Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Saturday, 28 July 2012

Polis berkas 7 penyamun di Batu Feringghi


GEORGETOWN: Polis memberkas tujuh lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Batu Feringghi, jam 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata terdahulu polis menerima laporan mengatakan seorang lelaki menyamun wang tunai berjumlah RM300 dan sebuah telefon bimbit daripada seorang pelajar lelaki di Taman Nagasari, Perai, tengah hari semalam.

"Berdasarkan maklumat itu sepasukan polis telah berkejar ke tempat kejadian dan menjejaki suspek," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Saga yang turut dinaiki tiga lagi individu menuju ke Batu Feringghi.

Pasukan polis yang mengekori kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi mendapatkan bantuan sebelum menyerbu sebuah unit di tingkat lapan pangsapuri terbabit.

Azman berkata, kesemua suspek dipercayai turut terbabit dalam beberapa rompakan di kafe siber sekitar SPT sejak beberapa bulan lalu.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun serta sebatan. - BERNAMA

Tuesday, 17 July 2012

18SX: Adult Content

Bra Heaven! Some people said this funny..Some people said this is crazy..Are you dare to try this action?


Sunday, 15 July 2012

Kerana RM500...Kena RM5,000 pula




KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima suapan RM500 daripada seorang suspek penyalahgunaan dadah pada September tahun lalu.

Ketika menjatuhi hukuman itu, Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin turut memerintahkan Esah Ismail, 52, dari Kelantan, dikenakan hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Mengikut fakta kes, Esah yang juga pegawai penyiasat kes di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, dituduh menerima suapan daripada Zambri Sharifuddin yang didapati positif dadah selepas ujian air kencing dan meminta wang sebanyak RM1,000 untuk 'adjust' keputusan air kencing Zambri.

Namun bertindak atas aduan, ibu kepada tujuh anak itu ditangkap dalam satu kes perangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu dan Esah didapati menerima wang perangkap berjumlah RM500 berdasarkan nombor siri wang perangkap adalah sama dengan senarai wang bertanda.

Tertuduh ditangkap dalam jam 6.20 petang di Kedai Denova Beauty (Avon), Jalan Haji Jusoh, Jertih, Besut pada 11 September tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam rayuannya, Esah yang sebelum ini mempunyai rekod bersih sepanjang 31 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia dan pernah dianugerahi Pingat Jasa Kebaktian oleh Sultan Kelantan pada 2006 berkata, beliau insaf dan memohon maaf kepada semua pihak atas perbuatannya itu.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Raya SPRM Zainal Ayop manakala Esah diwakili peguam Zamri Mat Nawang. - BERNAMA

*Moral of the story : Kita sebagai manusia sentiasa digoda melalui hawa nafsu oleh syaitan...ada kalanya kita tertewas...

Sunday, 8 July 2012

Tilawah Antarabangsa vs SUKMA vs Menara FELDA.

Salam Sejahtera kalian...

Entri ini aku nak cerita pasal apa yg berlaku pada 07-07-12...ada 3 acara yg agak "grand" berlangsung pada tarikh berkenaan, tidak termasuk majlis akad nikah Ratu Rock ye... Dimulai dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang telahpun dirasmikan pada hari sebelumnya. Seramai 81 peserta dari 50 negara akan mengambil bahagian dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Tilawah yang bertema "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" itu akan berlangsung selama lapan malam sehingga 23 Julai ini. Siapa watak utama?...Dato' Seri Jamil Khir B. Baharom

Berikutnya tak jauh dari situ, di Menara FELDA, Platinum Park Kuala Lumpur berlangsung pula Majlis sambutan Hari Peneroka dan Perasmian Menara FELDA oleh Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Menara setinggi 50 tingkat adalah sempena 50 tahun FELDA. Habis bekotak-kotak mercun memecut keluar dari sisi dan bumbung menara bagi meraikan majlis ini...terang menderang..siapa pengerusi FELDA?....Y.B Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Kita bergerak pula ke Pantai Timur..berlangsung pula Majlis Perasmian SUKMA ke-15 di Stadium Darul Makmur , Kuantan Pahang. SUKMA kali ini berlangsung di Kuntan, Pekan dan Temerloh..
Upacara perasmian disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di depan kira-kira 40,000 penonton.
Turut berangkat ke majlis itu Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selain Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam 3 program ni...yg mana la agak-agaknya paling ramai penonton ye?

Thursday, 26 April 2012

Green Bosom - Bra Recycling Buddies Program (8th - 30th April 2011)

Support for recycling program

Hi there...this post so different from the other post here....and this post especially to ladies ! Valuable or not its up to you reader....check it out !

 "Join XIXILI to celebrate Earth Month together in this April. We are pioneering "Green Bosom - Bra Recycling Buddies Program" which inspires and promotes awareness of recycle and reuse for a better environment.Bring any old/new reusable bras to XIXILI and get a RM10 REBATE.Support for a good cause!"



Sunday, 26 February 2012

Pesta Buku Bangi 2012

Pesta Buku Bangi 2012
Foto oleh Aku Sendiri

Pesta Buku ke-3 Bangi Bandar Ilmu 2012 sedang berlangsung di Ruang Legar Kompleks PKNS Bangi Selangor dari 23/02/2012 sehingga 11/03/2013. Dianjurkan oleh Galeri Buku Syabab. Dengar cerita ada lebih kurang 3 juta buah buku yang nak dihabiskan dalam pesta kali ini.

Hari ini aku berkesempatan untuk melawat tempat ini. Memang ramai orang yag datang menjenguk, melihat, membelek mahupun membeli. Tersenyum aku melihat gelagat pengunjung. Nampak ramai yang dahagakan ilmu, dan minat membaca dikalangan rakyat Malaysia semakin berkembang

Aku beli sebuah buku yang diterbitkan semula dalam versi yang baharu...buku yng asalnya dikenali dengan "kitab kuning"....apa tu? Kalau tanya dengan orang tua-tua tau la tu mereka...

Pada anda di luar sana...mari ramai-ramai dapatkan bahan bacaan di sini !


Ini buku yang aku beli
Foto oleh Aku Sendiri

Tuesday, 5 July 2011

Michelin Energy XM2


MICHELIN, peneraju segmen pengeluaran produk tayar global memperkenalkan model tayar terbarunya, Michelin Energy XM2, yang dibangunkan dengan ciri keupayaan tahan lama sebanyak 20 peratus dan penjimatan penggunaan bahan bakar kenderaan.

Pengenalan tayar Energy XM2 bakal memanfaatkan 80% pemilik kenderaan di negara, yang mana terdiri daripada pengguna segmen kereta penumpang kompak dan pertengahan.Di sebalik kemampuan Michelin menghasilkan tayar tahan lama dan penjimatan minyak, syarikat terbabit turut memberi jaminan aspek keselamatan tidak diabaikan.

Teknologi yang digunakan dalam pembangunan tayar Energy XM2 dikenali teknologi perantara silih ganti, iaitu penekanan tertumpu kepada aspek kebertahanan, penjimatan minyak dan keselamatan.

Keseimbangan prestasi yang ditawarkan tayar Energy XM2 dirasai apabila penggunaan sebatian hibrid pada model tayar Energy XM1 diperluaskan kepada silika penuh, di mana ia menghasilkan kadar pengurangan ketahanan golekan sebanyak lapan peratus dan penjimatan minyak tambahan turut dipertingkatkan sebanyak 1.1%.

Sesuai digunakan untuk rim 14 hingga 16 inci, dengan kelebaran 175 hingga 215. Harga yang ditawarkan adalah RM217 bagi 14 inci dan RM488 untuk 16 inci.

*Teringin jugak aku pakai tayar nih...tapi tak sesuai sebab rim stendert aku tak bleh masuk...ekekee...kena tukar rim lebar skit...

sumber: http://175.41.130.6/sites/michelinmalaysia/beritaharian/faedah.html



Sunday, 26 June 2011

Malam SRS....

Petang semalam dalam pukol 6 gitu cik Din datang hantar sehelai kertas selit kat mulut peti surat. Jeng jeng jeng....duty for SRS cominggg...tapi short notice sungguh sebab antar petang malam terus jaga....duty for 25 Jun 2011 11pm to 4 am...

So, aku bantai tido kejap...dekat pukol 11 aku start 125 menuju port..takde org pulok..aku lajak kejap pusing 1 round..g semula kat port ada la sorang sampai...Abg Darus..pasti Mat pun sampai...Ustaz ejos ribut pun sampai bagi walkie-talkie dan buku..suruh serah kat ketua....sapa la ye ketua....kehkehkeh...tgk2 kt senarai ada la en Polis tu....tp dia tak mari lagi...

So kitorang bertiga pun congok2 la kt port tu...untuk menghilangkan bosan kitorang pun mula pok pek pok pek....sesambil memerhati keadaan sekeliling....hampir tertulis dalam laporan satu kemalangan motosikal, hehee...tp nasib baik tak accident. moto yang nak keluar simpang main redah je, yg jalan lurus tu pun tak pasang lampu....hisss...

Hampir pukol 2 en. bendahari lalu...stop...jeng jeng jeng.....3 orang aje???????? hahahaaa...lantas beliau call ketua...rupenye ketua kena kerja laaaaa....call ketua biro pulok...bincang punya bincang....hah korang bertiga balik je la...rehat kat rumah.....so...balik la kitorang bertiga....

To my wife....Terima kasih banyak-banyak sayang....

Friday, 17 June 2011

Women to sell lingerie in Saudi Arabia following king's diktat


Riyadh, June 15 (ANI): A law in Saudi Arabia under which only men could sell lingerie to women has finally ended after direct intervention by the king.

Until now most lingerie shops had male assistants only, leading to complaints that assistants often tried to guess customers' bra sizes by staring hard at their abayas, the long gowns worn by Saudi women in public.

King Abdullah, who has pledged to broaden access to education and jobs for women in Saudi Arabia since coming to the power in 2005, said from now on some jobs would be reserved for women only - including working in lingeries shops, the Telegraph reports.

A group of professional women earlier set up a Facebook campaign, "Enough Embarrassment" demanding a change to the practice. 

They pointed out that Labour Ministry guidelines had already demanded a shift to women-only lingerie stores in 2005, without result.

But now, with the change made in the law women feel their problems have been addressed and they would not be embarrassed anymore.

"From now, embarrassment will end. We thank the king. He felt our problem," said one of the campaigners. (ANI).


Ada juga rupanya undang-undang macam ni wujud....kalau dibandingkan keadaan di Malaysia, memang perempuan kerja bahagian ini. Tapi kat bahagian lelaki pun ramai juga perempuan yang kerja....emm...macamane tu ye?


ada orang kata...kalau perempuan beli ditempat lelaki, itu namanya dia penyayang..kalau lelaki beli ditempat perempuan, itu namanya gatal.....ekekeee...ye ke?...ntahlah....


 http://my.news.yahoo.com/women-sell-lingerie-saudi-arabia-following-kings-diktat-072102198.html

Tuesday, 31 May 2011

Tarif Baru Elektrik



" Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada kepada 33.54 sen/kwj, berkuat kuasa esok.

Ia dilakukan selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70/MMBtu. 


Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang. Daripada jumlah pengguna domestik itu, 900,000 adalah golongan berpendapatan rendah, manakala 200,000 lagi miskin tegar. "

Orang ramai mula panik. Akupun mula panik waktu mula-mula dengar. Tapi bila dibaca dan teliti betul-betul bagi pengguna macam aku ni takde la kesannya dari segi bayaran bil api. Kenapa? sebab penggunaan bawah 300kWh sebulan...lain la kalau ada bisnes buat kek ke, mesin larik ke atau perkakas yang ber-Watt tinggi yang dipakai kerap...memang la bantai kena batang hidung.

Tapi aku tak nafikan...pasti akan ada kesan sampingan...apa dia? fikir-fikirlah....


Moral of the story:
1. Salahkan pihak tertentu....erkkk???
2. Ada pihak suruh berjimat...ye ke? Islam pun suruh kan? kan kan kan..
3. Tepuk dada tanya diri sendiri...