Tuesday 11 December 2012

Nokia Saman BlackBerry



Tempohari timbul cerita pasal BackBerry meletup. Kali ni lain pula kisahnya...

Syarikat telefon bimbit Finland, Nokia telah menfailkan saman ke atas syarikat pembuat telefon pintar BlackBerry, Research In Motion (RIM) di Amerika Syarikat, Britain dan Kanada atas dakwaan perlanggaran perjanjian paten.

Nokia menfailkan saman itu pada Isnin lalu di mahkamah di California. Dalam saman tersebut, Nokia menuntut untuk menguatkuasakan perintah tribunal timbang tara Sweden yang menyatakan RIM tidak boleh menjual produk yang dilengkapi dengan teknologi rangkaian kawasan tempatan (WLAN) tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan royalti dengan syarikat Finland itu.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Nokia, Mark Durrant berkata, mereka telah menfailkan tindakan di ketiga-tiga buah negara tersebut bagi tujuan untuk menamatkan pelanggaran kontrak RIM.

Lepasni...pemilik-pemilik Nokia dan Blackberry jangan gaduh-gaduh pula ye....hehehehe

No comments:

Post a Comment