Saturday 28 July 2012

Malaysia Belasah Indonesia


Salam buat kalian...

Malam tadi berlangsungnya perlawanan bolasepak persahabatan antara Pilihan Malaysia menentang Indonesia U-22 di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta Indonesia. Perlawanan ini juga bertujuan agi menguji persiapan kedua-dua pasukan ke Sukan SEA 2013. Kesudahan yang pahit utuk ditelah oleh pasukan Indonesia dan seluruh penyokongnya. Malaysia membelasah Indonesia 6-0 !

Minit ke-11,Ahmad Hazwan sudah meletakkan Malaysia di hadapan. Michael Kubala menjaringkan gol melalui sepakan penalti 5 minit kemudian bagi kedudukan 2-0. Minit ke 31 Azrif Nazrulhaq berjaya meletakkan nama sebagai penjaring. 3 minit berselang, pemain senior Amri Yahya menjaringkan gol ke-4 dan gol ke-5 Malaysia sebelum separuh masa pertama tamat.

Walaubagaimanapun, Indonesia berjaya mengekang kemaraan Malaysia pada separuh masa kedua. Di babak kedua, Malaysia Selection hanya mampu menambah sebiji gol, iaitu di minit ke-67 oleh Shukor Adnan.Tamat perlawanan Malaysia Selection 6 - 0 Indonesia U-22.

Syabbas Malaysia ! Hariamau Malaya Boleh !

No comments:

Post a Comment