Showing posts with label Superbike. Show all posts
Showing posts with label Superbike. Show all posts

Thursday, 15 October 2015

Kadar Baharu Tol Untuk Kereta - 15 Oktober 2015



Hari ini bermula kadar baharu tol di beberapa buah plaza tol..

Berikut adalah kadar tol yang baharu untuk kenderaan jenis KERETA bermula 15 Oktober 2015 di plaza tol yang berkenaan






Sekian...

Kadar Tol Di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong - 15 Oktober 2015



Hari ini bermula kadar baharu tol di beberapa buah plaza tol. Jumlah keseluruhan konsesi yang menaikkan kadar tol ini adalah 10 buah

Berikut adalah kadar tol yang baharu di Plaza Tol Gombak Dan Plaza Tol Bentong yang diumumkan oleh ANIH Berhad bermula 15 Oktober 2015




Sekian...

Tuesday, 7 April 2015

Demak DZM 200

"Superbike" dari Demak - DZM 200.... Harga? Entahlah...orang kat kedai ni kate bawah RM10k

Saturday, 1 March 2014

Pelajar UiTM maut dalam kemalangan di KM23.6 Lebuhraya Karak-Gombak


Hari ni perjalanan aku dari Kuantan menuju ke Bandar Baru Bangi menyaksikan beberapa kejadian kemalangan kenderaan. Aku ceritakan sebahagian...

Selepas terowong Karak, di kawasan 'gear rendah' terdapat sebuah treler yang membawa 'mini tank' telah tergolek di lorong paling kanan.

Depan lagi..berhampiran Stesen Penguasa JPJ Gombak sebuah Subaru Impreza bewarna hitam pula sudah 'tidur mengereng' di tepi jalan. Satu bahagian tingkap sisi menghadap tanah dan satu lagi menghadap langit.

Depan lagi.. Aku nampak sebuah motosikal yang agak 'hancur' di tepi jalan..

Dalam berita TV tadi ada kisah kemalangan sebuah motosikal di KM23.6 Lebuhraya Karak-Gombak. Apabila aku amati rupa-rupanya kejadian itu adalah motosikal yang aku tengok 'hancur' tadi. Menurut berita, mangsa bernama Muhammad Izzuddin Md Asran berumur 22 tahun dari Janda Baik Pahang dalam perjalanan ke UiTM Shah Alam untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah.

Menurut sumber, motosikal yang ditunggang telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiang lampu jalan. Mangsa tercampak ke dalam longkang berhampiran dan maut ditempat kejadian.

Takziah buat keluarga mangsa

Thursday, 16 January 2014

Ducati Malaysia Lancar Motosikal Paling Ringan

Gambar semasa pelancaran (fb Ducati)

Hari ini Ducati Malaysia telah melancarkan motosikal paling ringan di dunia iaitu Ducati 1199 Superleggera. Motosikal ini adalah edisi terhad iaitu hanya 500 unit dikeluarkan untuk seluruh dunia. Manakala pasaran Malaysia hanya 4 unit sahaja !

Berat motosikal ini? Yamaha 125Z beratnya 101 kg (berat kering) , Yamaha RXZ berat 106 kg, manakala Yamaha YZF-R1 176 kg. Tapi Ducati 1199 Superleggera ni katanya hanya 155 kg....dah hampir sama berat Ninja 250 !

Berapa harganya? Kalau tak salah telinga aku tadi...RM450,000 ajeeee......huaaaaaa!!!

Antara shoot lain...Versi studio...