Wednesday 19 October 2011

Pencawang Elektrik (PE)

Bagaimana anda boleh membaca Blog ini di atas skrin?

Kali ini aku nak bercerita berkenaan Pencawang Elektrik. Sebelum itu kita lihat rangkaian sistem kuasa elektrik di Malaysia yang menggunakan sistem Grid. Rangkaian di Malaysia terbahagi kepada Penjanaan - Penghantaran - Pembahagian. Bahagian yang aku nak ceritakan adalah bahagian Pembahagian...

Dalam pembahagian, terdapat Pencawang Masuk Utama (PMU), Pencawang Pembahagian Utama (PPU) dan Pencawang Elektrik (PE)


Apa itu Pencawang?  Pencawang ertinya mana-mana premis atau bahagiannya yang terkepung yang mempunyai radas sama ada mengubah atau menurunkan tenaga kepada atau daripada voltan tinggi ( selain daripada pengubah atau menurunkan tenaga semata bagi pengendalian peranti pensuisan atau peralatan) atau pensuisan , pengawalan atau pengawalseliaan tenaga pada voltan tinggi dan yang cukup besar untuk membolehkan orang masuk selepas radas diletakkan pada tempat itu dan termasuk radas di dalamnya. (Sumber : Peraturan-Peraturan Elektrik 1994)

Terdapat 5 jenis PE iaitu Berbangunan, Luar Bangunan, Padat, Atas Tiang / H-Pole, dan Bawah Tanah. Namun yang digunapakai di Malaysia hanyalah 4 selain Bawah Tanah. Apa la yang aku katakan PE ni ye? Macamana la rupanya? Entah-entah hari-hari ditengok..ada kot kat depan rumah.



Gambar di atas merupakan PE Atas Tiang @ H-Pole. Kenapa namanya H-Pole sebab ada tiang kiri-kanan dan palang ditengah yang menjadikan seakan-akan huruf H. Gambar ini aku 'tembak' ketika di kawasan Parit Raja Batu Pahat Johor Malaysia. H-Pole ni banyak terdapat di kawasan kampung-kampung, yang mana penggunanya tidaklah terlalu ramai. Kalau kawasan perumahan biasanya tak pakai jenis nih, pakai berbangunan. 

Yang duduk kat tengah tuh namanya pengubah (transformer), yang ada tong bulat tuh "oil tank" untuk transformer tu la....Voltan masukan adalah 11kV, pengubah merendahkan voltan kepada 415V, 3 fasa, sumber 4 wayar. Voltan diantara 2 talian adalah 415V dan diantara mana-mana talian dah fasa ialah 240V. 240V ni la yang sampai ke rumah kita.. Inilah salah satu sebab kenapa anda boleh membaca Blog ini...hehee...

Ada "Switch Gear" yang menjaga sistem. Ada "feeder pillar" yang digunakan untuk membahagikan keluaran. Kalau kat kampung-kampung biasa diorang sebut line 1 - line 2 - line 3. Kalau padam line 1 mungkin line 2 dan 3 masih OK. Tapi kalau memang down semua...heeee...gelap laaa....

Kalaulah PE ni tiada....bayangkanalah apa akan terjadi pada barangan elektrik kita....11kV masuk....perghhh!!! Kebabommmmm !!!!

p/s: sesiapa nak buat hasil penulisan/hasil ilmiah nak ambil gambar nih atau apa2 maklumat sila lah...takde hal punyo...F.O.C..tapi tapis-tapis la mana yang patut

25 comments:

  1. Yg bola kt wayar pencawang tu lak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah dapat info bola tu....kalau masih releven, silalah ke http://dkdayat.blogspot.com/2013/04/bola-di-transmission-lines-air-craft.html

      Delete
  2. alamak comel...sy pun smpi harini tertanya-tanya apa nama benda tu

    ReplyDelete
  3. kat mana nak order tiang atau H pole tersebut?? kalo ade maklumat boleh emailkan pada rabahar@gmail.com atau no telefon 03-7831 7822. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. alamak en razali harun, saya tak ada info berkenaan penjualan tiang berkenaan. Kena tanya dengan orang TNB / kontrektor mereka la kot

    ReplyDelete
  5. pencawang ni ada side effect x pada manusia..maksudnya effect dari segi radiasi or gelombang elektromagnet pada manusia(wanita mengandung/bayi)? biasa berapa jarak kelegaan minimum talian dari asar bumi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Masri Amin boleh baca tulisan saya disini...
      http://dkdayat.blogspot.com/2013/03/rumah-di-laluan-talian-elektrik.html

      dalam kategori post 'elektrik'

      Delete
  6. kihkih..klau dah 11kv masuk,abis rentung tggal abu jew..hehe thanks mr.dayat.. eka pown tgh praktikal di tnb..so far alhamdulillah banyak ilmu dpt.. kena rush and keep bertanya to the boss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good Luck...and do the best..masa praktikal inilah peluang untuk menimba ilmu.
      Sy dulu tak dapat praktikal kt TNB...Sy bnyk belajar perkara ni dari org2 yg kerja TNB dan ketika buat Master...

      Delete
  7. Salam Tuan, tumpang tanya.
    Kalau nak menjalani Latihan Industri dalam bidang ni, syarikat mana yang perlu saya hantarkan resume saya?
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Muhammad Anwar...
      Sepengetahuan saya, kalau dalam bidang ni taikun besarnya adalah TNB. Tuan boleh ajukan pada TNB
      Kalau seperti YTL Power Station Paka Terengganu, mereka ada bahagian generation yg 'membekal' elektrik pada TNB....
      Kalau di Sabah (SESB) dan Sarawak SESCO

      Delete
  8. TNB ada bahagian Generation - Transmission - Distribution
    Kalau PE ni dia dok dalam bahagian Distribution

    ReplyDelete
  9. Dulu aku ingat pencawang yg tiang menara yg tinggi2 selalu kt tepi hiway tu... ke aku yg silap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tinggi tu pencawang telekomunikasi barangkali..

      Delete
  10. apakah fungsi pencawang masuk utama

    ReplyDelete
  11. apakah fungsi pencawang masuk utama

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara ringkasnya PMU menerima bekalan dari bahagian pembahagian dan merendahkan seterusnya membahagikan kpd PPU.

      Delete
  12. thanks memudahkan urusan sbb saya buat thesis mengenai substation

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2...berehhh... semoga thesis anda berjaya

      Delete
  13. assalamualaikum,tumpang tanya.selalu pencawang padat dekat mana?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Tumpang tnya kenapa belah hv masuk 3 saja dan belah lv keluaq 4. Dan satu lgi, apa jenis nama tx dlm gmbaq d ats

    ReplyDelete
  15. Terima kasih dengan perkongsian ilmu. Ringkas dan mudah difahami. Sangat-sangat membantu.

    ReplyDelete