Tuesday 31 July 2012

Syaleza Jaffar TV9 Ditemui Mati Di Rumahnya Apartmen Saujana


Seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai Sg Buloh kelmarin.

Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.

Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam. Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.

Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam. Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.

“Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam. kosmo

Teman Pengganti...Malique feat Black

Teman Pengganti..tajuk lagu gandingan Black dan Malique. Malique, Malique Ibrahim...satu nama yang tidak asing dalam kumpulan Too Phat, tidak asing dalam dunia hip-hop.. Mencipta nama bersama Joe Flizzow dalam Too Phat menerusi lagu Anak Ayam, Alhamdulillah dan banyak lagi...ok, cukup...back to track.

Teman Pengganti....jika diamati bait-bait liriknya....mampu untuk mengetuk hati setiap manusia yang memahami, membuatkan manusia kembali berfikir tentang realiti kehidupan dan alam mendatang. Apa yang berada disebalik? Sama-sama kita hayati

Download lagunya di sini

Teman Pengganti (Lirik)
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Hari Pahlawan



Selamat Hari Pahlawan buat Pahlawan-Pahlawan sekalian !!

Tema tahun ini "Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera". Hari Pahlawan merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan yang mempertahankan tanah air di beberapa negara. Ia biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang pahlawan, atau hari kepahlawanannya.

Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Rayuan Hari Pahlawan satu perkara yang sinonim dengan Hari Pahlawan. Sejumlah sumbangan yang mampu disumbangkan kepada pihak yang berkenaan. Sumbangan adalah bagi mengumpul dana Tabung Kebajikan untuk bekas-bekas tentera dan keluarga mereka yang memerlukan, terutamanya keluarga prajurit yang terkorban demi mempertahankan negara.
Terkenang zaman sekolah dulu..ketika ini memang ditunggu-tunggu. Apa yang ditunggu? Pelekat sempena Rayuan Hari Pahlawan. Bukannya tunggu nk derma..yelah...budak-budak..mana la paham sangat apa itu derma...hehehee... Setiap tahun ada satu pelekat. setiap satunya dilekatkan pada kotak pensil...Hahahaaa...meriah...kalau ada 6 tahun maka berderet lah 6 pelekat (tu kalau tak tukar kotak pensil lah). Tapi tahun ini katanya setiap derma akan dapat sekuntum bunga raya....tak dapek la den nak menepek...

Iklan: Anda boleh menderma untuk Rayuan Hari Pahlawan melalui affinOnline.com atau mana-mana cawangan AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC (Akaun: AFFINBANK 105950003201)....bukan akaun aku aa....

Lee Chong Wei Beraksi Panas




LEE Chong Wei menentang Ville Lang (gambar kecil), dari Finland, dalam kejohanan badminton Olimpik, London, sebentar tadi. Perlawanan yang agak mendebarkan dan memanaskan hati setiap penonton itu berlangsung selama 51 minit itu dimenangi Chong Wei dengan keputusan 21-8, 14-21 dan 21-11. Harap-harap dapat la emas ye..- Foto AP

Monday 30 July 2012

Sadis: Dua cedera 40 mercun bola meletup

Sohibullah dipercayai mungkin buta mata sebelah kiri.
Gambar kecil, Hafiz cedera di dahi dan badan. - Foto BERNAMA

Rasanya....kes pertama semenjak Ramadhan 2012 ni.....40 biji tuuuuuu

Alor Setar: Dua cedera termasuk seorang parah dan berisiko buta apabila bungkusan berisi lebih 40 mercun bola meletup dalam kejadian di Kampung Kuala Kangkong, Simpang Empat, di sini kelmarin.

Mohd Sohibullah Saad, 27, mungkin hilang penglihatan selepas mata kirinya terkena serpihan letupan mercun terbabit dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu. Turut cedera anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razli, 8.

Lelaki itu yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini, mulanya bermain mercun berkenaan seorang diri di halaman rumahnya sebelum disertai Tuah. Kanak-kanak berkenaan kemudian dikatakan membantu menyalakan sebiji mercun dipegang jirannya.

Bagaimanapun, tiba-tiba sumbu mercun yang sudah dinyalakan itu tertanggal dan terjatuh ke dalam kotak berisi stok mercun sama.

"Seingat saya ada tidak kurang 40 biji mercun bola dalam bungkusan terbabit. Sebaik sumbu jatuh, semua mercun terbabit meletup. Saya dapat rasakan impak letupan menyambar muka, manakala Tuah pula terpelanting hampir dua meter ke belakang sebelum pengsan," kata Sohibullah.
Dalam keadaan pening dan berpinar, katanya, dia meminta bantuan penduduk kampung membawa mereka ke Klinik Ke sihatan Simpang Empat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie, ketika dihubungi, berkata Sohibullah cedera mata kiri, namun dilaporkan stabil, manakala Tuah pula dirawat sebagai pesakit luar kerana cedera paha kanan dan mata.- BHarian

Sunday 29 July 2012

Mohd Shahidan Kassim antara yang terkorban


Empat maut, manakala seorang lagi kritikal apabila kereta dinaiki lima sahabat terbabit dalam satu kemalangan jam 11.15 malam tadi.

Nahas yang membabitkan sebuah lori dan dua kereta itu berlaku di laluan pintas antara bandar Kuantan menuju pelabuhan.

Mereka yang maut di tempat kejadian ialah Mohd Shahafiz Othman, 21 tahun, Muhd Taufik Abdul Rahman, 20 dan Mohd Shahidan Kassim, 26 tahun.

Manakala mangsa keempat, Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19 tahun meninggal dunia jam 6 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Sehingga kini, seorang rakan mereka, Wan Samsiah Wan Abdul Ghani dilaporkan sedang koma.

Kesemua mereka berasal dari Dungun, Terengganu.

Menurut saksi, kejadian berlaku apabila lori yang sarat muatan batu tiba-tiba keluar dari persimpangan jalan, menyebabkan kereta Proton Wira dinaiki lima sahabat yang datang dari arah Kuantan -  gagal di kawal lalu melanggar bahagian tepi lori.

Sebuah kereta lain yang datang dari belakang kemudian merempuh kereta mangsa.

Bomba mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit. - TV3

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa kejadian. Semoga rohnya dicucuri rahmat

Tandas Awam Suka Hati





Hhaaa....ni adalah yang ditemui oleh krew STOMP..daripada STOMP.com. Pakcik ni telah menjadikan bawah tangga jejantas dekat China Square Central sekitar jam 4pmsebagai tandas awam beliau. Silap-silap ramai lagi yang buat benda yang sama sebelum pakcik ni. STOMPer Ng terkejut bila tengok pakcik ni..

Emmm....biasanya tempat-tempat sebegini jadi tempat berteduh jika hujan atau panas terik...lepas ni ramai lah yang tengok-tengok dulu sebelum berteduh ye....





Siapa nak menang emas?


Yeahh...cakap pasal emas, pasti semua orang pasang telinga. Lagi-lagi dah nak raya nih.Sekarang anda berpeluang memenangi emas (medal emas wehhh..) melalui peraduan yang dijalankan oleh Maxis !!! Hadiah-hadiah lain yang menarik (mcm kt gambo di atas) juga disediakan.

Apa yang perlu anda buat? Mesti la kena buat sesuatu..takkan pejam mata je dapat hadiah..Anda perlu dapatkan "vote" dan "mengagumkan" duta-duta Maxis seperti Lee Chong Wei, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Azizulhasni Awang, and Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.

Tunggu apa lagi !!!!....klik sini untuk langkah yang perlu dilakukan

Saturday 28 July 2012

Polis berkas 7 penyamun di Batu Feringghi


GEORGETOWN: Polis memberkas tujuh lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Batu Feringghi, jam 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata terdahulu polis menerima laporan mengatakan seorang lelaki menyamun wang tunai berjumlah RM300 dan sebuah telefon bimbit daripada seorang pelajar lelaki di Taman Nagasari, Perai, tengah hari semalam.

"Berdasarkan maklumat itu sepasukan polis telah berkejar ke tempat kejadian dan menjejaki suspek," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Saga yang turut dinaiki tiga lagi individu menuju ke Batu Feringghi.

Pasukan polis yang mengekori kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi mendapatkan bantuan sebelum menyerbu sebuah unit di tingkat lapan pangsapuri terbabit.

Azman berkata, kesemua suspek dipercayai turut terbabit dalam beberapa rompakan di kafe siber sekitar SPT sejak beberapa bulan lalu.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun serta sebatan. - BERNAMA

Ayam masak ala-ala paprik

Haaa...ni resepi yang aku tengok kat tv...ingat-ingat lupa...ubah-ubah sikit mengikut citarasa....


Bahan-bahan: (ikut sedap la banyak mana...heehe)

Bawang besar
Bawang putih
Ayam
Daun saderi
Lobak merah
Serai
Garam
Gula
Lada hitam
Limau nipis
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Cili api
Daun limau purut (kalau nak la)

Tumis bawang besar, bawang putih. Dah naik bau tumiskan ayam pulak. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul....masukkan lobak, daun saderi..gaul....masukkan gula, garam, lada hitam, perasa (kalau nak). Perahkan sikit air limau nipis untuk mengekalkan rasa dan menghalang makanan dr cepat rosak



27-07-12 : Arsenal vs MC

Friendly match Arsenal vs Manchester City yesterday show The Gunners lost 0-2 to Manchester City in Beijing China.

Read from other report/forum, there are 3 lesson learned for Gunners:

1. Full-Back is the biggest defensive weakness
2. Francis Coquelin should be given an extended run in midfield
3. Arsenal Need Santi Cazorla
 


Spider Girls...not a Spice Girls

Spider Girls...tapi mungkin satu hari nanti boleh jadi Spice Girls pula kot...

Sofya Dickson, baru berumur 3 tahun..menarik perhatian umum apabila berupaya memanjat pintu hingga ke atas...Pengunjung Youtube melebelnya sebagai "Spider Girls"!.Video ini dirakan olen pembantu rumah beliau..disebabkan video ini, ada syarikat yang menawarkan beliau untuk jadi bintang iklan. Haaaa....rezeki tu....lepasni, ada la kot yang nak ngikut juga


Malaysia Belasah Indonesia


Salam buat kalian...

Malam tadi berlangsungnya perlawanan bolasepak persahabatan antara Pilihan Malaysia menentang Indonesia U-22 di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta Indonesia. Perlawanan ini juga bertujuan agi menguji persiapan kedua-dua pasukan ke Sukan SEA 2013. Kesudahan yang pahit utuk ditelah oleh pasukan Indonesia dan seluruh penyokongnya. Malaysia membelasah Indonesia 6-0 !

Minit ke-11,Ahmad Hazwan sudah meletakkan Malaysia di hadapan. Michael Kubala menjaringkan gol melalui sepakan penalti 5 minit kemudian bagi kedudukan 2-0. Minit ke 31 Azrif Nazrulhaq berjaya meletakkan nama sebagai penjaring. 3 minit berselang, pemain senior Amri Yahya menjaringkan gol ke-4 dan gol ke-5 Malaysia sebelum separuh masa pertama tamat.

Walaubagaimanapun, Indonesia berjaya mengekang kemaraan Malaysia pada separuh masa kedua. Di babak kedua, Malaysia Selection hanya mampu menambah sebiji gol, iaitu di minit ke-67 oleh Shukor Adnan.Tamat perlawanan Malaysia Selection 6 - 0 Indonesia U-22.

Syabbas Malaysia ! Hariamau Malaya Boleh !

Friday 27 July 2012

Gulai Lemak Udang Bersama Nenas



Resepi seterusnya untuk dicuba untuk juadah berbuka...Gulai udang dengan nenas...pastinya bukan aku yang punya...Chef Wan yang punya...


BAHAN-BAHAN

Minyak sayur
80 ml
Santan pekat
800 ml
Gula melaka
4 sudu besar
Nanas
½ biji, didadu
Udang air tawar/udang biasa
500 g, dibersihkan
Daun selasih
40 helai
Limau nipis
1 biji, ambil jusnya
Garam
Secukup rasa
Gula halus
4 sudu teh

Dikisar halus

Cili merah
8 tangkai, dibuang biji
Kunyit hidup
1 cm, dikupas
Buah keras
4 biji
Bawang putih
2 ulas, dikupas
Bawang merah
8 ulas, dikupas
Daun ketumbar
4 helai, diambil akarnya sahaja
Belacan
1 sudu teh
Serbuk ketumbar
2 sudu teh
Lengkuas
2 cm, dikupas
Serai
3 batang
 
CARA
  • Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah yang telah dikisar perlahan-lahan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan, gula melaka dan didihkan selama 5 minit bersama nanas.
  • Masukkan udang, daun selasih, jus limau, garam dan gula halus secukup rasa dan masak lagi selama 5 minit.


Aku, Kau Berbeza....Aku, Kau Istimewa


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung  dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh  bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa  anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum  baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak  lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak  menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang  tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.  Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya  ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini  wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh  membantu.Haram  bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih  lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi  lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak  dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan  semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang  daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa  yangditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya  yang dianugerah oleh Allah  SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak  tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA  

Auratnya lebih  susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu  keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki (seorang saksi lelaki menyamai dgn lebih seorang saksi perempuan). Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan  melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada  isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang  dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada  lelaki.

Pernahkah  kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal  harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok  dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah  bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada  suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari  bapanya.Bukankah ibu  adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka  kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu  diserahkan kepada  suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu  menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu  bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia  didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi  ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya  diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan  dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak  perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula,  tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya,  anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu  Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat  sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat  suaminya dan  menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah  tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya  kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang  fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya  ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita  adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi  ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka  dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan  keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak  masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah  kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika  kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga  dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab  nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan  segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu,  anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri  memberikan alasan untuk membela diri "