Saturday 7 July 2012

Lagi bintang bakal tinggalkan pasukan

London: Bintang Arsenal, Theo Walcott terkejut dengan keputusan Robin van Persie untuk tidak memperbaharui kontrak di Emirates, dan kini dia bersedia mengikuti jejak penyerang Belanda itu meninggalkan Arsenal.




Walcott, 23, berada dalam situasi yang sama dengan Van Persie kerana dia juga kini memasuki tahun terakhir kontrak semasanya. Pemain sayap England itu selama ini enggan membuat keputusan mengenai masa depannya bersama Arsenal sehinggalah Van Persie terlebih dulu membuat keputusan.

Kedua-dua pemain itu sahabat rapat di dalam dan luar padang.

Rakan-rakan Walcott mendakwa keputusan Van Persie itu mempunyai kesan besar terhadap Walcott, sehinggakan perbincangan tidak rasmi sudah dilakukan antara Arsenal dan penasihat Walcott.

Dilaporkan kontrak baru empat tahun yang ditawarkan membabitkan kenaikan gaji daripada 55,000 pound (RM271,383) seminggu kepada kira-kira 80,000 pound (RM394,691).
Begitupun Walcott mempunyai pilihan meninggalkan Arsenal dengan percuma mengikut peraturan perpindahan Bosman musim panas depan atau akan dijual sekarang jika The Gunners enggan melepaskannya tanpa memperoleh apa-apa pembayaran.

Untuk terus mengikat Walcott di Emirates, Arsenal perlu serius meningkatkan tawaran kepadanya dan meyakinkannya bahawa mereka bersedia membuat pelaburan besar untuk bersaing mengejar kejuaraan, yang gagal mereka lakukan terhadap Van Persie. – Agensi

No comments:

Post a Comment