Monday, 29 October 2018

Lihat Tahun Keluaran Kenderaan Melalui VIN Kenderaan


Apa itu VIN – Vehicle Identification Number?

VIN adalah gabungan 17 digit/angka yang unik untuk setiap kenderaan. Ianya mengandungi beberapa maklumat seperti pembuat, tahun dikeluarkan, jenis enjin dan lain-lain. Kalau manusia ianya adalah macam nombor kad pengenalan.

Setiap digit/angka dalam VIN boleh di nyahkod (VIN decode) untuk mengetahui di mana kenderaan itu dibuat? Tahun berapa ianya dibuat? Dan beberapa maklumat yang lain.

Dimana VIN ini boleh didapati? Kebanyakan kenderaan di Malaysia, VIN ini orang kita panggil chasis number atau orang panggil nombor body kenderaan. Biasanya terletak dalam bonet hadapan dikawasan enjin atau pintu sebelah penumpang hadapan. Bagi model Honda BRV , VIN terletak di sebelah penumpang hadapan. Buka pintu boleh nampak.

Berikut adalah contoh VIN Honda BRV:





Mari kita menyahkod VIN Honda BRV ini (Honda BRV VIN Decode)

1.       Manufacturer/make:
PHM = Honda Malaysia Sdn. Bhd (Honda Passenger Vehicle)

2.       Line, body, engine type
DG1 = BRV, L15Z1 i-VTEC

3.       Body type, transmission
8 = 5 pintu, SUV, CVT

4.       Grade
4 = unknown

5.       Fixed code (ada model Honda yang ini month production code)
0 = unknown

6.       Production year
G = 2016
H = 2017
J = 2018

7.       Factory code
D = Honda Malaysia, Melaka

8.       Serial number
6 digit terakhir merupakan nombor siri kenderaan



 Maka ini adalah kereta keluaran Malaysia pada tahun 2017

So...kenderaan anda keluaran mana dan tahun berapa?

No comments:

Post a Comment