Ya tuan-tuan..puan-puan sekalian.. setelah PRU14... setelah masuk tahun 2019... maka bermula 1 April 2019 ini kadar cas tempat letak kereta di Majlis Bandaraya Shah Alam akan naik!!!
Daripada RM0.45 sejam naik kepada RM0.60 sejam...
Untuk sebulan.. daripada RM63 naik kepada RM95... naik sebanyak RM32!
Wahhh..betullah rakyat kena berkorban!!!
Showing posts with label Automobile. Show all posts

Wednesday, 20 March 2019
Sunday, 3 February 2019
Kenapa tukar washer drain plug
Nak tanya..apa fungsi washer drain plug tu? Kenapa setiap kali servis kene tukar benda tu?
Mula-mula dengar nama benda ni.. aku ingat ianya pencuci (sebab wash!).. lepas tu ingt guna kat spug plug pulak (sebab ada nama plug). Hahahaa... tapi bukan laaaa...
Nama lain dia cooper washer. Nama melayu dia alas tembaga
Benda ni gunanya sebagai lapik nut penutup minyak hitam tu supaya tak bocor nanti.
Bila servis tukar minyak itam yang lepas nut tu abis ikat ketat jadi washer tu pun jadi meleper dan rosak permukaan dia.
Sebenarnya boleh pakai balik kalau permukaan elok lagi tapi selalunya kat SC diorang tukar je pakai yang baru.
Haaa...faham dah? Just share...

Monday, 28 January 2019
Jalan tar cair
Baru-baru ni cuaca panas melanda.. suhu pun meningkat kepada 40°c... ada sesetengah tempat suhu naik menghampiri 50°c.
Disebabkan suhu yang panas ni maka jalan raya... jalan tar telah mencair... cair bohhh... ini menyebabkan tayar kenderaan yang lalu atas jalan tu rosak.. sangkut dan macam-macam hal lagi lah...
Kejadian ini dilaporkan berlaku di Australia

Monday, 29 October 2018
Lihat Tahun Keluaran Kenderaan Melalui VIN Kenderaan
Apa itu VIN – Vehicle Identification Number?
VIN adalah gabungan 17 digit/angka yang unik untuk setiap kenderaan. Ianya mengandungi beberapa maklumat seperti pembuat, tahun
dikeluarkan, jenis enjin dan lain-lain. Kalau manusia ianya adalah macam nombor
kad pengenalan.
Setiap digit/angka dalam VIN boleh di nyahkod (VIN
decode) untuk mengetahui di mana kenderaan itu dibuat? Tahun berapa ianya
dibuat? Dan beberapa maklumat yang lain.
Dimana VIN ini boleh didapati? Kebanyakan kenderaan di Malaysia,
VIN ini orang kita panggil chasis number atau orang panggil nombor body
kenderaan. Biasanya terletak dalam bonet hadapan dikawasan enjin atau pintu
sebelah penumpang hadapan. Bagi model Honda BRV , VIN terletak di sebelah
penumpang hadapan. Buka pintu boleh nampak.
Berikut adalah contoh VIN Honda BRV:
Mari kita menyahkod VIN Honda BRV ini (Honda BRV VIN
Decode)
1. Manufacturer/make:
PHM = Honda Malaysia Sdn. Bhd
(Honda Passenger Vehicle)
2. Line,
body, engine type
DG1 = BRV, L15Z1 i-VTEC
3. Body
type, transmission
8 = 5 pintu, SUV, CVT
4. Grade
4 = unknown
5. Fixed
code (ada model Honda yang ini month production code)
0 = unknown
6. Production
year
G = 2016
H = 2017
J = 2018
7. Factory
code
D = Honda Malaysia, Melaka
8. Serial
number
6 digit terakhir merupakan
nombor siri kenderaan
So...kenderaan anda keluaran mana dan tahun berapa?
Thursday, 11 October 2018
Tumbler Honda Special Edition
2018 - Honda celebrates 70th anniversary
Sempena ulangtahun ke 70 ni Honda beri hadiah istimewa kepada orang yang bertuah. Tibe-tiba dapat hadiah dalam kotak... ingatkan ape ke bendenye...rupanya tumbler. Bukan satu tapi sepasang... Hitam dan putih... boleh la sambil dating minum air ni...hihikk

Sunday, 9 September 2018
Bateri Kereta Honda BRV
Alarm..Ok
Panel meter..Ok
Start engine.. krekk krekk krekkk...owhh jengg.. bateri kiok.. bateri kong sudah
Maka tergendala la program nak pi kenduri..
Bateri kereta Honda BRV ku telah sampai hujung nyawa..Kong. Berapa hayat bateri Honda BRV? Rata-rata dalam lingkungan 1 tahun hingga 1 setengah tahun untuk bateri asal (stock battery) ni..
Mujur jua ia terjadi kat rumah.. boleh la juga jumper dgn kereta lain.. kalau kat shooping mall ke.. kat RNR ke.. hmmmm...
Setel jumper terus melilau cari kedai.. lupe lak Ahad..kedai banyak tutup laaa...dugaan betul. Tapi jumpa la jugak..
Setelah sesi diskusi dengan kedai.. maka aku pilih la Hitachi ESevo NS40ZL menggantikan bateri asal Honda BRV FB HiDash. Bateri ni jenis kering..MF - maintenance free.
Harga bateri siap pasang RM165. Kalau tolak bateri lama leh dapat RM10 kat kedai ni..
Yang aku nampak pada sticker kedua bateri ni... bateri asal 30Ah manakala bateri Hitachi ni 35Ah. Boleh ajer.....
Kalau susah nk hafal kod bateri ni.. kalau kedai tnye cakap je size 40. Siap tokeh ni suh up size 60... hahaa
Ok..semoga dapat menjadi panduan pada semua...

Monday, 15 August 2016
Touch n Go Reload !
Semak baki kad Touch n Go...hmmm....kurang nih..nak kena topup ni...

Melintasi stesen minyak Petronas batu 12, tempat biasa untuk aku mengisi kad Touch n Go ni...tapi kali ini memutuskan untuk mengisi di plaza tol.
Sampai plaza tol Gambang...
"Kak nak topup!"
"Tak buka lagi encik...jam 10 pagi baru boleh topup"
Erkkk....pulakkkkk....ada waktu pulak ye??? Hadoiiiii....Jadi untuk alternativenya ambil la tiket tol
Singgah di Shell sebelah RnR Temerloh...
"Nak topup Touch n Go..."
"Maaf Encik, sistem offline lagi" jawab Bangla yang bertugas
Erkkkk....sekali lagi....memang kecewa sangat-sangat...
Meneruskan perjalanan....nak berhenti di hentian Lanchang.....sekali tengah renovation pulak...hadoiii....maka teruskan perjalanan...bayar tunai di tol Karak... exit ke Karak mencari gerai untuk sarapan...hehee...lupa sekejap kekecewaan Touch n Go.
Baki dalam kad tu sebenarnya cukup untuk tol Bentong dan Gombak..cuma kalau nak tambah dengan LPT punya tak cukup la...so aku teruskan perjalanan....sebab baki tadi cukup maka aku tidak mencuba nasib di lorong reload di tol Bentong...
Ada urusan "qada' hajat"di hentian Gombak...berhenti sekejap...sekali ada pulak mesin reload Touch n Go yang macam mesin ATM tu... aku kalau nak reload pakai mesin ni agak was-was sikit...sebab kalau mesin tu telah duit dan tak memberikan hasil yang diharapkan bukan ke haru....aku pernah tengok satu brother tu nak topup kredit henpon pakai mesin macam tu dulu...duit telan...topup tak dapat...puiii
Aku cuba la juga sebab dah 2 kali kecewa...So aku cuba mesin itu dengan menyemak baki dahulu sebagai langkah berjaga-jaga adakah mesin itu ok atau tidak. Ok...mesin memberikan jumlah yang betul.. Ok maka bermulalah 20 saat yang begitu pantas untuk aku topup kad tu...
Dan akhirnya....BERJAYA !!! Yahoooooooo.... cuma aku tak melompat-lompat je kat situ... Hahahaaa
Mesin itu sangat membantu...cuma pengguna perlu bersedia dengan kad dan duit sebab dia ada sediakan timer, kena ikut timer tu....sebelum guna ada pesanan-pesanan dari mesin tu seperti kalau duit kena telan tapi topup tak dapat dan lain-lain...
So....kekecewaan aku dah terubat....
Home sweet home...........
Thursday, 12 November 2015
Tanah Runtuh KM 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK)
Semalam petang berlaku banjir kilat dan tanah runtuh di kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) berhampiran kawasan Hutan Lipur Lentang.
Laluan kenderaan dari kedua-dua arah telahpun ditutup akibat terhalang dari banjir dan tanah runtuh yang berlaku
Bagi mereka yang masih perlu melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur atau ke Pantai Timur... anda dihasihatkan untuk mengikuti jalan dalam / laluan alternatif
Pengguna dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur (dan sebaliknya)
1. LPT1 - Kelauar Plaza Tol Karak masuk ke Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur
2. Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur
3. Kuantan - Muadzam Shah - Kuala Pilah - LEKAS - Kuantan (ni jalan aku waktu banjir tahun lepas..)
Pengguna yang sudah terlepas ke Plaza Tol Bentong:
1. Buat pusingan U sebelum/dekat Plaza Tol Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur
Pengguna dari Kuala Lumpur yang sudah terlepassampai Lentang:
1. Buat pusingan U dekat Hentian Rehat Lentang - KL - Seremban - Bahau - Pelangai - Karak - LPT1

Monday, 2 November 2015
Shell V-Power LEGO® Collection 2015 is back!!
Semalam koi gi stesen minyak nak isi minyak... Yelah sebab rege minyak tak naik tak turun maka koi pun takde la sibuk nak isi aritu... Macam biase koi memang suke isi kat Shell.
Tiba kat simpang stesen tu tetibe koi ternampak ade gambor orang LEGO.... aikkk.. Ade 'miniature' lagi ke?
Rupenye memang benorrr... Soheh ade koleksi terbaru untuk edisi Malaysi - Shell V-Power LEGO® Collection. Pasal ape koi kate terbaru untuk edisi Malaysi sebab kat negara lain pada tahun 2014 dah ade set yang ni..aha ahaaa...
Koleksi kali semestinye dibarisi model-model seksi cun melecun Ferrari diketuai oleh jentera F1 versi 2013 - F138, 250 GTO, Ferrari 512S, F12 Berlinetta serta 2 playset @ mini figurine iaitu Fiorani Shell Station dan Finish Line & Podium Set. Tak cukup dengan itu ada satu lagi model kenderaan edisi terhad iaitu Limited Edition Shell Tanker Lego®
Macamana nak beli model kereta dan mini figurine ni?
1. Beli Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing minimum RM40 - boleh beli model-model tadi pada harga RM9.90 setiap satu
2. Beli Shell FuelSave 95, Shell FuelSave Diesel atau Shell FuelSave Diesel Euro 5 minimum RM40 - boleh beli model-model tadi pada harga RM13.90 setiap satu
3. Beli sebotol minyak enjin 4 liter Shell Helix HX5, Shell Helix HX7 atau Shell Helix Ultra - boleh beli model-model tadi pada harga RM9.90 setiap satu
Kali ini setiap model akan dikeluarkan mengikut minggu (rujuk tarikh)
01 November 2015 - F138
08 November 2015 - Shell Station
15 November 2015 - 250 GTO
22 November 2015 - F12 Berlinetta
29 November 2015 - Ferrari 512S
06 Disember 2015 - Finish Line & Podium
13 Disember 2015 - Shell Tanker
Koi belanje skit gambor....

Labels:
Automobile,
Cars,
Collectible,
Hobby,
Kereta,
Promosi
Thursday, 15 October 2015
Kadar Baharu Tol Untuk Kereta - 15 Oktober 2015
Hari ini bermula kadar baharu tol di beberapa buah plaza tol..
Berikut adalah kadar tol yang baharu untuk kenderaan jenis KERETA bermula 15 Oktober 2015 di plaza tol yang berkenaan
Sekian...
Kadar Tol Di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong - 15 Oktober 2015
Hari ini bermula kadar baharu tol di beberapa buah plaza tol. Jumlah keseluruhan konsesi yang menaikkan kadar tol ini adalah 10 buah
Berikut adalah kadar tol yang baharu di Plaza Tol Gombak Dan Plaza Tol Bentong yang diumumkan oleh ANIH Berhad bermula 15 Oktober 2015
Sekian...
Thursday, 17 September 2015
From Euro 2M to Euro 4M
Effectively...September 2015...
Baru-baru ini pergi isi minyak petrol di stesen minyak Shell. Sambil tunggu pum memindahkan minyak kedalam tangki kereta mata tu tengok la pada nozzle RON 97. Eh...something different.
Ada pelekat Euro 4M
Adehhh...dah lama tak isi RON 97..lupa dah yang RON 97 versi Euro 2M dah diupgrade kepada Euro 4M
Apa dia Euro 4M ni? Ada macam pertukaran mata wang RM kepada Euro ka? Euro ni adalah "Emmission Standard" atau kita panggil piawaian pelepasan asap ekzos kenderaan di negara ahli Kesatuan Eropah (EU).
Apa beza Euro 4M dengan 2M? Bezanya mestilah kuantiti pelepasan bahan-bahan dalam asap ekzos tu seperti kandungan sulfur, benzene dan reid vapour pressure (RVP)
Kiranya asap RON 97 Euro 4M ni lebih bersih, kurang pencemaran dan selamat lah berbanding Euro 2M sebelum ni
Contohnya jumlah sulfur dari 500 ppm menurun kepada 50 ppm.... Vapour pressure dari sekitar 70 kPa menurun kepada 60-65 kPa. Sementara itu kandungan benzene dari 5% menurun kepada 1-3%
Lebih selamat untuk bumi tapi bukan bermaksud anda boleh makan pula asap tu.... ;-)
Tapi ingat...RON 97 je...bukan RON 95 ye.....

Tuesday, 7 April 2015
Demak DZM 200
Saturday, 28 February 2015
Harga Terkini Minyak Petrol RON97, RON95, Diesel Mac 2015
Harga minyak RON97, RON95, Diesel bermula 12.01 malam 1 Mac 2015
RON 95 - RM1.95 (February 2015 RM1.70)
RON 97 - RM2.25 (Februari 2015 RM2.00)
Diesel - RM1.95 (Februari 2015 RM1.70)
Monday, 24 November 2014
Suzuki GP100 Customs Autoshow
Location: Asrama IKIP Tanjung Lumpur
Event: Autoshow IKIP Convo Fest 2014
Bike: Suzuki GP100 (aku rase la....hehee)
nexttt !!!

Wednesday, 22 October 2014
IKIP Convo Fest 2014
Konvokesyen (Konvo) dan Pesta Konvo... ibarat irama dan lagu. Jika ada konvo, kebiasaannya pasti ada pesta konvo. Apa pesta konvo tu? Macam-macam ada..... ada gerai jualan, permainan, forum dan sebagainya. Ikut institusi pendidikan berkenaan lah nak isi dengan apa...
Sempena dengan Konvokesyen Kolej Antarabangsa IKIP pada 15 November 2014 nanti, satu aktiviti bersempena yang dinamakan "IKIP Convo Fest 2014" atau dalam bahasa mudahnya Pesta Konvo IKIP akan diadakan pada 8 November 2014 (tarikh asal 1 November - tukar sebab final bola) bertempat di Bangunan Asrama baru IKIP di Tanjung Lumpur Kuantan Pahang. Kat mana asrama baru ni? Dibelakang daripada bangunan Yayasan Pahang (YP).... Terdapat juga lokasi lain iaitu IKIP Taman Gelora dan Pantai Anak Air.
Apa program yang ada???
Program/pertandingan yang dianjurkan adalah memancing (di Pantai Anak Air), Ivory Run (berlari dari IKIP 3 Taman Gelora - Asrama Tanjung Lumpur). Sementara itu pertandingan mewarna, Tamiya IKIP Race, Auto Show, Wau Kampung, Soccer 4 on 4, memasak bubur Asyura dan Gerai jualan akan dilaksanakan di Asrama Tanjung Lumpur.
Disebelah malam akan ada forum perdana... risik-risik katanya panelnye hebat juga... Ustaz Badli Shah dan Ustazah Sharifah Hayati...
Jadi jangan lepaskan aktiviti-aktiviti yang menarik ni.... Ada hadiah tuuuuu....
Moh la wehhhhhh!!!

Kuantan,
Pahang,
Pendidikan,
Promosi
Tuesday, 5 August 2014
JPJ Sabak Bernam
Bukan cerita hari ini.. tapi cerita minggu lepas
Minggu lepas, petang Jumaat akupun start kereta pergi la JPJ Sabak Bernam, nak renew lesen memandu aku laa.. Dah lama tak datang sini.. 'dalam fikiran aku 'tak ramai la orang petang ni'..
Sampai saja umak aii...parking kereta dah penuh, sehingga ada yang parking tepi jalan sahaja... aku pusing 1 kali lagi dan dapat la ruang parking
Kalau dah dekat luar pun penuh kenderaan...kat dalam pun sama la juga. Yaaaaa memang ramai sungguh manusia yang berurusan dengan JPJ petang ini. Nombor yang aku dapat pun selang 30 orang lagi..huhuuuu.
Sementara menunggu giliran aku tu macam biasa aku memerhati la gelagat orang kat dalam tu. Yelahh, nak main internet mana ada internet henpon aku...kikiii..
Ada satu mamat dengan kawannya yang tersalah pergi kaunter. Orang panggil kaunter 3 tapi dia gi kaunter 5, sedangkan kaunter 5 tu dah panggil nombor lain....tak pasal-pasal je akak yang dipanggil kena tunggu...lama pulak tu...perghhhh
Ada pulak yang datang kerana nak bayar saman... tak tahu la saman laju ke hape. Tapi dia cakap kena tembak depan belakang... RM600 katanya...
Ada yang datang kerana nak buat semula lesen memandu sebab satu beg duitnya hilang. Kata ayahnya hilang sebab terlupa masa isi minyak kat stesen minyak. Isi minyak letak beg atas bumbung... lepas tu lupa terus jalan... Nasib la dia ada pasport gi oversea, boleh jadi bukti untuk dia buat semula lesen...
Tapi yang paling best ialah ada pelanggan yang ambil nombor banyak kali. Panggil-panggil je muka dia je yang muncul kat kaunter. Memang betul dia pegang banyak nombor. Sampai kena tegur dengan penjaga kaunter JPJ. Aku rasa dia dari driving school atau ejen tu... Kesudahannya penjaga kaunter naik angin sebab pelanggan tu kerek pulak... Orang cakap elok-elok dia buat kerek pulak...
Haiii.... dah 3 tahun tak renew lesen... Rupenye dah berwajah baru lesen memandu...hehee
Macam-macam laaaaa

Monday, 29 July 2013
Kecik nye lah aiii...
Minggu lalu aku gi kedai tayar buat alignment dan balancing untuk kereta. Lepas Hantar aku balik opis...dekat aje...
Waktu nak ambil kereta, tunggu la kejap sebab taukeh nya gi lunch...sambil tunggu tu aku explore la rak-rak yang berisi rim. Macam-maca rim ada
Tapi yang ini menarik perhatian aku...cuba tengok...agak-agak berapa la saiz rim yang kecik tu? Dan berapa pulak saiz rim yang kat sebelahnya tu?
Haaa...kalau anda nak tau yang kecik haloi tu adalah rim saiz 10 ! Digunakan oleh kereta MINI. Yang gedabak ganal tu rim saiz 17. Terpahat di rim berkenaan 6JJ10H2/9.
Amacam? Ada brani pakai? Boleh kot muat kat kancil nih...
Yang ini pulak tayar yang ada tanda jimat minyak dan tanda hujan. Ni tayar MAZZINI 205/40ZR17 84W. Kalau tengok tayar yang dalam gambar ini tak jimat minyak..dan agak licin la kot...sebab gred E...dan kebisingannya pulak 72dB..hehee...

Macam-macam saiz rim ado...yang kecik tu menarik perhatian
Haaa...kalau anda nak tau yang kecik haloi tu adalah rim saiz 10 ! Digunakan oleh kereta MINI. Yang gedabak ganal tu rim saiz 17. Terpahat di rim berkenaan 6JJ10H2/9.
Pose single dari 6JJ10H2/9
Bukti yang terphat..6JJ10H2/9
Amacam? Ada brani pakai? Boleh kot muat kat kancil nih...
Yang ini pulak tayar yang ada tanda jimat minyak dan tanda hujan. Ni tayar MAZZINI 205/40ZR17 84W. Kalau tengok tayar yang dalam gambar ini tak jimat minyak..dan agak licin la kot...sebab gred E...dan kebisingannya pulak 72dB..hehee...
MAZZINI 205/40ZR17 84W
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)