abang Polis bertindak cepat dengan mengawal keadaan supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Banyak la yang kena tuding esok nih. Siapa salah? Penonton? Pahang? Johor? FAM? Pengurusan Stadium? Or.....

Dah lah...kita tunggu apa 'newspaper' tulis esok....



Saturday, 30 March 2013

Liga Super Matchday 11 Result (29 & 30 Mac 2013)

2 perlawanan berlangsung pada hari Jumaat dan 4 perlawanan pada hari Sabtu. Lion XII berjaya merampas pendahulu carta setelah menundukkan Negeri Sembilan 1-0. Selangor berada di tangga ke dua, ketinggalan 1 mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Felda United.

Kelantan berbalas gol dengan ATM. Namun kemenangan berpihak kepada Kelantan apabila berjaya memperolehi gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan. Kelantan 3, ATM 2

Kemenangan yang ditunggu akhirnya tiba juga apabila Pahang meraih kemenangan bergaya selepas menundukkan T-Team 3-1. Dalam 5 perlawanan sebelum ini, Pahang mencatat keputusan yang tidak memuaskan.

Keputusan lain Liga Super 2013 matchday 11 seperti berikut:


Sekian....carta belum update

Sunday, 10 March 2013

Liga Super 2013 : Matchday 10 (9 Mac 2013)

Selangor Red Giant menumbangkan pasukan yang dibarisi beberapa bintang, Johor Darul Takzim di Stadium Shah Alam Selangor. Pasukan Red Giant yang kemarau jaringan kebelakangan ini mencatat kemenangan 4-1. S. Kunalan, Francis Forkey Doe, Amri Yahyah dan Mahali Jasuli memberikan kedudukan 4-0 sebelum Norshahrul Idlan Talaha menyumbat gol sarguhati 15 minit sebelum perlawanan tamat. Kemenangan telah melonjakkan Selangor ke tangga ke-2 liga.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi tuan rumah Negeri Sembilan terpaksa akur dengan jaringan tunggal pemain Felda United, Razali Umar Kandasamy. Walaupun menguasai lebih dari separuh permainan, tuan rumah tetap gagal mencipta gol

Di Stadium Jalan Besar Singapura, hasrat The Red Warrior untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata lebur apabila pemain Lion XII, Mohd Shahfiq Abdul Ghani menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke-89 perlawanan untuk gol tunggal perlawanan. Keputusan muktamad Lion XII 1, Kelantan 0

Keputusan penuh 'matchday 10'. Ulasan perlawanan 8 Mac klik sini


Kedudukan liga selepas 'matchday 10'



Majuah sukan tanpa politik

Saturday, 9 March 2013

Liga Super 2013 : Coret-coret 'Matchday 10'


Semalam bermula sepak bola bagi perlawanan ke-10 bagi sebahagian pasukan dalam Liga Super 2013. Perlawanan tumpuan aku adalah Skuad Tok Gajah menentang barisan PKNS di Stadium Darul Makmur.

Apa dah jadi Pahang? Pahang gagal menggunakan aksi di tempat sendiri untuk meraih 3 mata penuh. Sebaliknya pulang hampa tanpa sebarang mata. Pahang memang memberikan aksi yang baik, mempunyai peluang yang baik namun tidak berjaya disudahkan. Pahang berjaya mendahului lawan pada babak pertama dengan 1-0.

PKNS yang gagal memecah kebuntuan dengan sepakan penalti oleh 'Ronaldinho' pada awal permainan mula bangkit pada babak kedua. PKNS berjaya merubah kedudukan kepada 1-2 sebelum pemain PKNS dibuang padang. Walaupun PKNS bermain dengan 10 pemain, Tok Gajah gagal mengambil kesempatan untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan. Sebaliknya pada akhir perlawanan PKNS berjaya menambah derita Pahang dengan menambah satu lagi gol. Muktamat Pahang 1, PKNS 3

Hajat Perak untuk menumpaskan ATM pula tidak kesampaian. Dengan mencanang Amirul Hadi sebagai pemusnah, sebaliknya ATM yang masih terasa dengan konflik pencerobohan di Lahad Datu mengganas dengan menumpaskan skuad Perak dengan jaringan 2-4.

Satu lagi perlawanan di Pantai Timur menemukan pasukan 'adik-beradik' Terengganu menentang T-Team. Faderin Kadir muncul sebagai wira pasukan Terengganu apabila berjaya menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit-minit akhir perlawanan bagi menjadikan kedudukan kepada 1-0.

Hari ini, tiga lagi perlawanan akan berlangsung iaitu Lion XII-Kelantan, Selangor-Johor Darul Takzim dan Negeri Sembulan-Felda United.

Keputusan semasa Liga Super perlawanan 8 Mac 2013:


Kedudukan carta Liga Super sehingga perlawanan 8 Mac 2013



 Sekian, Majulah Sukan Tanpa Politik

 


Saturday, 2 March 2013

Liga Super 2013 : Perlawanan 1 & 2 Mac 2013

Prittt..prittt....habis dah perlawanan minggu ni. Perlawanan ke-9 masih menyaksikan ketandusan jaringan gol bagi kebanyakan pasukan. Dengan hanya 114 gol berjaya dijaringkan setakat ini menjadikan purata setiap perlawanan adalah sekitar 11 - 12 gol.

Minggu ini ATM gagal menggunakan aksi halaman sendiri untuk menjarakkan diri dalam kelompok utama. Sebaliknya sebentar tadi Johor Darul Takzim berjaya memintas ATM untuk mengungguli carta liga. Kedudukan ini mungkin akan berubah sekiranya Selangor Red Giant berjaya menewaskan T-Team pada hari Selasa ini.

Berikut keputusan penuh perlawanan pada 1 dan 2 Mac 2013 serta kedudukan liga.


Keputusan perlawanan ke-9 (1-2 Mac 2013)


Kedudukan liga sehingga perlawanan ke-9


Sunday, 24 February 2013

Keputusan Liga Super 2013 : 23 Febuari 2013


Hari ini keputusan yang dihasilkan sungguh suram. Tiga perlawanan berkesudahan dengan seri tanpa jaringan. Hanya 9 gol berjaya diledakkan malam ini. Kedudukan carta liga tidak banyak berubah.

Keputusan perlawanan 23 Febuari 2013 setakat jam 11.30 malam.


Kedudukan carta liga 23 Febuari 2013 setakat jam 11.30 malam. ATM masih mengungguli carta, sementara menunggu perlawanan Lion XII dan Perak



Wednesday, 20 February 2013

Liga Super 2013: Selangor, Pahang Tersungkur..Carta Dikemudi Sang Tentera

Tamat tiupan wisel malam tadi, 6 perlawanan berakhir. Beberapa keputusan diluar jangkaan berlaku. Red Giant yang baru menewaskan Red Warrior minggu lalu tersungkur 0-2 kepada barisan Tentera, menyebabkan mereka terpaksa melepaskan tahta liga kepada ATM.

Pahang pula terpaksa menelan kekalahan kedua berturut-turut. Kali ini mereka terpaksa akur dengan jaringan tunggal gol sendiri bagi memberi kemenangan kepada Perak 1-0. Pahang perlu bangkit semula dalam perlawanan seterusnya bagi mengelakkan tertinggal lebih banyak mata. Namun perlawanan seterusnya adalah kental iaitu Kelantan.

Kelantan bangkit dari kekalahan minggu lalu dengan membenam musuh setempat, Terengganu 2-0. Lain-lain keputusan sila lihat gambar seterusnya.


Kedudukan carta liga terkini sehingga 19 Febuari 2013