Wednesday 19 February 2014

Promosi Baucar Buku 1 Malaysia


(Gambar dari internet...bukan aku yang punya)

Ada juga untung nya para pelajar masakini. Ada pihak yang beri Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M). Alhamdulillah... Walaupun tidaklah beribu-ribu nilainya, namun tetap memberi impak.

Sana sini baca promosi kedai-kedai buku yang berkenaan untuk menarik pemegang baucar ini untuk berbelanja di kedai mereka.

Contohnya seperti di kedai buku POPULAR... Memang cukup popular dah nama kedai ni..Bagi pemegang BB1M yang berbelanja sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR akan mendapat baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M akan mendapat baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA

Begitu juga promosi di MPH.. berbelanja RM250 akan dapat baucar buku MPH RM10.
Berbelanja RM150 akan dapat baucar buku MPH RM5

Kedai buku Kinokuniya pula sesiapa berbelanja RM200 BB1M akan dapat baucar rebat RM20.
Jika berbelanja RM250 BB1M akan dapat baucar rebat RM20 + Jurnal Kinokuniya Edisi Terhad

Syarat-syarat pembelian dengan BB1M, apa yang boleh dibeli dengan BB1M?

BB1M ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik/jurnal/majalah ilmiah berdasarkan kepada keperluan institusi masing-masing

Sekiranya amaun pembelian buku-buku masih berbaki, pelajar dibenarkan membeli peralatan pengajaran dan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis dengan syarat tidak melebihi 20% dari nilai BB1M. Baki BB1M yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut

Garis panduan lain BB1M klik sini

Thursday 13 February 2014

Ada kerusi tak mau duduk...Tak ada kerusi komplen...

Alaaaaa....


Apa pasal gambar di atas? Ni adalah keadaan di Pusat Pos Laju Kuantan Jalan Bukit Ubi yang baru ketika aku datang untuk ambil barang tempohari.

Sebenarnya petugas dikaunter 'sorry note' pada ketika itu ada seorang aje. Manakala 'sorry note' nya alamak punya la banyak. Nasib la lepas tu aku tengok petugas kaunter pengeposan ada tolong dia cari barang.

Yang jadi sesak kat depan tu adalah pelanggan yang tak sabar-sabar nak ambil barang. Kerusi dah disediakan tapi tak mau duduk. Kalau tak sediakan kerusi nanti komplen takde tempat nak duduk pulak.. Tunggu je la nanti dia panggil nama...

Yang tak tahan tu ada yang datang-datang tunjuk 'sorry note' pastu marah-marah suruh ambil barang dia dulu...Wehhhh...ingat dia sorang je ke ada barang?..Kasian petugas tu..

Aku tau bukan sepanjang masa pelanggan akan ramai sangat..Tapi harap-harap perkhidmatan kat sini buleh laju sikit..kasi tambah baik..kasi pelanggan gumbira dan suka nak berurusan...bukan sukar nak berurusan....Yeahhh!!

Tuesday 11 February 2014

Pos Laju Kuantan Jalan Bukit Ubi

Sekian lama..akhirnya pejabat Pos Laju Kuantan telah berpindah ke lokasi baru...

Tempat lama...Jalan Haji Abdul Aziz (gambar dari internet-bukan aku punya)

Dahulu...kat Jalan Haji Abdul Aziz...ataupun ada orang panggil Lorong.... Lorong pondan...erkkk...


Tempat baru..Jalan Bukit Ubi

Sekarang...pejabat Pos Laju Kuantan telah beroperasi di Jalan Bukit Ubi. Kat mana tu? Dari arah bandar/Stadium Darul Makmur...lepas daripada PAIP...depan lagi...betul-betul sebelah Stesen Minyak Shell kat sebelah kiri jalan.

Ni tempat pamer kereta ni dulu agaknya..

Aku rasa tempat ni dahulunya 'show room' kereta berdasarkan keadaan sedia ada bangunan tu....Rupenya memang betul... Dahulunya ini NAZA KIA Service Jalan Bukit Ubi


Alamat POSLAJU Kuantan Kuantan Jalan Bukit Ubi:

POSLAJU Kuantan,
Lot-2/1831, Jalan Bukit Ubi,
25200 Kuantan, Pahang

No telefon POSLAJU Kuantan Jalan Bukit Ubi:

09-5161809

E-mail POSLAJU Kuantan Jalan Bukit Ubi:

KPPoslajuKuantan@poslaju.com.my

*sumber Sorry Note Pos Laju

PENAFIAN: Nukilan aku di blog ini adalah dari pandangan/pengetahuan aku sebagai orang awam... Aku bukanlah penjawat di agensi ini @ Pos Laju ini... Maka ada beberapa pertanyaan @ komen yang tidak dapat aku beri maklumbalas...

Friday 7 February 2014

Soalan Seks Untuk Murid Sekolah

Soalan Seks Untuk Murid Sekolah? Itu tajuk berita hari ini... Aku pun baca la apa kisah nya... Oooo... Korang baca la kat gambar tu (Gambar dari Sinar Harian Online)


Alkisahnya seorang Adun (Adun Nilai) yang mengetengahkan isu ini.... tidak releven soalan berkenaan (kaji selidik) ditanya kepada budak sekolah.

Menurut berita Sinar Harian, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid kata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.

Aku nak ulas pasal macamana boleh lepas????

Emmm... Sepengetahuan aku, kalau nak buat kaji selidik di sekolah memang perlu mendapat kebenaran Jabatan Pendidikan terlebih dahulu. Bukan sekolah sahaja, bahkan kilang dan kolej pun sama. Dulu masa kawan aku buat Master, memang dia kena dapatkan kebenaran dari pihak Jabatan Pendidikan sebab responden dia adalah budak sekolah.

Satu lagi... setiap kaji selidik sepatutnya di 'review' soalannya oleh sekurang-kurang nya 3 orang yang mahir dan juga pakar bahasa. Supaya ianya sesuai dengan responden....


sss

Bila JDT Singgah Masjid Tanjung Api Kuantan ...

Beberapa jam lagi perlawanan Liga Super 2014 antara Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) akan berlangsung.. Jadi perbualan kebanyakan kaki bola di Kuantan ni pasti berkisar tentang bola..bola..bola..



Semalam....jumpa satu kereta honda bernombor pendaftaran JDT depan Arked Makanan Padang Lalang Kuantan... Aku pun tersengih je la... Peminat JDT kot dia ni...

Hari ini, jumpa lagi kenderaan bernombor pendaftaran JDT. Tapi kali ini bukan kereta tetapi bas. Lebih tepat JDT8448 iaitu bas rasmi bagi pasukan JDT. Kehadiran bas ini sememangnya mencuri pandangan jemaah di Masjid Tanjung Api Kuantan ... bersebelahan dengan Kolej Antarabangsa IKIP Kuantan Pahang.



Mereka singgah di Masjd Tanjung Api ni untuk menunaikan Solat Jumaat sebenarnya. Haaa.....kan bagus... Bola bola jugak...Solat tak dilupakan.

Alhamdulillah tiada apa-apa perkara tidak baik berlaku sepanjang mereka di sini...

Jika diimbau pada perlawanan terdahulu, berlakunya sedikit kekecohan diantara kedua-dua penyokong pasukan yang bertanding. Kali ini, dikhabarkan lebih 800 orang Polis ditugaskan untuk mengawal keadaan jika berlaku perkara yang tidak diingini disamping pemasangan pagar kawat berduri bagi memisahkan kedudukan penonton/penyokong.

Diharap...Perlawanan berjalan dengan lancar....tiadalah kejadian seperti 'insiden Larkin' terjadi.....

Peace, no war !!!

Wednesday 5 February 2014

Tarif Baru Insurans Kenderaan 2014

Gambar dari Utusan Online

Semalam kecoh-kecoh pasal tarif insurans kenderaan nak naik..nak naik..nak naik...Rupa-rupanya hari ni sah dah lulus boleh naik.. Akan berkuatkuasa bermula 15 Febuari 2014....

Nasib la aku dah renew insurans kereta dan motosikal semalam...

Berikut adalah info grafik (jpg) dari Harian Metro online yang merangkumi Tarif Baru Insurans Kenderaan 2014 Semenanjung, Sabah && Sarawak

Klik untuk besar (Info dari Harian Metro Online)

Tuesday 4 February 2014

Resepi Asam Pedas Ayam


Resepi Menu Alam..

Tak ada idea nak masak apa? Moh cuba resepi dari telivisyen nih... Resepi asam pedas ayam...pheww



Bahan-bahan: (ikut suka..)

Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Lada hitam
Halia
Lengkuas
Serai
Belacan
Halba
Cili giling
Pati tomyam
Ayam
Daun limau purut
Daun kesum
Bunga kantan

Cara memasak...(ikut suka pun boleh)
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit dan lada hitam secara berasingan
  • Titik halia, lengkuas dan serai
  • Larutkan belacan
  • Tumis halba dan bawang merah hingga sedikit garing, kemudian tumiskan bawang putih bersama
  • Masukkan cili giling dan kunyit bersama belacan. Tumis sehingga masak
  • Masukkan halia, lengkuas dan lada hitam
  • Tambahkan pati tomyam
  • Masukkan ayam
  • Campurkan daun limau purut yang telah disiat bersama bunga kantan dan daun kesum
  • Gaul hingga masak


 Dari rancangan memasak Menu Alam