Tuesday 30 October 2012

Skuter baharu BMW


BWM Group Malaysia (BMW) menerusi BMW Mottorad telah melancarkan dua model baharu iaitu BMW C600 Sport dan BMW C650 GT di Kuala Lumpur, semalam. Berduyun-duyun peminat-peminat skuter dan BMW datang untuk melihat lebih dekat.

Motosikal ni lebih kepada jenis skuter...tapi memang besar gedabak la...Rangkaian kuasa BMW C600 Sport dan BMW C650 GT terdiri daripada enjin dua silinder sebaris rekaan terbaru BMW Mottorad dengan output sebanyak 44kW/60 hp pada 7,500 rpm, tork maksimum sebanyak 6,000 rpm serta dilengkapi ciri bunyi dan getaran yang amat rendah.



BMW C600 Sport

BMW C650 GT


Harga runcit atas jalan tanpa insurans untuk BMW C600 Sport ialah RM65,00 seunit dan BMW C650 GT, RM68,800 seunit. Perghhhh....ada brani? Kalau duit banyak memang tak jadi masalah kan...BMW C600 Sport ni didatangkan dengan pilihan warna Cosmic Blue Metallic Matt, Titanium Silver Metallic dan Sapphire Black Metallic. Manakala BMW C650 GT mempunyai pilihan warna Sapphire Black Mettalic, Platinum Bronze Metllaic dan Vermillion Red Metallic.


Friday 26 October 2012

Hari Raya Korban...History

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Salam Aidul Adha....Selamat Hari Raya Aidul Adha....

Hari ini seluruh umat Islam di Malaysia merayakan Hari Kebesaran...Hari Raya Aidul Adha atau dikenali dengan Hari Raya Korban. Maka bermula hari ini 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah maka banyaklah lembu, kerbau, unta dan kambing yang akan dikorbankan. Masa ini merupakan 'durian runtuh' kepada penternak haiwan-haiwan berkenaan.

Sejarah ibadah ini bersempena korban yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mendapat mimpi diarahkan untuk menyembelih anaknya. Setelah segala persiapan dilaksanakan dan memang 100% akan dilaksanakan...disaat parang berada di leher anaknya, Allah telah menukarkan anaknya Ismail dengan Kibas.

Namun sejarah awal korban bermula pada zaman Nabi Adam lagi. Kisah korban 2 orang anaknya, satu diterima dan satu lagi tak diterima (kisah penuh lihat Surah Al-Maidah ayat 27). Satu lagi pada zaman Nabi Muhammad (Surah Al-Hajj ayat 27 juga)...initipati daripada 2 kisah dalam 2 ayat tadi sebenarnya menyatakan ibadah korban dinilai bukan pada berapa harga lembu..berapa besar..cun atau tak...tapi yang utama adalah "taqwa"...tanpa taqwa ibadah tidak akan diterima....(tapi, syarat-syarat haiwan yang nak dikorbankan tu perlu dipenuhi juga tau..)

Jadi masih ada kesempatan untuk kita memperbetulkan niat kita melakukan korban...Selamat melaksanakan ibadah korban...dan beringat-ingat makan daging dan sup tu...nanti sesak pula di klinik

Thursday 25 October 2012

Melayu pengemis di tanah air sendiri




Melayu pengemis di tanah air sendiri? Panas telinga..mendidih darah baca tajuk ni.. Tapi, inilah berita paling panas hari ini di YahooNews....siapa kata? Bekas Perdana Menteri kita.....Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. "Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu hari ini.

Jelas Dr Mahathir, kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.

"Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita," katanya. Perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik. "Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi.

"Saya tidak yakin resolusi daripada kongres hari ini akan diambil kira kerana mereka (Umno) tidak cukup kuat," katanya, dan menambah "kita perlu beri mereka kuasa, jadi kita akan dihormati.". Dr Mahathir turut berkata apabila Melayu semakin lemah, bangsa lain juga akan turut memandang rendah terhadap hak mereka. Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukanlah bersifat perkauman. "Saya hanya mahu mengagihkan kekayaan negara dengan adil.

"Kita 60 peratus daripada populasi, kita hanya minta 30 peratus, ambil lah yang bakinya."
Mengakhiri ucapannya, Dr Mahathir kemudiannya menyeru Melayu untuk melihat diri sendiri dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.

Menurutnya, beliau turut berbangga kerana ramai antara masyarakat Melayu berjaya menjadi jutawan dan hartawan, malah ada yang menempa nama di persada antarabangsa tanpa bantuan kerajaan.
"Kita perlu tanya diri kita sendiri, adakah kita gagal kerana gangguan orang lain?

" Kerajaan tidak membantu kita? Atau kita tidak beri peluang kepada diri sendiri," katanya lagi.

Sumber: Yahoo News

Kenali Tayar Anda


Cuba anda tengok tayar kenderaan anda..terutamanya yang beroda 4 dan ke atas lah....anda pasti perlu tahu maklumat ini...yelah...nak balik cuti raya ni kenalah periksa tayar kenderaan anda...bunga ok ke tak...angin cukup ke..pastu ada lagi maklumat lain yang kena tau....apa dia? ce semak kat gambar kat bawah....kenalilah tayar anda...baru tau berapa muatan yg anada boleh bawa...berapa speed boleh, takdelah sesedap kaki je...hehehee...ada tarikh bila tayar anda tu dikilangkan....boleh la jangka dah berapa tahun hayat tayar tu


Wednesday 24 October 2012

FIRST LOOK: iPad mini



“Every inch an iPad,” Apple coos about its finally-unveiled, heavily-rumoured iPad mini.

Just fewer inches – 7.9 to be exact – compared to its bigger self’s 9.7, numbers easy to remember, noted the tech juggernaut’s Philip Schiller. But the downsizing doesn’t end there. This nano tablet cannot boast of Retina display and its 1024x768 resolution is only on the level of the iPad 2. In fact, considering all its features, the iPad mini is a small-sized iPad 2.






iPad Mini was launch at San Jose, California......price???? emmm....

Tuesday 23 October 2012

SAMSUNG Galaxy Note II


SAMSUNG Galaxy Note II...RM1,399 only? Huh...boleh caya ke? Buleh buleh buleh.....tapi kena beli secara online la...dan register recommended DG Smart Plan™ 88.....sesiapa nak gi la web DIGI tu...jangan oder kat aku..kehkehkeh...


Sunday 21 October 2012

Budak mati dibunuh, dibuang di bawah pokok sukun


Klang: Seorang kanak-kanak lelaki warga Kemboja yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain petang kelmarin, ditemui mati dibunuh dan dibuang di bawah pokok sukun dalam semak berhampiran rumahnya, di Sungai Udang, di sini, malam kelmarin.

Bapanya, Set El It, 35, yang keluar mencari mangsa bersama-sama jirannya, menemui mayat Sy Rasikin Sy Ismail dalam bungkusan kain sarung dan ditutupi daun, kira-kira jam 11.50 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof, berkata ketika ditemui mangsa memakai baju Melayu merah dan berseluar coklat selain ada kesan lebam di bahagian muka.

Katanya, sejurus selepas ditemui, bapa mangsa membawa mayat anaknya ke sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di mana mangsa disahkan meninggal dunia.

“Doktor mengarahkan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya, namun bapanya enggan dan membawa mayat mangsa pulang ke rumah bagi mengadakan majlis bacaan surah Yasin.
“Seorang jiran mangsa yang merasa curiga dengan kematiannya terus menghubungi polis dan memaklumkan mengenai kejadian kepada polis," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohamad berkata, sejurus selepas menerima laporan itu, sepasukan polis bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan sepasukan anggota unit anjing pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian bersama pegawai perubatan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, anjing pengesan mengesan sebuah rumah yang disyaki tempat mangsa dibawa sebelum dipukul sehingga mati.

Katanya, polis kemudian menahan dua lelaki warga Kemboja, yang bekerja sebagai tukang jahit dan selepas disiasat, kedua-dua mereka mengaku menampar dan memukul mangsa kerana selalu diejek sebagai ‘gila’ oleh mangsa.

Saturday 20 October 2012

Final Piala Malaysia : ATM vs TRW

Malam ini, pertembungan bersejarah dua 'Warrior' iaitu Angakatan Tentera Malaysia 'Helang Rimba'(ATM) dan Kelantan 'The Red Warrior' (TRW) di pentas akhir Piala Malaysia edisi 2012. ATM dah mengidam piala ni sejak 46 tahun yang lalu. Manakala TRWmahu mencipta sejarah menjuarai 3 piala musim ini..treble la tu.


Gambar dari Berita Harian (bharian.com.my)

Harapnya pertembungan malam ini berlangsung dalam situasi yang harmoni, baik pemain mahupun penyokong. Risau juga bila warrior bertemu warrior nih...harap-harapnya baik belaka...

Mesti ada banyak ragam..fesyen pakaian para penyokong yang akan hadir malam ini. Teringat pada edisi yang lalu di mana ada penyokong yang pakai coli  kat kepala demi fanatik kat team kesayangan dia, sebab kaler bra tu sama ngn kaler team dia...aduyaii...agak-agak ada lagi ke mamat tu malam ni...

Siapa akan menang? lewat malam nanti tau la sapa akan menang...keputusan dari Stadium Shah Alam, ATM sebagai tuan rumah selepas Stadium Bukit Jalil tak sesuai digunakan sebab rumput rosak..

Hairudin Omar pasti menjadi perhatian utama....sebab apa? pikir lah sendiri...

Curi Pakaian dan Blog Lucah

Jenh jeng jengggg..apa kaitan curi baju dengan blog lucah? kalau berbaju takkan la lucah kot...dia curi pakaian dalam pastu dia pakai papar kt blog kot.

Pagi-pagi ni aku buka Yahoo News..front page, popular view adalah pasal orang curi baju dan..3 page pasal blogger lucah...

Yang curi baju tu katanya artis...aik artis pun curi ka? Artis tu kata takdok curi...tuan gedung pun kata takdok pakaian yang hilang...aik???? jadi..sekadar cerita dongeng je la ye? Saje nak mengenakan orang lain ye

Blogger ni pulak katanya orang Johor Bahru, student Natioanal Universiti of Singapore..amik Law katanya...apa yang dia buat..katanya dia buat klip lucah (dia kata 'art')dengan boyfriend yang dia kenal 6 bulan..pastu dia papar kt blog dia...gila panas isu nih...nak tau lebih lanjut ce tengok kat Yahoo News

Friday 19 October 2012

Bumbung Bunglow Runtuh (Gambar)

Semalam, bumbung sebuah bunglow yang dalam kerja pembinaan telah runtuh di Seksyen 7 Shah Alam.  Seorang terkorban dan lima lagi cedera.
 


Anggota bomba ketika operasi menyelamat mangsa runtuhan bumbung banglo. 
Foto Sinar Harian: Rosli Talib
 



Punca runtuhan dipercayai akibat struktur binaan yang tidak kukuh. 
Foto Sinar Harian: Rosli Talib
 


  
Anggota Bomba dan Penyelamat menggunakan khidmat seekor anjing pengesan bernama 'Lack' bagi mengesan mangsa-mangsa yang terperangkap dalam kejadian bumbung runtuh sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, malam tadi. - Foto Bernama



Mayat mangsa pertama, Totok dikeluarkan pada jam 6.37 petang. 
Foto Sinar Harian: Rosli Talib
 



 Seorang petugas kontraktor memerhatikan tempat kejadian bumbung runtuh sebuah banglo di Seksyen 7, di sini ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan malam tadi. - Foto Bernama
















Monday 15 October 2012

Salah Siapa?

Hari ni (15/10/2012 sekitar jam 12.00 tghari) satu papan tanda baru telah dipasang di persimpangan Kawasan Perindustrian Padang Lalang. Masa pagi tadi takde lagi. Memang bagus tindakan ni. Jalan dan diturap baru, tambah dengan papan tanda yang baru.

Pandangan dari sisi kedai makan (Arked Makanan Padang Lalang)

Pandangan dari simpang tiga

Tapi bila tengok dan baca papan tanda nih, seperti ada sesuatu yang tidak kena...apa ye? Cuba anda perhati betul-betul. Yaaa....jika anda ingin ke Jalan teluk Sisek atau Pusat Bandar, anda perlu TERUS !!! Terus? ke mana ye? Langgar bangunan depan tu la kot...lokasi ni simpang tiga, ada simpang ke kanan dan ke kiri sahaja...adoiiii...

Siapa yang salah? Pereka arah papan iklan? Pembuat papan iklan? Pemasang papan iklan? atau....yang membaca yang silap?....

Update: Setelah satu jam berlalu....papan tanda ini sudah update! hehehee....yang ini baru la betul....satu tindakan yang pantasssss.....Syabbas pada yang bertanggungjawab! Masalah telah diatasi


Thursday 11 October 2012

Cheaper Mini Cooper

Cheaper Mini Cooper in the World (maybe). Based on price checking last two week ago, Mini Cooper is RM195,888 , Mini Cooper S is RM239,888 and Mini Cooper S Coupe is RM249,888. Now another model of "Hybrid Mini Cooper" available !!! It has free air-conditioner, no risk of increasing of fuel price, and it euro 5 standard!....now...ask for your best price...




Its actually a tricycle...cum with Mini Cooper body !!!

Wednesday 10 October 2012

Senarai Penuh Lokasi AES

Dalam entry lepas aku dh cerita pasal AES. Ada 14 lokasi bagi fasa pertama. Kali ni aku berikan senarai penuh untuk 831 lokasi AES. Tapi boleh beri dalam bentuk link saja, sebab blogspot tak bleh sumbat pdf file...hehehe..


Untuk rumusan lokasi:

http://id.scribd.com/doc/109321061/Rumusan-Lokasi-AES

Untuk lokasi Speed Camera:
http://id.scribd.com/doc/109321293/Lokasi-AES-Had-Laju

Untuk lokasi Traffic Light Camera:
http://id.scribd.com/doc/109321223/Lokasi-AES-Lampu-Isyarat

Tuesday 9 October 2012

Automated Enforcement System (AES) - Speed Camera/Traffic Light Camera

Don't speed, you're being watched !!! Itulah tajuk berita pada mukasurat V4 New Sunday Time

Apa dia AES ni? AES ni adalah satu sistem dimana kamera dipasang di banyak kawasan untuk mengesan pesalah-pesalah lalulintas. Segala maklumat yang dirakam akan dihantar ke satu pusat operasi di Ara Damansara Selangor. Kalau maklumat tu sepadan...maka akan sampailah surat saman ke pemilik kenderaan. Itulah secara ringkas



Untuk fasa pertama 14 buah kamera (6 fixed speed camera, 4 fixed t/light camera, 4 mobile speed camera) telah dipasang bermula 23 September lalu. Baki 817 kamera lagi (banyak tuuuu...) akan dipasang pada fasa ke-dua. Daripada jumlah 831 kamera secara keseluruhan, 566 adalah speed camera dan 265 adalah t.light camera. 30% daripadanya adalah jenis mobile.

Al-kisahnya, untuk speed camera papan tanda amaran akan diletakkan antara 2-3km daripada lokasi kamera dipasang. Bagi t.light camera pula, dalam lingkungan 500m sebelum persimpangan/kamera.

Ok...cuba fahami ayat ini.."Only if a vehicle were to exceed the speed limit, and the 10km/h given leeway, will the system then capture an image and send them to RTD (Road Transport Department) for processing"....maksudnya gini la (yang aku faham la..), kalau had laju 90km/j pastu ada kenderaan lalu denga kelajuan 93km/j x kena la tu. Tapi kalau lalu 101km/j kena saman la tu....

Ok....lepasni suruh co-driver tu tgk2 kiri-kanan...mana tau ada nampak kamera atau papan amaran tu...

Ini 14 lokasi yang telah dipasang kamera pada fasa pertama:

Fixed Speed Camera:
  • KM376, PLUS North-South Highway - Slim River
  • KM85.5, Jalan Ipoh, KualaLumpur
  • KM205.6, North Taiping
  • KM301.9, PLUS Kajang Highway
  • Jalan Lebuh Sentosa Putrajaya
  • KM6.6, Kajang/Puchong Highway (SKVE)


Fixed Traffic Light Camera

  • KM26 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
  • Jalan Pasir Putih, Ipoh
  • Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
  • Jalan Ipoh, Kuala Lumpur


Mobile Speed Camera:

  • KM7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan
  • KM91 Jalan Ipoh-Butterworth, Krian Perak
  • KMD7.7 Sungai Besi, Kuala Lumpur
  • Jalan Persiaran Timur, Putrajaya


Untuk lebih maklumat terkini sila kunjungi www.jpj.gov.my

Friday 5 October 2012

Beware of gay symptoms


Beware tight clothes, V-neck tops and boys with handbags, authorities in Muslim-majority Malaysia are warning parents -- they could be the "symptoms" of homosexuality in their children.

Two teachers' groups, with government blessing, have held seminars recently to advise parents on homosexuality's supposedly tell-tale signs, Malaysian media have reported.

For boys, they included muscular bodies and the tendency to show them off in tight-fitting clothes and V-neck or sleeveless tops, the reports said. Light-coloured clothes and the carrying of handbags by boys were also deemed worthy of suspicion.

"Symptoms" of lesbianism, meanwhile, included a tendency to accompany, eat meals and sleep in the company of other women.

"Definitely we support the seminars because it's good for parents to be exposed to LGBT symptoms," Deputy Education Minister Mohamad Puad Zarkashi told AFP on Friday, while declining direct comment on the guidelines.

"At least preventive action can be taken," said Mohamad Puad, who officiated one of the seminars in northern Penang state earlier this week.

Homosexuality has long been taboo in Malaysia, where 60 percent of the population is Muslim, and where sodomy is a crime punishable by up to 20 years in prison. Religious and government officials regularly warn of the alleged threat posed to Malaysian society by homosexuality and last year authorities banned an annual gay rights festival. Mohamad Puad added that homosexuals "contribute to HIV, so why should we support their activities?"

Gay rights activist Pang Khee Teik condemned the approach. "It's discriminating and it's harmful... In this instance the ministry of education has proven that Malaysian education is shockingly behind the rest of the world," he told AFP. "The ministry of education has itself become a bully -- and a joke," he said.

Source: MSN

Thursday 4 October 2012

RapidKuantan....Bas di Kuantan

RapidKuantan? RapidKL Pernah la dengar....hehehee....Yaaa....nampaknya bertambah lagi peluang kerjaya terutamanya orang-orang di Kuantan apabila RapidKuantan akan beroperasi bermula 1 Disember ini...mana yang ada lesen bas tu boleh la mintak kerja ye...ada 33 buah bas yang akan mula beroperasi. Mana yang minat niaga kecil-kecilan pun boleh jual air, jajan, surat kabar kat tepi-tepi "bus stop" tu.

Eksekutif Komunikasi Koporat Prasarana, Hawa Hanafiah :-)
bersama logo rapidKuantan - Foto:Bernama


Rapid Kuantan ni sebenarnya adalah kerjasama Syarikat Prasaran Negara Berhad (Prasarana). Untuk fasa pertama, tiga laluan yang bakal dilalui bas RapidKuantan. Laluan satu iaitu dari Gambang ke Terminal Makmur, laluan dua (Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak) dan laluan tiga (Kompleks Mahkamah ke Politeknik Sultan Ahmad Shah di Semambu). "Coming soon"...akan datang akan wujud laluan Beserah ke Terminal Makmur dan Tanjung Lumpur ke Terminal Makmur.

Jadi, sesiapa yang menjadikan bas sebagai kenderaan utamanya, harap-harap ini mampu menggembirakan anda!