Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, 8 February 2019

Cendol Mahal RM114

Harini kecoh pasal cendol mahal. Makan 3 mangkuk harga cekik darah RM114.00! Tak pasal-pasal glamer terus kedai cendol anak Melayu bernama "Raja Cendol Taming Sari" di Merlimau Melaka.


Gambar di atas ni viral kat media sosial dan siaran digital.. so aku pun tak tahu siapa punya gambar ni.

Jadi lain kali kalau gi makan cendol kat kedai ni baca harga cendol dia ye jangan komplen mahal.

Berapa harga cendol durian di Raja Cendol Taming Sari ni? Untuk satu mangkuk...

Cendol durian musang king = RM38
Cendol durian udang merah = RM20
Cendol durian D24 = RM20
Cendol durian D101 = RM20
Cendol durian = RM17


Haaa..baca..tanya selera tepuk poket boleh bayar ka tak bleh...

So 3 mangkuk cendol durian musang king adalah RM38 x 3 = RM114....


Sunday, 28 October 2018

Yang dekat dengan Awana Kijal @ Resort World Kijal

Resort World Kijal atau orang dah sebati panggil tempat ni Awana Kijal berada di tepi Jalan Kemaman-Dungun, Kijal Kemaman Terengganu. Bilik hotel yang banyak dan ade kolam renang yang berbagai kedalaman. Pilih sendiri agar sesuai untuk baby, kanak-kanak, mahupun orang dewasa. Tapi ingat kalau anak-anak tu sila awasi ye..

Ape yang dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni?

Apa laundry / dobi dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Ade Enzo Coin Laundry.. jarak kira-kira 5km perjalanan dari sini. Laundry ni pakai coin boleh tukar dekat mesin kat mesin. Bawak duit ringgit je. Kedai dekat lampu isyarat simpang 4 Kemasik. Mana tau nak mendobi.. sebelah kedai dobi ni ade kedai makan Dinahz. Sambil dobi boleh makan. Ade kedai makan lain juga kat seberang jalan tu. Ade Mesjid Lama @ Surau Bukit Kampung Pantai dan Surau Kampung Feri dekat simpang ni juga. TMG dan hardware pun ade.






Apa masjid paling dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Ada Masjid Bukit Kukuran Kemasik.. warna putih.. besar dan indah. Jarak dalam 1-2 km lah... nak sembahyang Jumaat takde alasan xde mesjid


Apa stesen minyak paling dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Dah namanya Kemaman.. pastilah Petronas. Stesen Petronas Kijal namanya jarak hanya 200 meter dari simpang. Kalau terdesak nak menongkah arus tu pandai-pandai dan tanggung sendiri ye.. hehee. Nak u-turn jauh sikit.

Apa bank atau mesin ATM dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Kat stesen Petronas ni juga ada ATM CIMB dan Maybank. Kalau terdesak tak ada duit tunai tu boleh mari sini deh.

Terakhir... Apa kedai makan halal paaaaling dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Yang dekat memang la cafe dia.. tapi bayar ehem ehem laa... Sebenarnya kat simpang masuk tempat ni ada restoren Zara kat corner tu je..tapi hari Jumaat tutup. Juga ada satu lagi iaitu kedai Atok Putih KFC... dari tepi jalan besar pun orang ramai berenti singgah. KFC ni waktu solat Jumaat tutup tau



Okeh...semoga membantu apa yang aku ceritakan...

Monday, 24 August 2015

The MAGGI® Royale™ Choose Your Own Adventure

Mee Maggi cepat di masak sedap di makan.....la la la laaa.......

Zaman kecik-kecik dulu kalau demam..pekena mee Maggi sebungkus terus baik..hahaa...tak tahu la...mungkin disebabkan setting minda yang jadi macam tu..

Zaman budak-budak dulu...kira-kira 30 tahun lebih...Maggi sebungkus dalam 40 sen gitu la...Sekarang? 80 sen? Seringgit?

Ok...cuma nak cerita sekarang ni Maggi ada buat peraduan... "The MAGGI® Royale™ Choose Your Own Adventure" dengan hadiah utama RM20,000....haaa...banyak tuu!!!..macamana nak masuk peraduan ni? Macam biasa kena la beli Maggi Royale dulu... lepas tu jawab soalan mudah..jawapan susah..kakaka...jawapan nye pilih je BETUL atau SALAH.

Ok...kaedah lebih lanjut boleh tengok gambar di bawah

 Kaedah guna handphone/mobile

Kaedah guna pos/surat


Tak cukup? Nak tau hadiah lain?...Tengok web Maggi atau kalau ade nampak iklan tu kt page/blog ni klik je kat situ...

Wednesday, 14 January 2015

Bomoh vs Hantu

“Bomoh vs Hantu” - Sebuah video game untuk platform IOS dan Android yang bakal dilancarkan pada Jumaat ini (16 Januari 2015).



Permainan video ini memaparkan watak kartun bomoh dan hantu yang popular dengan masyarakat Melayu. Kesemua lukisan kartun dan animasinya adalah 100% daripada air tangan anak tempatan. Koding dan lagu latarbelakang juga 100% buatan anak tempatan.

Buat masa ini, lamanweb rasmi permainan ini (BomohvsHantu.com) sedang dikemaskini. Boleh mula dilayari setelah siap nanti untuk maklumat lanjut berkenaan permainan video ini.

Siapa menghasilkan video game “Bomoh vs Hantu” ni? Jeng jeng jeng.... Hasil daripada kartunis Ubi. 

Tahniah kartunis Ubi

Tuesday, 2 September 2014

Hadiah Birthday

Ape hadiah birthday korang? Ape korang dapat sempena ulang tahun kelahiran korang? Masih kah kau ingat? Mungkin ada hadiah yang gempak.. yang lucu.. yang menyedihkan.. yang menjengkelkan.. yang seksi.. dan yang di luar akal fikiran.. Aku menyelusur membaca kisah-kisah manusia dengan hadiah birthday mereka


Di Kuala Lumpur sorang kanak-kanak begitu gembira mendapat hadiah set Playstation.. dapat main game selalu. Namun nun jauh di Taiwan seorang yang berusia 15 tahun menggemparkan dunia apabila mendapat hadiah sport car Pagini Huayra. Lesen memandu pun tak de lagi

Di Pantai Timur seorang jejaka melompat girang dan hampir tak percaya apabila mendapat hadiah sebuah superbike Ducati 1199 Panigale. Tau macamana motosikal ni? Alaaa.... macam hantaran Mawar kepada Fizo tu... harga pun mengah.. dekat RM200k.

Di satu sudut dapur seorang suri rumah senyum-senyum meleret sampai ke telinga apabila si suami menghadiahkan rantai emas kepadanya. Fuhhh.... nasib tak payung emas.

Dari negara singa... Singapura... seorang remaja wanita rasa teruja apabila mendapat hadiah 2 helai seluar dalam g-string dari rakan-rakannya... Macam kes artis Malaysia dapat hadiah bra pastu masuk surat khabar Harian Metro.

Kita ke utara pulak.. seorang ayah menitiskan air mata apabila anaknya menghadiahkan Smartphone Sony Xperia Z2.... So anak-anak dia kata boleh selalu video call ayah.

Aku ada dapat apa sempena ulangtahun kelahiran?

Pastilah dapat ucapan dari insan yang disayangi... serta rakan-rakan, kulaan-kulaan, anak-anak murid, bekas-bekas anak murid... dan ramai lagi... Terima kaseh kalian

Dan.... ni hadiah paling best pada aku....no superbike, no supercar or sportcar, no gold, no Playstation, no smartphone, no g-string....no..no..and no...it a simple gift.. home made by somebody...








Pagi-pagi bute sebelum gi tadika Abang Long lukis and wish Heppy Birthday !!!

Priceless...Every gift have their own sentimental value

Monday, 9 December 2013

TV Paling Mahal Hari Ini

Sempena 'Sony Time Promotion' yang sedang berlangsung sehingga 31 Disemeber ni, ada satu produk yang mencuri tumpuan. Apa dia? Yaaa.....Sebuah TV yang aku rasa paling mahal harganya setakat ini di Malaysia. 

Sony menawarkan sebuah TV KD-84X9000.... Iaitu sebuah TV bersaiz 84 inci yang berharga RM99,000....iaitu kurang seribu RM100,000. 

KD-84X9000 - 84 inch X Series (4K) BRAVIA 3D  Internet LED Backlight TV
(http://av.watch.impress.co.jp)


screen-shoot dari page Sony Malaysia

Hahahhaaaa....apa kelebihan TV ni? Macam-macam ada...siap boleh main game dual player tanpa split screen