Saturday 30 November 2013

Satay Zul - among the best in Kuantan

Petang-petang lepas gi mencari beberapa benda di Pakson East Coast Mall Kuantan, aku singgah Terminal Satay Zul di Bangunan Malay Town...apalagi..tapau satey la...Satay Zul ni antara yang kedai satay yang popular di Kuantan ni. Kiranya macam Satay Kajang Haji Samuri yang popular di Kajang dan beberapa kawasan lain...

Koi tapau satey ayam dan satey daging..5 cucuk setiap satu. Cukup la Koi sorang je nak makannye...lama dah dah membeli...dah 70sen harga satey ayamnya...dan 80 sen untuk setiap cucuk satey dagingnya...Kalau tambah 'pressed rice' a.k.a nasi himpit kena tambah 2 hengget.

Resit satay

Satay ayam (kiri), daging (kanan)

Nyam nyam nyam....Besar dan sedap!! Alhamdulillah!!

Friday 29 November 2013

Tandas Paling Luar Biasa Di Dunia

Wahh !!! Tandas pun ada yang luar biasa? Agak-agaknya macamana la ye rupa tandas tu? Boleh terbang ke? Ke ada apa-apa yang pelik?

Satu kajian yang dijalankan telah mendapati satu tandas yang terletak di Pergunungan Altai di cenuram setinggi 2,600 meter dari paras laut adalah tandas paling ekstrem di dunia. Tandas ini mempunyai pemandangan yang cantik. Ia digunakan oleh pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai.

Tandas berbahaya yang terletak di daerah "Black Heart" itu sudah digunakan sejak 1939

Ini dia tandas yang terletak 2,600 meter dari paras laut. Cantik tak pemandangannya? (myMetro)

Macamana? Anda berani untuk mencuba tandas ini? Silap-silap belum masuk tandas dah terkeluar...


sumber cerita asal : hmetro

Keselamatan Dapur: Selipar Kain versus Selipar Getah

Selipar kain...macam selipar kat hotel tu la jugak..lembut aje..memang sedap dipakai..selesa..berbagai-bagai gambar pulak tu...

Selipar getah..sedap juga dipakai, cuma tak berapa cantek rekabentuknya

Antara dua jenis selipar ni yang mana sesuai dipakai di dapur rumah anda? Kedua-duanya sesuai dipakai... Namun yang paling sesuai adalah selipar getah.

Carilah selipar getah yang agak lembut contoh macam selipar Bata, ataupun 'selipar pantai' yang ada warna hijau merah biru kuning yang kita selalu juga jumpa di Surau ataupun Masjid..jangan cari selipar campuran plastik (yang keras sikit tu)..macam selipar Tat Seng

Kenapa selipar getah lebih sesuai?

Urusan kita di dapur memang macam-macam. Sehinggakan dapur sebenarnya adalah kawasan paling merbahaya untuk anak-anak kita bermain. Bila di dapur kita akan 'deal'...menggunakan peralaan elektrik.

Dalam langkah keselamatan mengendalikan peralatan elektrik, Anggota badan kita (tangan yang menyentuh) mestilah kering. Ini adalah untuk megelakkan berlakunya renjatan elektrik. Harus diketahui bahawa air adalah pengalir elektrik yang bagus.

Apa kaitan kena renjatan elektrik dengan selipar getah? Biasa tengok orang yang melaksanakan kerja-kerja pendawaian elektrik? Pasti kasut getah adalah teman setia mereka..

Apabila tubuh seseorang mengalam renjatan elektrik, maka arus akan mengalir dari tempat masuk menuju ke arah bumi (earth). Biasanya kaki adalah anggota yang paling hampir dengan bumi. Maka arus akan keluar melalui kaki. Namun jika kaki kita mempunyai getah (selipar getah) maka arus tadi tidak dapat menembusi ke bumi dan akan terpantul semula (ni pakai bahasa mudah je la...). Kebarangkalian untuk mangsa terlepas dari renjatan tadi masih ada...

Jika ada sambungan ke bumi...maka arus akan mengalir berterusan. Pernah lihat mangsa renjatan elektrik? Biasanya akan ada 2 lubang pada tubuh mangsa kesan dari renjatan. 1 adalah kesan arus masuk dan 1 lagi kesan arus keluar.....

Sekian...selamat berilmu...

Wednesday 27 November 2013

Bil Elektrik Bawah RM70 Tiada GST? Sebanyak Mana?

Pasti penulisan ini mengundang pelbagai reaksi dari pihak pembaca.....ya...masing-masing punya pendapat tersendiri..

Apabila pihak kerajaan mengumumkan perihal Goverment Service Tax (GST), turut terlibat adalah bekalan elektrik. Bil elektrik pengguna yang berjumlah di bawah RM70 dikatakan tidak akan dikenakan GST. Maka sebanyak manakah bil elektrik RM70 itu? Aku membawa dari segi pengguna domestik sahaja.

Berdasarkan tarif pengguna domestik yang ada sekarang, RM70 ini adalah bersamaan dengan 279 kWh jumlah penggunaan bekalan elektrik. Pengiraan adalah seperti berikut:

200kWh pertama = 200 x 0.218 sen = RM43.60
79kWh seterusnya = 79 x 0.334 sen = RM26.38

Jumlah RM43.60 + RM26.38 = RM69.986

Banyak mana kita dapat guna untuk jumlah 279 kWh sebuan? 

Alatan yang banyak guna tenaga elektrik adalah seperti peti sejuk, cerek elektrik, penyaman udara, streka/iron, oven/microwave, mesin basuh dan electric water heater/shower.

Kita anggapkan kita memang tiada GST, kita lihat bagaimana kita mampu meminimumkan kadar penggunaan tenaga elektrik seharian atau bulanan kita...kalau kita mampu melaksanakannya pasti kita mampu mengelak dari membayar bil yang tinggi

Kadar RM70 bersamaan 279 kWh ini mungkin akan berbeza jika pihak kerajaan mengumumkan kadar tarif elektrik yang baru...akan makin berkurang laaa.....


Besar rumah..tinggi bilnya..
Banyak peralatan elektrik..tinggi bilnya..
Banyak peralatan rosak..tinggi bilnya..
Banyak malas nak tutup..tinggi juga bilnya..


Tuesday 26 November 2013

Shopping Kat Giant Jimat?

Benarkah membeli-belah di Pasaraya Giant menjimatkan? Ataupun beli barang kat kedai makcik gelap kat umah Koi ni lagi murah?

Sebenarnya ada sebahagian barang yang dijual lebih murah berbanding selalu dan ada juga yang harganya lebih mahal ataupun sama sahaja sengan kedai-kedai lain.

Strateginya kita kena pandai buat perbandingan harga...kena buat 'homework' sikit la..buat pembacaan dan pemerhatian.

Koi berkesempatan singgah kat Giant ni tadi..beli la barang sikit-sikit..Bayar RM22.15...dan tercatat penjimatan RM7.19...sebabnya memang pilih barang yang tulis dalam katalog ada diskaun..hehee



Selamat membeli barang....kalau ada katalog tu belek-belek la dulu

Sunday 24 November 2013

Triumph Tailoring Female Confidence - 1 Utama

Triumph Tailoring Female Confidence event held at 1 Utama. In Partnership with Parkson, Triumph celebrates 127 years of heritage, expertise and style.


Another gallery click here

Saturday 23 November 2013

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2014

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Kerajaan Bagi Tahun 2014

 
  BULAN     TARIKH     HARI  
  JANUARI     23.01.14     KHAMIS  
  FEBUARI     25.02.14     SELASA  
  MAC     25.03.14     SELASA  
  APRIL     24.04.14     KHAMIS  
  MAY     22.05.14     RABU  
  JUN     25.06.14     RABU  
  JULAI     22.07.14     SELASA  
  OGOS     25.08.14     ISNIN  
  SEPTEMBER     25.09.14     KHAMIS  
  OKTOBER     16.10.14     KHAMIS  
  NOVEMBER     25.11.14     SELASA  
  DISEMBER     18.12.14     KHAMIS  

Untong la keje gomen...belom keje tapi jadual gaji dah ada....Rejeki anda la warga gomen....

Versi JPG

Gambar Kemalangan Ngeri Jalan Kuantan-Gambang

Hari ini, awal-awal pagi 23 November 2013 telah berlakunya satu kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dengan sebuah lori. Kejadian kat kawasan batu 12 atau 13 gitu la.. Tak jauh dari Restoren Marina Ikan Bakar (dulu Restoren Adik Manja), bertentangan dengan kilang pasir/batu tah aku lupa namanya..

Menurut cakap-cakap orang awam, Proton Saga bernombor pendaftaran JCM8402 dipercayai telah menghimpit lori berkenaan berikutan ada kereta yang laju kat belakang Proton tu. Kiranya dia nak beri laluan pada kereta yang laju tu la...Tapi dia tak lepas nak himpit ke kiri apabila ada lori kat sebelah. Lori tu dah mengelak...tapi kena juga...(tak tau la berapa peratus sahih kronologi ni). Apa nasib orang yang berada dalam Proton tu setakat ni Koi pun tak pasti...

TERKINI: Menurut siaran berita TV, kejadian sekitar jam 7.20 pagi.  Proton Saga tu dari arah bertentangan (Gambang). Proton Saga berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke laluan sebelah dan melanggar lori yang datang dari arah Kuantan. pemandu lori tidak mengalami kecederaan. Manakala pemandu dan penumpang Proton Saga meninggal dunia. Sorang meninggal di tempat kejadian dan sorang lagi dalam perjalanan ke hospital.

Apepun, kejadian ni dah menyebabkan Jalan Kuantan-Gambang mengalami kesesakan berkilometer panjangnya pada awal-awal pagi lagi...

Moh tengok antara shoot oleh co-driver Koi pagi tadi...

 En Polis dah jaga line

Ada lagi ambulans yang bersedia 

 Nampak kereta dan lori tu?? 
En polis sedang membungkus sesuatu..

Pandangan sisi...setelah diselamatkan oleh pihak Bomba

Gambar dekat...yang ini dari facebook I love Pahang


Tuesday 19 November 2013

Tempat Berhantu !!!

Muka hadapan Harian Metro..Sinar Harian memaparkan kisah orang hilang di sebuah villa yang dipanggil Villa Nabila. Berita Harian juga tak ketinggalan, cuma bukan pada muka hadapan.



Villa Nabila ni sebuah rumah yang dah lama ditinggalkan. Rumah kita pun kalau dah lama tak ada penghuni maka akan ada la makhluk lain yang akan tumpang tinggal...inikan pula rumah dah bertahun tak ada penghuni. Dalam bahasa mudahnya...tempat keras...bukan keras pasal batu...tapi keras berhantu...

Mari kita tengok kat mana lagi lokasi ataupun tempat yang didakwa oleh masyarakat berhantu...ada hantu...

1. Highland Tower - Kuala Lumpur
Dahulunya merupakan sebuah kediaman mewah di Taman Hillview Ulu Kelang Selangor yang dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama. 11 Disember 1993, 1 daripada 3 blok yang mempunyai 12 tingkat setiap-satunya telah runtuh (kalau tengok video bangunan tu patah!!). Seramai 48 orang telah terkorban. Hanya segelintir mayat berjaya ditemui manakala selebihnya berkubur di sana. 2 lagi blok yang ada diarahkan dikosongkan setelah disahkaan tidak selamat untuk dihuni...

2. Banglo Mona Fendi
Banglow ini didiami oleh seorang bomoh bernama Mona Fendi. Bomoh bersama suaminya dan pembantu telah melakukan pembunuhan kejam ke atas seorang Wakil Rakyat, Datuk Mazlan Idris. Ritual dikatakan bagi melengkapkan ilmu yang dituntut.

3. Kemayan City - Johor Bahru
Kompleks membeli belah yang terbengkalai pembinaannya. Bila dah tebengkalai maka adalah mahluk lain tumpang tinggal. Dipercayai dihuni oleh mahluk halus

4. Lebuh Raya Karak
Hantu Volkswagen kuning. Itu gelaran yang diberikan. Dikisahkan kehadiran sebuah Volkswagen berwarna kuning yang bergerak di atas jalan tapi tanpa pemandu....Masa ni Golf, Polo tak ada lagi

5. VillaNabila - Johor Bahru
Villa ini jadi misteri apabila berlakunya satu pembunuhan. Sejak itu macam-macam kejadian mistik berlaku. Cerita villa ni ada macam-macam versi

6. Amber Apartment - Gentting Highlands
Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manausia membunuh diri dengan terjun dari tingkap apartment, namun hilang apabila sampai ke bawah/tanah

7. Simpang - T - Georgetown - Pulau Pinang
Dikenali dengan nama The Deadly Junction, bersebelahan dengan Union High School. Hantu apa? Terdapat sebatang pokok kecik seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya terjadi selepas seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya

8. Rumah ADO Menumbok - Sabah
Apa hantu yang ada di rumah ini tidak dapat dipastikan. Kenapa dikatakan berhantu. Tiada pernah ada seorangpun Penolong Pegawai Daerah (ADO) yang tinggal melebihi seminggu di rumah ini.

9. Penjara Pudu - Kuala Lumpur
Juara segala juara. Tempat yang dikatakan paling keras dan paling berhantu dalam banyak-banyak tempat. Antara kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik berdiri di tengah lorong penjara. Bukaan sahaja banduan, malah petugas penjara juga turut menjadi mangsa gangguan hantu-hantu ini.

Sunday 17 November 2013

Konvokesyen IKIP Group of Colleges 13

16 November 2013 telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen bagi IKIP Group of Colleges (IKIP) Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang. Penyampaian skrol telah disempurnakan oleh Datuk Shafik Fauzan Sharif yang menggantikan YAB Dato' Sri Diraja (Dr.) Haji Adnan Bin Haji Yaakob.


 Pentas utama

 File skrol graduan

 Graduan SOIS, Yarmouk, SOBM

Graduan SODS, SOAD dan SOST

 Juruacara jemputan.. En. Nizal Muhammad bersama Pn. Suhaila

 Pelajar terbaik Sekolah Pengajian Sains & Teknologi

 'Penyambut tetamu'....heheee....ada gerai A&W kat luar tu...

Antara graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) (Program kerjasama UTM) sedang beratur bagi menerima skrol masing-masing


Tahniah kepada semua graduan !!

Tuesday 12 November 2013

Kasih Sayang Seorang Datuk

Satu kejadian pagi tadi..ketika perjalanan dari Asrama Casa Tanjung ke Kolej Antarabangsa IKIP Taman Gelora..Sungguh menyentuh jiwa..

Menghampiri kawasan Sekolah Agama Al-Ihsan Jalan /tanjung Api...Aku memandu kereta di laluan sebelah kiri. Sebuah motosikal Honda C70 tak silap aku dinaiki seorang tua dan seorang budak kecil dilaluan sebelah kanan menghampiri kedai makan. Dari pandangan aku, mereka ni adalah Atuk dan Cucu.. (hubungan sebenar aku tak tau..)

Secara tiba-tiba...Atuk seperti hilang kawalan dan keseimbangan pada motosikalnya. Setelah berusaha, namun akhirnya si Atuk tewas dalam usahanya. Akhirnya motosikal, Atuk dan Cucu nya rebah ke bahu jalan. Aku memberhentikan kereta. Namun belum sempat aku turun menyeberangi jalan, orang ramai dari kedai telah terlebih dahulu membantu mangsa...Alhamdulillah selamat.

Satu perkara menyentap jiwa aku...Naluri seorang ayah tiba-tiba menjadikan mata aku mula berkaca. Pasal apa? Kerana...ketika motosikal itu tumbang ke bahu jalan, perkara pertama yang dilakukan oleh Atuk itu adalah memeluk, dan mencium kepala Cucu nya itu..Beliau menunjukkan betapa kasih dan sayangnya, melindungi Cucu nya biarpun badannya jatuh ke jalan dan ditimpa motosikalnya....

Alhamdulillah...selamat...

Hati & 7 Saliran

Hati? Ada orang suka makan hati. Kalau makan hati masak kicap, hati goreng memang la sedap. Tapi kalau makan hati sebab kecewa...yang tu memang tak sedap.

Hati...kenapa dalam bahasa arab hati itu disebut kalbu (kolbu)? Kerana, kolbu itu membawa maksud berubah-ubah, berbolak balik. Hati manusia boleh berubah-ubah.

Hati adalah perkara yang menjadi perkara utama pada diri seseorang. Kalau hati itu rosak, kotor...maka keseluruhan tubuh manusia itu adalah 'kotor'

Hati itu ibarat sebuah telaga yang mempunyai 7 saliran. Bayangkan jika 6 saliran membawa air yang jernih dan bersih manakala 1 lagi membawa air yag kotor...Apa kana terjadi pada air yang ditakung di dalam telaga (hati) itu? Pastinya pembaca sekalian tahu ia akan menjadi kotor...

Saliran yang dimaksudkan di sini ialah punca yang membentuk kepada kebersihan, kesucian hati manusia. Jika saliran ini melakukan kebaikan maka ibaratnya adalah air yang bersih. Apa 7 saliran itu?

1. Mata
2. Telinga
3. Lidah
4. Perut
5. Faraj/Kemaluan
6. 2 tangan
7. 2 kaki

Sumber: Diolah semula dari siaran tazkirah pagi IKIM.fm

Saturday 9 November 2013

Coli (Bra) & Seluar Dalam Aku Hilang

Wehh..La Senza lancarkan Koleksi Diva Hello Sugar baru...jom kita gi...ada promosi La Senza nih...

Hoh...sesuai la tu...Semalam bra dan panties aku kena curi. Dia curi yang branded pulak tu..2 bra La Senza..2 bra Triumph. Yang lagi hebat, dengan hanger bulat tempat sidai, dengan benda2 yang aku sidai semua ghaib..ada seluar dalam, ada stokin kat situ pun dia curi sama...


Mak aii...dasyat sungguh pencuri tu? Macamana boleh hilang kena curi bra ko tu?

Mana la aku tau...kalau aku tau senang aku gi mintak balik...apa laa...

Ko sidai kat luar rumah la ni kan?

Ye la...depan pintu petang semalam. Pagi ni keluar nak gi jumpa korang ni aku tengok dah takde. Coli dan seluar dalam kat ampaian aku dah kena curi semua.

Baik ko tanya suami ko dulu...mana tau kot-kot dia selamatkan bra ko tu malam tadi dia angkat masuk dalam rumah...

Emmm...macam ada kemungkinan tu...kalau betul takpe la..kalau kena curi betul seram aku...kang di mandrem nya


Aku rasa dia peminat seni..mesti ko punya bra tu renda-renda..warna-warni kan? Paling-paling pun dia simpan buat koleksi...pastu jual kat mudah.com

Hampeh la ko ni...orang serius nih

Hahahaa...sebenarnya ni antara dialog orang meja belakang waktu sarapan pagi kat warung. Diorang sembang baik punya..walau perlahan diorang cakap tapi masih boleh didengari oleh aku...Ada 3 orang, umur dalam hujung 20-an gitu la....Ishhh..lain kali jangan la sembang kat warung ni...sembang la dalam kereta sendiri...kehkehkeh...kan aku dah tau !!!

Macam ni la kot dia sidai...(gambar dari internet)

Thursday 7 November 2013

Kenapa Tak Boleh Hembus Nafas Ketika Minum?

Macamana cara kita minum air? Ada tak seperti yang tertera kat bawah ni? Mari kita lihat bagaimana cara minum air yang baik
1. Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (HR Tirmidzi)

2. Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (HR Tirmidzi)

3. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (HR Tirmidzi)


Daripada 3 cara minum yang dianjurkan di sini semuanya berkisar tentang bernafas ketika minum. Kenapa kita dinasihatkan tidak bernafas ketika minum? Menurut kajian sains, apabila kita menghembuskan nafas, hidung kita akan membebaskan karbon dioksida (CO2). Air pula adalah H2O. Jadi jika kita bernafas ketika minum/menghembus nafas dalam air maka CO2+H2O akan jadi H2CO3 iaitu adalah cuka!! Ini bermaksud air itu akan jadi bersifat asid. Ada sesiapa suka minum asid? Pastinya asid tidak baik untuk kesihatan....
Semoga bermanafaat....

Tuesday 5 November 2013

Volkswagen Polo Sedan 2014

Pisang panas...


Volkswagen telah melancarkan model terbaru Polo Sedan 2014. Harga yang ditawarkan adalah RM85,888. Apepun harga ini adalah harga promosi sempena pelancaran model baru ini. Sampai bila harga tawaran ni...aku pun tak tau. Kena tunggu VW bagitau...Sekali imbas, tetap nampak menyengat gayanya, harganya dan 'performance' nya...



Dilengkapi enjin 1.6 liter, standard euro 4, berkuasa kuda 105PS, transmisi 6 kelajuan automatik tiptronic, torque 153Nm, 0-100km/j dalam 12.3 saat dan kelajuan maksimum 183km/j.

Pengunaan minyak sebanyak 6.5 liter bagi 100km. Maksudnya, 1 liter petrol digunakan untuk perjalanan setiap 15.4km!!!

Untuk sistem keselamatan penumpang, polo Sedan 2014 mempunyai 4 beg udara, sistem Isofix, sistem tindakbalais kemalangan pintar (ICRS) dan sistem antibrek (ABS)

Maklumat lanjut pasal Polo Sedan 2014 : Link

Psss...Toyota Vios ada kuasa kuda 109PS, Honda City ada 115PS...tapi bak kata Pensyarah aku satu ketika dulu...VW punya kuasa kuda sukar diduga....

Sunday 3 November 2013

Pahang Juara Untuk Kali Ke-3 : Piala Malaysia 2013

Pritttt...prittt...prittt...

Habis sahaja perlawanan, kawasan kediaman aku bergema dengan dentuman mercun dan pancaran bunga api. Tidak ketinggalan yang menaiki motosikal membunyikan hon motosikal masing-masing. Semuanya sebagai tanda meraikan kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013.

Tahniah buat pasukan Pahang kerana menjuarai Piiala Malaysia edisi 2013. Pahang merealisasikan impian juara kali ke-3 setelah menewaskan Kelantan dengan keputusan 1-0 di Stadium Shah Alam. Jaringan Pahang diperolehi menerusi tandukan lambung Matias Conti pada minit ke-59 setelah menerima umpanan dari sebelah kanan padang.

Pahang dilihat lebih banyak menguasai bola dan bahagian tengah. Pahang mempunyai 2 peluang terbaik pada awal babak pertama, namun gagal disempurnakan oleh Conti.

Setelah Pahang berjaya memperolehi jaringan, pasukan Kelantan terus melipat gandakan asakan. Pada masa kecederaan dan ketika penyokong Tok Gajah mula berpesta, Kelantan hampir menyamakan kedudukan setelah Poyeng (No:3) gagal menampan bola dengan baik.

Stewart, antara watak penting dalam menyelamatkan kubu Tok Gajah. Walau menerima kad kuning, walau hidung terpaksa disumbat....namun tetap berjuang habis-habisan

Apepun...pasti ketua pasukan Pahang, Jalaluddin Jaafar yang berusia 38 tahun menjadi orang yang paling terharu dan gembira. Beliau satu-satunya pemain dalam skuad Pahang yang pernah beraksi pada pentas final Piala Malaysia ketika Pahang tewas kepada Selangor.

Tak ketinggalan jurulatih Dollah Salleh yang gembira dapat melaksanakan misi ke-3 untuk Pahang, menjadi antara 8 pasukan yang pernah menjuarai pialai ini sebanyak 3 kali. Tahun 1992 Dollah membawa Pahang menjuarai Piala Malaysia sebagai pemain. Namun tahun ini Dollah adalah sebagai jurulatih.

Tahniah Pasukan Pahang! Tahniah Skuad Tok Gajah ! Amok Tok Gajah !