Showing posts with label Kebun. Show all posts
Showing posts with label Kebun. Show all posts

Friday, 1 January 2016

Bunga Pokok Kunyit

Sekembali dari percutian di kampung halaman..terlihat sesuatu yang agak luar biasa..rare..berlaku pada pokok kunyit yang ditanam dilaman rumah..

Pokok kunyit ku berbunga rupanya. Pertama kali dalam hidup pernah jumpa bunga pokok kunyit
Setelah di tanya di alam maya..ada yang mengatakan boleh dibuat ulam..kerabu bunga kunyit dan ada juga yang mengaitkan dengan 'tuah'

Hari ini...bunga kunyit tu dah bertukar jadi benda lain..

Yaaa...ianya telah ditukarkan menjadi ulam ala-ala kerabu...Alhamdulillah..cukup la untuk kami berdua makan..

Bunga kunyit + pegaga + bawang + kelapa disangai + stevia + garam = dalam perut sudah...

Friday, 25 December 2015

Kebun Mini... Tanaman Pegaga

Edisi Kebun Mini kali ini menunjukkan hasil tanaman pegaga...jalukap ja turang

Menarikkan jikalau keluar rumah boleh petik sahaja bila memerlukan ulam...


Kebun Mini... Cili Hijau

Edisi Kebun Mini kali ini menunjukkan hasil tanaman cili hijau...

Menarikkan jikalau keluar rumah boleh petik sahaja bila memerlukan


Friday, 18 December 2015

Kebun Mini.. Berbudi Pada Tanah Dalam Pasu

Berbudi pada tanah... Halaman rumah tak ada tanah tapi dah simen penuh... Maka berbudilah pada tanah di dalam pasu ;-)

Nasiblah kalau ada orang kata "semak"

Tapi... Au rase ok je walau mungkin ada yang kata "semak" sebab..... Best ape kalau teringin je bukak pintu petik... Bukak pintu je kerat... Malam-malam hari pun boleh tuai oooo...

Pokok serai.. pokok cili.. anak betik

Pokok halia...lama lagi nak tuai ni

Daun kari..pokok limau..pokok bunga tak boleh tuai..
Bunga raya putih buat ubat

Pandan.. kunyit.. rosemery.. pudina.. parsley.. misai kucing

Pegaga.. thyme.. cili api

Haaaa.... best tak bukak pintu bleh petik ???