Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, 2 November 2016

Masalah Remote Air-Cond: Tukarkan Darjah Celsius kepada Fahrenheit

Rata-rata penduduk di negara Malaysia menggunakan Darjah Celsius dalam kehidupan seharian. Fahrenheit kebiasaannya digunakan di dalam makmal sekolah, hospital dan tempat-tempat tertentu sahaja. Pastinya tidak di rumah masing-masing

English version : Click Here


Anda ada masalah alat kawalan penghawa dingin (air-conditioner remote control) yang mana paparannya menunjukkan suhu "Fahrenheit"? Anda mula tergaru-garu berapakan suhu sebenarnya dalam "Darjah Celsius"? 

Dan anda tak tahu bagaimana nak tukar Fahrenheit kepada Darjah Celsius pada remote tu? Ini caranya....... Senang je tu...

Contoh di sini adalah alat kawalan penghawa dingin jenis YORK. Tekan punat (+) dan (-) secara serentak. Paparan anda akan bertukar dari Fahrenheit kepada Darjah Celsius, dan juga boleh dari Darjah Celsius kepada Fahreheit. (*Mungkin berbeza untuk jenama/model yang lain)



Untuk model PANASONIC, pada ruangan TIMER, tekan punat (Ñ) selama 10 saat - paparan akan bertukar. (Yang ini manual Panasonic yang ajar)

Mudah kan? Kan? Kan?



Amacam?

Thursday, 19 May 2016

Tanam Halia... Tuai Halia

Tanam halia.... Alhamdulillah yang dituai pun namanya halia....

Syukur kepada Mu ya Allah kerana mengurniakan tanaman yang baik ini...

Halia muda bagus untuk dibuat minuman







Berbudi pada tanah....walau se-pasu...InsyaAllah ada pulangan yang baik

Friday, 18 December 2015

Kebun Mini.. Berbudi Pada Tanah Dalam Pasu

Berbudi pada tanah... Halaman rumah tak ada tanah tapi dah simen penuh... Maka berbudilah pada tanah di dalam pasu ;-)

Nasiblah kalau ada orang kata "semak"

Tapi... Au rase ok je walau mungkin ada yang kata "semak" sebab..... Best ape kalau teringin je bukak pintu petik... Bukak pintu je kerat... Malam-malam hari pun boleh tuai oooo...

Pokok serai.. pokok cili.. anak betik

Pokok halia...lama lagi nak tuai ni

Daun kari..pokok limau..pokok bunga tak boleh tuai..
Bunga raya putih buat ubat

Pandan.. kunyit.. rosemery.. pudina.. parsley.. misai kucing

Pegaga.. thyme.. cili api

Haaaa.... best tak bukak pintu bleh petik ???

Wednesday, 18 November 2015

Perbandingan Nutrisi Susu UHT Dutch Lady

Aku memang suka minum susu Dutch Lady nih...Mesti ada diantara korang nih pun suka juga kan kan kan???

Apa yang korang tengok..perhatikan..atau utamakan apabila korang membeli susu ni?

Mari kita tengok rumusan apa kandungan nutrisi yang ada dalam susu UHT Dutch Lady ni secara perbandingan (sumber info dari kotak-kotak susu berkenaan)



Haa... Sekarang aku nak tanya... apa yang korang paham?

Korang nak Protien? Lemak atau Karbohidrat yang banyak????

Haaaa....dipilih dipilih dipilihhhhh !!!!

1g karb = 4kcal
1g pro = 4kcal
1g fat = 9kcal



Thursday, 17 September 2015

From Euro 2M to Euro 4M

Effectively...September 2015...

Baru-baru ini pergi isi minyak petrol di stesen minyak Shell. Sambil tunggu pum memindahkan minyak kedalam tangki kereta mata tu tengok la pada nozzle RON 97. Eh...something different.

Ada pelekat Euro 4M

Adehhh...dah lama tak isi RON 97..lupa dah yang RON 97 versi Euro 2M dah diupgrade kepada Euro 4M

Apa dia Euro 4M ni? Ada macam pertukaran mata wang RM kepada Euro ka? Euro ni adalah "Emmission Standard" atau kita panggil piawaian pelepasan asap ekzos kenderaan di negara ahli Kesatuan Eropah (EU).

Apa beza Euro 4M dengan 2M? Bezanya mestilah kuantiti pelepasan bahan-bahan dalam asap ekzos tu seperti kandungan sulfur, benzene dan reid vapour pressure (RVP)

Kiranya asap RON 97 Euro 4M ni lebih bersih, kurang pencemaran dan selamat lah berbanding Euro 2M sebelum ni

Contohnya jumlah sulfur dari 500 ppm menurun kepada 50 ppm.... Vapour pressure dari sekitar 70 kPa menurun kepada 60-65 kPa. Sementara itu kandungan benzene dari 5% menurun kepada 1-3%

Lebih selamat untuk bumi tapi bukan bermaksud anda boleh makan pula asap tu.... ;-)

Tapi ingat...RON 97 je...bukan RON 95 ye.....



Thursday, 9 April 2015

Resepi Kari Kambing Mudah

Disebabkan aku teringin nak makan kari kambing...maka aku pun cubalah masak sendiri... masak kari kambing sempoi-sempoi saja...

Bahan-bahan: (sukatang kurang lebeh la...)

  • Daging kambing 1 kg (ada tulang sikit-sikit pun ok)
  • Sebungkus rempah kari kambing
  • Kayu manis - sebatang
  • Bunga lawang - 3
  • Cengkih - 5
  • Buah pelaga - 5
  • Bawang merah - 5 biji - hiris
  • Bawang puteh - 3 ulas - hiris
  • Halia - 2 inci
  • Daun kari - 1@2 tangkai
  • Kentang - 1@2 biji
  • Santan kelapa - sebiji@ secukup rasa anda
  • Garam
  • Minyak
  • Air


Bahan pilihan tambahan:
  • Daun limau purut - 4 helai


Cara menyediakan @ memasak:

  • Basuh bersih daging kambing dan tuskan kering
  • Bancuh rempah kari kambing tadi sampai pekat @ jadi pes (jangan cair pulak)
  • Panaskan minyak - tumis 4 sekawan sampai naik bau. Masukkan bawang merah, bawang puteh, halia dan daun kari tumis sampai naik bau
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh tadi dan tumis dengan api yang perlahan@sederhana sampai pecah minyak - kacau selalu.
  • Masukkan daging kambing tadi dan gaul rata + tumis bersama rempah tadi seketika...agak-agak dalam 3-4 minit tu baru masukkan air - Masak sampai empuk
  • Kalau airnya mengering tambahkan air lagi...sampai masak la daging tu
  • Dah empuk masukkan kentang..
  • Kemudian masukkan santan (jaga-jaga kangan pecah santan pulak)
  • Garam jangan lupa secukup rasa....




Nilah hasilnya.....hehehee

Saturday, 17 January 2015

Ikan Kerisi ada "Alien"

Awak makan ikan kerisi? Tanya seseorang...

Ya..kadang-kadang je la...

Kami tak makan.. sebab ikan tu ada "Alien"...

Alien????

Ya...bentuknya macam kumbang..warna putih..nak kata ulat besar la pulak..

Erkkk....

Emmm.... Pernahkah anda jumpa "Alien" yang dimaksudkan? Aku memang pernah jumpa.... Meh koi tunjuk..

 Ikan kerisi yang dah siap disiang

Ni lah rupa kumbang/ulat dalam ikan kerisi tu... saiz mcm jari kelingking

Biasanya dia dok kat dalam kawasan kepala ikan ni atau kt dlm perut... kena check betul-betul sebab kadang-kadang tersembunyi kat hujung mulut ikan ni...

Sebenarnya "Alien" yang dimaksudkan ini adalah "Kutu Ikan"...

Apa? Ingat manusia je ade kutu??

Friday, 4 July 2014

Tips Kebahagian Anak (Prof. Dr. Muhaya)

Aku jumpa di laman sosial... jadi aku kongsikan pada sesiapa yang mahu membacanya...
(Terima kaseh pada orang yang telah memanjangkan sampai aku menemuinya...)

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Thursday, 6 March 2014

Kaedah menghilangkan jerawat dan jeragat

Cerita kedai kopi.. cerita kedai kopi.. tiada hakim tiada saksi cerita sensasi sesuka hati.. Wakakaa... Cerita kedai kopi memang banyak 'faedahnya'... Topiknya apabila ada yang kena jerawat giler dan macamner nak ilangkan jeragat... jerawat dan jeragat adalah berbeza.. Tapi adik beradik la

Kaedah menghilangkan jerawat mahupun jeragat menurut pakar-pakar kedai kopi:

0. Sila berdoa pada Allah supaya disembuhkan
1 . Gunakan timun.. potong-potong sental kat muka
2. Gi kedai beli krim pencuci muka.. cuci la
3. Jangan makan kacang.. telur.. ayam.. yang gatal
4. Guna tomato, aloe vera pun bleh.. macam langkah nombor 1
5. Kalau bujang sila kahwin cepat.. ilang la jerawat tu
6. Kalau tak menjadi.. langkah kedua terakhir.. sental muka dengan spender/seluar dalam. Jangan guna yang berlubang nanti makin banyak pulak.. mitos atau realiti ni?
7. Tak jadi jugak.... sila buat pembedahan wajah

Sekian... hasil siasatan di kedai kopi malam hari....chowww...selamat mencuba mana-mana yang patut. Kalau menjadi nasib korang baik. Kalau tak jadi nasib korang tak baik...

Wednesday, 25 December 2013

Dapur dK : Cara Mudah Masak Sup Tulang



Ahaaa...hari cuti mari kita masak-masak. Hari ini kita masak resepi sup tulang yang mudah dan sedap. Dah namanya mudah..pasti ada yang dah siap sedia resepinya. Yaa... ini resepi mudah masak sup tulang yang sedap

Bahan-bahan:

- Tulang lembu, daging lembu (dalam 1kg)
- Bawang merah 5 biji
- Bawang putih 3 biji
- Halia dalam 1 inci
- Bunjut sup tulang 1 (beli kt kedai je)
- Bunga lawang 2
- Kayu manis 1
- Bunga cengkih 2
- Buah pelaga 2
- Daun sup 2 tangkai
- Buah kurma 2 biji
- Minyak masak, garam
** (kalau beli bunjut dah siap kat kedai, dah siap bunjut dan 4 sekawan tu...lagi express)

Cara masak sup tulang:

- Basuh bersih-bersih tulang dan daging. Hiris daging jangan nipis sangat jangan tebal sangat. Kalau tak mau daging pun boleh..tulang saja
- Bawang merah, bawang putih..hiris..Tak mau hiris kisar je la..
- Panaskan air dalam periuk (agak-agak 3 liter)..bila dah menggelegak masukkan tulang.
- Ambil kuali lain, masukkan minyak..tumis bawang yang dihiris/kisar..kemudian tumiskan daging yang dihiris sampai agak-agak kering air daging tu.
- Kemudian masukkan semua tumisan tadi dalam periuk yang berisi rebusan tulang.
- Masukkan bunjut sup dan halia (ketuk)
- Dalam 1/2 jam lepas tu masukkan kurma tadi (antara rahsia untuk bagi lebih manis dan empuk). Kalau ada kentang boleh masukkan juga. Nak gantikan kurma dengan gula batu pun boleh
- Tunggu sehingga masak. Sebelum masak masukkan garam secukup rasa anda..
- Dah siap boleh hidang dan taburkan daun sup.

Sekian...selamat mencuba !!!
Sedap bagitau kawan..tak sedap bagitau sayaaaa

Psss...kalau anda guna periuk tekanan (pressure cooker) masa memasak lebih singkat. 1 jam 15 minit dah boleh makan

Tuesday, 26 November 2013

Shopping Kat Giant Jimat?

Benarkah membeli-belah di Pasaraya Giant menjimatkan? Ataupun beli barang kat kedai makcik gelap kat umah Koi ni lagi murah?

Sebenarnya ada sebahagian barang yang dijual lebih murah berbanding selalu dan ada juga yang harganya lebih mahal ataupun sama sahaja sengan kedai-kedai lain.

Strateginya kita kena pandai buat perbandingan harga...kena buat 'homework' sikit la..buat pembacaan dan pemerhatian.

Koi berkesempatan singgah kat Giant ni tadi..beli la barang sikit-sikit..Bayar RM22.15...dan tercatat penjimatan RM7.19...sebabnya memang pilih barang yang tulis dalam katalog ada diskaun..hehee



Selamat membeli barang....kalau ada katalog tu belek-belek la dulu

Tuesday, 3 September 2013

Petua: Ubi kentang mampu hilangkan lingkaran bawah mata

Selalunya petua untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata adalah dengan menggunakan timun dan uncang teh. Tetapi tahukah anda ubi kentang juga mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.


Ini kerana kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda terutamanya pada bahagian muka kerana ia mengandungi enzim catecholase. 

Ianya bukan sukar untuk dibuat, namun tidak juga sesenang seperti memotong timun kemudian lekapkan terus di kawasan mata. Tetapi hasilnya memang berbaloi untuk di lakukan.

Nak tahu cara-caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata anda:

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.

5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.

6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Selamat mencuba!