Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Monday, 29 October 2018

Lihat Tahun Keluaran Kenderaan Melalui VIN Kenderaan


Apa itu VIN – Vehicle Identification Number?

VIN adalah gabungan 17 digit/angka yang unik untuk setiap kenderaan. Ianya mengandungi beberapa maklumat seperti pembuat, tahun dikeluarkan, jenis enjin dan lain-lain. Kalau manusia ianya adalah macam nombor kad pengenalan.

Setiap digit/angka dalam VIN boleh di nyahkod (VIN decode) untuk mengetahui di mana kenderaan itu dibuat? Tahun berapa ianya dibuat? Dan beberapa maklumat yang lain.

Dimana VIN ini boleh didapati? Kebanyakan kenderaan di Malaysia, VIN ini orang kita panggil chasis number atau orang panggil nombor body kenderaan. Biasanya terletak dalam bonet hadapan dikawasan enjin atau pintu sebelah penumpang hadapan. Bagi model Honda BRV , VIN terletak di sebelah penumpang hadapan. Buka pintu boleh nampak.

Berikut adalah contoh VIN Honda BRV:





Mari kita menyahkod VIN Honda BRV ini (Honda BRV VIN Decode)

1.       Manufacturer/make:
PHM = Honda Malaysia Sdn. Bhd (Honda Passenger Vehicle)

2.       Line, body, engine type
DG1 = BRV, L15Z1 i-VTEC

3.       Body type, transmission
8 = 5 pintu, SUV, CVT

4.       Grade
4 = unknown

5.       Fixed code (ada model Honda yang ini month production code)
0 = unknown

6.       Production year
G = 2016
H = 2017
J = 2018

7.       Factory code
D = Honda Malaysia, Melaka

8.       Serial number
6 digit terakhir merupakan nombor siri kenderaan



 Maka ini adalah kereta keluaran Malaysia pada tahun 2017

So...kenderaan anda keluaran mana dan tahun berapa?

Monday, 14 November 2016

Setting Nombor Telefon Waris pada Lock Screen Telefon


*Panduan Untuk Simpan Nombor Telefon WARIS Bila Berlaku Kemalangan*

Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK (yg ada password). Yalah, macam mana mereka nak buka dan lihat senarai nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK..?

Di bawah ini dikongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di screen bila phone anda LOCK.

Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana di bawah:

*LENOVO*
1. Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency

*SAMSUNG*
1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4.Owner infomation… Masukkan no telefon emergency

*ASUS*
1. Setting
2. Lock Scren
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency

*XIOMI*
1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency
Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.

*IPHONE (APPLE)*
To set, launch “Health” app & create Medical ID.
To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Emegency
3. Medical id… Your emergency contact details will appear.

Contoh maklumat / nombor yang hendak dipaparkan

Contoh paparan sebenar

Anda boleh cuba buat langkah-langkah di atas. InsyaAllah ada kebaikannya.

*SHARE jika info ini bermanfaat*

Friday, 11 November 2016

Pahang Bike Week 2016

Pahang Bike Week on 4 to 6 November 2016 at Taman Gelora Kuantan Pahang. In front of Kolej Yayasan Pahang.

Let the picture tell the story....Enjoy it


 The making of.......

 Completed gateway

Can-Am Spyder


 Exhaust sound test

 BMW Motorrad

 Biker helmets

CMC Italjet 125

Indiana...Victory


 Mr Rabbit

 Special guest - Tengku Amir


 Merc 6.3 ?










Done!


Coming soon...... 
Terengganu International Bike Meet 2016 
@ Kuala Terengganu, Terengganu 25 - 27 November 2016
Open to all bike type and cc

Wednesday, 2 November 2016

How to Change Fahrenheit to Degree Celsius on Air-Conditioning Remote

Do you have a problem with your air conditioning remote control display? Is it show a Fahrenheit? You know how to change it back to Degree Celsius? No?

Let me help you how to change Fahrenheit to Degree Celsius (and vice versa) on your air conditionong remote control display

YORK: Press the (+) and (-) button simultaneously



PANASONIC: On TIMER area, press the (Ñ) button and hold for 10 seconds


Wednesday, 19 October 2016

Membaiki mesin basuh rosak

Cerita lama...just baru kongsi di sini....

Dalam era moden ini, antara perkara yang membawa masalah besar adalah apabila mesin basuh rosak. Apatah lagi jika saiz ahli keluarga adalah besar. Perkara ini berlaku baru-baru ini di rumah ku. Isteri memberitahu bahawasanya mesin basuh tidak hidup langsung. Maka aku pun menggunakan kepakaran serta ilmu yang ada untuk mengenalpasti apakah masalahnya. 

Sob..sob...tiada denyutan nadi langsung

Setelah dicongak darab bahagi tolak campur, serta bantuan dari sahabatku pomen yang otai Mr Fairul Azizi....maka kesakitannya telah dikenalpasti. Soheh bahawasanya sakit mesin basuh Samsung Fully Automatic 7.0kg WA91U3 yang tidak boleh hidup langsung ini adalah PCB nya rosak.

Maka pergilah mencari spare-part yang berkenaan di kedai yang berkenaan....

Sesambil itu, baju yang telah dihimpun dibawa berkelah di kedai dobi layan diri...kihkihkih...

Kemain seronok tentera-tentera aku...

Ok, spare-part yang ditempah khas sudah sampai...yelah, kalau kat KL mudah sikit nak cari spare-part macamni. This is Kuantan....up to 300km to KL...kehkehkeh.

Spare-part dah ada....pasang...godek-godek..YES !!!!! Hidup !!! Alhamdulllah !!!

Tu diaaaa....dah ada lampu

Actually selain dari PCB board nye, aku juga telah menggantikan water inlet valve, kepala paip dan salur paip nya sekali... Untuk masukan yang lebih lancar berbanding yang lama...macam iklan pulak.

Mesin ini sebenarnya dah berumur lebih sembilan tahun....see.....

Selepas kisah ini menular dari tingkap ke tingkap...banyak jugalah soalan-soalan yang aku hadap, dan masalah-masalah mesin basuh yang selesaikan....ade kederat aku bikin lah...hehee

Oklah...adios amigos brabus....

Tuesday, 18 October 2016

Tandas Terlajak Canggih

Tempohari aku melalui sebuah lebuhraya... Rasa penat menakluki diri dan ingin berehat seketika... Aku pun berhenti di sebuah hentian di lebuhraya berkenaan. Hentiannya tidaklah besar...

Aku pergi ke tandas lelaki untuk qada hajat. Tiba-tiba aku rasa macam sesuatu yang pelik bila memasuki ruang tandas kerkenaan....

Adakah aku menemui... makanan? orang? bayi? seluar dalam? bra? mahupun kondom?



Apa dia???

Tu dia.... pertama kali dalam hidup aku jumpa tandas untuk kegunaan awam yang mempunyai kepala paip yang cukup tinggi. Kiranya pengguna kena berdiri sedikit baru sampai nak buka paip tu....

Adehhhhh....hebat sungguh orang yang merekabentuk tandas ni.....

Kasa kecewa ada...kelakar pun ade....

Korang tau kat mana ni? Hehehee....

Wednesday, 21 September 2016

Hard Disk Drive (HDD) From Inside



1. Cover
Bahagian yang menutup bahagian-bahagian dalaman HDD

2. Base Casting

Diperbuat dari logam solid bercetak. Digunakan untuk meletakkan bahagian-bahagian dalaman HDD. Cukup berat dan kalau jatuh ke kaki memang.....

3. Platter/Disk
Berupa piring magnetic berbentuk bulat. Bahan yang sering digunakan adalah almunium atau kaca dan campuran seramik.

Desktop biasanya menggunakan platter bersaiz 3.5 inch manakala laptop pula bersaiz 2.5 inch (ukuran diameter).

Platter inilah storan penyimpan data yang anda lihat seperti 100 GB, 500 GB ataupun 1 TB. Setiap 'platter' mampu menyimpan data pada kedua-dua bahagian (both side), dan memerlukan 2 'head' untuk mengimbasnya. Jangan terkejut jika 1 TB HDD mempunyai sehingga 4 keping platter di dalamnya!

4. Spindle Motor
Merupakan ‘high-speed motor’ yang memutarkan ‘Platter’ pada halaju yang cukup tinggi. Kebanyakan desktop hari ini dilengkapi HDD berkelajuan 5400 RPM (Revolutions per Minute) atau 7200RP. Ada juga yang mencapai 15,000 RPM (.

Semakin tinggi RPM maka semakin tinggi kelajuan hard disk. Contohnya:

5,400 RPM HDD mempunyai sequential performance 75 MB/s dan random performance 65 IOPS

7,200 RPM HDD mempunyai sequential performance 100 MB/s dan random performance 90 IOPS

*Sequential performance (untuk pemindahan file) dan random performance (untuk menjalankan program dan multitasking)

5. Actuator Arm
Bagian dari harddisk yang berfungsi sebagai lengan mekanik yang menggerakkan head untuk membaca atau menulis data pada ‘platter’ (cakera magnetic). Bahan yang selalunya digunakan adalah kepingan logam yang kuat tapi sangat ringan sehingga mudah untuk digerakkan.

Agak-agak kalau 1 TB HDD ada berapa ‘actuator arm’ ye?

6. Actuator
Berupa blok logam yang bersifat magnetik yang di dalamnya terdapat motor penggerak lengan mekanik. Terdapat 2 magnet yang mempuyai keupayaan yang cukup tinggi.

7. Slider & Head
Terletak dihujung ‘actuator arm’ yang berfungsi untuk membaca dan menulis data pada ‘platter’.

8. Ribbon Cable
Berupa kabel tipis yang menghubungkan head (dari actuator) ke papan logic

9. Circuit Board
Papan rangkaian elektronik untuk mengoperasikan hard disk.



Psss....kalau salah tolong ajarkan...saya tulis base on knowledge and previous experience...

Monday, 15 August 2016

Touch n Go Reload !


Sesudah subuh....golekan tayar memulakan perjalanan ke kampung halaman...

Semak baki kad Touch n Go...hmmm....kurang nih..nak kena topup ni...





Melintasi stesen minyak Petronas batu 12, tempat biasa untuk aku mengisi kad Touch n Go ni...tapi kali ini memutuskan untuk mengisi di plaza tol.

Sampai plaza tol Gambang...

"Kak nak topup!"

"Tak buka lagi encik...jam 10 pagi baru boleh topup"

Erkkk....pulakkkkk....ada waktu pulak ye??? Hadoiiiii....Jadi untuk alternativenya ambil la tiket tol

Singgah di Shell sebelah RnR Temerloh...

"Nak topup Touch n Go..."

"Maaf Encik, sistem offline lagi" jawab Bangla yang bertugas

Erkkkk....sekali lagi....memang kecewa sangat-sangat...

Meneruskan perjalanan....nak berhenti di hentian Lanchang.....sekali tengah renovation pulak...hadoiii....maka teruskan perjalanan...bayar tunai di tol Karak... exit ke Karak mencari gerai untuk sarapan...hehee...lupa sekejap kekecewaan Touch n Go.

Baki dalam kad tu sebenarnya cukup untuk tol Bentong dan Gombak..cuma kalau nak tambah dengan LPT punya tak cukup la...so aku teruskan perjalanan....sebab baki tadi cukup maka aku tidak mencuba nasib di lorong reload di tol Bentong...

Ada urusan "qada' hajat"di hentian Gombak...berhenti sekejap...sekali ada pulak mesin reload Touch n Go yang macam mesin ATM tu... aku kalau nak reload pakai mesin ni agak was-was sikit...sebab kalau mesin tu telah duit dan tak memberikan hasil yang diharapkan bukan ke haru....aku pernah tengok satu brother tu nak topup kredit henpon pakai mesin macam tu dulu...duit telan...topup tak dapat...puiii

Aku cuba la juga sebab dah 2 kali kecewa...So aku cuba mesin itu dengan menyemak baki dahulu sebagai langkah berjaga-jaga adakah mesin itu ok atau tidak. Ok...mesin memberikan jumlah yang betul.. Ok maka bermulalah 20 saat yang begitu pantas untuk aku topup kad tu...

Dan akhirnya....BERJAYA !!! Yahoooooooo.... cuma aku tak melompat-lompat je kat situ... Hahahaaa

Mesin itu sangat membantu...cuma pengguna perlu bersedia dengan kad dan duit sebab dia ada sediakan timer, kena ikut timer tu....sebelum guna ada pesanan-pesanan dari mesin tu seperti kalau duit kena telan tapi topup tak dapat dan lain-lain...

So....kekecewaan aku dah terubat....

Home sweet home...........


Wednesday, 10 February 2016

Gadgets World 666 Bangi

Jalan-jalan pergi cari casing untuk Tab Lenovo A5500... Dah dekat Bangi maka pwrgi la cari kat Gadgets World 666 di Section 15 delat dengan Stesen Minyak Petronas. Dari tepi jalan utama nampak dah kedai ni..sebelah dengan hotel.

RM25 untuk casing tab ni. Pada aku ok dah harga tu... Sebab kat Kuantan harga sekitar RM60

Sunday, 11 October 2015

Vintage Car Overhaulin

Mr Mat Nayan in Vintage car overhaulin

Tuesday, 6 October 2015

DIY Roda Tayar Anda

Kali ini kita buat kerja kerastangan tukar tayar roda ampaian...

Ape kes bilamana roda tayar ampaian dah tak mahu berpusing..apatahlagi kesudahannya tercabut.. Maka tahap kepayahan untuk menggerakkan ampaian kehulu kehilir memang tinggi...payohh payohh..

Aku pun gi kedai hardware yang ada jual roda yang bersesuaian... Actually aku gi Cowboy je kat sini ni...

Dah beli 4 butir... Balik rumah gi pelangkung roda lama bagi semua tercabut.. Pastu sebab takde alat nak welding maka aku ikat je ketat-ketat dengan cable tied....



Tarraaaa.... Berehhhh... Boleh dah kehulu kehilir....

**Damage: Tak sampai pun RM20...ikut la jenis roda yg anda mau...

Thursday, 16 July 2015

Raya 2015: Esok nak raya wehh

Esok raye wehh kalau ikut kalender kuda mahupun unta. Rutin macam biasa, pagi-pagi buta dah start enjin pergi market beli apa-apa yang patut. Tu diaaaa...ramainya orang bersesak nak beli ayam..daging..daun ketupat dan macam-macm lagi la..

Baik di market..jalan tepi stadium nak ke market..jalan lps simpang  4 LPN..semua penuh sesak dengan orang nak beli ayam..daging..daun ketupat ! Raya mungkin tak lengkap kot kalau tak ada ayam kot.

Harga ayam tahun ni kaler pink RM7.70 sekilo. Upah potong RM1 seekor. Selamat Hari Raya korang semua yg beragama Islam....Maaf Zaher & Baten

Tuesday, 7 April 2015

Demak DZM 200

"Superbike" dari Demak - DZM 200.... Harga? Entahlah...orang kat kedai ni kate bawah RM10k