Aku menjangkakan ramai peminat bola sepak mengetahui dan mengenali nama Arsene Wenger. Namun ada satu nama baru iaitu 33179 Arsènewenger. Apakah yang dimaksudkan dengan 33179 Arsènewenger? Mungkin ramai yang tidak mengetahui.
33179 Arsènewenger adalah sebuah asteroid yang ditemui pada 29 Mac 1998 oleh Ian P. Griffin. Asteroid ini mengambil masa selama 1544,2942189 hari ataupun 4.23 tahun mengorbit matahari. Oleh kerana beliau adalah seorang peminat kelab bolasepak Arsenal ataupun dikenali juga dengan nama The Gunners, beliau telah menamakan asteroid itu dengan nama pengurus pasukan Arsenal iaitu Arsene Wenger. Nama ini diberikan bagi menghargai pencapaian Arsene Wenger, seorang pengurus bola sepak dari Perancis yang mengemudi Arsenal dari 1996. Arsene Wenger merupakan satu-satunya lagenda dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang melalui seluruh musim dengan rekod tanpa kalah. Dengan jolokan “The Invicibles”, The Gunners melalui 49 perlawanan dengan 36 kemenangan, 13 seri dan 0 kekalahan di antara May 2003 dan Oktober 2004
No comments:
Post a Comment