Friday, 15 March 2013

Jumaat di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur


Hari ini memulakan perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Melalui Lebuhraya Pantai Timur, kena tembak di KM-108 oleh pihak polis...err..aku tengok dia, dia tengok aku..Sampai di KM-105, tu diaaa....kena tahan oleh pihak Polis. Alhamdulillah....tak ada apa-apa. Aku tengok banyak juga yang kena tahan di tepi jalan tu. Tapi tengok gaya macam takde masalah je diorang tu nak bayar...Kereta jenis mewah-mewah belaka..

Sampai Kuala Lumpur..menuju ke Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur...selesaikan apa-apa yang patut. Eh, kena berkejar gi Balai Polis Dang Wangi la pulak...dah lewat ni

Sampai kat balai...fuhhh..ramai sungguh umat kat sini. Kali pertama aku pergi tempat ni...Selit punya selit dapat la aku juga tempat. Yaaa...dapat duduk dalam saf di Masjid Balai Polis Dang Wangi untuk menunaikan Solat Jumaat.

Intipati khutbah...dimulakan dengan ayat alif-lam-mim....bina keluarga dengan baik, ajarkan ajaran yang baik pada diri sendiri dan keluarga, dirikan solat, tunaikan zakat.

Masjid Balai Polis Dang Wangi 

Alhamdulillah.....selesai urusan...maka bertebaran umat-umat tadi ke muka bumi menyambung tugas mencari rezeki....


Ramai yang gi sini (SOGO KL) pulak kot...sekangkang kera je jaraknya

No comments:

Post a Comment