Wednesday 28 September 2016

Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu

Perut sudah lapar... badan sudah penat... kerja sudah selesai... mari kita cari makan tengahari. Akupun menuju ke kawasan Pantai Batu Burok untuk mencari jika ada gerai atau kedai yang boleh aku singgahi...

Alhamdulillah... aku ternampak sebuah gerai tepi jalan yang kelihatan agak ramai pelanggannya. Akupun mencari parking yang bersesuaian. Alhamdulillah dapat tempat redup bawah pokok.

Tak banyak cerita ambil nasi, lauk, sayur, air....kira semua RM6.80

Tengah menjamu selera tu terpandang bangunan yang ada disebelah.... Mesjid rupenye!!

Cantik sangat la ni... Zohor pun dah dekat. Maka selesai makan dan bayar akupun melangkah memasuki perkarangan Masjid berkenaan.

Pandangan sisi masjid

Masjid ini bernama Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu. Ataupun juga dikenali sebagai Masjid Ladang. Pasal apa orang panggil Masjid Ladang? Sebab sebenarnya ia terletak di Kampung Ladang.

Sejarah ringkasnya ia mula dibina pada tahun 1981 dan siap pada 1984. Ia dibuka secara rasmi pada September 1984 oleh Almarhun Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Lokasi pertama...cari tandas.... Tandas OK, memuaskan, boleh pakai tapi takdelah sampai tahap boleh baring dalam tu..

Masjid ini memang indah dan agak unik rekaannya. Sebelum memasuki dewan solat utama, ada kaunter khas untuk pengawal yang bertugas. Terdapat mesin derma Bank Islam yang mana pengguna hanya menggunakan kad ATM untuk menderma....canggih!

Tiba-tiba mata terpandang pada satu sudut...."makanan percuma". Owh... ada pihak tertentu yang menyediakan makan secara percuma. Patutlah tadi di tepi masjid tu ramai yang kelihatan sedang makan nasi bungkus.

Makanan percuma!

Memasuki ruang solat utama... Memang besar ruang solat ini. Aku menjangkakan satu saf boleh memuatkan tidak kurang 50 jemaah. Ditepi-tepi masjid ada ruang-ruang yang agak unik. Terdapat juga Maktabah ataupun perpustakaan di dalam masjid ini. 

Mata tiba-tiba tertarik dengan satu paparan di dinding hadapan ruang solat. Ada "countdown" untuk waktu iqamah...Umak ai...canggih canggih canggih.

Nampak tu tengah countdown??

Solat macam biasalah....takdelah dengar bacaan imam sebab solat Zohor kan....

Habis solat...memang hebat cara bersalaman orang kat sini...salam erat dan mata bertentang mata! Ini barulah ada roh nye ketika bersalam !!

Alhamdulillah.... semoga masjid ini terus menjadi pusat penyebaran syiar Islam

Wednesday 21 September 2016

Hard Disk Drive (HDD) From Inside



1. Cover
Bahagian yang menutup bahagian-bahagian dalaman HDD

2. Base Casting

Diperbuat dari logam solid bercetak. Digunakan untuk meletakkan bahagian-bahagian dalaman HDD. Cukup berat dan kalau jatuh ke kaki memang.....

3. Platter/Disk
Berupa piring magnetic berbentuk bulat. Bahan yang sering digunakan adalah almunium atau kaca dan campuran seramik.

Desktop biasanya menggunakan platter bersaiz 3.5 inch manakala laptop pula bersaiz 2.5 inch (ukuran diameter).

Platter inilah storan penyimpan data yang anda lihat seperti 100 GB, 500 GB ataupun 1 TB. Setiap 'platter' mampu menyimpan data pada kedua-dua bahagian (both side), dan memerlukan 2 'head' untuk mengimbasnya. Jangan terkejut jika 1 TB HDD mempunyai sehingga 4 keping platter di dalamnya!

4. Spindle Motor
Merupakan ‘high-speed motor’ yang memutarkan ‘Platter’ pada halaju yang cukup tinggi. Kebanyakan desktop hari ini dilengkapi HDD berkelajuan 5400 RPM (Revolutions per Minute) atau 7200RP. Ada juga yang mencapai 15,000 RPM (.

Semakin tinggi RPM maka semakin tinggi kelajuan hard disk. Contohnya:

5,400 RPM HDD mempunyai sequential performance 75 MB/s dan random performance 65 IOPS

7,200 RPM HDD mempunyai sequential performance 100 MB/s dan random performance 90 IOPS

*Sequential performance (untuk pemindahan file) dan random performance (untuk menjalankan program dan multitasking)

5. Actuator Arm
Bagian dari harddisk yang berfungsi sebagai lengan mekanik yang menggerakkan head untuk membaca atau menulis data pada ‘platter’ (cakera magnetic). Bahan yang selalunya digunakan adalah kepingan logam yang kuat tapi sangat ringan sehingga mudah untuk digerakkan.

Agak-agak kalau 1 TB HDD ada berapa ‘actuator arm’ ye?

6. Actuator
Berupa blok logam yang bersifat magnetik yang di dalamnya terdapat motor penggerak lengan mekanik. Terdapat 2 magnet yang mempuyai keupayaan yang cukup tinggi.

7. Slider & Head
Terletak dihujung ‘actuator arm’ yang berfungsi untuk membaca dan menulis data pada ‘platter’.

8. Ribbon Cable
Berupa kabel tipis yang menghubungkan head (dari actuator) ke papan logic

9. Circuit Board
Papan rangkaian elektronik untuk mengoperasikan hard disk.



Psss....kalau salah tolong ajarkan...saya tulis base on knowledge and previous experience...

Monday 19 September 2016

Kemalangan Alza dan Perdana di Sekinchan Selangor 19 September 2016

Tarikh/Hari : 19 September 2016 / Isnin pagi

Lokasi : Jalan Klang - Teluk Intan, Taliair 4, Sekinchan Selangor (berhampiran premis Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)

Kenderaan : Proton Perdana & Perodua Alza

Mangsa :

Alza: Pemandu - Mohd Faizuri Ibrahim (33) meninggal dunia.

Perdana: 

Pemandu Anuwar Daud (33) cedera
Isteri Norazila Kamarudzaman (28) cedera, 
Anak no. 1 & 2 kritikal
Anak no. 3 cedera
Anak no. 4 Nur Qaireen Khalisya Mohamad Anuwar (Bayi meninggal)

Takziah untuk mereka yang kehilangan ahli keluarga. 

Sinopsis pendek: Pemandu Alza hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan. Waktu itu hujan agak lebat

Al-Fatehah buat Arwah Cikgu Faizuri SMK Dato Haron Tanjung Karang dan bayi kepada En Anuwar JPS

















 Pemandu Alza - berbaju biru

Pemandu Perdana yang cedera


Sumber gambar: Whatsapp, FB I Love Sungai Besar, Bomba & Penyelamat Sekinchan, Amy Black Sepet, Alang Gsr, Koo Tan Bo

Friday 9 September 2016

Pemandangan Awan Ganjil di Kuantan 8 September 2016

Semalam....petang hari 8 September 2016 hujan turun disekitar kuantan dengan sesetengah kawasan agak lebat.

Rupa-rupanya...ada kejadian awan yang agak aneh bila dipandang di awan... Berikut adalah antara gambar-gambar yang dierolehi...

Dari atas jejantas Permatang Badak 




Allah Maha Mengetahui...