Sunday 10 March 2013

Liga Super 2013 : Matchday 10 (9 Mac 2013)

Selangor Red Giant menumbangkan pasukan yang dibarisi beberapa bintang, Johor Darul Takzim di Stadium Shah Alam Selangor. Pasukan Red Giant yang kemarau jaringan kebelakangan ini mencatat kemenangan 4-1. S. Kunalan, Francis Forkey Doe, Amri Yahyah dan Mahali Jasuli memberikan kedudukan 4-0 sebelum Norshahrul Idlan Talaha menyumbat gol sarguhati 15 minit sebelum perlawanan tamat. Kemenangan telah melonjakkan Selangor ke tangga ke-2 liga.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi tuan rumah Negeri Sembilan terpaksa akur dengan jaringan tunggal pemain Felda United, Razali Umar Kandasamy. Walaupun menguasai lebih dari separuh permainan, tuan rumah tetap gagal mencipta gol

Di Stadium Jalan Besar Singapura, hasrat The Red Warrior untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata lebur apabila pemain Lion XII, Mohd Shahfiq Abdul Ghani menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke-89 perlawanan untuk gol tunggal perlawanan. Keputusan muktamad Lion XII 1, Kelantan 0

Keputusan penuh 'matchday 10'. Ulasan perlawanan 8 Mac klik sini


Kedudukan liga selepas 'matchday 10'



Majuah sukan tanpa politik

No comments:

Post a Comment