Friday 21 December 2012

Pemegang unit ASB dapat dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen

Pengumuman agihan ASB 2012. Gambar : Berita Harian

Yaaaa....Berita baik !! Berita baik !! Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lalu.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta. Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010.

Haaaa....apa korang nak buat dengan agihan tu??


Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment