Tuesday, 2 September 2014

Hadiah Birthday

Ape hadiah birthday korang? Ape korang dapat sempena ulang tahun kelahiran korang? Masih kah kau ingat? Mungkin ada hadiah yang gempak.. yang lucu.. yang menyedihkan.. yang menjengkelkan.. yang seksi.. dan yang di luar akal fikiran.. Aku menyelusur membaca kisah-kisah manusia dengan hadiah birthday mereka


Di Kuala Lumpur sorang kanak-kanak begitu gembira mendapat hadiah set Playstation.. dapat main game selalu. Namun nun jauh di Taiwan seorang yang berusia 15 tahun menggemparkan dunia apabila mendapat hadiah sport car Pagini Huayra. Lesen memandu pun tak de lagi

Di Pantai Timur seorang jejaka melompat girang dan hampir tak percaya apabila mendapat hadiah sebuah superbike Ducati 1199 Panigale. Tau macamana motosikal ni? Alaaa.... macam hantaran Mawar kepada Fizo tu... harga pun mengah.. dekat RM200k.

Di satu sudut dapur seorang suri rumah senyum-senyum meleret sampai ke telinga apabila si suami menghadiahkan rantai emas kepadanya. Fuhhh.... nasib tak payung emas.

Dari negara singa... Singapura... seorang remaja wanita rasa teruja apabila mendapat hadiah 2 helai seluar dalam g-string dari rakan-rakannya... Macam kes artis Malaysia dapat hadiah bra pastu masuk surat khabar Harian Metro.

Kita ke utara pulak.. seorang ayah menitiskan air mata apabila anaknya menghadiahkan Smartphone Sony Xperia Z2.... So anak-anak dia kata boleh selalu video call ayah.

Aku ada dapat apa sempena ulangtahun kelahiran?

Pastilah dapat ucapan dari insan yang disayangi... serta rakan-rakan, kulaan-kulaan, anak-anak murid, bekas-bekas anak murid... dan ramai lagi... Terima kaseh kalian

Dan.... ni hadiah paling best pada aku....no superbike, no supercar or sportcar, no gold, no Playstation, no smartphone, no g-string....no..no..and no...it a simple gift.. home made by somebody...








Pagi-pagi bute sebelum gi tadika Abang Long lukis and wish Heppy Birthday !!!

Priceless...Every gift have their own sentimental value

No comments:

Post a Comment