Tuesday 9 May 2017

Letupan 'bom' di Kempadang

Hari ini..aku memandu kereta..sampai di persimpangan lampu isyarat Kempadang / Sungai Soi lampu bewarna merah.. Maka aku pun memberhentikan kenderaan.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu bunyi letupan yang amat kuat seakan bom sehingga bergegar sedikit kereta. Aku cemas seketika... Aku sempat melihat sesuatu bewarna hitam melayang melalui cermin sisi kereta. Aku berfikir..apakah yang berlaku..ada kes tembakan kah?..adakah tayar kereta aku meletup??

Aku memerhatikan keadaan kereta dari dalam...tiada tanda kereta ku senget. Aku memerhati tayar hadapan dan belakang sebelah kanan..tiada apa yang berlaku..

Aku memerhati kawasan sekitar... Terlihat sebuah lori besar yang berhenti di tepi jalan sedang berasap dengan banyaknya. Semua orang yang berada disitu memerhati apa yang berlaku.. Memang kuat bunyinya sehinggakan orang di kedai makan pun keluar melihat apa yang berlaku.




Aku rasa..tayar lori tu yang meletup dan melayang serpihannya ke seberang jalan... Bahaya kalau ianya melayang pada penunggang motosikal

Saturday 6 May 2017

Hari Hol Pahang

Tanggal 7 Mei merupakan cuti umum bagi Pahang sempena menyambut Hari Hol setiap tahun.
Bagaimanapun, berapa ramaikah yang mengetahui maksud sebenar Hari Hol
Jika dilihat di dalam kamus.. 'Hol' bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali.
Maka Hari Hol di Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini.
Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini.
Serentak dengan hari pemakaman Sultan Abu Bakar itu, semua jabatan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta diarah bercuti selama satu hari
Kebiasaannya pada hari itu, majlis tahlil dan bacaan Yasin diadakan untuk memperingati kerabat diraja negeri.