Wednesday 27 March 2013

Tahukah anda : Lebih 640 ribu Gigabyte data bertukar tangan dalam masa satu minit di internet!

Kita menimba maklumat sebentar dalam satu minit.....


Intel telah memberi beberapa data yang menarik mengenai penggunaan internet baru-baru ini. Lebih banyak peranti yang kini menggunakan internet untuk mengakses data, yang juga bermaksud lebih banyak data sedang bertukar tangan sekian hari.

Tak banyak orang tahu data yang mereka akses setiap hari itu adalah sebahagian daripada jumlah data yang besar, yang merentasi rangkaian-rangkaian yang dinamakan Internet. Dari mendengar musik, menonton video, memuat-turun gambar, main game dalam talian – semua ini menggunakan data yang besar. Lebih 640 ribu Gigabyte data bertukar tangan dalam masa satu minit di internet!

Antara fakta menarik lain dalam satu minit di internet:
1. 639,000 GB data dimuat-turun secara global
2. Twitter : 320 akaun baru dibuat, 100,00 kicauan baru dibuat
3. Youtube: 30 jam video dimuat-naik, 1.3 juta video ditonton
4. Facebook : 2777,000 daftar masuk, 6 juta muka surat dibaca
5. Google : 2+ juta carian dibuat

Hari ini, jumlah peranti yang bersambung ke internet bersamaan dengan jumlah populasi dunia. Bayangkan – 7 bilion peranti sedang menggunakan internet sekarang. Dalam masa dua tahun – 2015 – jumlah ini akan berganda dua kali.

Di tahun yang sama, anda perlu mengambil masa lima tahun untuk menonton video-video yang merentasi rangkaian internet setiap saat. Lima tahun video bertukar tangan setiap saat. Soalan cepu emas – rangkaian kita sekarang boleh sokong ke?




No comments:

Post a Comment