Saturday 21 July 2012

Tepung Gandum : Di Sebalik Tabir



Tepung gandum...satu bahan yang pasti ada di hampir setiap rumah di pelusuk Malaysia. Bahan yang biasanya digunakan untuk membuat kuih bagi santapan harian. Lebih-lebih lagi nak raya tak lama lagi, maka permintaan tepug gandun semakin meningkat. Tapi, apakah kita sedar disebalik tabir tepung ini?


Terdapat 3 jenis tepung gandum : Tepung gandun tanpa peluntur (unbleached flour), Tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan Tepung gandum diperkaya (enriched flour).

Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semulajadi, warnanya agak keperangan dan mengandungi nutrisi yang tinggi. Tepung gandum berpeluntur banyak terdapat dipasaran dan melalui proses pemutihan. Tepung diperkaya pula tepung yang melalui proses pemutihan dan terpaksa ditambah dengan nutrisi tidak semulajadi dari tumbuhan mahupun haiwan.

Dikhabarkan terdapat pihak tertentu yang mengimport tepung gandum terpakai dan lama untuk dipasarkan di pasaran tempatan. Kerana dah lama, maka warnanya pun dah tk putih dah...maka untuk menjadikannya "suci dalam debu" maka bahan-bahan seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan dalam proses pemutihan sehingga nutrisi semulajadi hilang. Pihak WHO menetapkan mesti ada 13% nutrisi dalam tepung berkenaan. Jadi pihak berkenaan memperkayakan (maksudnya ditambah lah..) dengan thiamin atau vitamin B1. Thiamin dari sumber bijirin adalah mahal...manakala vitamin B1 dari sumber babi adalah lebih murah dan mudah didapati



Kajian mendapati bahan kimia yang digunakan ini jika diambil secara berterusan melalui makanan boleh menyebabkan peyakit seperti kencing manis,arthritis dan gout.

Jadi...pernahkah anda terfikir semua ini? Fikir-fikirlah setiap kuih, biskut, kek yang anda telan....

1 comment: