Friday 13 March 2015

IVORY ROAD TOUR 2015 - IKIP

JUMAAT - 13 Mac 2015 berlangsungnya pelancaran Ivory Road Tour 2015 - Jelajah Ivory Pendidikan Untuk Semua oleh Kumpulan IKIP di perkarangan Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur.



Konvoi yang terdiri daripada 10 superbike dari Pahang Bikers, 30 'kapcai' dan 40 kereta dari kalangan pelajar dan kakitangan Kumpulan IKIP akan singgah di 11 kawasan iaitu Kuantan - Maran - Temerloh - Jerantut - Kuala Lipis - Raub - Bentong - Bera - Rompin - Muadzam - Pekan. Kumpulan konvoi turut mendapat bantuan daripada pihak Polis Trafik Kuantan dengan kekuatan 5 anggota trafik.

Antara pengisian konvoi ini adalah seperti penerangan kepada penduduk setempat berkenaan peluang-peluang pendidikan di Kumpulan IKIP iaitu di IKIP Education seperti program Kejuruteraan dan IKIP training yang menawarkan program SKM serta aktiviti gotong royong membantu mangsa banjir dan kawasan masjid

Konvoi akan bermula daripada 13 Mac 2015 dari Kuantan dan berakhir pada 24 Mac 2015 iaitu di Pekan.

Nantikan kemunculan kumpulan konvoi "Ivory Road Tour" di kawasan anda !!!

Berikut antara candid-candid sewaktu pelancaran....














IKIP - Education For All ...

No comments:

Post a Comment