Tuesday 10 July 2012

Anda ingin RM50,000?

Sebut pasal duit semua orang akan ambil port...ini peluang untuk anda memenangi RM50,000 sebagai hadiah utama. Nak dapat anda mesti ambil bahagian dalam program MyINOVASI 2012 yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Bila KPT yang anjurkan, maka pesertanya pasti terhad kepada pelajar sahaja...heheheee....melepas la yang lain-lain...Pertandingan ini terbuka kepada para pelajar peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Lanjutan di IPT yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sahaja. Pelajar peringkat Master dan PhD jangan ngada-ngada nak joint pulak. Terdapat 2 pusingan pertandingan. Pusingan pertama hadiah RM5000. Jika menang peringkat pertama boleh masuk peringkat kedua...Haaa...ni yang berpeluang dapat hadiah RM50,000.

Apa yang perlu dilakukan? INOVASI....pasti lah kena hasilkan sesuatu yang mempunyai ciri inovasi...dan tidak syok sendiri...untuk keterangan lanjut boleh lihat di www.myinovasi2012.com

Tunggu apa lagi....fikirkan apakah inovasi yang anda ingin lakukan !!! Jom sertai !!!

2 comments: