Segmen DIY kali ini ialah menukar saluran singki di rumah.
Di rumah biasanya ada 2 jenis saluran bawah singki iaitu bersaiz 32mm (biasanya jenis singki basuh tangan..gosok gigi..singki dapur besi yang biasa) dan bersaiz 40mm (jenis singki dapur yang besar sikit)
Singki dapur rumah aku tak pakai bottle-trap.... aku cuma pakai flexible hose je...jangan kondem sebab ape aku tak guna bottle-trap ye... hihii...
Aku punya felxible hose ni bocor... yelah dah 7 tahun guna... maka sampai ajalnya..
Senang je kerjanya... pergi kedai beli yang baru... pastikan saiznya betul samaada 32mm atau 40mm... aku punya ni 40mm...
Balik rumah buka penyambung pada singki... dan cabut je bahagian bawah tu... pastikan tadah bekas kot-kot ada air meleleh.. pastu pasang je la yang baru... cuba test try tengok ada tak air meleleh... kalau ada maka kena adjust sikit...
Ok... semoga bermanafaat dan selamat mencuba!
Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts
Monday, 8 April 2019
Wednesday, 2 May 2018
Membaiki Smart TAG rosak
Dulu-dulu lalu highway bayar tol pakai tunai.. up sikit pakai kad Touch & Go.. canggih up pagi pakai Smart TAG.. (hok yang terkini aku x pakai lg)
Pakai Smart TAG ni memang lebih selesa lah.. tak perlu beratur panjang sangat dan tak perlu nak turun tingkap.
Tapi kalau Smart TAG tak ada bateri.. atau baki kad Touch & Go kat dalam nya tak cukup memang boleh menyusahkan.. dan boleh menyebabkan orang kat belakang yang beratur jadi bengang.
Baru-baru ini tiba-tiba Smart TAG aku x idop. Bateri baru tukar. Aku pun pelik ngape pulok nih. Terpaksa lah aku kembali kezaman Touch n Go..
Setelah masa free datang.. bedah siasat dilakukan.. dan hasilnya.... hahaaa... rupenye wayar pada penyambung bateri putus...
So.. ade pilihan.. pi solder wayar tu atau beli penyambung bateri baru... hahaa
Okeh... dah hidup leh beraksi semula..
Sekian... harap maklong

Friday, 25 November 2016
Mangkuk Dumex
Satu ketika dahulu....sekitar tahun 1970-an...Dumex mengeluarkan 'edisi khas' set kaca untuk dikumpul oleh orang ramai. Set itu terdiri dari pelbagai item seperti jug, pinggan, mangkuk, cawan dan macam-macam lagi lah.
Dulu-dulu...dengan setiap pembelian susu Dumex, pembeli akan mendapat kupon. Kupon itu akan dikumpul dan boleh ditukarkan (ditebus) dengan barangan yang dikehendaki mengikut jumlah mata...
Di rumah Ayah aku...aku cuma pernah nampak yang jenis mangkuk sahaja....hehee... Di bawah ini adalah salah satu mangkuk yang ada di rumah aku pulak...ini pun ayah aku yang beri... "collectible rare item" dah ni...
Apabila aku melontarkan soalan berapakah usia mangkuk ini di dalam facebook...yang seangkatan dengan aku dapat menjawab dengan baik..dan mereka juga ada yang masih mempunyai nya dan ada yang mengumpul...
Tapi yang lebih muda remaja terutamanya para pelajar aku...masing-masing seperti tidak percaya ianya berusia lebih dari 40 tahun...lebih tuo dari aku...hahaaa...

Monday, 14 November 2016
Setting Nombor Telefon Waris pada Lock Screen Telefon
*Panduan Untuk Simpan Nombor Telefon WARIS Bila Berlaku Kemalangan*
Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi orang yang
ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK (yg
ada password). Yalah, macam mana mereka nak buka dan lihat senarai
nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK..?
Di bawah ini dikongsikan cara untuk meletakkan nombor
telefon waris di screen bila phone anda LOCK.
Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana di bawah:
*LENOVO*
1. Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency
1. Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency
*SAMSUNG*
1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4.Owner infomation… Masukkan no telefon emergency
1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4.Owner infomation… Masukkan no telefon emergency
*ASUS*
1. Setting
2. Lock Scren
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency
1. Setting
2. Lock Scren
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency
*XIOMI*
1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency
Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.
1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency
Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.
*IPHONE (APPLE)*
To set, launch “Health” app & create Medical ID.
To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Emegency
3. Medical id… Your emergency contact details will appear.
To set, launch “Health” app & create Medical ID.
To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Emegency
3. Medical id… Your emergency contact details will appear.
Contoh maklumat / nombor yang hendak dipaparkan
Contoh paparan sebenar
Anda boleh cuba buat langkah-langkah di atas. InsyaAllah ada kebaikannya.
*SHARE jika info ini bermanfaat*
Friday, 11 November 2016
Pahang Bike Week 2016
Pahang Bike Week on 4 to 6 November 2016 at Taman Gelora Kuantan Pahang. In front of Kolej Yayasan Pahang.
Let the picture tell the story....Enjoy it
Done!
Let the picture tell the story....Enjoy it
The making of.......
Completed gateway
Can-Am Spyder
Exhaust sound test
BMW Motorrad
Biker helmets
CMC Italjet 125
Indiana...Victory
Mr Rabbit
Special guest - Tengku Amir
Merc 6.3 ?
Done!
Coming soon......
Terengganu International Bike Meet 2016
@ Kuala Terengganu, Terengganu 25 - 27 November 2016
Open to all bike type and cc
Wednesday, 2 November 2016
How to Change Fahrenheit to Degree Celsius on Air-Conditioning Remote
Do you have a problem with your air conditioning remote control display? Is it show a Fahrenheit? You know how to change it back to Degree Celsius? No?
Let me help you how to change Fahrenheit to Degree Celsius (and vice versa) on your air conditionong remote control display
YORK: Press the (+) and (-) button simultaneously
PANASONIC: On TIMER area, press the (Ñ) button and hold for 10 seconds

Masalah Remote Air-Cond: Tukarkan Darjah Celsius kepada Fahrenheit
Rata-rata penduduk di negara Malaysia menggunakan Darjah Celsius dalam kehidupan seharian. Fahrenheit kebiasaannya digunakan di dalam makmal sekolah, hospital dan tempat-tempat tertentu sahaja. Pastinya tidak di rumah masing-masing
English version : Click Here
Untuk model PANASONIC, pada ruangan TIMER, tekan punat (Ñ) selama 10 saat - paparan akan bertukar. (Yang ini manual Panasonic yang ajar)
English version : Click Here
Anda ada masalah alat kawalan penghawa dingin (air-conditioner remote control) yang mana paparannya menunjukkan suhu "Fahrenheit"? Anda mula tergaru-garu berapakan suhu sebenarnya dalam "Darjah Celsius"?
Dan anda tak tahu bagaimana nak tukar Fahrenheit kepada Darjah Celsius pada remote tu? Ini caranya....... Senang je tu...
Contoh di sini adalah alat kawalan penghawa dingin jenis YORK. Tekan punat (+) dan (-) secara serentak. Paparan anda akan bertukar dari Fahrenheit kepada Darjah Celsius, dan juga boleh dari Darjah Celsius kepada Fahreheit. (*Mungkin berbeza untuk jenama/model yang lain)
Untuk model PANASONIC, pada ruangan TIMER, tekan punat (Ñ) selama 10 saat - paparan akan bertukar. (Yang ini manual Panasonic yang ajar)
Mudah kan? Kan? Kan?
Amacam?
Wednesday, 21 September 2016
Hard Disk Drive (HDD) From Inside
1. Cover
Bahagian yang menutup bahagian-bahagian dalaman HDD
2. Base Casting
Diperbuat dari logam solid bercetak. Digunakan untuk meletakkan bahagian-bahagian dalaman HDD. Cukup berat dan kalau jatuh ke kaki memang.....
3. Platter/Disk
Berupa piring magnetic berbentuk bulat. Bahan yang sering digunakan adalah almunium atau kaca dan campuran seramik.
Desktop biasanya menggunakan platter bersaiz 3.5 inch manakala laptop pula bersaiz 2.5 inch (ukuran diameter).
Platter inilah storan penyimpan data yang anda lihat seperti 100 GB, 500 GB ataupun 1 TB. Setiap 'platter' mampu menyimpan data pada kedua-dua bahagian (both side), dan memerlukan 2 'head' untuk mengimbasnya. Jangan terkejut jika 1 TB HDD mempunyai sehingga 4 keping platter di dalamnya!
4. Spindle Motor
Merupakan ‘high-speed motor’ yang memutarkan ‘Platter’ pada halaju yang cukup tinggi. Kebanyakan desktop hari ini dilengkapi HDD berkelajuan 5400 RPM (Revolutions per Minute) atau 7200RP. Ada juga yang mencapai 15,000 RPM (.
Semakin tinggi RPM maka semakin tinggi kelajuan hard disk. Contohnya:
5,400 RPM HDD mempunyai sequential performance 75 MB/s dan random performance 65 IOPS
7,200 RPM HDD mempunyai sequential performance 100 MB/s dan random performance 90 IOPS
*Sequential performance (untuk pemindahan file) dan random performance (untuk menjalankan program dan multitasking)
5. Actuator Arm
Bagian dari harddisk yang berfungsi sebagai lengan mekanik yang menggerakkan head untuk membaca atau menulis data pada ‘platter’ (cakera magnetic). Bahan yang selalunya digunakan adalah kepingan logam yang kuat tapi sangat ringan sehingga mudah untuk digerakkan.
Agak-agak kalau 1 TB HDD ada berapa ‘actuator arm’ ye?
6. Actuator
Berupa blok logam yang bersifat magnetik yang di dalamnya terdapat motor penggerak lengan mekanik. Terdapat 2 magnet yang mempuyai keupayaan yang cukup tinggi.
7. Slider & Head
Terletak dihujung ‘actuator arm’ yang berfungsi untuk membaca dan menulis data pada ‘platter’.
8. Ribbon Cable
Berupa kabel tipis yang menghubungkan head (dari actuator) ke papan logic
9. Circuit Board
Papan rangkaian elektronik untuk mengoperasikan hard disk.
Psss....kalau salah tolong ajarkan...saya tulis base on knowledge and previous experience...
Thursday, 23 June 2016
Sambal Kerang Oh Kerang
Sambal kerang? Meleleh air liur bagi kipas susah mati sambal kerang ni...hahaha
Soalan ku.... berapa harga kerang ditempat kalian?
Hujung minggu memang rutin ku untuk mengunjungi pasar pagi Jaya Gading Kuantan... itu sahaja pasar paling besar dan dekat dengan istana hinggap ku... Naik CT100 boleh selit-selit parking depan gerai... Kalau naik kereta panjang nak pikir...
Oklah...back to the story... Rasa teringin nak makan pulut... Aku suka makan pulut menurut hierarki dangan:
1. Ikan wadik
2. Sambal kerang
3. Sambal bilis
4. Kari
5. Rendang
Hahaaa....orang kate....pelik benor selera ko....hahaha
Oklah...aku nak cari kerang... Jumpa satu gerai yang jual kerang, tu pun tak banyak nampak stoknye. Saja tanya berapa harganya.... Ce teka ce teka berapa agak-agaknya ye?
Satu kilo RM10.00 sahaja bang....
Erkkk....sudah RM10 sekarang??? "Takpeah bang...saya jalan dulu"... Jumpa pulak gerai yang jual kerang segera yakni kerang dah kopek la... RM20 bang satu kilo...
Sebab teringin sangat maka aku beli la yang instant tu sikit...dalam 200g la kot...
Tapi aku nak citer la kan... kerang berkulit tu dengan kerang instant memang jauh rasanya... Kerang instant ni ianya agak liat sedikit dan rasa manis kerang tu memang dah macam tak ada dah... Maksudnya kerang segar berkulit tu jugak yang nombor 1 wehhhh...
Berapa harga kerang ditempat kalian???
Mungkin harganya akan mencanak lagi pada 30 Ramadhan ini???

Monday, 2 November 2015
Shell V-Power LEGO® Collection 2015 is back!!
Semalam koi gi stesen minyak nak isi minyak... Yelah sebab rege minyak tak naik tak turun maka koi pun takde la sibuk nak isi aritu... Macam biase koi memang suke isi kat Shell.
Tiba kat simpang stesen tu tetibe koi ternampak ade gambor orang LEGO.... aikkk.. Ade 'miniature' lagi ke?
Rupenye memang benorrr... Soheh ade koleksi terbaru untuk edisi Malaysi - Shell V-Power LEGO® Collection. Pasal ape koi kate terbaru untuk edisi Malaysi sebab kat negara lain pada tahun 2014 dah ade set yang ni..aha ahaaa...
Koleksi kali semestinye dibarisi model-model seksi cun melecun Ferrari diketuai oleh jentera F1 versi 2013 - F138, 250 GTO, Ferrari 512S, F12 Berlinetta serta 2 playset @ mini figurine iaitu Fiorani Shell Station dan Finish Line & Podium Set. Tak cukup dengan itu ada satu lagi model kenderaan edisi terhad iaitu Limited Edition Shell Tanker Lego®
Macamana nak beli model kereta dan mini figurine ni?
1. Beli Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing minimum RM40 - boleh beli model-model tadi pada harga RM9.90 setiap satu
2. Beli Shell FuelSave 95, Shell FuelSave Diesel atau Shell FuelSave Diesel Euro 5 minimum RM40 - boleh beli model-model tadi pada harga RM13.90 setiap satu
3. Beli sebotol minyak enjin 4 liter Shell Helix HX5, Shell Helix HX7 atau Shell Helix Ultra - boleh beli model-model tadi pada harga RM9.90 setiap satu
Kali ini setiap model akan dikeluarkan mengikut minggu (rujuk tarikh)
01 November 2015 - F138
08 November 2015 - Shell Station
15 November 2015 - 250 GTO
22 November 2015 - F12 Berlinetta
29 November 2015 - Ferrari 512S
06 Disember 2015 - Finish Line & Podium
13 Disember 2015 - Shell Tanker
Koi belanje skit gambor....

Labels:
Automobile,
Cars,
Collectible,
Hobby,
Kereta,
Promosi
Subscribe to:
Posts (Atom)