Friday 25 November 2016

Mangkuk Dumex

Satu ketika dahulu....sekitar tahun 1970-an...Dumex mengeluarkan 'edisi khas' set kaca untuk dikumpul oleh orang ramai. Set itu terdiri dari pelbagai item seperti jug, pinggan, mangkuk, cawan dan macam-macam lagi lah.

Dulu-dulu...dengan setiap pembelian susu Dumex, pembeli akan mendapat kupon. Kupon itu akan dikumpul dan boleh ditukarkan (ditebus) dengan barangan yang dikehendaki mengikut jumlah mata...

Di rumah Ayah aku...aku cuma pernah nampak yang jenis mangkuk sahaja....hehee... Di bawah ini adalah salah satu mangkuk yang ada di rumah aku pulak...ini pun ayah aku yang beri... "collectible rare item" dah ni...



Apabila aku melontarkan soalan berapakah usia mangkuk ini di dalam facebook...yang seangkatan dengan aku dapat menjawab dengan baik..dan mereka juga ada yang masih mempunyai nya dan ada yang mengumpul...

Tapi yang lebih muda remaja terutamanya para pelajar aku...masing-masing seperti tidak percaya ianya berusia lebih dari 40 tahun...lebih tuo dari aku...hahaaa...

No comments:

Post a Comment