Monday 30 March 2015

Gas Oh Gas Di Mana Engkau?

Gas oh gas di mana engkau? 

Masalah bekalan gas memasak di sekitar Kuantan makin meruncing akhir-akhir ini. Sungguh sukar untuk didapati. Masalah ni bermula apabila pembentangan harga baru LPG tempohari yang keputusannya tiada perubahan.

Ada..tapi mahal

Dari sumber-sumber yang diperolehi, ada tempat yang boleh didapati bekalan gas memasak ni.. tapi harganya melambung ke siling..boleh tembus atap

Ada yang membeli dari belakang Tunas Manja Tanjung Lumpur...harga RM35 setong 14 kg! 

Ada yang beli kat lori harga RM30 setong

Ada juga yang dapat beli kat kedai tapi cukup terhad bekalan..siapa cepat dia dapat laaa....tu pun harga RM30+ setong 14 kg. Pekedai pun dah kena catu bekalannya (tu pun mujur ade bekalan)

Apa masalahnya?

Masalahnya? Masalah ni kedengaran di sekitar Kuantaan sahaja...kawasan lain elok je.. Apakah ada pihak tertentu yang senghaja menyorokkan bekalan? Atau menunggu bermulanya GST ni untk melambakkan semula bekalan di kedai-kedai?.... Apa masalah sebenar? Entahlah....



Yang merana...PENGGUNA yang tak duduk di KUANTAN....kalau PUTRAJAYA PASTI dah lama selesai masalah ni...

Sekian... Siapa ada resepi buat LPG meh la kongsi

Sunday 29 March 2015

Jalan Bukit Ubi - Flyover is coming

Baru-baru ni melalui Jalan Bukit Ubi... tiba-tiba terjebak dalam kesesakan yang agak berbeza dari waktu-waktu yang lain... Ape ke hey nye le pulok?

Rupa-rupanya ada projek pembangunan jalan di Jalan Bukit Ubi ni. Khabarnya nak buat flyover! Kat mana tu? Kat persimpangan simpang 4 tu.. yg satu gi Stadium, satu ke hala Jalan Bay Route, satu hala ke PAIP tu...alaaa...simpang yang dekat dengan kuil tu

Work in progress...Flyover is coming. Picture : fb Kuantan

Harap-harap kalau menjadi kenyataan projek ni lalulintas yang selalu jemmkat sini akan menjadi lebih lancar.... Yeahhhh

Saturday 21 March 2015

Tambang Baharu KTM Komuter Berkuatkuasa 01 Mei 2015

Tambang baharu KTM Komuter berkuatkuasa 01 Mei 2015:

JENIS TIKET KADAR PELARASAN TAMBANG / DISKAUN
SEHALA / DUA HALA (TUNAI) KADAR TAMBANG TUNAI BAHARU
SEHALA / DUA HALA (TANPA TUNAI) DISKAUN 20% DARIPADA KADAR TAMBANG TUNAI BAHARU
PAS MINGGUAN DISKAUN 18% - 26% DARIPADA KADAR TAMBANG TUNAI BAHARU MENGIKUT JARAK PERJALANAN
PAS BULANAN DISKAUN 19% - 35% DARIPADA KADAR TAMBANG TUNAI BAHARU MENGIKUT JARAK PERJALANAN
KANAK-KANAK 4-12 TAHUN, WARGAMAS DAN OKU DISKAUN 50% DARIPADA KADAR TAMBANG TUNAI BAHARU

**Klik link untuk jadual/kadar tambang KTM Komuter terkini




zzz

Friday 20 March 2015

GST ATM: 6% atau 6 sen?

Siapa tak ada kad ATM angkat tangan....

Sebelum ini heboh dengan berita GST 6% dikenakan bagi pengeluaran wang di mesin-mesin ATM. Apabila kita keluarkan RM100 maka kita kena GST 6% iaitu RM6 ! Sekiranya keluarkan RM500 maka GST 6% adalah RM30. Hoh !! Bior betullll ???

Ok..kemudian keluarlah kenyataan dari pihak kewanga yang memberikan penjelasan tentang isu ini.

Memang benar ada GST 6% bagi pengeluaran wang melaui mesin ATM. Tapi bukanlah seperti yang dihebahkan sebelumnya

Katakanlah....anda ada akaun CIMB dan pergi keluarkan duit kat ATM CIMB.... macam dulu-dulu TIADA CAS dikenakan

Katakanlah....anda ada akaun CIMB tapi pergi keluarkan duit kat ATM Maybank, pakai MEPS la tu...dulu kena cas RM1.00. Tapi apabila ada GST pengguna kena cas tambahan 6% pada nilai RM1.00 tadi...bukannya pada nilai wang yang dikeluarkan. Jadi cas MEPS tadi dari RM1.00 dah menjadi RM1.06......



Maka kalau keluar RM500 guna MEPS ni, jadinya RM500+RM1.00+RM0.06 lah yang kena tolak dari akaun anda.......bukannya RM500+RM1.00+RM30.....


Kan baguih kalau pihak bank atau MEPS boleh serap cas GST 6% ni......

Kejap kejap....Anda pengguna Maybank? 4 kali pengeluaran petama TIADA CAS, tapi pengeluaran ke-5 dan seterusnya kena cas RM0.50. Maka yang RM0.50 ni pun kena GST gak.... Kena la RM0.53. Huhuuuuu.....


Pendek citernya, yang ada cas sebelum ni semua akan kena GST 6%.....

Pakcik kayoooo... Pakcik kayoooooo

Tambang Bas, Teksi, Kereta Sewa, KTM NAIK

GST belum bermula.... Tambang pengangkutan awan yang baharu dha diumumkan...

Tambang perkhidmatan bas ekpress dari Kuala Lumpur ke destinasi tertentu meningkat antara RM4.70 sehingga RM11.00 (22.6%) untuk satu perjalanan bermula 15 Mei 2015

Tambang baharu perjalanan bas expres dari Kuala Lumpur 
New fares express bus journey from Kuala Lumpur 
K.L to SEKARANG (RM) BAHARU (RM) KENAIKAN (RM)
Kangar 50.10 61.10 11.00
Kota Baru 44.20 53.80 9.60
Alor Setar 44.00 53.70 9.70
K. Terengganu 44.00 53.70 9.70
P. Pinang 38.50 47.00 8.50
Johor Bahru 35.00 42.70 7.70
Kuantan 24.10 29.40 5.30
Ipoh 20.60 25.30 4.70




Kenaikan lain....

# Kadar tambang baru TEKSI & KERETA SEWA naik 20% - 67% (berkuatkuasa serta merta)

# Kadar tambang KTM KOMUTER naik sehingga RM7.10 (bermula 1 Mei 2015)

# TARIF AIR PULAU PINANG naik bermula 1 April 2015


UPDATE TERKINI (21 Mac 2015):

"Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar menangguhkan dahulu kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam seperti yang diumumkan suruhanjaya itu, dua hari lepas"

Psss...tangguh je... tangguh dengan batal lain tau...huhuuuu... naik jugak la... cuma mungkin lewat skit...macam tarif air Pulau Piang jugak

Thursday 19 March 2015

Tarif Air Baru Pulau Pinang 1 April 2015

Tarif air yang diumumkan tahun lalu untuk mengelakkan catuan air di Pulau Pinang akan diperkenalkan pada 1 April 2015. Objektif utamanya adalah untuk memudahkan pengurusan permintaan air bagi mengelakkan catuan air.

Caj minimum untuk bekalan air domestik (RM2.50 sebulan) dan tarif untuk penggunaan domestik 20,000 liter yang pertama sebulan (RM0.22 setiap 1,000 liter) di Pulau Pinang TIDAK berubah.

Sembang panjang pun tak berapa menarik.... tengok dan baca la gambor yang seterusnya... Kikiii

Tarif baru air Pulau Pinang bagi pengguna domestik (atas)

Keseluruhan tarif baru bagi penggunaan di Pulau Pinang (domestik, perniagaan, perkapalan) (bawah)


Iyolahhhh...sat lagi ade la yg kabo...tarif air Pulau Pinang masih terendah berbanding Johor...1/3 tuuuu.

Friday 13 March 2015

IVORY ROAD TOUR 2015 - IKIP

JUMAAT - 13 Mac 2015 berlangsungnya pelancaran Ivory Road Tour 2015 - Jelajah Ivory Pendidikan Untuk Semua oleh Kumpulan IKIP di perkarangan Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur.



Konvoi yang terdiri daripada 10 superbike dari Pahang Bikers, 30 'kapcai' dan 40 kereta dari kalangan pelajar dan kakitangan Kumpulan IKIP akan singgah di 11 kawasan iaitu Kuantan - Maran - Temerloh - Jerantut - Kuala Lipis - Raub - Bentong - Bera - Rompin - Muadzam - Pekan. Kumpulan konvoi turut mendapat bantuan daripada pihak Polis Trafik Kuantan dengan kekuatan 5 anggota trafik.

Antara pengisian konvoi ini adalah seperti penerangan kepada penduduk setempat berkenaan peluang-peluang pendidikan di Kumpulan IKIP iaitu di IKIP Education seperti program Kejuruteraan dan IKIP training yang menawarkan program SKM serta aktiviti gotong royong membantu mangsa banjir dan kawasan masjid

Konvoi akan bermula daripada 13 Mac 2015 dari Kuantan dan berakhir pada 24 Mac 2015 iaitu di Pekan.

Nantikan kemunculan kumpulan konvoi "Ivory Road Tour" di kawasan anda !!!

Berikut antara candid-candid sewaktu pelancaran....














IKIP - Education For All ...

Thursday 12 March 2015

LTDL 2015 : Stage 5 Kuala Terengganu - Kuantan

Stage: 5 
Route: Kuala Terengganu - Kuantan
Distance : 200 Km
Day : Thursday
Date : 12 Mac 2015

Penamat: Hadapan Mahkota Square Kuantan Pahang

Detail route : Kuala Terengganu - Dungun - Kertih - Kijal - Chukai - Kuantan

Start Location : Dataran Batu Buruk,Kuala Terengganu

Finish Location : Kuantan,Pahang (Mahkota Square)

Departs : 1200 hrs

Arrival time estimate : 1641 hrs

Laluan 40km terakhir (Kuantan)


Last route : Sg Karang - Jln. Beserah - Traffic Light Tanjung Lumpur - Jalan Teluk Sisek - Jalan Besar - Jalan Mahkota

Wednesday 11 March 2015

Ragam di hari harga gas (LPG) nak naik...

Hari Isnin lalu mesyuarat "National Economic Council" yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri bakal mengumumkan harga LPG - Liquefied Petroleum Gas atau bahasa kampungnya "gas memasak"

Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek dikabor kan akan membentangkan usul harga baharu LPG ni. Samaada naik harga..turun harga..kekal harga..subsidi naik..subsidi turun.. Yelah, dah 16 tahun tak pernah ubah

Apa yang berlaku pada hari Isnin lalu? Koi pergi ke satu kedai runcit tapi bukan nak beli gas.. Tiba di depan pintu kedai tu diaaaaa.... ada sign board


"GAS TIADA"..#gas tiada#tak masak tak patut... kurang lebeh gitu la bunyinya. Dah macam tweeter pulok. Tiba-tiba hari nak umum rege baru gas takdok pulok gas.... Adussss.

Tiba-tiba masuk sorang pelanggan tanya gas...TAKDOK! Pastu dia gi kt belah belakang cari sesuatu. Koi ingat pekedai kabo sesuatu selepas pelanggan tu kata nak masak untuk 8 orang ahli keluarganya. Sekali dia keluar dari belakang bawa dapur arang daaaa..... Nak tak nak kena masak juga laa...

Koi rase la pada hari yang sama jualan dapur elektrik juga meningkat. Teringat satu ketika, waktu cuti perayaan, gas bikin problem... Pilihan terakhir yang ada ialah dapur elektrik.. masatu memang sold out dapur ni....hohohooo

Awok rase peniaga saje-saje sorok gas atau memang benor gas takdok hari Isnin lepas???


Untong la sape yang ade 2-3-4-5 tong gas kat umah tu... Tapi kalau ade banyak-banyak tak berisi tak guna juga...Time emergency patut boleh tukar je ke tong lain kepala gas tu tapi kena gi kedai jugak....Kehkehkeh..

Apa keputusan mesyuarat tu?? Jeng jeng jeng !!!

Kerajaan memutuskan bahawa harga LPG kekal pada harga sekarang iaitu RM26.60 bagi silinder 14kg. Harga kat kedai tu.....emmm....macam-macamlah....ada yang jual sampai RM30 pun ada....

Nasiblah aku tak pandai buat LPG sendiri...

Wednesday 4 March 2015

TNB Electronic Kiosk UTC Kuantan

Lama dah tak gi bayar bil elektrik kat kaunter. Tiba-tiba hari ni nak gi bayar kat UTC Kuantan (dengan beberapa bil yang lain)

Masuk 'Kedai TNB' nak bayar bil letrek yang 2 bulan tak bayor lagi...kikiii... Sampai kat mesin ambik nombor tiba-tiba tiada punat yang boleh ditekan.. Semua dah ditutup/selotep.

Maka kakitangan TNB yang ada di kaunter pun menyapa dengan sopan... Urusan ape ye cik?

Nak bayar bil (fikir dalam hati takkan nak oder nasi ayam pulak...ekekeee)

Nak bayar bil kena guna mesin 'tu' cik (sambil jarinya menunjukkan mesin dibahagian tepi dengan sopan) - balas kakitanga TNB tadi

Emmm...2 bulan lalu takdok lagi mesin ni kat sini tak silap aku....

Aku pun gunalah mesin tu untuk bayar 2 bil sambil diajar oleh kakitangan TNB tadi.

Untuk pertama kali guna memang agak kekoklah. Lebih kurang macam guna CDM. Bawa resit.... ada nombor (bar kod) bil letrek...masukkan jumlah bayaran...bayar...print resit. Maksimum 5 bil letrek untuk 1 transkaksi. Duit paling kecil boleh masuk RM5... jadi pengguna kena gemapkan jumlah bil seperti RM10, RM15 dan sebagainya... Kakitangan tadi kata kalau jumlah bil tu RM27 maka boleh genapkan kepada RM30 (bayar lebih) atau boleh buat RM25 (bayar kurang daaa)



Dah selesai semua nanti dapat la resit macam ni....


Mesin macamni sejak tahun 2010 dah pernah wujud dikawasan Lembah Klang...cuma kat sini je la yang baru sampai.....yeahhh!!

Ikut masing-masinglah....nak pakai mesin ka..pakai online ka....apa ka...ikut korang lah !!