Monday 24 December 2012

24 Disember 2012, Sejarah Hitam Buat Kuantan


Hari ini 24 Disember 2012, satu sejarah hitam buat mereka yang tinggal/berada di Kuantan Pahang tercatat. Banjir kilat telah melanda Kuantan, ibu negeri Darul Makmur ini. Banjir ini adalah yang terburuk sejak tahun 2001. Hujan lebat telah turun sejak tengah malam sehingga sekarang. Mari saksikan gambar-gambar detik-detik hitam berikut yang aku kutip dari banyak pihak di laman 'facebook'. Credit to uploader


 Kawasan IM 8

 Persimpangan Jln Kemaman-Semambu, Jln Tg Muhammad, Jln Beserah

 Bypass

 Kedai Yamaha Jln Beserah

 Dekat Kamdar

 Depan Mega Mall

 Perumahan Semambu

 Petronas Jln Lim Hoe Lek

Dekat Benk

Perkampungan Indera Sempurna

Basement Parking East Coast Mall


Maksud jenama-jenama terkenal

Aku datang lagi...selepas kesulitan melanda...harap maaf pada yang kena tempiasnya...

Pasti korang suka pada benda-benda yang berjenama. Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dari luar hingga ke dalam. Dalam memang memakai tu...agak-agak korang tau tak apa maksud disebalik jemana korang tu? Haaaa..... meh kita tengok sebahagian kecil....

Amway - American Way

FUBU - For Us By Us

Adidas - Adolf "Adi" Dassler (nama pengasas, Adi tu 'nickname' Adolf)

Reebok - ejaan bahasa Afrika/Dutch ialah rhebok, ini sejenis antelope Afrika

La Senza - Nothing to me (Bahasa orang Kanada)

Triumph - Victory (English)

Nike - Victory (Greek)

YKK - Yoshida Kogyo Kabushikikaisha....(jenama zip...ce tgk..hehee)

Toyota - Toyoda (nama pengasas)

Honda - Soichiro Honda(nama pengasas)

Haaaa....dah tau? Ce belek-belek korang punya.....selamat berilmu....

Friday 21 December 2012

Pemegang unit ASB dapat dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen

Pengumuman agihan ASB 2012. Gambar : Berita Harian

Yaaaa....Berita baik !! Berita baik !! Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lalu.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta. Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010.

Haaaa....apa korang nak buat dengan agihan tu??


Sumber : Berita Harian

Kiamat

Kiamat memang pasti akan menjelma. Bila?...Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Gempar sekejap bagi yang peka tentang cerita berkenaan kiamat akan berlaku hari ini.....emmm....percaya?

Banyak pendapat menyatakan kiamat akan berlaku pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Pada ketika berlakunya Israk Mikraj, Nabi telah melihat sebatang tongkat yang telah reput. Tongkat berkenaan membawa maksud umur sebenar dunia pada ketika itu. Jadi, kalau pada masa itu dah reput...pada masa sekarang....fikirlah sendiri... Tanda-tanda lain sudah banyak diperlihatkan pada masa sekarang..Artis dipuja, ilmu ditinggalkan, ulamak tidak menjalankan tugasnya..

Jadi Daripada kita berfikir banyak tentang bila nak tiba waktunya...adalah lebih baik kita renung apakah bekalan kita sudah mencukupi? Apakah timbangan sebelah kiri lebih berat dari sebelah kanan? Sudah bersediakan kita?

Semoga kita tergolong dalam golongan yang terpilih.......

Wednesday 19 December 2012

Rencah-rencah menarik AFF Suzuki Cup



Pritt...pritt.....Walaupun pasukan Harimau Malaya telah tersingkir, aku tetap nak menaip berkenaan Piala AFF Suzuki 2012 nih. Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki edisi ke-9 ini akan menemukan dua pasukan yang paling berjaya dalam pertandingan terkemuka di rantau ini, Thailand dan Singapura, yang mana masing-masing berjaya menjadi juara sebanyak 3 kali dalam edisi sebelum ini.

Hari ini, lebih kurang 4 jam dari sekarang (ketika bahan ini ditaip), Singapura akan menerima kunjungan Thailand di Stadium Jalan Besar sebelum Singapura menjadi tetamu di Stadium
Suspachalasai pada 22 disember ini.

Menjelang pertarungan antara pasukan Gajah Perang dan Sang Singa, beberapa fakta menarik tentang perlawanan akhir edisi-edisi yang terdahulu telah didedahkan. Mari kita lihat apakah fakta-fakta menarik yang perlu diketahui....


   
Empat perlawanan akhir edisi pertama sehingga edisi ke-empat (1996-2002) telah dijalankan dalam bentuk perlawanan tunggal (tiada timbal balik) di lokasi yang telah ditetapkan terlebih awal. Thailand adalah sangat berjaya dalam format itu, menang di Singapura pada tahun 1996, di Bangkok pada tahun 2000 dan di Jakarta pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, sejak sistem timbal balik diperkenalkan, Thailand tidak pernah jadi juara....hehehee

    
Pasukan yang berjaya memperolehi gol awal dalam semua perlawanan akhir kebiasaanya menjadi juara bagi perlawanan berkenaan. Sejak format perlawanan timbal balik diadakan, pasukan yang memperolehi kemenangan pada perlawanan akhir pertama kebiasaanya menjadi juara.


    
Hanya tiga pasukan - Thailand pada tahun 2000, Singapura pada tahun 2004 dan Vietnam pada tahun 2008 - telah menjulang trofi Kejohanan Bola Sepak Asean di hadapan peminat mereka sendiri. Edisi yang pertama pada tahun 1996 di antara Thailand dan Malaysia telah dimainkan di stadium berkecuali di Singapura tetapi dalam empat final lain, Vietnam (1998), Indonesia (2002 dan 2010) dan Thailand (2007), tuan tumah terpaksa akur dengan melihat pihak lawan merangkul piala kejuaraan dihalaman sendiri.

    
Malaysia menjadi pasukan pertama mengangkat trofi kejuaraan walaupun tewas pada perlawanan kedua 2-1 di Jakarta pada 2010. Malaysia tampil dengan bekalan kemenangan 3-0 pada aksi pertama di shah Alam untuk muncul juara denga agreget 4-2.

    
Worrawoot Srimaka adalah satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan hatrik dalam satu perlawanan akhir. Penyerang Thailand itu menjaringkan tiga gol pasukannya dalam kemenangan 4-1 ke atas Indonesia pada tahun 2000.


    
Safee Sali juga menjaringkan tiga menentang Indonesia pada perlawanan akhir 2010 tetapi penyerang Malaysia itu menjaringkan 2 gol pada perlawanan pertama di Shah Alam dan satu gol ketika timbal balik di Indonesia.


    
Safee Sali  adalah salah seorang daripada empat pemain yang berjaya menjaringkan gol pada kedua-dua perlawanan akhir sejak perubahan format pada tahun 2004. Yang lain adalah Agu Casmir (Singapura, 2004), Pipat Thonkanya (Thailand, 2007) dan Le Cong Vinh (Vietnam, 2008).

    Penyerang
Singapura, Khairul Amri adalah satu-satunya pemain yang telah menjaringkan gol dalam dua edisi perlawanan akhir yang berasingan. Dia menjaringkan gol kedua Singapura dalam kemenangan 3-1 ke atas Indonesia dalam perlawanan pertama pada tahun 2004 dan meledak gol dalam kemenangan agregat 3-2 ke atas Thailand pada tahun 2007.

    Gol terpantas dijaringkan oleh Dan
iel Bennett (Singapura) ketika menentang Indonesia di perlawanan akhir pertama 2004. Manakala kemenangan dramatik dicipta oleh Le Cong Vinh itu pada minit ke-empat masa tambahan bagi memastikan Vietnam menewaskan Thailand pada tahun 2008. 


Friday 14 December 2012

bawang puteh...oh bawang puteh..



Siapa suka bawang puteh angkat tangan!!! Manfaat bawang putih atau nama botaninya Allium Sativum terhadap kesihatan telah diperakui sejak berabad-abad lamanya, tetapi kini para penyelidik mungkin telah menemui sekurang-kurangnya satu sebab mengapa.

Satu kajian baru menunjukkan sebatian yang diproses sel-sel darah merah dari bawang putih dihadamkan dan bertukar sebagai sel hidrogen sulfida (H2S), yang melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Oleh itu, pengambilan bawang putih boleh meningkatkan bekalan semula jadi kimia penting dan berperanan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dalam kajian yang pernah dibuat sebelum ini menunjukkan pelbagai keputusan yang berbeza mengenai khasiat bawang putih. Sebagai contoh, beberapa kajian telah menemui beberapa manfaat, tetapi dalam satu kajian berasingan pula menunjukkan khasiatnya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tetapi para penyelidik menyatakan jika kajian selanjutnya mengesahkan penemuan bahawa bawang putih berupaya untuk menghasilkan hydrogen sulfida yang boleh memberi manfaat kesihatan untuk tubuh badan.

Dalam kajian itu, penyelidik Benavides Gloria dari Universiti Alabama di Birmingham, dan rakan-rakannya menganalisis kesan jus yang diekstrak daripada bawang putih pada sel darah merah manusia di dalam makmal.

Mereka mendapati sel-sel darah merah dengan serta-merta mula menghasilkan hidrogen sulfida selepas mendapat dos kecil bawang putih. Jumlah bawang putih yang diuji di makmal adalah lebih kurang sama dengan dua ulas bawang putih untuk orang dewasa biasa.

Ujian selanjutnya menunjukkan tindak balas kimia utama yang berlaku pada membran sel-sel darah merah, tetapi sejumlah kecil hidrogen sulfida juga dihasilkan dalam sel.

Beberapa tumbuhan selain daripada bawang putih mengandungi blok binaan hidrogen sulfida untuk memberi manfaat kesihatan, dan para penyelidik mengatakan bawang putih adalah satu-satunya bahan yang biasa digunakan dalam diet manusia.

Wednesday 12 December 2012

Proton bakal guna enjin F1 Petronas


Yaaaa...peminat-peminat Proton pasti tertunggu-tunggu enjin yang diberi nama E01 untuk dimuatkan dalam ruang enjin keretaa Proton masing-masing. Enjin F1 tu, mau berdesup nih. Heheheee...Pihak Proton dijangkan akan menggunakan enjin ini sekitar Julai 2013.

E01, adalah enjin yang dibangunkan hasil pembabitan PETRONAS dalam Formula 1 sejak menjadi penaja utama Pasukan Sauber Petronas pada 1995.

Ia dibangunkan dan direka bentuk sekumpulan 16 jurutera tempatan mengikut piawaian tertinggi dalam arena automotif, menepati teknologi tercanggih agar mudah ditingkatkan sesuai teknologi masa depan. 


E01 telah diuji pada model Exora dan telah memberi keputusan yang cukup memeberangsangkan. Justeru itu ianya akan dipasang pada model Exora dan Preve untuk peringkat permulaan. Senyum-senyum nampak pemilik Preve dan Exora tuh, dah berangan nak upgrade la tu. Mungkin model 2.0 atau 2.2 yang akan dipasang nanti.

Macamana rupa model ni? Aku cari kat internet ada jupa tapi tak tau la iye ke tidak...hehehe...Spesifikasi yang aku jumpa pulak....

Valve mechanism: Continuous Control VVT (Variable Valve Timing)
Camshaft: Double OverHead Camshaft (DOHC)
Displacement: 2 litres
Induction: Natural Aspirated
Cylinders: 4, In-line
Valves per cylinder: 4
Block: Aluminum
Weight: 108.9kg
Max Horsepower: 204.3 PS @ 7300rpm
Max Torque: 203Nm @ 5300rpm
Power Output per litre: 100 PS/litre
Volumetric Efficiency: 107.8%
Emission Standards: EURO 2 (aku baca kat paper kata EURO 5...erkk??)


Gang & Way



Kali ini aku nak cerita pasal suis. Pasti semua orang tahu apa itu suis dan pernah memetiknya. Tapi adakah anda benar-benar tahu nama suis berkenaan? Taraaaa....mari kita ulangkaji...

Biasa terdapat dipasaran adalah 1-way dan 2-way, serta mempunya 1-gang, 2-gang,3-gang dan macam-macam gang lagi....apa la ye..

1-way switch bermaksud suis satu hala. petik bawah ON dan petik ke atas OFF. Jenis ini memang banyak digunakan. Manakala 2-way switch bermaksud 2 hala petik atas boleh ON/OFF dan petik bawah pun boleh ON/OFF. Jenis ini jarang digunakan. Biasa menggunakan 2 buah suis. Lokasi popular adalah tangga kalau rumah 2 tingkat, bilik air yg dikongsi oleh 2 bilik tidur.

 1-gang switch

 2-gang switch

3-gang switch

Apa maksud gang? Bukan gay tau....Gang bermaksud bilangan punat yg terdapat pada suis tu. 1-gang ada satu, 2-gang ada dua dan seterusnya...

Jadi apabila anda ingin menukar suis dirumah anda (boleh buat sendiri, jimat sikit kos), pastikan anda telah membeli suis yang betul. Kalau 2-way system korang letak 1-way switch memang tak menyala la alat korang tu nanti...hehehe....tengok gambar bagi melihat perbezaan utama


 1-way switch, hanya ada 2 lubang penyambung di belakang

 2-way switch, ada 3 lubang penyambung di belakang, biasanya ada tulis L1 dan L2

 2-way switch dari pandangan belakang lagi

 
Rupa penyambungan 2-way switch

Tuesday 11 December 2012

Finally it's completed : LEGO Ferrari Shell 2012

 Amacam, sama tak?

Heheheee...untuk collecter sahaja...akhirnya cukup juga. Cuma tahun ini strategi pengeluar (Shell) agak memberi kekeliruan...hehee...yelah, aku tak baca suratkhabar hari-hari mana la nak tau perkembangan terkini. Awalnya kena isi minyak RON95 RM40 baru dapat beli sebiji....ujung-ujung keluar arahan baru, boleh beli begitu saja....hahaha....tak payah isi minyak pun boleh beli, cuma mini figure tu masih kena beli produk Shell. Apepun, selamat maju jaya kepada collecter sekalian...Ini sekadar hobi


 F40
 FXX
 Scuderia Ferrari Truck
 250 GT Berlinetta
 Ferrari 150 Italia
 458 Italia
 Minifigure
 Deretan model LEGO Ferrari Shell 2012

Nokia Saman BlackBerry



Tempohari timbul cerita pasal BackBerry meletup. Kali ni lain pula kisahnya...

Syarikat telefon bimbit Finland, Nokia telah menfailkan saman ke atas syarikat pembuat telefon pintar BlackBerry, Research In Motion (RIM) di Amerika Syarikat, Britain dan Kanada atas dakwaan perlanggaran perjanjian paten.

Nokia menfailkan saman itu pada Isnin lalu di mahkamah di California. Dalam saman tersebut, Nokia menuntut untuk menguatkuasakan perintah tribunal timbang tara Sweden yang menyatakan RIM tidak boleh menjual produk yang dilengkapi dengan teknologi rangkaian kawasan tempatan (WLAN) tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan royalti dengan syarikat Finland itu.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Nokia, Mark Durrant berkata, mereka telah menfailkan tindakan di ketiga-tiga buah negara tersebut bagi tujuan untuk menamatkan pelanggaran kontrak RIM.

Lepasni...pemilik-pemilik Nokia dan Blackberry jangan gaduh-gaduh pula ye....hehehehe

Wednesday 5 December 2012

AES : Berkesan



Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah terbukti dapat mengurangkan kadar kematian dan kemalangan jalan raya di seluruh negara terutamanya di negeri yang mencatat jumlah nahas yang tinggi.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Adenan Mat Isa berkata, Selangor antara negeri yang mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi di negara ini sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, ini terbukti berdasarkan rekod diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan jumlah kemalangan di Selangor mencatatkan peningkatan apabila pada tahun lalu sebanyak 128,876 kes dicatatkan, 115,565 kes (2010) dan 107,429 kes (2009).

Katanya, penggunaan AES sebagai sistem penguatkuasaan adalah mekanisme yang terbaik untuk mendidik pemandu untuk lebih berhati-hati, sekaligus dapat mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya.

Adenan berkata, pada tahun lalu saja, sejumlah 1,070 kematian direkodkan dan ia menjadikan Selangor sebagai kedua tertinggi mencatatkan jumlah kematian selepas Johor. “Dengan wujudnya AES bukan bermakna JPJ mahu menghukum, tetapi lebih kepada memberi kesedaran kepada pemandu agar mematuhi peraturan dan had kelajuan yang sudah ditetapkan,” katanya sewaktu taklimat mengenai AES kepada media dan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat JPJ Selangor, di sini, semalam.

Cerita penuh : myMetro

Tuesday 4 December 2012

Batman Return : Juke Nismo




Peminat-peminat Batman, jangan ketinggalan!!! Batman Return !!! Siapa tak kenal cerita Batman. Lelaki kelawar yang hebat menyelamatkan manusia yang ditindas. Tapi bukan dia pakai baju kelawar tau..

Nismo? Nissan Motorsport kan? Apa kena mengena Batman dan Nismo? Agaknya kereta baru Batman ni pakai kereta Nissan Nismo kot...emmm...

Nissan sebenarnya telah menghasilkan kereta yang unik bagi meraikan kerjasama Nissan dengan Warner Bros dalam mengeluarkan filem trilogi Batman dalam bentuk DVD dan blue-ray baru-baru ini. Kereta yang unik ini dinamakan The Dark Knight Rises™ Juke Nismo !

Juke Nismo ni ada 200PS, 1.6-liter turbocharger enjin, pacuan depan, 6 transmisi kelajuan manual, 0-62mph dalam 7.8 saat, dan pastinya set bodykit Nismo dengan suspensi dan hiasan dalaman juga sudah dinaiktaraf. Lampu dah macam mata kelawar, badges Batman dari almunium yang menghiasi grill dan bonet memang cukup menarik. Silap-silap ramai orang nak beli badges ni. Rim 18 memang tip-top lah.

Paling istimewa, rekabentuk dan hiasan dalaman diterapkan dengan ciri-ciri Batman. Kiranya kalau bawa tu ada rasa macam Bruce Wayne sedang memandu dalam filem Batman. Kemudian, pastinya ramai yang nak tumpang dan ramai yang terpikat..

Kereta ini akan mula berada dipasaran sekitar Januari 2013. Berapa harganya ... tak pastilah. Sediakan je la duitnya..








Sumber : NSMNews

Monday 3 December 2012

Waja versus Vios

Aku meluncur..terus meluncur cari maklumat dalam alam maya, tiba-tiba aku terjumpa satu kenyataan dari seorang ahli forum yang memberi pandangan tentang Waja menentang Vios. Mari kita baca apa pandangan dari ahli forum bernama "layanjelah" pada 17/01/2012 di CariGold Forum. Begini pandangan beliau...

aku dah pakai waja....dan aku dah pakai vios

masing2 ada kelebihan.


waja murah,vios mahal


waja besar,vios kecil


waja jimat minyak,(PJ - Sg Ptani sekitar RM60)Ron 97 shell, vios lg jimat (PJ - SP RM 47) RON97 shell


waja mudah rosak pwr wdw,vios aku dah 7 tahun x pernah


tahun 2010, waja 03 susut nilai hampir 55%, vios 03 baru 35%


waja spare part murah, vios mahal sikit dr waja dan mrh dr honda


waja interior cntik, vios biasa2 je


waja sistem audio best, vios nak best kena kuar modal sendiri...


waja getah n plastic part interoir hampeh, vios kualiti (bini park tiap2 hari,sek tepi laut pulak tu)


waja cabin penumpang luas, vios kecik skit


waja suspension biasa, vios lebih lembut n smooth, pakai michelin lg lembut n senyap!


waja auto kasar masa change gear, vios lbh smooth....


waja berat, vios ringan


waja getah stereng 'berkulat' dlm 5 thn, vios dah 7 thn maintain


waja cat dalam 5 tahun pudar, vios maintain


waja servis murah, vios mahai (labour saja dah 100 lbh)


waja 5 tahun body ada bunyi keriuk2 skit, vios stakat ni senyap,alhamdulillah


waja conering steady jer, vios ada buai skit badan


waja boleh bawa drift, vios stakat kete santai je


waja no ABS brek mcm biasa je, vios type E no ABS brek lajak jauh sbb ringan


waja seat keras & driver kena push kaki/ pungung bila kuar kete, vios seat comfort & kaki/punggung sama paras bila kuar kete....mmg clinicly org jepun ni


waja radius conner U biasa, vios lbh degree


waja pickup masa masuk gear, vios lg pickup


waja body mantap n keras, vios nipis mudah kemik


waja enjin sikit kasar bila cecah 5 thn, vios ttp mcm dulu (sdgkn aku hanya sekali je pakai sintetik,slama ni hanya guna minyak paling mrh je,tukar bila 10k pula tu)


waja, bapak aku x marah beli, vios dulu bapak aku berleter katanya x tlg kete nasional n mmbazir sbb mahal


tp skrg dia dok puji, katanya sedap bawak walau dah 7 thn usia:))


Aku akui...aku pernah bawa Waja...aku juga pernah bawa Vios....tepuk poket, selak dompet, ada ke takde duit nya...