Showing posts with label Elektrik. Show all posts
Showing posts with label Elektrik. Show all posts

Saturday, 29 June 2019

Repair Periuk Nasi Kuantan

Repair periuk nasi Kuantan
Repair rice cooker Kuantan

Kali ini kita selesaikan job repair periuk nasi.
Jenama - ELBA  kapasiti 1.8L
Kerosakan - Terus tak hidup + wiring rosak... bila dah hidup periuk dalam mode cook sahaja tak mau tukar kepada keep warm.




Alhamdulillah.. selesai 1 job

Anda ada periuk nasi nak di repair? Hubungi/whatsapps saya di 0133654324

Repair periuk nasi.. kipas angin.. TV led pun boleh

Friday, 23 November 2018

DIY Membaiki Periuk Nasi Panasonic

Hai.... kali ini kita dpt job repair periuk nasi jenama Panasonic SR-E18A. Punca periuk jatuh satu set dengan badan luar. Simptom yang ditunjukkan ialah nasi tak masak sampai ke sudah.... berendam dan suam2 je..

Maka bedah siasat dilakukan dengan bantuan playar muncung tirus, skrew driver dan multimeter. Akhirnya setelah siasatan selesai didapati thermostat fail sudah... maka memakai thermostat baru la.... hihiii...

 Periuk nasi model Panasonic SR-E18A
Pandangan bawah periuk untuk dibedah siasat
Kita test satu kali masak nasi... tengok hasil ok ke tak...masak ke tak...hangit ke tak...

Ok...done

Anda ada masalah periuk nasi rosak? Meh sini saya repair....roger roger...

Monday, 7 May 2018

Curi kabel elektrik

Nyaris hangus curi kabel

SANTUBONG: Seorang pencuri bukan saja tidak sempat mencuri kabel elektrik, malah melecur akibat terkena renjatan elektrik di Perumahan Sentoria, Jalan Pasir Pandak, malam tadi.

Kejadian itu disedari orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan jam 10.20 malam selepas melihat seorang lelaki tersangkut pada tiang elektrik.

Suspek dilihat menjerit meminta pertolongan akibat kesakitan selepas terkena renjatan elektrik itu.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, berkata suspek memanjat tiang berkenaan untuk memotong kabel elektrik.

Beliau berkata, ketika cuba memotong kabel, tiba-tiba berlaku renjatan elektrik sehingga menyebabkan suspek melecur 80 peratus badannya.

"Polis menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Kuching sebelum anggota polis diarah ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba, suspek masih tersangkut pada tiang berkenaan dalam keadaan melecur sebelum anggota bomba dipanggil untuk menurunkannya selepas dtr sambungan elektrik diputuskan juruteknik Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak ( SESCO)," katanya, hari ini.

Ah Lek berkata, siasatan di lokasi kejadian juga menemui pelbagai peralatan memotong kabel digunakan suspek.

Katanya, identiti suspek juga masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya.

"Suspek kini ditempatkan di zon merah Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut tetapi masih belum dapat bercakap.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam dan Seksyen 511 kanun sama kerana mencuri," katanya.


Wednesday, 2 May 2018

Membaiki Smart TAG rosak

Dulu-dulu lalu highway bayar tol pakai tunai.. up sikit pakai kad Touch & Go.. canggih up pagi pakai Smart TAG.. (hok yang terkini aku x pakai lg)



Pakai Smart TAG ni memang lebih selesa lah.. tak perlu beratur panjang sangat dan tak perlu nak turun tingkap.

Tapi kalau Smart TAG tak ada bateri.. atau baki kad Touch & Go kat dalam nya tak cukup memang boleh menyusahkan.. dan boleh menyebabkan orang kat belakang yang beratur jadi bengang.

Baru-baru ini tiba-tiba Smart TAG aku x idop. Bateri baru tukar. Aku pun pelik ngape pulok nih. Terpaksa lah aku kembali kezaman Touch n Go..

Setelah masa free datang.. bedah siasat dilakukan.. dan hasilnya.... hahaaa... rupenye wayar pada penyambung bateri putus...



So.. ade pilihan.. pi solder wayar tu atau beli penyambung bateri baru... hahaa

Okeh... dah hidup leh beraksi semula..

Sekian... harap maklong

Wednesday, 2 November 2016

How to Change Fahrenheit to Degree Celsius on Air-Conditioning Remote

Do you have a problem with your air conditioning remote control display? Is it show a Fahrenheit? You know how to change it back to Degree Celsius? No?

Let me help you how to change Fahrenheit to Degree Celsius (and vice versa) on your air conditionong remote control display

YORK: Press the (+) and (-) button simultaneously



PANASONIC: On TIMER area, press the (Ñ) button and hold for 10 seconds


Masalah Remote Air-Cond: Tukarkan Darjah Celsius kepada Fahrenheit

Rata-rata penduduk di negara Malaysia menggunakan Darjah Celsius dalam kehidupan seharian. Fahrenheit kebiasaannya digunakan di dalam makmal sekolah, hospital dan tempat-tempat tertentu sahaja. Pastinya tidak di rumah masing-masing

English version : Click Here


Anda ada masalah alat kawalan penghawa dingin (air-conditioner remote control) yang mana paparannya menunjukkan suhu "Fahrenheit"? Anda mula tergaru-garu berapakan suhu sebenarnya dalam "Darjah Celsius"? 

Dan anda tak tahu bagaimana nak tukar Fahrenheit kepada Darjah Celsius pada remote tu? Ini caranya....... Senang je tu...

Contoh di sini adalah alat kawalan penghawa dingin jenis YORK. Tekan punat (+) dan (-) secara serentak. Paparan anda akan bertukar dari Fahrenheit kepada Darjah Celsius, dan juga boleh dari Darjah Celsius kepada Fahreheit. (*Mungkin berbeza untuk jenama/model yang lain)



Untuk model PANASONIC, pada ruangan TIMER, tekan punat (Ñ) selama 10 saat - paparan akan bertukar. (Yang ini manual Panasonic yang ajar)

Mudah kan? Kan? Kan?



Amacam?

Monday, 15 August 2016

Touch n Go Reload !


Sesudah subuh....golekan tayar memulakan perjalanan ke kampung halaman...

Semak baki kad Touch n Go...hmmm....kurang nih..nak kena topup ni...





Melintasi stesen minyak Petronas batu 12, tempat biasa untuk aku mengisi kad Touch n Go ni...tapi kali ini memutuskan untuk mengisi di plaza tol.

Sampai plaza tol Gambang...

"Kak nak topup!"

"Tak buka lagi encik...jam 10 pagi baru boleh topup"

Erkkk....pulakkkkk....ada waktu pulak ye??? Hadoiiiii....Jadi untuk alternativenya ambil la tiket tol

Singgah di Shell sebelah RnR Temerloh...

"Nak topup Touch n Go..."

"Maaf Encik, sistem offline lagi" jawab Bangla yang bertugas

Erkkkk....sekali lagi....memang kecewa sangat-sangat...

Meneruskan perjalanan....nak berhenti di hentian Lanchang.....sekali tengah renovation pulak...hadoiii....maka teruskan perjalanan...bayar tunai di tol Karak... exit ke Karak mencari gerai untuk sarapan...hehee...lupa sekejap kekecewaan Touch n Go.

Baki dalam kad tu sebenarnya cukup untuk tol Bentong dan Gombak..cuma kalau nak tambah dengan LPT punya tak cukup la...so aku teruskan perjalanan....sebab baki tadi cukup maka aku tidak mencuba nasib di lorong reload di tol Bentong...

Ada urusan "qada' hajat"di hentian Gombak...berhenti sekejap...sekali ada pulak mesin reload Touch n Go yang macam mesin ATM tu... aku kalau nak reload pakai mesin ni agak was-was sikit...sebab kalau mesin tu telah duit dan tak memberikan hasil yang diharapkan bukan ke haru....aku pernah tengok satu brother tu nak topup kredit henpon pakai mesin macam tu dulu...duit telan...topup tak dapat...puiii

Aku cuba la juga sebab dah 2 kali kecewa...So aku cuba mesin itu dengan menyemak baki dahulu sebagai langkah berjaga-jaga adakah mesin itu ok atau tidak. Ok...mesin memberikan jumlah yang betul.. Ok maka bermulalah 20 saat yang begitu pantas untuk aku topup kad tu...

Dan akhirnya....BERJAYA !!! Yahoooooooo.... cuma aku tak melompat-lompat je kat situ... Hahahaaa

Mesin itu sangat membantu...cuma pengguna perlu bersedia dengan kad dan duit sebab dia ada sediakan timer, kena ikut timer tu....sebelum guna ada pesanan-pesanan dari mesin tu seperti kalau duit kena telan tapi topup tak dapat dan lain-lain...

So....kekecewaan aku dah terubat....

Home sweet home...........


Thursday, 12 February 2015

Pengurangan Bil Elektrik Bermula 1 Mac 2015 - 30 Jun 2015

Perkara : Pengurangan bil elektrik bagi pengguna melebihi 300 kWj dengan pengurangan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) 

Jumlah pengurangan ICPT : Sebanyak -2.25sen/kWj (Semenanjung) & -1.20sen/kWj (Sabah & Labuan)

Tarikh kuatkuasa : 1 Mac 2015 sehingga 30 Jun 2015

Siapa yang LAYAK : Pengguna kategori domestik, komersil dan industri yang mempunyai penggunaan MELEBIHI 300 kWj sebulan.

Siapa TAK LAYAK : Pengguna 300 kWh atau KURANG sebulan (kadar blok 200 kWj kekal sejak 1997, kadar blok 100 kWj seterusnya kekal sejak 2009)

**Maka sesiapa yang jumlah penggunaan sebulan 300 kWj atau kurang dari itu maka tak adalah terlibat dengan pengurangan bil elektrik ini.... Yang terlibat adalah yang melebihi 300 kWj sahaja... Ada paham????

Macamana kaedah pengiraan bil elektrik yang terlibat dengan ICPT ni? Seperti berikut: 




nampak tak la besar sangat beza tu...tapi mengikut perkiraan aku kalau jumlah RM13.50 tu banding dengan kadar 51.6 sen/kWj boleh menghidupkan penyaman udara 1 kuasa kuda (air-cond 1 h.p) selama 35 jam.

Tuesday, 17 December 2013

Panduan Memilih & Menjaga Penghawa Dingin (Air-Conditioner)

Memang ramai orang nak pasang penghawa dingin (air-conditioner) di premis atau rumah masing-masing. Ada yang nak beli besar-besar..dan ada juga nak yang murah-murah. Nah...Biasanya orang yang guna penghawa dingin ni sememangnya perlu bersedia dengan bajet elektrik yang lebih dari biasa...Di sini dikongsikan antara maklumat yang dapat membantu anda dalam memilih, membeli, menukar baru sesebuah penghawa dingin. Supaya anda alah membeli menang memakai...idak la membazir aje...

1. Semak saiz bilik dan penghawa dingin.
Pastikan saiz penghawa dingin adalah bersesuaian dengan saiz ruang/bilik anda. Bagaimana nak tau? Haaa.... rujuk jadual/gambar seterusnya...

Saiz unit penghawa dingin berbanding saiz bilik/ruang

Saiz penghawa dingin dikira dalam bentuk hp (horse power) ataupun kuasa kuda. 1 hp bersamaan lebih kurang 746 watt

2. Semak 'Energy Efficiency Ration (EER)' 
EER ni dalam Bahasa Melayu ialah 'Nisbah Kecekapan Tenaga'. Biasanya bagi 1hp nilai EER antara 8 hingga 10... Semakin tinggi nilai EER makin cekap la...Keluaran bagi 1hp biasanya bersamaan 9200 BTU/jam

3. Semak Star Rating
Biasa tengok pelekat 'Energy Star Rating' pada alatan elektirk anda? Kadang-kadang ada juga yang tiada.. Bagi yang ada, makin banyak bintang yang ditunjukkan maka penghawa dingin itu adalah lebih cekap...Maksimum ada 6 bintang sahaja. Paling koman pun sekurang-kurangnya 2 bintang.

4. Semak kadar pengaliran udara
Kadar pengaliran udara dikira dalam unit kaki padu per minit @ cfm. 1 hp biasanya mempunyai 200-300 cfm. Makin tinggi kadarnya maka makin cepat sejuk dan lebih baik peredaran udaranya..

Bila dah beli nak kena pasang pulak...apa nasihat bila nak pasang?

Untuk 'split unit', bahagian outdoor diletakkan ditempat yang teduh untuk mengelakkan kesan pemanasan dek matahari, dan perlu mempunyai peredaran udara yang secukupnya

Dinasihkan supaya tidak memasang indoor unit menghadap pintu...nanti senang-senang je udara sejuk keluar

Dah pasang...macamana nak mengoperasikannya?

1. Pastikan indoor unit penghawa dingin tidak dihalang seperti oleh langsir ataupun perabot

2. Pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat ketika penghawa dingin beroperasi

3. Jika tingkap kaca bertinted...lebih bagus..lebih senang nak sejuk

4. Penyelenggaraan berjadual boleh memanjangkan hayat penghawa dingin dan beroperasi pada tahap optimum. Rajin-rajin la cuci 'filter'...buang habuk..isi gas bila perlu

5. Sebelum hari panas, pasangkan penghawa dingin anda..jangan tunggu hari betul-betul panas baru nak 'ON"..

6. Hari panas...turunkan langsir...dapat halang haba panas masuk

Sekian...harap pengalaman dan ilmu ini dapar memberi manafaat pada anda....

Some information from ST & CETREE

Friday, 29 November 2013

Keselamatan Dapur: Selipar Kain versus Selipar Getah

Selipar kain...macam selipar kat hotel tu la jugak..lembut aje..memang sedap dipakai..selesa..berbagai-bagai gambar pulak tu...

Selipar getah..sedap juga dipakai, cuma tak berapa cantek rekabentuknya

Antara dua jenis selipar ni yang mana sesuai dipakai di dapur rumah anda? Kedua-duanya sesuai dipakai... Namun yang paling sesuai adalah selipar getah.

Carilah selipar getah yang agak lembut contoh macam selipar Bata, ataupun 'selipar pantai' yang ada warna hijau merah biru kuning yang kita selalu juga jumpa di Surau ataupun Masjid..jangan cari selipar campuran plastik (yang keras sikit tu)..macam selipar Tat Seng

Kenapa selipar getah lebih sesuai?

Urusan kita di dapur memang macam-macam. Sehinggakan dapur sebenarnya adalah kawasan paling merbahaya untuk anak-anak kita bermain. Bila di dapur kita akan 'deal'...menggunakan peralaan elektrik.

Dalam langkah keselamatan mengendalikan peralatan elektrik, Anggota badan kita (tangan yang menyentuh) mestilah kering. Ini adalah untuk megelakkan berlakunya renjatan elektrik. Harus diketahui bahawa air adalah pengalir elektrik yang bagus.

Apa kaitan kena renjatan elektrik dengan selipar getah? Biasa tengok orang yang melaksanakan kerja-kerja pendawaian elektrik? Pasti kasut getah adalah teman setia mereka..

Apabila tubuh seseorang mengalam renjatan elektrik, maka arus akan mengalir dari tempat masuk menuju ke arah bumi (earth). Biasanya kaki adalah anggota yang paling hampir dengan bumi. Maka arus akan keluar melalui kaki. Namun jika kaki kita mempunyai getah (selipar getah) maka arus tadi tidak dapat menembusi ke bumi dan akan terpantul semula (ni pakai bahasa mudah je la...). Kebarangkalian untuk mangsa terlepas dari renjatan tadi masih ada...

Jika ada sambungan ke bumi...maka arus akan mengalir berterusan. Pernah lihat mangsa renjatan elektrik? Biasanya akan ada 2 lubang pada tubuh mangsa kesan dari renjatan. 1 adalah kesan arus masuk dan 1 lagi kesan arus keluar.....

Sekian...selamat berilmu...

Wednesday, 27 November 2013

Bil Elektrik Bawah RM70 Tiada GST? Sebanyak Mana?

Pasti penulisan ini mengundang pelbagai reaksi dari pihak pembaca.....ya...masing-masing punya pendapat tersendiri..

Apabila pihak kerajaan mengumumkan perihal Goverment Service Tax (GST), turut terlibat adalah bekalan elektrik. Bil elektrik pengguna yang berjumlah di bawah RM70 dikatakan tidak akan dikenakan GST. Maka sebanyak manakah bil elektrik RM70 itu? Aku membawa dari segi pengguna domestik sahaja.

Berdasarkan tarif pengguna domestik yang ada sekarang, RM70 ini adalah bersamaan dengan 279 kWh jumlah penggunaan bekalan elektrik. Pengiraan adalah seperti berikut:

200kWh pertama = 200 x 0.218 sen = RM43.60
79kWh seterusnya = 79 x 0.334 sen = RM26.38

Jumlah RM43.60 + RM26.38 = RM69.986

Banyak mana kita dapat guna untuk jumlah 279 kWh sebuan? 

Alatan yang banyak guna tenaga elektrik adalah seperti peti sejuk, cerek elektrik, penyaman udara, streka/iron, oven/microwave, mesin basuh dan electric water heater/shower.

Kita anggapkan kita memang tiada GST, kita lihat bagaimana kita mampu meminimumkan kadar penggunaan tenaga elektrik seharian atau bulanan kita...kalau kita mampu melaksanakannya pasti kita mampu mengelak dari membayar bil yang tinggi

Kadar RM70 bersamaan 279 kWh ini mungkin akan berbeza jika pihak kerajaan mengumumkan kadar tarif elektrik yang baru...akan makin berkurang laaa.....


Besar rumah..tinggi bilnya..
Banyak peralatan elektrik..tinggi bilnya..
Banyak peralatan rosak..tinggi bilnya..
Banyak malas nak tutup..tinggi juga bilnya..


Sunday, 20 October 2013

[D.I.Y] Kerja Elektrik Plug 13A

Jam 11 pagi...petik soket cerek elektrik...alamak!!! Tak idup!!! Apesal???
Sekali tengok tu dia....dah hangus!!! Alhamdulillah....tak hangus semua sekali...

Pandangan dari luar...dah berlubang sana-sini...plastik dah cair

Maka petang-petang sesambil layan anak aku tengok 'cannimals'...aku pun melakukan pembedahan terhadap plug 13A. Kat atas meja makan je aku operate...kehkehkeh...Alaaa...bukan susah pun. Berkat ilmu yang diajarkan oleh Abah aku cara menukar plug 13A...dan guru-guru yang lain, masalah kecil je nak tukar plug 13A ni.

Pandangan dalam..hangus pada bahagian fius 13A/sambungan hidup

Paling penting, pastikan penyambungan wayar adalah betul. Kalau tak betul nanti hangus lagi. Aku bagi tips macamana nak ingat kaler 3 wayar ni.

          Kuning/hijau = bumi (earth)
          Coklat = hidup (life)
          Biru = neutral

Yang biasa orang tertukar ialah life dan neutral. Aku biasa ingat huruf BN (biru-neutral)...walaupun bunyinya agak politik...kehkehkeh...Gelak tukang Indonesia aritu bila aku bagi tips ni masa dia tengah confuse nak sambung wayar....Kalau tak suka korang boleh tukar perkataan lain...

Kiri: Setelah dipasang pada plug 13A baru. Kanan: plug yang hangus

Ok...pakar wayar dah uji...Lulus!!!! Selamat mencuba...

Saturday, 17 August 2013

D.I.Y : Kerja-kerja Paip & Elektrik

Hujung minggu tiba..orang ber hari raya...aku pulak ber tukang paip...hehee. Edisi D.I.Y Kali ini bukan pasal paip rosak tapi sengaja cari penyakit...upgrade single pipe jadi 2 way pipe. Satu berkepala paip dan satu lagi untuk hose.


Pastikan cukup segala senjata-senjata anda untuk bertukang. Seperti dalam gambar, aku perlukan spanar boleh laras (jika perlu), playar besar (perengkoh paip aku takde), selotep paip, tee joint, connector, kepala paip jenis berbibir (jangan jenis bertiang pulak) dan sedikit ilmu (yang ni takde dalam gambar).

Pastikan semua bahagian treat @ benang dibalut dengan selotep paip. Ini untuk mengelakkan leaking @ air keluar dari tempat yang disambung. Setelah selesai, sila sambung mengikut citarasa anda...Citarasa aku seperti gambar di bawah


Setelah selesai, sila buat ujian...pastikan tiada air yang keluar dari tempat yang anda sambung. Jika ada, anda kena buka semula dan tambahkan selotep paip pada bahagian itu. Tapi kalau kepala paip yang keluar air janganlah anda selotep jugak...heheee...

Sekali harini bukan setakat repair paip, kena repair suis lampu stor la pulak....nasibbbb....Bila mana aku nak simpan alatan tadi petik suis stor tapi tak berfungsi....Nasib la ada spare suis 1 way 1 gang kat umah...pasang je la wehhh..


Ok...selesai dah D.I.Y aku hari ini...anda boleh cuba pulak

Tuesday, 9 July 2013

Apa maksud Mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api (Fuel Cost Pass Through, FCPT)


Baru-baru ini terpapar di dada-dada akhbar bahawa pihak TNB akan memperkenalkan Mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api (Fuel Cost Pass Through, FCPT) pada tahun 2014. Apakah FCPT ini?

Mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api (Fuel Cost Pass Through, FCPT) diperkenalkan bagi sektor pembekalan elektrik. Di bawah Mekanisme FCPT ini, kos bahan api akan disemak setiap enam (6) bulan dan sebarang perubahan (kenaikan atau penurunan) dalam kos bahan api akibat ketidaktentuan harga bahan api (seperti gas, arang batu dan minyak) akan dipindahkan kepada tarif pengguna.

Dah jadi macam harga RON97 la gamaknya.....

Sumber: TNB

sss

Rating Tarif Voltan Rendah, Voltan Sederhana dan Voltan Tinggi

Tahukah anda bahawa tarif bekalan elektrik kita terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

i. Voltan rendah (low voltage)
ii.Voltan sederhana (medium voltage)
iii.Voltan tinggi (high voltage)

Bekalan elektrik kita dibekalkan berpandukan kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 (Quote seperti di bawah)
Electricity shall be supplied in accordance with the provisions of the Electricity Supply Act 1990, the Licensee Supply Regulations 1990 and the Electricity Regulations 1994 and all amendments thereto.
Apakah rating voltan yang temasuk dalam kategori tarif voltan rendah, sederhana dan tinggi? Perinciannya seperti berikut:


Voltage Level  Supply Voltage
Low Voltage
i. Single Phase 240V
ii.Three Phase 415V
Medium Voltage  6,600V
11,000V
22,000V
33,000V
66,000V
High Voltage  132,000V
275,000V
Supply frequency is 50Hz ± 1%

Sumber dari : Tariff Booklet TNB Jun 2006


sss

Thursday, 18 April 2013

Bola di Transmission Lines : Air Craft Warning Light (ACWL)


Sejak dua menjak ni, aku nampak banyk orang cari info berkenaan seperti 'bola di transmission lines' , 'bola di pencawang' dalam list blog aku. Ada juga yang bertanya secara terus dengan aku. Baiklah, aku usahakan untuk mendapatkan maklumat tentang perkara berkenaan.

Aku bertanya pada orang yang kerja dengan TNB sendiri pasal benda ini. Beliau menyatakan bola pada transmission line tu diorang panggil Air Craft Warning Light (ACWL).


Dalam gambar di atas, bola berkenaan adalah dalam bulatan merah sebelah kanan. ACWL ini digunakan untuk memudahkan air craft (kapal terbang/jet) nampak dari jauh adanya talian transmission di laluan berkenaan. Tidak semua tempat TNB pasang benda ini. ACWL ini basanya dipasang berhampiran kawasan lapangan terbang dan laluan yang biasa digunakan oleh penerbangan sahaja.

Walaupun namanya 'light', namun benda ni tiada 'light' pun...sekadar menjadi penunjuk sahaja. Kalau sebelah malam, di puncak menara menara akan mempunyai lampu merah yang menyala (gambar atas bulatan kiri). Lampu ini akan menjadi petunjuk pula pada kapal terbang yang lalu....

Bola di transmission lines : Air Craft Warning Light

Sekian.... harap dapat membantu anda...

Saturday, 23 March 2013

Pencawang Elektrik - Tidak Berbangunan


Minggu tadi aku ada tugasan di kawasan Rompin bersama 2 orang mahasiswa. Jalan punya jalan aku terpandang sesuatu di kawasan Kampung Deraman... Akhirnya, aku jumpa jugak pencawang elektrik (PE) tidak berbangunan ni. Ingat lagi masa persembahan tugasan peringkat Sarjana dulu, gambar PE yang jenis ini takdok....kahkahkah....Siap lagi tanya dengan Ir Tan dari TNB Pahang kat mana aku boleh jumpa PE jenis ni.

Apa itu pencawang aku dah cerita dalam 'post' yang dulu-dulu....PE jenis tak berbangunan ni, takde bangunanlah...hehee....cuma ada pagar (ada yang dawai dan ada gak yg jenis batu), takde bumbung penuh. Sebahagian je yang ada bumbung.

Alatan kat dalam tu sama je, ada transformer, switch gear, pembahagi dan lain-lain. Mana yang tak pernah jumpa, tak tau, atau yang nak buat tugasan ilmiah anda tu.....meh aku kongsikan gambar PE tidak berbangunan ni












Amacam? Dapat?

Tuesday, 5 March 2013

Mengenali kadar kuasa (power rating) alatan anda


Untuk mengira bil elektrik anda, anda harus tahu apakah kadar kuasa (power rating) peralatan elektrik yang anda gunakan. Bagaimana nak baca? Mari kita pelajari sebahagiannya di sini....

Contoh bil elektrik anda (dahulu - semasa - kadar penggunaan)

Kilowatt meter jenis analog (lama)

Kilowatt meter jenis digital (baru)

Telivisyen LED, 22 watt

Lampu kalimantang panjang, 36 watt

Periuk nasi kecil, 350 watt

Pengisar/blender, 240 watt

Cordless kettle, 1800 watt

Peti sejuk, 222 watt. (mentol di dalam adalah 15 watt)

Kipas angin duduk, 40 watt


Cukup sekadar ini yang jadi contoh. Semakin tinggi watt dan digunakan dalam jangkamasa yang panjang, maka semakin tinggi jumlah bil yang perlu dibayar.


Monday, 4 March 2013

Rumah di laluan talian elektrik penghantaran TNB




Rumah anda atau sesiapa sahaja berada di laluan talian elektrik?
Rumah anda atau sesiapa sahaja berada betul-betul di laluan talian elektrik?
Anda lalu di bawah laluan talian elektrik?  
Adakah ianya selamat? Adakah rumah ini dibenarkan pembinaannya? Mari kita baca apa kata si polan dan sipolan....

Gambar sekadar hiasan: Talian servis......biasa ditemui di hadapan/belakang rumah
(ini bukan talian penghantaran tauu...)

Mula-mula kita baca ringakasan  petikan akhbar sekitar tahun 2010:

Pendedahan kepada radiasi gelombang elektromagnetik (EMF) di bawah tahap 1000 milliGauss (mG) tidak membawa kesan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia, Naib Presiden TNB (Penghantaran) Rozimi Remeli berkata seseorang itu berkemungkinan mengalami kesan sampingan sekiranya terdedah EMF secara berterusan 24 jam pada kadar melebihi 1000 mG.

Persepsi yang mengatakan bahawa sinaran EMF boleh menyebabkan penyakit seperti kanser adalah disebabkan kurang pemahaman mengenai EMF.

Menurutnya kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sekiranya seseorang itu sentiasa terdedah kepada radiasi atau sinaran EMF melebih 1000mG, kemungkinan orang itu terdedah kepada kesan sampingan. Bagaimanapun di bawah 1000 mG adalah selamat.

Talian penghantaran....yang ni Voltan Tinggi (HV - High Voltage)

Alat-alat yang menghasilkan medan elektromagnetik adalah seperti telefon bimbit, televisyen, komputer, talian kabel elektrik, pencawang elektrik, mesin fotostat, ketuhar gelombang mikro dan banyak peralatan elektrik lain. (Kebanyakan peralatan ini berada lebih hampir pada kita berbanding talian elektrik)

Kebanyakan peralatan elektrik dalam rumah menghasilkan sinaran EMF yang tinggi seperti ketuhar dan telefon bimbit tetapi ia tetap tidak memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Ketuhar gelombang mikro di rumah menghasilkan 400 mG. Manakalakabel pemancar TNB hanya menghasilkan kira-kira 15 mG EMF dan oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang sekiranya rumah mereka terletak di bawah kabel pemancar TNB.

Kemudian, kita baca apa kata mereka yang pernah terlibat dengan kerja-kerja TNB dan yang sewaktu dengannya...

Kata seorang pelukis pelan dan seorang kontrektor, TNB tidak membenarkan apa-apa binaan di bawah laluan talian (rentis) TNB, kerana direzabkan untuk laluan rentis TNB. Perlu ada lagi 20’ dari kabel yang last sekali untuk buffer zone. Tanah-tanah berhampiran pun tak dibenarkan dibina sebarang binaan kecuali untuk tanaman @ pertanian. Walaubagaimanapun, hanya tanaman tertentu yang dibenarkan kerana perlu ada ketinggian tertentu untuk ‘clearance’. Contohnya untuk buat kerja dibawah transmission line 275kv perlu ada clearance 7 meter. Kalau kurang adalah lebih mudah untuk kena renjatan

Jadi..anda boleh fikirkan apa yang anda pelajari kali ini....selamat berilmu....

Friday, 1 February 2013

Cara jimat bil elektrik..pasti boleh!!

Kos penggunaan elektrik bagi setiap isi rumah bergantung kepada saiz keluarga, tabiat hidup, bilangan dan umur peralatan elektrik, dan jam penggunaan. Anda boleh mengira anggaran kos elektrik untuk peralatan yang berbeza jika anda tahu perkara-perkara berikut:
  •     Kadar Kuasa (power rating) perkakas elektrik dan kecekapan
  •     Bilangan jam peralatan yang digunakan
  •     Kadar tarif domestik per kilowatt jam (kWj)


Anda semua dah pelajari kan perkara di atas dalam post sebelum ini........kita ke bahagian seterusnya...

Nak jimat bil elektrik? Senang je tuuuu....

Kalau tengok kat kedai-kedai banyak dijual peralatan elektrik yang...
  • Mempunyai pelekat perakuan jimat tenaga (bintang..kaler merah..). 
  • Peralatan yang bernama 'inverter' tu
  • Energy Saver item seperti mentol......gi la beli

Tapi, orang TNB yang sembang dengan aku pun sengih-sengih je bila sembang pasal isu nak jimat bil elektrik ni bila guna pendekatan di atas. Bukannya tak berkesan, tapi ada kaedah yang lebih mudah...Benda kat atas tadi, harganya agak tinggi berbanding yang biasa-biasa....

Kaedah paling mudah untuk mengurangkan bil elektrik adalah dengan mengurangkan penggunaannya. Haaaa...maksudnya sila tutup bila tak digunakan, bila tak diperlukan, jangan tinggalkan peralatan anda dalam keadaan 'stand-by' (kipas angin pakai remote tu kalau letak mode stand-by dia jalan 2 watt jugak, decoder Astro berapa pulak ye??).

Pasti akan berjaya. Percaya atau tidak sila tengok semula post aku ketika kita kira bil elektrik tempohari. Cuba kurangkan....pasti kurang bil elektrik tu...

Selamat mencuba...berlatih..lama-lama akan biasa....