Thursday 12 July 2012

Barang yang anda mesti ada di Bulan Puasa

Ramadhan hampir tiba. Persediaan perlu dilakukan. Kita perlu ada tamar/kurma. Kita kena pastikan di rumah kita mempunyai perkara-perkara berikut bagi digunakan terutamanya ketika terdesak. Lagi 20 minit nak imsak...haaa...lagi 30 minit nak buka...stok da habis?...haaa...mungkin barang2 ini perlu bagi mengelakkan anda menggelabah

1. Air Soya (perisa lain pun boleh)...instant


2. Mee segera (ikut la jenama apa anda suka)...beberapa minit dah siap semua


3. Ikan sardin...tuang dalam kuali..panaskan beberapa minit..kalau rajin tambah la ape-apa


4. Ikan bilis...goreng je la


5. Telor ayam (kalau ingin telur haiwan lain terpulanglah...telor kalau goreng kejap je siap..)


6. Gas memasak....kalau takde gas macamana nak masak? pastikan sentiasa mempunyai bekalan, ataupun spare 1 lagi gas yang ada isi...mana tau tengah masak-masak gas habis pulak...spoil tol..kedai pulak dah tutup, time nak sahur mana kedai runcit bukak...


7. Minyak masak....nak goreng kena pakai minyak..kuali non-stick pun pasti akan kena titis minyak jugak...kalau tak mesti tak sedap


8. Beras.....bagi yg nak makan nasi, pastikan stok sentiasa ada...


Tapi kalau anda rasa ini semua tidak penting terpulanglah...mungkin anda rasa baazar ramadhan yg seperti cendawan tumbuh selepas hujan memberikan lebih banyak pilihan...tapi fikirlah, baik kita punya stok barang-barang di atas sebagai langkah sediakan payung sebelum hujan !

Selamat bersedia !!!

No comments:

Post a Comment