Tuesday 31 July 2012

Hari Pahlawan



Selamat Hari Pahlawan buat Pahlawan-Pahlawan sekalian !!

Tema tahun ini "Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera". Hari Pahlawan merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan yang mempertahankan tanah air di beberapa negara. Ia biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang pahlawan, atau hari kepahlawanannya.

Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Rayuan Hari Pahlawan satu perkara yang sinonim dengan Hari Pahlawan. Sejumlah sumbangan yang mampu disumbangkan kepada pihak yang berkenaan. Sumbangan adalah bagi mengumpul dana Tabung Kebajikan untuk bekas-bekas tentera dan keluarga mereka yang memerlukan, terutamanya keluarga prajurit yang terkorban demi mempertahankan negara.
Terkenang zaman sekolah dulu..ketika ini memang ditunggu-tunggu. Apa yang ditunggu? Pelekat sempena Rayuan Hari Pahlawan. Bukannya tunggu nk derma..yelah...budak-budak..mana la paham sangat apa itu derma...hehehee... Setiap tahun ada satu pelekat. setiap satunya dilekatkan pada kotak pensil...Hahahaaa...meriah...kalau ada 6 tahun maka berderet lah 6 pelekat (tu kalau tak tukar kotak pensil lah). Tapi tahun ini katanya setiap derma akan dapat sekuntum bunga raya....tak dapek la den nak menepek...

Iklan: Anda boleh menderma untuk Rayuan Hari Pahlawan melalui affinOnline.com atau mana-mana cawangan AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC (Akaun: AFFINBANK 105950003201)....bukan akaun aku aa....

No comments:

Post a Comment