Wednesday, 12 December 2012

Gang & Way



Kali ini aku nak cerita pasal suis. Pasti semua orang tahu apa itu suis dan pernah memetiknya. Tapi adakah anda benar-benar tahu nama suis berkenaan? Taraaaa....mari kita ulangkaji...

Biasa terdapat dipasaran adalah 1-way dan 2-way, serta mempunya 1-gang, 2-gang,3-gang dan macam-macam gang lagi....apa la ye..

1-way switch bermaksud suis satu hala. petik bawah ON dan petik ke atas OFF. Jenis ini memang banyak digunakan. Manakala 2-way switch bermaksud 2 hala petik atas boleh ON/OFF dan petik bawah pun boleh ON/OFF. Jenis ini jarang digunakan. Biasa menggunakan 2 buah suis. Lokasi popular adalah tangga kalau rumah 2 tingkat, bilik air yg dikongsi oleh 2 bilik tidur.

 1-gang switch

 2-gang switch

3-gang switch

Apa maksud gang? Bukan gay tau....Gang bermaksud bilangan punat yg terdapat pada suis tu. 1-gang ada satu, 2-gang ada dua dan seterusnya...

Jadi apabila anda ingin menukar suis dirumah anda (boleh buat sendiri, jimat sikit kos), pastikan anda telah membeli suis yang betul. Kalau 2-way system korang letak 1-way switch memang tak menyala la alat korang tu nanti...hehehe....tengok gambar bagi melihat perbezaan utama


 1-way switch, hanya ada 2 lubang penyambung di belakang

 2-way switch, ada 3 lubang penyambung di belakang, biasanya ada tulis L1 dan L2

 2-way switch dari pandangan belakang lagi

 
Rupa penyambungan 2-way switch

11 comments:

  1. Thank you. baru tahu. Google sebab nak order suis kat shopee. Tetiba ada gang..way lah pulak. Tq for the info. Now boleh order.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, artikel yg bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Sangat berguna info ni

    ReplyDelete
  4. Tq.. bleh order online da
    Sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  5. jawapan yang sangat membantu.. terima kasih 👍🏻

    ReplyDelete
  6. Bos lama dah pos ni. Tetapi amat bermanfaat 👍 terbaik.

    ReplyDelete