Semalam petang berlaku banjir kilat dan tanah runtuh di kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) berhampiran kawasan Hutan Lipur Lentang.
Laluan kenderaan dari kedua-dua arah telahpun ditutup akibat terhalang dari banjir dan tanah runtuh yang berlaku
Bagi mereka yang masih perlu melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur atau ke Pantai Timur... anda dihasihatkan untuk mengikuti jalan dalam / laluan alternatif
Pengguna dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur (dan sebaliknya)
1. LPT1 - Kelauar Plaza Tol Karak masuk ke Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur
2. Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur
3. Kuantan - Muadzam Shah - Kuala Pilah - LEKAS - Kuantan (ni jalan aku waktu banjir tahun lepas..)
Pengguna yang sudah terlepas ke Plaza Tol Bentong:
1. Buat pusingan U sebelum/dekat Plaza Tol Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur
Pengguna dari Kuala Lumpur yang sudah terlepassampai Lentang:
1. Buat pusingan U dekat Hentian Rehat Lentang - KL - Seremban - Bahau - Pelangai - Karak - LPT1
Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts
Thursday, 12 November 2015
Sunday, 11 January 2015
Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Mangsa Banjir Negeri Pahang
Antara penerima yang hadir ke majlis berkenaan
Bantuan berupa wang tunai layak untuk setiap seorang anak keluarga yang ditimpa banjir yang bersekolah dari darjah 1 sehingga tingkatan 5 dari sekitar Kuantan.
YAB. Menteri Besar Pahang sedang mengagihkan wang bantuan kepada penerima
Gunakanlah bantuan yang diberikan sebaik yang mungkin dan kejalan yang berfaedah...
Thursday, 11 April 2013
UEFA CL: Barcelona & Bayern Munchen complete semi-final quartet
Dalam saingan UEFA Champion League, Barcelona dan Bayern Munchen menyertai Real Madrid dan Borussia Dortmund bagi melengkapkan 4 pasukan ke peringkat separuh akhir. Undian peringkat separuh akhir ini akan diadakan pada hari Jumaat ini di UEFA HQ di Nyon, Switzerland.
Perlawanan seprauh akhir dijangka pada 23/24 April dan 30April/1 May ini. Pemenang akan mara ke perlawanan akhir yang akan dilangsungkan pada 25 May di Stadium Wembley.
Dalam perlawanan semalam di Nou Camp, Barcelona seri 1-1 dengan PSG menerusi jaringan Rodriguez dan Pastore. Pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan juga mencatat keputusan seri 2-2. Barcelona mara dengan kelebihan jumlah jaringan di tempat lawan. Untuk rekod, ini merupakan kali ke-6 Barcelona layak ke peringkat separuh akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan
Dalam satu lagi perlawanan, Bayern menewaskan Juventus 2-0 menerusi gol oleh Mandzukic dan Pizarro. Bayern layak ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-0 setelah memperolehi kemenangan juga 2-0 pada perlawanan pertama.
Bagi 2 lagi pasukan, Real Madrid mara dengan agregat 5-3 dan Borussia Dortmund mara dengan agregat 3-2
Real Madrid menang 3-0 pada perlawanan pertama dan tewas 2-3 pada perlawanan kedua. Bintang mereka Ronaldo berjaya menyumbat 2 gol berharga pada perlawanan kedua. Ini merupakan kemaraan ke-24 Real Madrid pada peringkat separuh akhir.
Hasrat Malaga untuk mencipta sejarah lebur apabila tewas 3-2 kepada Dortmund pada perlawanan kedua yang penuh dramatik. Pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan sekadar seri 0-0. Malaga sepertinya sudah melangkah ke separuh akhir apabila mendahului 2-1 ketika 90 minit permainan. Walaubagaimanapun jaringan Reus dan Felipe Santana pada masa tambahan meleburkan harapan Malaga.
Saturday, 30 March 2013
Panjat pagar curi seluar dalam, bra, tudung
MENTAKAB – Misteri kehilangan pakaian dalam wanita di Taman Rimba, di
sini, terjawab apabila seorang penduduk berjaya merakam aksi seorang
lelaki melakukan kecurian ketika penghuni lain nyenyak tidur.
Kejadian pada 24 Mac lalu itu dirakam kira-kira jam 4.30 pagi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang seorang penduduk di jalan 2/4 taman tersebut.
Penduduk dikenali sebagai Chin berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi motosikal berlegar di halaman, namun tiada sebarang kegiatan mencurigakan apabila meninjau keadaan luar rumahnya.
“Saya kemudian periksa CCTV dan terkejut melihat aksi seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah saya serta jiran,” katanya.
Chin berkata, keesokan harinya dia mendapat tahu jirannya seorang Melayu dan Cina kehilangan tudung serta seluar dalam, lalu memaklumkan perkara tersebut kepada mereka.
Menurutnya, penduduk pernah beberapa kali kehilangan pakaian dalam, namun tidak menyangka ia dilarikan pencuri.
Chin kemudiannya membuat laporan dan menyerahkan cakera padat berhubung kejadian tersebut kepada polis untuk membantu siasatan.
"Berdasarkan rakaman tersebut, suspek dipercayai lelaki tempatan memakai kain sarung memanjat tembok atau pagar setiap rumah untuk mengambil pakaian dalam dijemur di ampaian.
“Walaupun tiada barangan berharga yang hilang, tetapi kejadian tersebut sedikit mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya.
Psss....kena sidai dalam umah pas nih
Berita dan gambar dari SinarHarian
Wednesday, 20 February 2013
Lepas Puchong..Bentong (Jalan Karak-Manchis) Pula Banjir
Agak-agak kereta ni atas jalan atau dalam parit?
BENTONG – Hujan lebat menyebabkan paras air Sungai Telemong naik seterusnya melimpah ke jalan utama Karak-Manchis hingga mengakibatkan laluan itu terpaksa ditutup sementara waktu bermula jam 1.30 pagi hingga jam 1 petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, laluan di Kilometer 12 dan Kilometer 28 Jalan Karak-Manchis itu ditutup buat semua kenderaan kerana dinaiki air dengan kedalaman kira-kira 1.2 meter, terutama sepanjang satu kilometer di Kilometer 12.
“Laluan itu dibuka sepenuhnya kira-kira jam 1 petang semalam apabila air surut.
"Kedua-dua lokasi itu biasa dinaiki air sekiranya paras air Sungai Telemong meningkat,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, terdapat juga rumah penduduk di tepi sungai terbabit dinaiki air terutama di Kampung Sungai Perdak.
“Berdasarkan laporan, terdapat kira-kira 19 rumah dinaiki air membabitkan seramai 40 penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Sungai Perdak.
“Namun, mereka semua dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini (semalam),” katanya.
Sehubungan itu, Mohamad Mansor berkata, memandangkan cuaca tidak menentu, penduduk yang tinggal berhampiran sungai dinasihatkan berwaspada, selain tidak membenarkan anak bermain di sungai bagi mengelakkan kejadian buruk.
Katanya, penduduk di kawasan mudah dinaiki air pula dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah, sekiranya keadaan menjadi bertambah teruk.
SinarHarian
Subscribe to:
Posts (Atom)






