Thursday 30 October 2014

Suasana Penjualan Tiket Final Piala Malaysia 2014 @ Pahang

Perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini 1 November 2014 akan menemukan jaguh pantai timur Pahang Darul Makmur selaku juara bertahan dengan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil.

Semalam 10,000 tiket telah dijual menerusi atas talian (on-line) di www.tickethotline.com.my  bermula jam 10 pagi. Tapi desus-desus mengatakan dalam masa 30 minit sahaja sudah habis..sudah 'sold-out'. Wowww...pelik bebenor ni...tapi ade jugak yang kata dia dapat beli jam 4 petang...

Manakala 80,000 baki tiket dibahagi sama rata..40,000 untuk JDT dan Pahang. Tiket-tiket manual ini akan dijual di Pahang dan Johor bermula hari Khamis. Tiada tiket yang dijual di Stadium Bukit Jalil melainkan penebusan tiket online yang bermula Khamis juga

Pagi ni tadi kebetulan nak gi JPN di UTC lalu sebelah Stadium Darul Makmur, lokasi penjualan tiket bagi penyokong Pahang. Ce tengok gelagat dan pengorbanan penyokong Pahang ni beli tiket di Stadium Darul Makmur...







Amacam? Ada brani? Semoga mereka ni berjaya membeli tiket yang diharapkan.... Tiket dewasa RM40 dan kanak-kanak RM5. Harga tiket online mahal sikit.. RM44.29.

Yang aku tengok ni tadi perempuan pun berbaris dalam barisan yang sama....emmm.... haritu ada barisan untuk perempuan... atau ada tp pompuan ni memang nak beratur kat sini jugak...entahlah... Cuaca panas.. ada yang berpayung.. beratur panjang wehhh... Ada yang pukol 1 pagi dah pacak depan kaunter tiket ni...


Harap-harap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku... lebih 2000 polis terpaksa buat kerja lain iaitu mengawal keadaan nanti...

Dijangkakan lebih 900 bas daripada Pahang dan Johor akan datang ke Bukit Jalil. Bagi mengelakkan ada bas kena bako..kena baling batu... bas bagi penyokong JDT akan ditempatkan di Universiti Putra Malaysia manakala Pahang di Taman Teknologi Malaysia

Monday 27 October 2014

Wireman & Chargeman level

Terdapat tahap tertentu dan bidang tugas/had tugas dalam "wireman" dan "chargeman", orang kompeten yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)

Dalam Bahasa Malaysia wireman ni orang sebut pendawai wayar elektrik, manakala chargeman ni orang sebut penjaga jentera elektrik

Wireman level:

PW1: Pendawaian 1 fasa
PW2: Pendawaian 1 fasa & Endorsan pengujian
PW3: Pendawaian 3 fasa
PW4: Pendawaian 3 fasa & Endorsan pengujian
PW5: Pendawaian 3 fasa dengan Papan Tanda Neon
PW6: Pendawaian 3 fasa dengan Papan Tanda Neon & Endorsan pengujian

Chargeman level:

Sistem Voltan Rendah (VR) sekatan 1000V:

A0: Sistem VR tanpa stesen janakuasa & talian atas
A1: Sistem VR tanpa stesen janakuasa 
A4-2: Sistem VR tanpa talian atas dan janakuasa segerak
A4-1: Sistem VR tanpa penyegerakkan (synchronizing) janakuasa
A4: Sistem VR tanpa had

Sistem Voltan Tinggi (VT) sekatan 33kV/11kV:

B0-2: Sistem VT tanpa stesen janakuasa VT, talian atas VT, janakuasa segerak VR dan talian atas VR
B0-1:Sistem VT tanpa stesen janakuasa VT, talian atas VT dan penyegerakkan (synchronizing) janakuasa VR
B0: Sistem VT tanpa stesen janakuasa VT dan talian atas VT
B1: Sistem VT tanpa stesen janakuasa VT
B4: Sistem VT tanpa had

Friday 24 October 2014

Pahang mara ke Akhir Piala Malaysia 2014

Tahniah buat pasukan Tok Gajah kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir Pala malaysia 2014.



Pahang menewaskan Kedah 5-0 dalam perlawanan ke-2 di Stadium Darul Makmur malam tadi. Pahang selaku juara bertahan mara dengan agreget 6-3, setelah skuad Kenari menewaskan skuad Tok Gajah 3-1 pada perlawana pertama di Darul Aman.

Tok gajah terus mengamuk sebaik tiupan wisel perlawanan dibunyikan. Hasilnya seawal minit ke-4 tok gajah telah mendahului 1-0 menerusi jaringan Matias Conti. R Gopinathan menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-24. Matias Conti menjaringan gol ke-3 setelah mendapat hantaran dari Nakawame melalui satu rembatan yang cukup deras pada minit ke-30. Conti terus melengkapkan hat-rick nya pada init ke-37 untuk kedudukan semasa 4-0

Bersambung separuh masa ke-2 kedua-dua pasukan terus berbalas serangan. Sedang Kenari asyik menyerang tiba-tiba R Gopinathan melarikan bola di sebelah kiri padang, menggelecek Adam Griffiths dan seterusnya menewaskan penjaga gol Kedah untuk gol ke-5 pada init ke-74.

Tahniah Pahang... Tahniah Tok Gajah.... Hadiah terbaik buat DYMM Sultan Haji Ahmad Shah sempena hari keputeraannya dan seluruh penyokong Tok Gajah.

Siapa akan bertemu Pahang di pentas akhir nanti? Felda atau JDT?

Wednesday 22 October 2014

IKIP Convo Fest 2014

Konvokesyen (Konvo) dan Pesta Konvo... ibarat irama dan lagu. Jika ada konvo, kebiasaannya pasti ada pesta konvo. Apa pesta konvo tu? Macam-macam ada..... ada gerai jualan, permainan, forum dan sebagainya. Ikut institusi pendidikan berkenaan lah nak isi dengan apa...



Sempena dengan Konvokesyen Kolej Antarabangsa IKIP pada 15 November 2014 nanti, satu aktiviti bersempena yang dinamakan "IKIP Convo Fest 2014" atau dalam bahasa mudahnya Pesta Konvo IKIP akan diadakan pada 8 November 2014 (tarikh asal 1 November - tukar sebab final bola) bertempat di Bangunan Asrama baru IKIP di Tanjung Lumpur Kuantan Pahang. Kat mana asrama baru ni? Dibelakang daripada bangunan Yayasan Pahang (YP).... Terdapat juga lokasi lain iaitu IKIP Taman Gelora dan Pantai Anak Air.

Apa program yang ada???

Program/pertandingan yang dianjurkan adalah memancing (di Pantai Anak Air), Ivory Run (berlari dari IKIP 3 Taman Gelora - Asrama Tanjung Lumpur). Sementara itu pertandingan mewarna, Tamiya IKIP Race, Auto Show, Wau Kampung, Soccer 4 on 4, memasak bubur Asyura dan Gerai jualan akan dilaksanakan di Asrama Tanjung Lumpur.

Disebelah malam akan ada forum perdana... risik-risik katanya panelnye hebat juga... Ustaz Badli Shah dan Ustazah Sharifah Hayati...

Jadi jangan lepaskan aktiviti-aktiviti yang menarik ni.... Ada hadiah tuuuuu....

Moh la wehhhhhh!!!


Wednesday 15 October 2014

Tapai Banjar


Suahkah nireng makanan nih? Amun bujur Banjar masti suah pang. Nih ngarannya tapai. Ilah tapai hubik, tapai baras bat urang lain. Taga tapai banajr nih lain dari yang lain.

Bat urang warnanya putih... yang nginih warnanya hijau. Diulah dari baras pulut. Mapa jadi hijau? Ada banyu lapaian nya... Jangan takajutlah banyu lapaian nya adalah daun kato (tuh jadi hijau), cabai parawit awan sahang. Imbah pulut tadi di kukus...di kapal kapal haloi haloi...lapai dangan banyu lapaian tadih. Lagi sadap pundut dangan daun...daun kaladi kah..daun apakah....jangan daun tarup sudah...hehehee...

Imbah tuh patak jauh jauh babarapa harik...amun sampai mandingur baunya lagi sadap..hahaha...3-4 hari jadi am...masak dah

Dah masak hingkat dah ditungap....kada mangulih kanan kiwa lagi pang...kawanan gin kada ditinggali...hihihii...



Napa kukuriheng?

Saturday 11 October 2014

DIY: Servis Air-Cond / Bersihkan Penghawa Dingin

Nak tahu bilik kita banyak habuk ke tidak? Meh kita tengok pada penghawa dingin. Kalau banyak habuk pada penapisnya... maka memang banyak la habuk dalam bilik kita tu...

Hari ini aku nak kongsi cara-cara nak bersihkan penghawa dingin dengan kaedah D.I.Y. Air-cond yang aku nak godek ni jenama YORK.

Mula-mula matikan smber tenaga (bekalan elektrik) pada air-cond ni. Pastu buka penutup depan aircond tu.... Tadaaa... banyak kan habuk kat penapis tu????


Angkat filter 

Disebalik filter tadi

Zoom-in.. Nampak kotoran degil tu? 

Taraaaa...nilah senjata membersih

Disebalik penapis/filter tadi ada lapisan besi yang sungguh lembut. Tekan sikit je dah bengkok. Maka untuk menghilangkan habuk-habuk yang telah menjadi kotoran degil untk tanggal ni aku gunakan berus gigi terpakai (nak pakai yag baru pun bulehh). Berus gigi tu mesti jenis lembut. Gosokkan perlahan mengikut alur besi tadi. Macam gosok sambil korek habuk tu keluar la...

Penapis / filter tadi sembur je dengan air. Kalau nak berus pun agak-agak la.... mudah koyak

Disebabkan terlalu degil kotoran ini maka aku perlu langkah pembersihan yang lebih advance. Aku kena buka body / casing air-cond ni. Macamana nak buka body / casing air-cond YORK ni?


Rujuk gambar atas. Ada 5 skrew yang kena buka. Skrew 1 & 2 kena buka dahulu. Nak buka skrew tu kena selak salur angin kat bawah tu. Lepas tu baru buka 3 lagi skrew kat atas tu... Lepas tu bahagian atas air-cond tu ada 3 klip

Nampak lebih jelas kotoran degil itu

Berus..berus dan terus berus.... dan hasilnya

 Dah pasang casing.. cun woo


 Zoom-in sikit...suci tak berdebu

Perbandingan... Sebelum berus gigi

Selepas 

Dah siap...jom tido...kikiiii

Semoga bermanafaat untuk anda